Perniagaan wangian di Malaysia mendapat sambutan hangat daripada mereka yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan wangian. Namun begitu, ramai yang tidak mampu meneruskan niat menjalankan perniagaan kerana faktor-faktor yang berikut:
Tidak melakukan analisis pemasaran dengan teliti
Oleh kerana perniagaan wangian tumbuh seperti cendawan selepas hujan, saingan anda di dalam perniagaan sebegini sememangnya sengit. Maka dengan itu, analisis pemasaran membolehkan anda membuat perbandingan mengenai perniagaan anda dengan pesaing sengit anda di pasaran wangian.
Selain daripada itu juga, analisis pemasaran memberikan anda gambaran mengenai permintaan orang awam terhadap produk wangian anda, terutamanya di dalam kawasan sasaran jualan anda. Jika anda gagal mengenal pasti permintaan pelanggan di bahagian sasaran jualan anda, inilah yang akan menyebabkan bisnes wangian anda mengalami kerugian.
Tidak mengenal pasti siapa orang berkepentingan perniagaan wangian
Orang berkepentingan merupakan individu-individu yang memberikan impak yang besar terhadap perniagaan anda. Hubungan yang harmoni harus wujud di antara semua orang berkepentingan anda. Orang berkepentingan di dalam perniagaan wangian adalah seperti berikut:
- Pekerja anda
- Pelabur perniagaan
- Pembekal
- Pelanggan
Tiada strategi pemasaran yang strategik
Tanpa strategi pemasaran yang baik, anda tidak dapat mempromosikan produk wangian anda dengan pantas dan meluas. Strategi pemasaran yang berkesan akan memudahkan produk anda dikenali di mana-mana sahaja. Walaupun kempen pemasaran boleh menelan kos hingga berjuta-juta ringgit, namun, jika anda bijak, strategi pemasaran yang strategik lebih memadai.
Semasa melakukan pelan pemasaran, anda harus mengambil kira kos yang akan digunakan untuk melakukan kempen pemasaran. Antara platform pemasaran yang anda boleh gunakan adalah, media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga media rama seperti televisyen dan radio.
Tidak mengambil kira kos pengeluaran
Mengenal pasti kos pengeluaran anda akan membolehkan anda untuk meletakkan harga jualan yang sesuai untuk produk anda. Antara kos pengeluaran yang anda harus tahu adalah:
- Kos pekerja
- Kos penghantaran
- Kos material
- Kos kempen
Pastikan kos pengeluaran anda hanya 35% dan tidak melebihi 50% dari untung kasar jualan anda. Jika tidak, anda tidak dapat mengembangkan perniagaan anda dengan pantas. Selain itu juga, anda harus memastikan kualiti produk anda setanding dengan harga jualan. Ini bagi mewujudkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda.
Tidak menggunakan nama bisnes wangian yang unik
Tahukah anda, nama bisnes wangian yang unik merupakan strategi pemasaran yang paling berkesan dan tidak menelan kos yang besar? Melalui artikel ini, kita akan mendalami dengan lebih terperinci lagi mengapa nama bisnes wangian yang unik bermanfaat kepada perniagaan anda.
Anda juga harus menggunakan Penjana Nama Perniagaan Wangian kami bagi mendapatkan pilihan nama bisnes wangian yang unik. Ingin tahu mengenai cara menggunakan penjana nama kami? Teruskan membaca.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Wangian?
Di sini, kami akan menerangkan 5 langkah mudah untuk menggunakan Penjana Nama Bisnes Wangian kami. Langkah-langkah tersebut adalah:
1. Pastikan anda berada di laman penjana nama bisnes kami
2. Masukkan sebarang perkataan yang anda ingin jana bersama pilihan idea nama perniagaan
3. Pastikan perkataan yang dimasukkan mengandungi sekurang-kurangnya tiga huruf
4. Tekan jana
5. Pilih nama perniagaan anda
20 Contoh Nama Perniagaan Wangian
- SugarWish
- Harum Lux
- Wangi Mesmeric
- Gaia Scent
- Wangian Dahlia
- Wangian Bay
- Haruman Bewitch
- Haruman Ravish
- Bomb Beach
- Wonder Daisy
- Lustrous Lucent
- Lustrous Autumn
- Misteri Splash
- Misteri Cookie
- Sweet Ablaze
- Manis Mist
- Mawar Motif
- Ros Royal
- Semerbak Sashiko
- Vanila Fox
4 Jenis Wangian
Terdapat 4 jenis wangian yang anda boleh keluarkan untuk mempelbagaikan jualan anda. Wangian-wangian tersebut adalah:
Wangian Badan
Wangian badan merupakan antara jenis wangian yang anda boleh keluarkan sebagai produk jualan anda. Wangian badan ini boleh direka khas untuk lelaki dan juga wanita. Ini merupakan antara idea perniagaan yang menarik bagi mempelbagaikan lagi produk jualan anda.
