Memulakan apa pun perniagaan sangat mendebarkan. Daripada mencari lokasi perniagaan, strategi pemasaran, kos, hinggalah ke tahap mencari nama perniagaan yang sesuai, peniaga baru terutamanya akan merasa tertekan.
Oleh itu, kami ingin membantu meringankan beban anda dengan memperkenalkan penjana nama syarikat cat nama buat anda yang berminat dengan bidang ini. Teruskan membaca bersama kami.
20 Nama Syarikat Cat
- Jet Warna
- Warnazilla
- World Warna
- Warnalytical
- Expert Warna
- Warna Dr.
- Warna Wisdom
- Warna Marvel
- Warna Kingdom
- Warna House
- Cat Outright
- Cat Premium
- Cat Aid
- Cat Innovate
- Cat Assist
- Pengecat Epic
- Pengecat Superior
- Pengecat Master
- Pengecat Platinum
- Pengecat Elite
Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Syarikat Cat
Ingin tahu bagaimana anda boleh mendapatkan nama syarikat cat yang unik? Sila rujuk langkah mudah di bawah:
Langkah 1
Sila layari laman utama kami di businessnamegenerator.com untuk mengakses Penjana Nama Syarikat Cat kami. Terdapat lebih dari seratus blog artikel yang boleh membantu anda mendapatkan panduan untuk menggunakan penjana nama perniagaan kami di sini.
Pastikan anda menyemak setiap pautan yang ada disediakan untuk membiasakan diri dengan penjana kami. Sebagai contoh, di mana ruangan untuk menjana nama perniagaan anda.
Ruangan tersebut terletak di setiap halaman penjana kami.
Langkah 2
Kami memastikan setiap pengguna kami di seluruh dunia dirangkum. Oleh itu, kami telah menyediakan hampir 20 bahasa yang anda boleh gunakan. Antara bahasa yang ada disediakan adalah seperti berikut:
- Bahasa Arab
- Bahasa Thai
- Bahasa Sepanyol
- Bahasa Denmark
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Poland dan banyak lagi
Untuk makluman anda, pilihan bahasa yang anda gunakan tidak hanya akan menterjemahkan laman kami ke dalam bahasa pilihan anda. Malah, nama perniagaan yang dijana juga adalah dalam bahasa yang anda pilih.
Pilihlah apa sahaja bahasa yang anda ingin gunakan. Jika anda ingin melebarkan sayap syarikat anda ke negara lain, anda boleh mengguna pakai fungsi bahasa kami.
Langkah 3
Langkah seterusnya adalah, pilih kata kunci yang sesuai dengan perniagaan ataupun syarikat mengecat anda. Sebelum itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda kata kunci yang kami gunakan untuk menjana 20 nama perniagaan di atas.
Ini akan membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas lagi mengenai bagaimana kata kunci yang tepat boleh membantu anda mendapatkan nama syarikat yang sesuai.
Kata kunci yang digunakan adalah:
- Warna
- Cat
- Pengecat
Kami pasti anda dapat memerhatikan bahawa kami hanya menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan perkhidmatan mengecat. Tetapi, anda juga bebas untuk menggunakan apa-apa kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda.
Seterusnya, masukkan kata kunci pilihan anda dan jana nama syarikat anda.
Langkah 4
Tahukah anda, idea nama syarikat yang dijana tanpa menggunakan tapisan akan menghasilkan sebanyak 7,999 idea nama? Oleh sebab itu, anda mungkin terpaksa meluangkan lebih dari 30 minit untuk mendapatkan nama syarikat yang sesuai.
Oleh itu, gunalah dua fungsi tapisan nama perniagaan kami bagi membantu anda mendapatkan nama syarikat yang terbaik tanpa perlu menggunakan masa yang lama.
Tapisan industri
Tapisan industri membolehkan anda memilih senarai industri yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan.
Untuk syarikat cat atau syarikat yang menawarkan khidmat mengecat, anda boleh memilih industri perkhidmatan atau seni. Kemudian idea pilihan nama yang dijana juga akan lebih terperinci.
Tapisan nama
Seterusnya, anda boleh menggunakan tapisan nama penjana nama perniagaan kami. Dengan mengaktifkan fungsi ini, anda boleh menetapkan hasil janaan nama syarikat anda seperti berikut:
- Tetapan had bilangan karakter nama; atau
- Tetapan bilangan nama perniagaan; atau
- Tetapan posisi kata kunci yang dijana; dan
- Tetapan untuk mendapatkan nama syarikat berima.
Langkah 5
Langkah terakhir yang anda perlu lakukan adalah, memilih nama syarikat yang relevan dengan identiti perniagaan anda. Kami pasti setelah mengguna pakai fungsi tapisan yang dinyatakan di atas, anda pasti dapat menjana nama syarikat yang terbaik untuk anda.
5 Kelebihan Penjana Nama Perniagaan Kami
Ingin tahu mengapa anda perlu menggunakan Penjana Nama Syarikat Cat kami, dapatkan jawapannya di bawah.
0 sen
Tahukah anda, penjana nama perniagaan kami percuma untuk digunakan? Ya, anda boleh menjana sebanyak mana nama syarikat yang anda mahu pada kadar 0 sen seumur hidup.
