Nama yang menarik mampu menarik penonton dan pelabur untuk syarikat produksti filem & TV anda.
Artikel ini akan membimbing anda untuk mendapatkan nama yang berkualiti dan juga bagaimana Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV kami boleh mempercepatkan proses pencarian nama.
20 Idea Nama Syarikat Produksi Filem & TV
Kami mulakan dengan idea nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV.
Anda boleh menggunakan senarai nama di bawah ini sebagai idea atau inspirasi awal bagaimana penjana nama dapat membantu mendapatkan nama syarikat yang unik dan menarik.
- Ark Pictures
- Sepia Motion Pic
- Cereka Calipso
- Skrip Sensual
- Picture Post
- Pictures Pulp
- Cereka Capsule
- FIlem Fanatic
- Montaj Million
- Sutradara Slice
- Filem Fusion
- Cinematic Cut
- Cent Cinematic
- Candid Cinematic
- Mugshot Montaj
- Sway Sutradara
- Cosmo Cinematic
- Serene Sutradara
- Crawler Cinematic
- Fortify Filem
Contoh Syarikat Produksi Filem & TV Tempatan dan Antarabangsa Sebagai Inspirasi
Salah satu langkah dalam proses mencari nama syarikat produksi filem & TV yang menarik adalah dengan melihat bagaimana syarikat perfileman sedia ada memilih nama mereka.
Berikut adalah tiga contoh kami sediakan sebagai inspirasi kepada anda.
1. Amblin Entertainment
Dimiliki oleh pengarah yang mempunyai sentuhan magis, Steven Spielberg. Pada awal penubuhannya syarikat ini dinamakan Steven Spielberg Production.
Amblin merupakan nama filem keluaran yang mendapatkan kejayaan di peringkat komersial dan Steven Spielberg menukar nama syarikat produksinya dengan mengambil nama filem tersebut atas sebab sentimental.
2. Skop Production
Bermula dengan hanya dua orang kakitangan, syarikat produksi yang ditubuhkan oleh sutradara lagenda, Datuk Yusof Haslam ini mengorak terus menghadiahkan naskah box office kepada dunia sinematik Malaysia.
Bayangan Maut, Pemburu Bayang Sembilu dan lain-lain lagi semuanya berjaya mendapat kutipan pecah panggung dan memberi nafas baru kepada penonton.
3. JS Pictures
Syarikat produksi milik pasangan suami isteri, dramatis Sheila Rusly dan Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.
Syarikat ini telah menerbitkan pelbagai genre drama berkualiti dan rancangan popular seperti “Ketuk-ketuk Ramadan”.
Apa itu Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV?
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk menjana nama dalam masa yang singkat.
Penjana nama akan memadankan kata kunci yang anda masukkan dan menjana nama yang relevan untuk industri kreatif, perfileman dan penyiaran.
Proses memilih nama syarikat produksi filem & TV anda lebih mudah, pantas dan lebih banyak nama boleh digunakan sebagai idea dan inspirasi untuk anda.
Ciri-ciri khas penjana nama kami adalah seperti berikut:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Produksi Filem & TV mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rawak.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama agensi kreatif anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produksi filem, drama, media atau dapat menggambarkan produk yang anda jual.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Syarikat Produski Filem & TV akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan emel sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan penjana nama bisnes kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan penjana nama bisnes kami hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV?
Selain daripada janaan nama yang unik, carian nama melalui Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV kami juga mudah dilakukan.
Sebagai panduan, kami kongsikan langkah-langkah terperinci bagaimana menggunakan Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV.
Langkah pertama:
Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri “art” atau “media” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Selain itu, Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima; dan
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Mudah bukan?
Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV secara percuma.
Apakah Kesilapan yang Perlu Dielakkan Ketika Memilih Nama?
Jika anda mahukan nama yang boleh memberi tanggapan positif dan unik kepada pelanggan, elakkan dari kesilapan yang disenaraikan ketika memilih nama syarikat produksi filem & tv anda.
Nama terlalu panjang
Sifir mudahnya: nama yang panjang sukar diingat oleh orang ramai. Perhatikan jenama pada telefon bimbit, kasut, laptop milik anda. Hampir semua jenama yang ada menggunakan nama yang pendek, bukan?
Tujuan pelanggan mencari syarikat anda atau melakukan carian adalah untuk mencari penyelesaian seperti membuat filem, dokumentari atau media. Nama yang panjang seperti menyusahkan mereka untuk mencari dan ingat.
Lebih teruk lagi, anda mungkin kehilangan peluang perniagaan kerana pelanggan memilih pesaing lain yang lebih senang dicari dan diingat namanya.
Selain itu, nama yang panjang boleh memberi kesan jika anda ingin mendapatkan handle di media sosial seperti Twitter dan Instagram. Ini boleh mengganggu pemasaran digital dan juga promosi filem atau rancangan tv terbitan syarikat anda.
Ejaan nama yang sukar
Tidak salah jika anda ingin menyuntik elemen kreativiti pada ejaan nama untuk membuatkan nama kedengaran unik. Namun, janganlah sampai mengelirukan pelanggan dengan nama yang sukar disebut atau dieja dengan mudah.
Jika anda menggunakan perkataan biasa digunakan dalam kehidupan seharian, pelanggan akan menaip dalam ejaan yang sepatutnya.
Contohnya,katakan nama syarikat filem dan tv anda Filem4U, secara intuitifnya pelanggan akan menaip Filem For You ketika mencari di enjin carian.
Bayangkan apa yang boleh berlaku jika sebaliknya nama syarikat lain yang muncul di hasil carian memandangkan nama syarikat anda dieja diluar kelaziman?