Selain daripada itu juga, anda boleh menghasilkan wangian badan di dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sebagai contoh, anda boleh mengeluarkan wangian di dalam bentuk losyen ataupun botol semburan. Anda juga boleh mengeluarkan produk wangian badan dalam bentuk wangian mandian.
Wangian Bilik
Pada masa kini pelbagai jenis wangian bilik boleh didapatkan di pasaran. Anda pasti pernah menggunakan wangian bilik elektrik bukan? Jika ya, ini bermakna sebagai seorang pengusaha produk wangian, anda harus sentiasa melengkapkan diri dengan perkembangan terkini di dalam teknologi yang digunakan untuk produk wangian.
Selain daripada itu juga, pengguna sekarang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar. Untuk itu, anda harus mereka produk wangian bilik yang mesra alam sekitar. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan pembungkusan produk yang boleh dikitar semula.
Wangian Pakaian
Wangian pakaian merupakan antara produk wangian yang digunakan hampir setiap hari di Malaysia. Wangian pakaian juga datang di dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, bentuk cecair, manik wangian, dan bermacam-macam lagi.
Selain daripada itu juga, anda boleh mengeluarkan wangian di dalam pelbagai jenis haruman. Antara haruman yang disukai ramai adalah haruman bunga-bungaan seperti ros, dan juga vanilla. Sebaik-baiknya, pilihlah haruman yang sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan juga wanita.
Wangian kereta
Wangian kereta juga antara jenis wangian yang kita sering lihat di mana-mana pasaraya yang ada di Malaysia. Ini membuktikan bahawa permintaan terhadap jenis wangian ini sememangnya tinggi. Selain daripada itu juga, anda boleh mengeluarkan wangian kereta di dalam pelbagai bentuk.
Sebagai contoh, di dalam bentuk botol, pelembab udara, gel dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, sebagai pengusaha, anda harus kreatif di dalam mereka produk wangian kereta yang boleh menarik minat prospek pelanggan anda.
10 Jenama Wangian Terkenal Dunia
Gucci
Gucci merupakan jenama wangian yang dikenali ramai. Antara wangian Gucci yang popular adalah, Gucci Guilty, Gucci Flora, Gucci Bloom dan banyak lagi. Wangian Gucci bernilai serendah RM50 dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit Malaysia.
Wangian jenama ini unik kerana para pelanggan boleh mendapatkan pelbagai haruman bau yang tahan lama dan berkualiti. Selain daripada itu juga, produk wangian mereka boleh didapatkan di dalam bentuk roll-on dan juga semburan.
SugarBomb
SugarBomb merupakan wangian keluaran rakyat Malaysia yang mula dipasarkan di pasaran Malaysia sejak 5 tahun yang lalu. Menurut pengasas wangian SugarBomb, nama SugarBomb membawa maksud ‘wangian manis yang akan menggemparkan industri wangian’.
Pemilihan nama SugarBond sebagai nama jenama serta perniagaan ini sangat menarik. Tambahan pula, ianya mempunyai rima bunyi yang senang diingati. Tidak hanya itu, SugarBomb tidak hanya mengeluarkan wangian badan.
Antara produk lain yang dikeluarkan adalah, wangian kereta, penyegar udara, pembasmi kuman dan bermacam-macam lagi.
DeXandra
DeXandra merupakan pengeluar wangian nombor 1 di Malaysia. Jenama wangian ini juga turut memenangi pelbagai anugerah perniagaan dan menampilkan kualiti produk tempatan yang bermutu tinggi. Pada tahun 2015, pengasas produk wangian ini mencipta produk wangian pertamanya.
Oleh kerana permintaan terhadap pasaran wangian yang tinggi, jenama wangian ini mampu menembusi pasaran Malaysia dengan jayanya. Selain daripada harga yang mampu milik, produk DeXandra juga menarik, dengan kolaborasi bersama artis-artis tempatan. Maka tidak hairanlah mengapan jenama wangian ini mampu mengaut keuntungan sebanyak RM50 juta pada tahun 2016.
Giorgio Armani
Giorgio Armani merupakan jenama wangian mewah yang dikenali di seluruh dunia. Jenama wangian diformulasikan untuk sentiasa tak lapuk dek zaman, tetapi ringkas dan menarik. Ini seiring dengan idea fesyen Giorgio Armani yang lain.
Pengasas Giorgio Armani menggunakan namanya sendiri sebagai nama perniagaan dan jenama fesyen beliau. Jenama fesyen dan wangian dari Itali ini diasaskan pada tahun 1975. Antara wangian terkenal keluaran Giorgio Armani adalah Giorgio Armani Si, yang dikeluarkan khusus untuk meraikan wanita moden masa kini.
Prada
Prada merupakan jenama fesyen dan wangian mewah yang diasaskan di negara Itali. Mario Prada merupakan pengasas jenama fesyen ternama ini. Syarikat perniagaan fesyen dan wangian Prada ini memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM13 billion pada tahun 2021 sahaja.