Kami menyediakan perkhidmatan percuma ini untuk membantu peniaga baru seperti anda mendapatkan nama syarikat yang terbaik. Berbeza dengan platform menjana nama perniagaan yang lain, kami tidak akan menetapkan had masa dan mengenakan sebarang bayaran untuk anda menggunakan penjana nama kami..
Kami juga tidak akan meminta maklumat kad kredit atau debit anda. Oleh sebab itulah, penjana kami pilihan terbaik untuk anda yang baru memulakan perniagaan. Jangan risau, kualiti nama yang dijana juga dijamin unik.
Mudah digunakan
Jika anda perhatikan di bahagian langkah menggunakan penjana nama syarikat kami, penjana nama perniagaan kami sangat mesra pengguna. Ini bermakna, penjana nama perniagaan kami sesuai untuk semua lapisan umur tanpa mengira batas ilmu pengetahuan mengenai teknologi.
Apa yang anda harus lakukan hanyalah merujuk kembali 5 langkah di atas.
Pilihan ramai
Tahukah anda, 3 juta peniaga di seluruh dunia berjaya menjana nama perniagaan mereka bersama kami? Ini bermakna, penjana nama perniagaan kami dikenali ramai tidak hanya di Malaysia sahaja, tetapi juga di benua Amerika, Eropah, Asia dan banyak lagi.
Mengapa anda mahu lepaskan peluang mendapatkan nama syarikat terbaik seperti 3 juta orang pengguna di luar sana? Oleh itu, masukkan saja kata kunci yang anda mahukan dan jana nama syarikat atau perniagaan bersama kami.
Selamat
Kami tidak akan meminta anda melakukan pendaftaran. Kami juga tidak akan meminta anda berkongsi dengan kami maklumat perbankan anda. Oleh itu, sebarang risiko penggodaman data peribadi tidak akan berlaku apabila anda menggunakan penjana nama syarikat kami.
Ini juga jelas membuktikan bahawa platform kami sangat mesra pengguna. Jangan risau, nama yang dijana tetap unik walaupun laman web kami menggunakan teknologi penyulitan tercanggih.
19 bahasa
Anda boleh menjana nama perniagaan menggunakan 19 bahasa asing termasuk bahasa Malaysia. Buat apa membelanjakan wang yang banyak bagi membiayai kos perunding nama jika penjana nama syarikat kami boleh membantu anda menjana nama perniagaan dalam bahasa pilihan anda.
5 Tips Untuk Nama Syarikat Menarik
Nama perniagaan atau syarikat yang menarik boleh menaikkan seri bisnes anda. Seperti yang telah kami nyatakan di atas, penjana nama syarikat cat kami boleh membantu anda mendapatkan nama syarikat yang menarik.
Jika anda menggunakan penjana nama kami, anda perlu memastikan kata kunci yang anda pilih menarik. Untuk itu, sila rujuk senarai di bawah untuk mendapatkan kata kunci menarik yang boleh membantu anda menjana nama syarikat yang menarik.
Guna perkataan positif
Pilih ayat yang mencerminkan erti maksud yang positif. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan perkataan seperti berikut:
- Maju jaya
- Unggul
- Megah
Anda juga boleh menggunakan kamus bagi mencari makna maksud sinonim untuk menampakkan nama syarikat yang lebih kreatif serta positif.
Guna nama tempat
Anda juga boleh menggunakan nama tempat sebagai sebahagian daripada nama syarikat anda. Kelebihan apabila menggunakan nama tempat adalah, para pelanggan anda tidak perlu teragak-agak untuk berkunjung ke kedai atau premis perniagaan anda.
Secara tidak langsung, ini ialah taktik pemasaran yang agak bijak serta tidak memakan kos yang besar.
Guna ejaan yang ringkas
Cara seterusnya adalah dengan menggunakan ejaan yang ringkas dan mudah disebut. Ini bagi memastikan nama syarikat anda tampak lebih ringkas dan padat.
Anda tidak perlu ejaan yang terlalu rumit bagi mendapatkan nama syarikat yang menarik. Cukuplah sekadar menggunakan perkataan yang ringkas tetapi bermakna.
Semak ketersediaan nama
Setelah anda mendapatkan nama syarikat yang bersesuaian dengan cita rasa anda, pastikan anda menyemak ketersediaan nama syarikat tersebut. Ini bagi mengelakkan anda menggunakan nama syarikat yang pernah digunakan oleh entiti perniagaan yang lain.
Anda boleh menyemak ketersediaan nama syarikat anda di mana-mana laman semakan nama syarikat berdaftar di luar sana.
Guna nama anda
Cara seterusnya pasti dapat membantu anda mendapatkan nama syarikat yang menarik serta unik. Cara tersebut adalah dengan menggunakan nama anda sendiri. Anda boleh menggunakan nama keluarga anda juga.
Ini pasti memberikan gambaran bahawa syarikat anda mempunyai semangat kekitaan. Oleh itu, secara tidak langsung, nama syarikat anda akan tampil lebih menarik lagi.
