Idea & Penjana Nama Syarikat Pelancongan

Usah bingung mencari nama syarikat yang unik apabila Penjana Nama Syarikat Pelancongan kami sedia membantu anda secara percuma!

1. Pilih kata kunci nama syarikat pelancongan anda

Guna perkataan yang boleh menggambarkan syarikat pelancongan anda sebagai kata kunci yang akan dijana

2. Dapatkan idea Nama Syarikat Pelancongan anda

Ratusan idea nama Syarikat Pelancongan yang unik sedia untuk anda pilih dan gunakan sebagai nama perniagaan utama anda

3. Pilih Nama Syarikat Pelancongan anda

Jangan lupa untuk menyemak ketersediaan nama domain sekiranya anda ingin menggunakan nama syarikat sebagai nama domain anda

Tahukah anda, industri pelancongan Malaysia dijangka akan berkembang dengan lebih pantas pada tahun 2022? Tidak hanya itu, bilangan pelancongan yang akan berkunjung ke Malaysia juga dijangka akan bertambah disebabkan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan semasa tempoh pemulihan ekonomi pasca Covid-19. 

Selain itu juga, Pelan Pelancongan Strategik Malaysia 2022-2026 akan memberikan manfaat kepada anda yang berminat untuk memulakan perniagaan dalam bidang pelancongan. Untuk memastikan perniagaan anda dikenali ramai, anda memerlukan nama syarikat yang menarik.

Oleh itu, dalam panduan ini, kami akan memperkenalkan kepada anda Penjana Nama Syarikat Pelancongan yang akan membantu anda menjana nama syarikat yang unik dan menarik. Jom lihat contoh nama syarikat yang kami telah jana di bawah.  

20 Nama Syarikat Pelancongan   

20 idea nama syarikat di bawah ini dijana menggunakan empat kata kunci yang berbeza. 

  • Jalan Retreat
  • Jalan Transit
  • Jalan Ace
  • Jalan Journeyman
  • Jalan Hut
  • Jalan Tour
  • Jalan Vacay
  • Jalan Direct
  • Jalan Trek
  • Jalan Bueno
  • Melancong Starline
  • Melancong Amity
  • Melancong Pass
  • Melancong Anchors
  • Melancong  Nomad
  • Terbang Venture
  • Terbang Expedition
  • Terbang Bucket List
  • Terbang Pursuit
  • Terbang Hut

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat Pelancongan?

Mari lihat langkah mudah di bawah yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan nama yang paling sesuai untuk syarikat pelancongan anda.

Pilih kata kunci

Langkah seterusnya adalah, pilih kata kunci yang sesuai untuk digunakan. Kata kunci yang anda gunakan sebaik-baiknya perlu berkaitan dengan perniagaan anda.

Mari lihat kata kunci yang kami gunakan serta yang berkaitan dengan syarikat pelancongan.

  1. Jalan
  2. Melancong
  3. Terbang

Banyak lagi kata kunci yang anda boleh pilih. Tetapi jika anda merasa buntu untuk mendapatkan penyelesaian yang kreatif, anda boleh menggunakan cara di bawah ini:

  1. Gunakan kamus dalam talian
  2. Gunakan nama perniagaan terkenal sebagai inspirasi
  3. Gunakan perkataan yang bersinonim
  4. Lawati laman utama Pelancongan Malaysia

Dengan cara ini, kami pasti anda boleh mendapat kata kunci yang boleh menggambarkan identiti perniagaan berasaskan pertanian.

Kecilkan pencarian nama

Jika anda ingin menjimatkan masa untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik dengan pantas, anda boleh menggunakan fungsi tapisan penjana nama perniagaan kami. 

