Memulakan perniagaan memerlukan pelbagai persiapan yang rapi. Pelbagai perkara yang anda harus ambil kira untuk memastikan perniagaan anda berjalan dengan lancar. Untuk perniagaan kecantikan bulu mata pula, pastikan anda melakukan 5 perkara penting ini:
- Mengikuti kursus kecantikan
- Mendaftar perniagaan anda
- Mempunyai modal perniagaan yang cukup
- Mempunyai pembekal yang dipercayai
- Menggunakan Penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata
Jika anda berada di laman ini, kami yakin anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai bagaimana Penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata kami boleh membantu anda untuk melancarkan lagi proses pelancaran bisnes kecantikan anda. Oleh itu, teruskan membaca bersama kami.
20 Idea Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata
20 idea nama bisnes kecantikan bulu mata di bawah dijana menggunakan penjana nama bisnes kami. Dapatkan inspirasi nama perniagaan anda di bawah:
- Lash Touch
- Beauty Fortune
- Lashy
- Lashes Power
- Lashlux
- Lashops
- Lashology
- Beutlada
- Beutx
- Lashya
- Lashn
- Lashpad
- Lashocity
- Lasharc
- Capital Lashes
- Loyal Lashes
- Dare Lashes
- Lashhut
- A1 Lash
- About Lash
Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata?
Mari lihat bagaimana dengan 3 langkah mudah ini, anda dapat menjana nama bisnes kecantikan bula mata anda dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata kami.
3 langkah mudah tersebut adalah:
Layari laman Business Name Management
Langkah mudah pertama yang anda harus lakukan untuk mendapatkan nama bisnes kecantikan yang unik adalah dengan melayari www.businessnamegenerator.com. Di laman web ini, anda boleh memilih untuk menggunakan bahasa Malaysia atau Inggeris untuk mendapatkan nama bisnes kecantikan bulu mata anda.
Selain daripada bahasa Inggeris dan Malaysia, anda juga boleh menggunakan bahasa-bahasa lain seperti Indonesia, Korea, Portugis dan bermacam-macam lagi. Kami pasti ini sangat membantu, terutama untuk mereka yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke negara-negara lain. Untuk langkah seterusnya, sila ke perenggan di bawah.
Masukkan Kata Kunci
Pada laman utama Penjana Nama Bisnes kami, anda akan melihat kotak untuk mengisi kata kunci. Anda mungkin tertanya…” Apakah kata kunci tersebut?” Contoh kata kunci yang anda boleh masukkan untuk perniagaan kecantikan bulu mata adalah seperti berikut:
- Nama anda
- Servis yang ditawarkan
- Perkataan ‘lash’ atau ‘mata’
- Apa sahaja perkataan yang anda ingin jana bersama idea nama perniagaan kami
Tekan Jana
Selepas anda memilih kata kunci yang sesuai dengan perniagaan anda, tekan butang jana. Anda akan mendapat pilihan nama perniagaan kecantikan bulu mata yang anda gemari. Apa yang menarik mengenai pilihan nama perniagaan ini adalah, setiap nama yang dijana belum pernah digunakan oleh mana-mana perniagaan yang sama.
Oleh sebab itulah, kami yakin bahawa Penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata kami adalah alat yang wajib anda gunakan untuk memudahkan perniagaan anda. Tambahan pula, anda tidak perlu membelanjakan satu sen pun untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik. Kami yakin, ini akan membantu anda untuk menjimatkan kos pemasaran anda.
5 Tips Untuk Mendapatkan Nama Bisnes Yang Unik
Mari lihat 5 tips untuk mendapatkan nama bisnes yang unik di bawah ini.
Guna Penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata
Ya, gunalah penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata kami. Seperti yang anda sedia maklum, penjana nama bisnes kami adalah percuma untuk digunakan. Namun begitu, terdapat beberapa ciri lain mengenai penjana nama bisnes kami yang anda harus tahu.
Ciri-ciri tersebut adalah:
- Anda boleh memilih industri yang berkaitan dengan perniagaan anda
- Anda boleh memilih untuk mendapatkan nama perniagaan yang berima
- Anda boleh memilih untuk menggunakan satu atau dua perkataan sebagai nama perniagaan anda
Dengan mengguna pakai ciri-ciri yang dinyatakan di atas, kami pasti anda akan dapat menjana nama bisnes yang menepati cita rasa anda.
Gunakan Nama Anda
Anda boleh menggunakan nama anda sendiri untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik. Sama ada anda memilih untuk menggunakan nama pertama anda, atau nama keluarga, ataupun nama singkatan anda, kami pasti cara ini akan membantu anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik.