5 Nama Syarikat Cat Terkenal
Nippon Paint
Tahukah anda, nama Nippon Paint sebelum ini dikenali sebagai nama lain pada awal penubuhannya? Ya, syarikat cat ini dikenali sebagai Komyosha dari tahun 1881 hingga ke tahun 1898.
Pada tahun 1898, Komyasha dikenali sebagai Nippon Paint Manufacturing. Kemudian, nama syarikat ini ditukar untuk kali ketiga dan sehingga kini dikenali sebagai Nippon Paint.
Nama Nippon Paint digunakan kerana perkataan ‘Nippon’ membawa maksud nama Jepun. Oleh itu, jika diterjemahkan nama syarikat ini ke dalam bahasa Malaysia, ‘Nippon Paint’ juga dikenali sebagai ‘Cat Jepun”.
Untuk pengetahuan anda, Nippon Paint ialah nama syarikat serta jenama cat dinding yang sangat terkemuka di dunia pembinaan. Nippon Paint yang berasal dari negara matahari terbit ini berjaya menempah nama di persada dunia.
Syarikat cat yang diasaskan oleh Jujiro Motegi ini berjaya meraih keuntungan yang mencecah hampir $600 billion pada tahun 2021.
Dulux
Dulux adalah antara jenama cat yang biasa kita dengar di Malaysia. Tidak hanya itu juga, anda pasti pernah melihat iklan cat Dulux di kaca TV anda, bukan?
Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya dari manakah asal nama Dulux ini? Sebenarnya, nama Dulux diambil daripada dua perkataan. Perkataan tersebut adalah ‘Durable’ dan ‘Luxury’.
‘Durable’ membawa maksud tahan lama, dan ‘Luxury’ bermaksud mewah. Gabungan tiga huruf pertama kedua-dua perkataan ini menghasilkan nama Dulux. Ringkas tapi bermakna, bukan?
Nama syarikat yang ringkas beginilah yang berjaya bertahan sehingga ke hari ini walaupun sudah beroperasi hampir 90 tahun. Untuk pengetahuan anda, Dulux merupakan syarikat cat yang berasal dari negara United Kingdom.
Sherwin-Williams
Sherwin- Williams merupakan syarikat cat yang berasal dari negara Amerika Syarikat. Sherwin-Williams sememangnya sudah lama berkecimpung dalam bidang pembuatan cat. Ini kerana, syarikat ini beroperasi sudah hampir 160 tahun.
Untuk pengetahuan anda, Syarikat Sherwin-Williams meraih keuntungan sebanyak $19.9 bilion pada tahun 2021. Ini bukanlah satu-satunya pencapaian Sherwin-Williams. Hingga ke hari ini, produk cat jenama ini boleh didapati di 120 buah negara di seluruh dunia.
Tetapi, anda juga pasti ingin tahu bagaimana nama Sherwin-Williams dipilih sebagai nama syarikat ini, bukan?
Seperti yang anda boleh jangkakan, nama syarikat ini diambil daripada nama pengasas syarikat ini sendiri, iaitu Henry Sherwin dan juga Edward Williams.
PPG Industries
PPG Industries ialah syarikat multidisiplin yang berasal dari negara Amerika Syarikat. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1883 oleh Kapten John B. dan juga John Pitcairn. Pada awalnya, kedua- dua mereka mengendalikan kilang plat kaca sebelum mereka berdua menceburi bidang pembuatan cat.
Kemudian, pada tahun 1900, PPG mula menceburkan diri dalam industri pembuatan cat selepas mereka mengambil alih syarikat Patton Paint Co.
Kemudian PPG juga turut terlibat dalam industri automotif pada tahun 1920. Walaupun bidang kepakaran PPG berkembang, kepakaran mereka dalam bidang pembuatan cat juga turut berkembang.
Anda pasti tertanya-tanya bagaimanakah nama PPG Industries direka, bukan? Sebenarnya, PPG adalah akronim kepada Pittsburgh Plate Glass. Oleh sebab syarikat ini sememangnya bermula sebagai industri pembuatan plat kaca, nama PPG Industries dikekalkan hingga ke hari ini.
Jotun
Jotun merupakan syarikat cat yang berasal dari negara Norway yang ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Ode Gleditsch Sr. Jenama Jotun sangat dikenali di Malaysia pada hari ini.
Ini kerana, Jotun menawarkan warna serta cat yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Tidak hanya pakar dalam bidang pembuatan cat, Jotun juga pakar dalam bidang pembuatan gentian kaca dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan anda Jotun atau juga dikenali sebagai Jotun Group merupakan anak syarikat Orkla Group. Hingga ke hari ini, Jotun berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka hampir ke 120 negara di seluruh dunia ini.
Nama Jotun pula sangat unik. Ini kerana, ada yang mengatakan bahawa nama Jotun dipilih kerana Jotun merupakan gergasi yang terkenal dalam cerita-cerita legenda rakyat Norway.
Ini mungkin sebab utama nama Jotun dipilih sebagai nama syarikat ini. Tambahan pula, Jotun sememangnya antara gergasi perniagaan terkenal di Norway.