Tapisan nama kami terbahagi kepada dua:     

Tapisan industri

Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu pergi ke senarai industri yang tertera di bahagian kiri laman hasil janaan idea nama kami. Antara pilihan industri yang anda boleh aktifkan adalah:

  1. Perkhidmatan
  2. Pelancongan
  3. Fotografi
  4. Alam sekitar

Untuk nama perniagaan pertanian, anda boleh memilih industri pelancongan. Pilihan industri perkhidmatan juga sesuai untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.

Ini kerana, jika anda menjalankan syarikat pelancongan, anda juga menyediakan perkhidmatan untuk membantu pelanggan menguruskan percutian mereka.

Tapisan nama

Tapisan nama mempunyai beberapa fungsi tetapan yang anda boleh aktifkan. Fungsi tetapan tersebut adalah:

1. Bilangan karakter

Anda boleh menentukan sama ada bilangan karakter nama syarikat anda seminimum 5, atau lebih daripada 15.

2. Bilangan patah perkataan

Anda boleh menentukan sama ada anda mahu nama syarikat anda dalam satu perkataan atau pun dua perkataan.

3. Posisi kata kunci 

Anda boleh menentukan sama ada kata kunci yang anda masukkan dijana sebelum ataupun selepas idea nama syarikat.

4. Nama perniagaan berima

Anda boleh mengaktifkan togal tetapan nama syarikat yang berima. Tetapi, pastikan anda juga memilih tetapan bilangan patah perkataan kepada 2.

Pilih semula nama 

Setelah anda mengaktifkan tapisan industri dan nama, anda boleh memilih nama syarikat yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Untuk pengetahuan anda setiap nama syarikat yang dijana adalah unik.

Ini bermakna, kami hanya akan menjana nama syarikat yang tidak pernah didaftarkan di mana-mana negara khusus untuk anda.

Jangan lupa juga, anda boleh menyemak ketersediaan domain sekiranya anda memerlukannya untuk perniagaan anda.      

4 Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Perniagaan

Mari lihat 4 kelebihan yang anda boleh nikmati sekiranya menggunakan penjana nama syarikat pelancongan kami.

Percuma

Memulakan perniagaan pasti memakan kos yang besar. Tidak kiralah daripada segi masa atau wang. Jika anda baharu dalam dunia perniagaan, jangan risau penjana nama syarikat pelancongan kami percuma untuk digunakan.

Selain daripada produk utama perniagaan, nama perniagaan penting bagi menonjolkan lagi perniagaan anda. Sekali lagi, kenapa perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mengupah penasihat perniagaan jika penjana nama syarikat perlancongan kami percuma sahaja.

Nama syarikat yang unik

Keunikan adalah teras kepada perkhidmatan menjana nama perniagaan kami. Ini kerana, jika penjana kami tidak mampu menjana nama perniagaan yang unik, kami pasti tidak mendapat kepercayaan 3 juta pengguna di luar sana.

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang kami maksudkan dengan unik, bukan? Unik tidak semestinya bermaksud menarik semata-mata.

Jika kita lihat daripada sudut perniagaan, keunikan adalah kelainan yang lebih menyerlah. Idea nama perniagaan yang dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami mempunyai ciri ini.

Ini kerana, setiap nama perniagaan yang dijana untuk anda adalah asli. Anda tidak akan dapat menjumpai nama perniagaan tersebut di mana-mana. Malah, kami memastikan nama perniagaan yang anda pilih tidak pernah didaftarkan sebagai nama perniagaan.    

Pelbagai bahasa

Tahukah anda, terdapat lebih daripada 20 bahasa yang anda boleh pilih di platform penjana nama perniagaan kami ini? Ya, bukan hanya bahasa Malaysia dan Inggeris sahaja yang disediakan. Jika anda ingin mengembangkan perniagaan ke negara jiran seperti Indonesia, tidak perlu risau, kerana anda boleh menjana nama perniagaan dalam bahasa Indonesia.