Selain itu, dengan menggabungkan nama anda dengan perkataan lain yang menunjukkan servis yang anda tawarkan juga lebih menarik, jika dibandingkan dengan hanya menggunakan nama anda sahaja. Contoh nama perniagaan dengan menggunakan gabungan nama individu dan servis yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Mary LashesExtension
- Mary Spa and Lash
Tidak Menggunakan Nama Perniagaan Yang Terkenal
Kami faham bahawa nama-nama perniagaan yang terkenal memberi inspirasi kepada anda. Namun begitu, anda tidak boleh menggunakan nama perniagaan yang sama, atau menyerupai nama perniagaan dan juga jenama perniagaan yang lain. Jika ada dua nama perniagaan yang serupa, pasti nama perniagaan tersebut tidak lagi unik, bukan?
Oleh itu, carilah nama perniagaan yang baharu dan juga melambangkan produk atau servis yang anda tawarkan. Untuk pengetahuan anda juga, meniru nama perniagaan orang lain juga merupakan kesalahan yang boleh mengakibatkan anda disaman dan terpaksa membayar pampasan. Anda pasti tidak mahu masalah sebegini menimpa perniagaan anda.
Guna Dua Ayat Yang Berima
Seterusnya anda boleh menggunakan dua ayat yang berima untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik serta senang disebut oleh pelanggan. Jika anda ingin mendapatkan ilham nama perniagaan yang berima, anda boleh menggunakan kamus, bagi mencari ayat yang anda mahukan. Menariknya juga, penjana nama bisnes kami mempunyai ciri sebegini yang anda boleh gunakan secara percuma.
Mari lihat 5 lagi contoh nama perniagaan yang berima di bawah ini:
- Lash Lux
- Lash Lola
- Cantik Cent
- Spa Supply
- Lentik Labs
Tidak Menggunakan Simbol
Seterusnya, jangan gunakan simbol sebagai nama perniagaan anda. Antara simbol yang dimaksudkan adalah, seperti emotikon dan karakter seperti ‘!’ atau ‘~’. Anda mungkin tertanya…“Mengapa tidak boleh menggunakan emotikon sebagai sebahagian daripada nama perniagaan saya?”
Jawapannya mudah sahaja. Penggunaan simbol sebegini akan menyebabkan nama perniagaan anda sukar dikenal pasti. Tambahan pula, jika prospek pelanggan anda hanya pernah mendengar nama kedai anda, tetapi tidak pernah melihat ejaannya, agak sukar bagi mereka mencari lokasi anda di Google Map atau Waze.
4 Nama Perniagaan Kecantikan Bulu Mata
Seterusnya, mari lihat 4 perniagaan kecantikan bulu mata yang dikenali ramai di Malaysia.
Bubble Gum X
Bubble Gum X merupakan spa kecantikan yang tidak hanya menawarkan perkhidmatan penyambungan bulu mata, malah turut menawarkan perkhidmatan seperti membuang bulu badan menggunakan lilin dan laser. Bubble Gum X juga turut menawarkan servis rawatan kuku tangan dan kaki kepada pelanggan mereka.
Untuk pengetahuan anda Bubble Gum X menggunakan nama Bubble Gum Lash untuk perniagaan kecantikan bulu mata mereka. Antara servis kecantikan bulu mata yang ditawarkan oleh Bubble Gum Lash adalah; servis penyambungan bulu mata, servis melentikkan dan mewarnakan bulu mata, dan juga rawatan bulu mata.
House of Lashes
House of Lashes merupakan jenama bulu mata palsu yang terkenal dalam kalangan penggemar alat solek dan kecantikan. House of Lashes ditubuhkan pada tahun 2012 oleh pengasasnya yang dikenali sebagai Jenn.
Pada awal penubuhan House of Lashes, Jenn menggunakan rumah ibu bapanya sebagai lokasi sementara kedai bulu mata palsunya. Selain itu juga, ibu Jenn sendiri merupakan pelabur pertama perniagaan bulu mata palsunya. Kini, jenama bulu mata House of Lashes boleh didapati di semua kedai alat kecantikan Sephora di Amerika Syarikat.
Lash Lab
Lash Lab merupakan pusat kecantikan yang memberikan perkhidmatan penyambungan bulu mata kepada para pelanggan mereka di Malaysia. Lash Lab mula beroperasi pada tahun 2015 lagi, dengan berpandukan satu matlamat, iaitu: berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan terbaik agar para pelanggan merasa yakin dan diberikan perhatian.
Pusat kecantikan ini memilih ‘Lab’ sebagai sebahagian daripada nama bisnesnya. Ini sangat menarik kerana perkataan tersebut membawa maksud makmal. Melalui pemerhatian kami, ‘Lab’ yang dimaksudkan oleh pengendali pusat ini adalah ruangan yang digunakan untuk melayan pelanggan yang datang untuk perkhidmatan penyambungan bulu mata.