Antara wangian Prada yang dikenali ramai adalah Prada Candy, Prada Luna Rossa Ocean, Prada Amber dan banyak lagi. Setiap tahun, Prada akan mengeluarkan siri wangian yang baru dan unik. Sebagai contoh, Prada Candy merupakan siri wangian prada yang dikeluarkan pada tahun 2013.
Yves Saint Laurent
Yves Saint Laurent merupakan jenama mewah yang diasaskan di negara Perancis oleh Yves Henri Donat Mathieu-Saint-Laurent dan rakan kongsinya yang lain, pada tahun 1962. Jenama fesyen mewah ini lebih dikenali dengan rangkaian fesyen pakaian mewahnya seperti baju, kasut dan juga beg tangan.
Menariknya juga, wangian Yves Saint Laurent dikeluarkan oleh L’Oréal. L’Oréal memegang lesen eksklusif ke atas jenama wangian Yves Saint Laurent. Antara wangian jenama Yves Saint Laurent yang dikenali ramai adalah Libre Eau De Toilette, Black Opium Eau De Parfum, dan banyak lagi.
Marc Jacobs
Marc Jacobs merupakan jenama fesyen mewah terkenal yang berasal dari negara Amerika Syarikat. Jenama perniagaan ini dinamakan sempena nama pengasasnya sendiri, iaitu Marc Jacobs. Pada awal penubuhan perniagaan fesyen dan wangian, jenama ini lebih dikenali sebagai Marc by Marc Jacobs.
Kini, jenama ini hanya dikenali sebagai Marc Jacobs sahaja. Oleh itu, jenama ini lebih mudah disebut dan tidak terlalu berjela-jela. Antara wangian Marc Jacobs yang mendapat sambutan hangat daripada peminat wangian adalah Daisy Love Eau So Sweet Eau De Toilette dan banyak lagi.
Bath and Body Works
Sebut sahaja Bath and Body Works, pasti ramai rakyat Malaysia mengenali jenama ini. Jenama produk wangian ini sangat dikenali dengan lilin wangiannya yang unik serta juga produk wangian badan yang lain. Bath and Body Works ditubuhkan di New Albany, Ohio pada tahun 1990.
Walaupun baru beroperasi kurang dari 30 tahun, jenama wangian ini tidak hanya melebarkan sayapnya di negara-negara barat sahaja, tetapi di negara Asia, seperti Malaysia. Ini kerana, rangkaian produk wangian mereka sangat mampu milik. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih kurang 10 kedai Bath and Body Works di seluruh Malaysia.
KKW Fragrance
Wangian KKW merupakan jenama wangian yang dikeluarkan oleh seorang selebriti terkenal di Amerika Syarikat, Kim Kardashian West. Beliau menggunakan nama beliau sendiri sebagai nama perniagaan fesyen dan wangiannya. Kepopularitian serta pengikut Instagramnya yang seramai 321 juta orang merupakan antara strategi pemasaran jenama beliau yang paling strategik.
Maka tidak hairanlah mengapa Kim Kardashian West menggunakan nama beliau sendiri sebagai jenama dan nama perniagaan beliau. Namun begitu, pengasas rangkaian wangian ini menyatakan bahawa jenama KKW akan diberhentikan mulai 1 Aprill 2022. Ini bagi membolehkan beliau mengeluarkan rangkaian wangian baru, menggunakan jenama baharu yang diasaskan oleh beliau.
Ambi Pur
Ambi Pur merupakan jenama penyegar udara yang dimiliki oleh syarikat Procter & Gamble. Wangian Ambi Pur diasaskan di negara Sepanyol pada tahun 1916, dan kini, wangian penyegar udara ini boleh didapatkan di semua pasaraya yang ada di Malaysia dan negara-negara lain di dunia ini.
Ambi Pur menyediakan pelbagai jenis penyegar udara yang boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan. Selain itu juga, antara produk wangian Ambi Pur yang dikenali ramai adalah, penyegar udara untuk kereta, bilik dan banyak lagi. Terdapat pelbagai jenis aroma dan bau seperti vanila, bunga-bungaan dan juga alam sekitar, yang menjadi inspirasi wangian Ambi Pur.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, artikel ini membincangkan bagaimana anda boleh mendapatkan idea nama perniagaan yang unik menggunakan Penjana Nama Bisnes Wangian kami. Selain daripada itu juga, anda boleh merujuk 10 senarai jenama wangian yang terkenal di Malaysia dan luar negara sebagai inspirasi anda untuk menamakan perniagaan wangian.
Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan wangian, anda boleh merujuk kembali faktor yang menyebabkan perniagaan wangian tidak berjaya. Ini bagi menyediakan anda untuk lebih bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan. Selain daripada itu, anda boleh merujuk bahagian soalan lazim di bawah bagi setiap persoalan yang sering ditanya mengenai nama perniagaan wangian.