Jika anda berminat untuk menembusi pasaran Eropah, penjana nama perniagaan kamilah yang terbaik. Hal ini kerana, platform kami turut menyediakan bahasa seperti berikut:

  1. Belanda
  2. Portugal
  3. Perancis
  4. Greek
  5. Jerman
  6. Sepanyol

Pilihan idea yang banyak

Kami pasti anda mungkin masih masih ragu-ragu lagi mengenai penjana nama syarikat pelancongan kamu. Ya, anda pasti tertanya-tanya… “Bagaimana penjana nama perniagaan yang percuma boleh menjana nama syarikat yang banyak?”.

Kepelbagaian merupakan ciri utama penjana nama kami. Jika anda tidak meletakkan sebarang tapisan, anda boleh menjana sebanyak lebih 7,999 pilihan idea nama.

Jika anda ingin menjana nama syarikat yang lebih spesifik, anda boleh menggunakan fungsi tapisan industri dan nama di bahagian kiri laman penjana kami. Dengan melakukan ini, pilihan nama yang dijana akan lebih kecil. Tetapi, anda akan dapat memilih nama syarikat yang sesuai dengan cita rasa anda dengan lebih pantas.

4 Tips Nama Syarikat Menarik

Kami faham bahawa tidak mudah untuk mendapatkan idea nama syarikat yang unik dan menarik. Oleh itu, kami telah menyediakan panduan serta tips mudah yang anda boleh cuba untuk mendapatkan nama syarikat pelancongan yang menarik.

Pilih nama berkaitan dengan pelancongan

Cara mudah yang boleh menggambarkan syarikat pelancongan anda dengan tepat adalah dengan menggunakan nama yang berkaitan dengan pelancongan. Mengapa tidak, bukan? Ini pasti dapat membantu nama perniagaan dikenali dengan lebih pantas.

Anda pasti ingin tahu bagaimana prospek pelanggan anda dapat mengenal pasti perniagaan anda dengan cara ini. Baiklah, jawapannya sebenar agak ringkas.

Ini kerana, dengan nama sebegini, anda boleh mendapatkan perhatian pelanggan anda bahawa anda ada menawarkan perkhidmatan percutian. Secara tidak langsung, anda boleh menjadikan ini sebagai strategi pemasaran anda.

Anda pasti tahu bahawa kos pemasaran agak tinggi. Oleh itu, dengan menggunakan cara ini, anda boleh mempromosikan syarikat anda sambil mendapatkan nama syarikat yang menarik.

Antara perkataan yang anda boleh gunakan yang berkaitan dengan pelancongan adalah seperti berikut:

  1. Jelajah
  2. Jalan-jalan
  3. Terokai
  4. Cuti-cuti
  5. Percutian
  6. Melancong
  7. Pelancongan

Guna nama tempat       

Cara mudah seterusnya adalah, gunakan nama lokasi utama perkhidmatan pelancongan anda, ataupun destinasi utama pelancongan yang anda tawarkan. Tidak sekadar mudah untuk disebut, nama tempat selalunya senang untuk diingat.

Anda juga boleh menggabungkan nama tempat dan juga nama anda untuk dijadikan sebagai nama syarikat yang menarik. Secara tidak langsung, anda dapat memberikan identiti kepada syarikat anda.

Selain daripada itu, anda juga boleh menggabungkan nama tempat dengan perkataan yang berkaitan dengan pelancongan seperti yang telah kami nyatakan di atas. Ini pasti dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan.

Ringkas tetapi menarik serta padat, bukan?

Lakukan sumbang saran

Cara seterusnya ini sesuai dilakukan sekiranya anda mempunyai rakan kongsi ataupun rakan yang anda boleh percayai. Cara tersebut adalah, lakukan sumbang saran, atau lebih dikenali sebagai brainstorming.