TOPLASH
TOPLASH merupakan antara nama yang dikenali ramai, terutamanya dalam dunia kecantikan penyambungan bulu mata di Malaysia. Pusat kecantikan ini mula diperkenalkan kepada orang awam pada tahun 2013. TOPLASH mampu bertahan hingga ke hari ini walaupun banyak lagi pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan yang sama kerana, mereka menggunakan khidmat pakar yang sememangnya berpengalaman dalam bidang penyambungan bulu mata.
Selain itu, pelanggan yang datang ke TOPLASH tidak akan merasa janggal kerana keselesaan pelanggan adalah antara kepentingan yang diutamakan oleh mereka. Selain itu juga, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis penyambungan bulu mata dan juga produk khas untuk bulu mata dari TOPLASH. Maka tidak hairanlah mengapa pusat kecantikan ini dikenali sebagai TOPLASH.
5 Tips Mudah Untuk Memulakan Bisnes Kecantikan
Seterusnya, mari lihat 5 tips yang boleh membantu anda untuk memulakan bisnes kecantikan di Malaysia.
Mengikuti kursus kecantikan
Untuk menjadi mahir dalam bidang kecantikan, anda harus mengikuti kursus kecantikan yang ada ditawarkan oleh pusat latihan kerajaan dan swasta. Menghadiri kursus kecantikan ini penting untuk perniagaan anda kerana pelanggan selalunya akan lebih mempercayai pakar kecantikan yang memiliki sijil yang diiktiraf.
Anda boleh mengikuti kursus sambungan bulu mata yang ada ditawarkan oleh pusat latihan kecantikan swasta dan kerajaan. Sebagai contoh, pusat latihan GIATMARA ada menjemput pakar penyambungan bulu mata untuk mengadakan kursus menyambung bulu mata untuk peserta program latihan mereka. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan, memandangkan anda boleh melipat gandakan keuntungan anda dengan kemahiran yang dipelajari.
Mendaftar perniagaan
Tips seterusnya ini adalah perkara yang ramai sudah sedari tetapi masih ada yang memandang enteng terhadap kewajipan mendaftarkan perniagaan mereka. Di Malaysia, sebarang bentuk perniagaan wajib didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Terdapat banyak faedah yang anda boleh dapatkan jika mendaftar perniagaan anda.
Antaranya ialah:
- Mudah mendapat pinjaman daripada bank
- Boleh memohon bantuan kewangan daripada kerajaan
- Mendapat manfaat daripada insentif-insentif kerajaan
Mencari pembekal
Tips seterusnya adalah, anda harus mencari pembekal bulu mata yang boleh dipercayai. Selain daripada mendapatkan pembekal yang boleh dipercayai, anda juga perlu memastikan pembekal yang anda pilih memberikan harga yang berpatutan. Ini bagi memastikan anda tidak menanggung kos yang terlalu tinggi untuk bahan yang diperlukan bagi tujuan perniagaan anda.
Selain daripada memastikan kos yang berpatutan, anda juga harus memastikan produk kecantikan yang ditawarkan kepada anda berkualiti tinggi. Anda harus mengambil kira aspek keselamatan semasa memilih produk yang ditawarkan kepada anda. Anda tidak mahu pelanggan anda mengalami sebarang iritasi apabila menggunakan produk yang anda gunakan pada badan atau bahagian mata mereka.
Mencari lokasi terbaik
Memulakan perniagaan tanpa lokasi yang strategik adalah kesalahan perniagaan yang anda harus elakkan. Selalunya, lokasi terbaik untuk menjalankan perniagaan kecantikan bulu mata adalah lokasi yang sering dikunjungi ramai. Elakkan juga lokasi yang terpencil, yang sukar ditemui, ataupun tidak dapat dicari dalam Google Map.
Antara lokasi terbaik untuk perniagaan atau pusat kecantikan adalah:
- Pusat membeli belah
- Berdekatan dengan pusat bandar
- Berdekatan dengan stesen pengangkutan awam
- Berdekatan dengan balai polis
- Berdekatan dengan kawasan perumahan
Mencari nama perniagaan yang unik
Seperti yang dibincangkan dalam artikel ini, nama perniagaan penting kerana ia adalah sebahagian daripada identiti perniagaan anda. Tanpa nama bisnes, anda juga tidak dapat mendaftarkan perniagaan anda. Oleh sebab itulah, nama perniagaan yang unik sangat penting demi kelangsungan bisnes anda.
Untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik, sila ikuti cara-cara di bawah:
- Gunakan Penjana Nama Bisnes Penyambungan Bulu Mata kami
- Gunakan nama anda sendiri
- Dapatkan pendapat daripada keluarga dan rakan-rakan anda
- Gunakan kamus untuk mendapatkan makna nama yang unik