Begitu juga jika anda mencipta perkataan sendiri, pastikan ejaan nama tersebut boleh dieja secara intuitif. Ejaan Google, Ebay, Pepsi (nama yang dicipta sendiri) semuanya boleh diteka secara intuitif.
Penggunaan simbol
Simbol seperti tanda sempang dan lain-lain mungkin memberi kesan kepada pelanggan. Sebagai contoh, kebiasaannya tanda sempang tidak digunakan ketika membuat carian di enjin carian.
Melainkan anda menggunakan simbol “&”, simbol lain boleh menghalang pelanggan ingat nama syarikat produksi filem dan tv anda dengan mudah.
Meniru nama seakan sama
Di dalam dunia perfileman atau penerbitan media, keaslian dan hak cipta adalah perkara asas yang perlu dihormati dan dipatuhi.
Penonton atau pelanggan mengharapkan keaslian produk daripada anda, ini termasuklah nama syarikat produksi filem & tv anda. Nama yang dilihat seperti meniru atau mendapat inspirasi dari nama-nama besar sedia ada, mungkin membuatkan pelanggan skeptikal dengan kualiti yang anda tawarkan.
Filemnify kedengaran seperti saduran nama untuk Spotify, walaupun anda sememangnya berbakat dan mampu menerbitkan rancangan atau filem yang bermutu. Secara jujurnya, pelanggan melihat kreativiti anda seperti terbatas, malas dan mengambill jalan mudah.
Apa yang perlu lebih dirisaukan, nama syarikat produksi filem dan tv yang seakan sama dengan sedia ada boleh berisiko untuk menerima tuntutan berkenaan pelanggaran harta intelek.
Had pada nama
Nama syarikat produksi seharusnya tidak bersifat terbatas. Tiada siapa akan tahu tahap pencapaian produksi anda di kemudian hari.
Ada kemungkinan syarikat anda akan didatangi oleh siaran tv antarabangsa, misalnya untuk menghasilkan rancangan tentang kehidupan di Malaysia untuk tontonan global dan juga filem sejarah.
Jadi, jika pada mulanya syarikat anda ingin fokus pada penerbitan rancangan dokumentari, anda tidak perlu menggunakan “ABC Documentary” sebagai nama syarikat produksi filem & tv anda.
Gunakan nama yang mengandungi kata kunci relavan yang lebih meluas. Terlalu spesifik tidak membuatkan anda unik.
Begitu juga dengan penggunaan lokaliti atau geografi setempat pada nama syarikat produksi boleh menjadi masalah jika anda ingin mengembangkan perniagaan kelak.
Adakah Anda Perlu Mendaftarkan Nama Syarikat Produksi FIlem & TV?
Untuk menjalankan perniagaan di Malaysia, anda perlu mendaftar dan mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016.
Jika anda sudah memilih nama, anda boleh membuat semakan nama di SSM melaui portal e-info.
Anda juga perlu semak sama ada perlu berdaftar dengan persatuan perdagangan industri atau agensi kerajaan seperti Perbadanan Filem Malaysia (FINAS).
Selain daripada pendaftaran syarikat, anda juga perlu membuat semakan penting untuk saluran media sosial, tanda dagang dan domain.
Media sosial
Media sosial merupakan platform pemasaran paling popular tidak kira saiz bisnes tersebut.
Lakukan carian mudah di Google untuk melihat sama ada nama syarikat produksi filem & TV yang anda pilih sudah digunakan atau sebaliknya.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan namechecker untuk membuat semakan nama di seluruh platform media sosial.
Antara perkara penting sewaktu menubuhkan syarikat produksi filem & tV adalah strategi pemasaran digital yang menyeluruh. Ini termasuklah penciptaan atau penggunaan handle di media sosial.
Handle bermaksud nama pengguna umum yang digunakan untuk akaun media sosial syarikat produksi filem & tV anda. Dengan adanya handle sendiri, pengguna dapat mencari nama syarikat produksi filem & tV anda dengan menaip handle yang sama.
Twitter dan Instagram mempunyai had untuk setiap nama pengguna. Semak sama ada bilangan aksara nama syarikat produksi filem & tV anda memenuhi had maksimum yang telah ditetapkan untuk media sosial berkenaan.
Tanda dagang
Salah satu kesilapan besar pemilik bisnes adalah tidak membuat semakan tanda dagang.
Anda boleh menyemak tanda dagang di MyIPO atau menggunakan agen yang lebih arif di dalam bidang ini dan boleh memberikan nasihat yang sepatutnya.
Semakan tanda dagang boleh mengelakkan sebarang tuntutan undang-undang terhadap pelanggaran harta intelek dari pihak ketiga dan seterusnya kos yang tinggi.
Lebih memburukkan keadaan lagi, anda terpaksa menukar nama syarikat produksi filem & tV setelah mendaftarkan nama syarikat dan mengatur strategi pemasaran.
Domain
Tanpa domain yang sama dengan ejaan syarikat produksi filem & tV anda, anda seperti tidak wujud di dalam dunia digital.
Jangan pandang mudah perkara ini. Ada ketikanya, sesuatu nama menjadi milik orang lain walaupun mereka langsung tidak menggunakannya.
Pastikan domain untuk nama anda tersedia dalam ejaan yang anda inginkan.
Namun, jika anda gunakan Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV kami, nama yang dijana mempunyai ketersediaan domain dan anda hanya perlu daftarkannya sahaja.
Kesimpulan
Usaha untuk mendapatkan nama syarikat TV & Filem yang benar-benar boleh menarik perhatian pelanggan bukan usaha yang mudah, tetapi tidak mustahil.
Sama seperti filem cereka, tidak ada batasan untuk kreativiti yang boleh anda suntikkan pada nama syarikat, asalkan mengikut tips yang telah kami kongsikan sebelum ini.
Selamat berjaya!