Bagaimana untuk melakukan sumbang saran yang efektif? Baiklah, anda boleh mencuba langkah-langkah ini:

  1. Sediakan senarai pendek idea nama perniagaan
  2. Dapatkan pendapat daripada ahli yang menyertai sesi sumbang saran
  3. Catat maklum balas yang diberikan
  4. Lakukan undian nama perniagaan terbaik

Pastikan anda mengambil serius setiap pandangan yang diberikan oleh mereka yang terlibat dalam proses sumbang saran ini. Terutama sekali jika mereka yang terlibat merupakan pekerja anda. 

Ini bagi mendapatkan kepercayaan mereka dan juga idea nama perniagaan yang lebih bernas.

Guna Penjana Nama Syarikat Pelancongan

Cara seterusnya ini harus anda gunakan kerana kami percaya anda pasti dapat mendapatkan nama syarikat yang unik serta menarik. Cara tersebut adalah, gunakan penjana nama syarikat pelancongan kami.

Sekarang, anda pasti ingin tahu dengan lebih lanjut apakah kelebihan penjana nama perniagaan kami bukan? Baiklah, mari lihat senarai di bawah:

  1. Percuma
  2. Mudah untuk digunakan
  3. Pilihan lebih 3 juta peniaga baharu di seluruh dunia
  4. Idea pilihan nama yang banyak
  5. Tiada pendaftaran diperlukan

Kami yakin anda boleh mendapatkan nama syarikat yang paling sesuai dan menepati cita rasa. Selain itu, mengapa perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan nama syarikat yang menarik jika penjana nama perniagaan kami boleh membantu anda?

5 Nama Syarikat Pelancongan Terkenal

Expedia Group

Expedia Group adalah sebuah syarikat pelancongan yang bertapak di Seattle, Amerika Syarikat. Syarikat pelancongan ini ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai sebahagian daripada syarikat Microsoft pada ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, Expedia Group adalah antara satu-satunya syarikat pelancongan yang tersenarai dalam saham NASDAQ. Ini tidak menghairankan apabila syarikat ini berjaya meraih keuntungan sebanyak lebih kurang RM32 bilion pada tahun 2021.

Antara produk pelancongan di bawah nama Expedia Group adalah BedandBreakfast.com, CarRentals.com, trivago dan banyak lagi. Kami pasti anda juga pernah membuat tempahan melalui trivago, bukan?

Sejarah nama Expedia Group sangat menarik. Ini kerana, menurut bekas pengurus syarikat ini, Rich Barton, perkataan “Expedia” diambil daripada perkataan “pengembaraan” dan juga “kelajuan”. Hasil gabungan kedua-dua perkataan ini dalam bahasa Inggeris menghasilkan nama Expedia.

Booking Holdings

Booking Holdings merupakan sebuah syarikat pelancongan yang ditubuhkan pada tahun 1996. Syarikat pelancongan ini ditubuhkan oleh Jay S. Walker di Connecticut, Amerika Syarikat.

Booking Holdings telah berjaya disenaraikan dalam saham NASDAQ. Ini sememangnya sesuatu yang dijangkakan oleh para pelabur kerana sebagai contoh, syarikat ini berjaya mendapat keuntungan sebanyak hampir RM45 bilion pada tahun 2021.

Antara produk pelancongan di bawah nama Booking Holdings adalah Agoda.com, Booking.com, Kayak.com dan banyak lagi. Agoda.com adalah antara satu produk Booking Holdings yang banyak digunakan oleh para pelancong di Malaysia.

Tetapi, tahukah anda, Booking Holdings bukanlah nama asal syarikat pelancongan ini? Ya, syarikat pelancongan ini pernah dikenali sebagai Priceline.com Incorporated dan juga The Priceline Group Inc.

Pada pandangan kami, nama “Booking Holdings” lebih sesuai dijadikan sebagai nama perniagaan. Ini kerana mereka sememangnya menawarkan perkhidmatan pelancongan kepada para pengguna. Perkataan “Booking” yang membawa maksud “tempahan” adalah pilihan tepat yang digunakan untuk menggambarkan identiti syarikat ini.    

BDC Group

BDC Group adalah antara syarikat pelancongan yang terawal ditubuhkan di benua Eropah. Pada awalnya, BDC Group adalah sebuah syarikat hartanah. Namun pada tahun 1987, BDC Group beralih kepada industri pelancongan.

BDC Group mula berjinak dalam dunia pelancongan apabila mereka mengambil alih WorldTravel Advisors. WorldTravel Advisors merupakan sebuah syarikat pelancongan yang bertapak di Atlanta.

Syarikat Belanda ini memiliki beberapa jenama produk pelancongan yang dikenali sebagai BDC Travels, Park ‘N’ Fly, Parkmobile, Travix dan banyak lagi. 

Tidak banyak yang kita boleh huraikan mengenai nama syarikat pelancongan ini. Namun salah satu jenama pelancongan mereka iaitu BDC Travels, jelas menunjukkan bahawa syarikat ini sememangnya berkhidmat dalam industri pelancongan.

American Express Global Business Travel (GBT)

American Express Global Business Travel atau turut dikenali sebagai GBT merupakan syarikat pelancongan multinasional yang bertapak di New York. Selain itu juga, ibu pejabat GBT juga bertapak di 133 negara. 

Seperti yang anda sedia maklum, GBT adalah anak syarikat American Express yang juga merupakan sebuah syarikat kad kredit. Walaupun berada di bawah naungan American Express, GBT juga turut disenaraikan dalam bursa saham New York sejak Mei 2022.

Untuk pengetahuan anda, antara pelabur-pelabur terbesar GBT adalah Qatar Holdings dan juga Macquire Capital. Namun begitu American Express tetap menjadi pemegang saham terbesar GBT.

Kejayaan GBT sebagai syarikat pelancongan hasil daripada beberapa faktor. Antaranya adalah strategi pemasaran yang berkesan. Mana tidaknya, penggunaan perkataan “Global Business Travel” sebagai nama perniagaan ini sudah cukup memberikan mesej yang jelas mengenai identiti perniagaan mereka.

CWT

CWT adalah sebuah syarikat pelancongan yang pakar dalam bidang pengurusan perjalanan, taklimat, insentif, persidangan, pameran dan banyak lagi. Syarikat pelancongan ini ditubuhkan pada tahun 1994 di Minnesota, USA.

Untuk pengetahuan anda, CWT adalah akronim kepada perkataan Carlson Wagonit Travel. CWT adalah gabungan antara dua syarikat pelancongan yang dikenali sebagai Carlson Travel Network dan juga Compagnie Internationale des Wagons-Lits. 

Hasil gabungan nama kedua-dua syarikat ini menghasilkan nama Carlson Wagonit Travel yang dikenali hingga ke hari ini. CWT telah bertapak di 145 negara dan mempunyai pekerja seramai 18,000.

Setakat ini, Carlson Wagonit Travel berjaya meraih keuntungan tertinggi sebanyak RM6 bilion. 

Soalan Lazim

Contoh nama syarikat pelancongan adalah seperti Trivago dan CWT. Jika anda ingin menamakan syarikat pelancongan anda, anda perlulah memastikan nama yang anda pilih unik dan bukanlah diambil daripada nama perniagaan yang lain.

Agensi pelancongan adalah agensi yang menawarkan khidmat pelancongan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan untuk memudahkan urusan perjalanan mereka. Sebagai contoh, agensi pelancongan akan membantu menguruskan tiket penerbangan, penginapan anda dan juga destinasi yang ingin dituju.

Untuk menamakan laman web pelancongan anda, anda boleh menggunakan Penjana Nama Syarikat Pelancongan kami. Penjana nama kami akan membantu anda mendapatkan nama syarikat yang anda inginkan. Kemudian, melalui penjana nama syarikat kami ini, anda boleh menyemak sama ada anda boleh menggunakan nama yang dipilih sebagai nama domain untuk laman web pelancongan anda.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki