Memulakan perniagaan makanan ringan sangat mengujakan. Dalam keterujaan tersebut, pasti ada kerisauan yang timbul terutamanya jika anda baru sahaja menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
Oleh itu, kami ingin membantu anda mendapatkan nama perniagaan makanan ringan yang terbaik. Jom lihat bagaimana penjana nama makanan ringan kami boleh membantu anda.
20 Nama Bisnes Makanan Ringan
- Goreng Stack
- Goreng Festive
- Ayam Crumb
- Story Sedap
- Sedap Street
- Dude Burger
- Sumo Burger
- Yummy Benco
- Gusto Benjo
- Grill Benjo
- Devine TehC
- Pisang Hut
- Pisang Bite
- Kentang Grub
- Kentang Factory
- Kentang Board
- Sosej Bro
- Sosej Bit
- Sosej Tale
- Roti Crumb
Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Makanan Ringan
Mari lihat bagaimana anda boleh menggunakan penjana nama makanan ringan kami dengan pantas.
Layari laman utama kami
Pertama sekali, anda harus pergi ke laman utama kami untuk mengakses penjana nama makanan ringan kami. Jika anda berada di laman kami, anda boleh menyemak sendiri contoh nama yang telah dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami melalui pautan penjana nama kami.
Di pautan tersebut, anda akan melihat senarai panduan penjana nama untuk perniagaan-perniagaan yang ada di dunia ini.
Sebelum itu, sila pastikan bahawa ruangan untuk menjana nama terletak di bahagian atas halaman penjana nama kami. Oleh itu, anda tidak mungkin akan terlepas fungsi penting ini.
Pilih bahasa
Di halaman utama kami, anda akan melihat senarai bahasa yang ada disediakan. Anda boleh memilih mana-mana bahasa yang anda fasih gunakan. Fungsi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin melebarkan sayap perniagaan mereka luar dari Malaysia.
Untuk makluman, platform penjana kami menyediakan hampir 20 bahasa yang anda boleh gunakan. Antara bahasa yang ada disediakan adalah seperti berikut:
- Bahasa Korea
- Bahasa Portugis
- Bahasa Arab
- Bahasa Jerman
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Perancis dan banyak lagi
Jika anda memilih bahasa Malaysia ataupun bahasa lain sebagai nama perniagaan anda, pilihan idea nama yang akan dijana juga dalam bahasa yang anda pilih.
Pilih kata kunci anda
Langkah seterusnya, cari kata kunci yang sesuai dengan perniagaan makanan segera anda. Untuk memudahkan anda memahami bagaimana kata kunci yang sesuai boleh membantu anda menjana nama perniagaan yang sesuai, mari lihat kata kunci yang kami telah gunakan untuk menjana 20 perniagaan di atas.
Kata kunci yang digunakan adalah:
- Goreng
- Ayam
- Sedap
- Burger
- Benjo
- Pisang
- Roti
- Kentang
- Sosej
Jika anda perhatikan, kami menggunakan nama makanan sebagai kata kunci untuk dijana bersama idea nama pilihan perniagaan kami. Anda boleh menggunakan apa sahaja kata kunci yang bersesuaian dengan perniagaan anda.
Guna tapisan industri dan nama
Setelah anda memilih kata kunci yang sesuai, tekan butang jana. Kemudian anda akan melihat senarai idea pilihan nama yang disenaraikan mengandungi lebih daripada 7,000 idea.
Anda pasti perlu meluangkan sedikit masa untuk memilih nama perniagaan yang paling sesuai. Oleh itu, jika anda mahu nama perniagaan yang lebih menepati cita rasa, anda bolehlah mencuba dua tapisan nama perniagaan kami.
Tapisan industri
Tapisan industri membenarkan anda memilih senarai industri yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk perniagaan makanan ringan, anda boleh memilih industri makanan dan juga restoran. Kemudian idea pilihan nama yang dijana juga akan lebih terperinci.
Tapisan nama
Anda juga boleh mengguna pakai tapisan nama penjana nama perniagaan kami. Fungsi ini akan membenarkan anda untuk membuat pilihan nama seperti berikut:
- Mengehadkan bilangan karakter nama; atau
- Nama perniagaan satu atau dua perkataan; atau
- Posisi kata kunci sebelum atau selepas; dan
- Nama perniagaan yang berima
Pilih nama perniagaan anda
Setelah anda memilih senarai industri dan pilihan tapisan nama, anda boleh menekan butang ‘Guna’. Kemudian senarai idea nama perniagaan baru akan dijana. Seterusnya, pilihlah satu nama perniagaan yang anda rasakan sesuai.
5 Kelebihan Penjana Nama Perniagaan Kami
Mari lihat mengapa anda perlu menggunakan penjana nama makanan ringan kami.
Percuma
Selalunya, jika anda menggunakan penjana nama perniagaan yang ada di luar sana, anda perlu memuat naik maklumat perbankan anda walaupun anda mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan nama perniagaan secara percuma. Ini disebabkan tempoh percuma adalah sementara sahaja.
Tetapi berbeza dengan kami. Anda tidak perlu membayar satu sen pun. Malah kami tidak akan meminta anda berkongsi dengan kami maklumat kad debit atau kredit anda. Tempoh percuma juga tiada had masa.
Mesra pengguna
Penjana Nama Makanan Ringan kami juga mesra pengguna. Ini bermakna, walaupun anda tidak berapa arif mengenai teknologi terkini, anda pasti dapat menjana nama perniagaan yang anda idamkan bersama kami.
Anda boleh merujuk kembali langkah mudah untuk mendapatkan nama perniagaan kami di atas.
Terbukti pilihan ramai
Tahukah anda, penjana nama perniagaan kami telah membantu berjuta-juta perniaga baharu di seluruh dunia untuk mendapatkan nama perniagaan. Ini membuktikan bahawa penjana nama perniagaan kami adalah yang terbaik hingga ke hari ini.
Anda juga pasti tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik bersama kami, bukan? Apa yang anda perlu lakukan adalah, luangkan 10 minit masa anda untuk menjana nama perniagaan yang akan membawa tuah kepada perniagaan anda bersama kami.
Tiada pendaftaran
Tiada bayaran bermakna tiada pendaftaran diperlukan. Ini juga bermakna, data peribadi anda juga selamat kerana anda tidak perlu memuat naik sebarang dokumen pengenalan diri ke dalam internet.
Sekali lagi, ini juga membuktikan bahawa penjana nama perniagaan kami tidak leceh untuk digunakan. Dan apa yang penting, nama perniagaan yang anda akan jana juga tidak pernah didaftarkan di mana-mana tempat.
Pelbagai bahasa
Seperti yang anda tahu, platform kami menyediakan lebih daripada 15 bahasa yang anda boleh gunakan untuk menjana nama perniagaan. Untuk lebih tepat lagi, anda boleh memilih mana-mana 19 bahasa asing dan bahasa Malaysia untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.
5 Tips Untuk Nama Perniagaan Menarik
Kami sudah menerangkan kepada anda bagaimana cara menggunakan penjana nama perniagaan kami. Tetapi anda juga perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan nama perniagaan yang menarik.
Untuk itu, sila rujuk maklumat di bawah ini.
Guna ayat yang bermakna
Pilih perkataan yang membawa maksud positif sebagai nama perniagaan anda. Sebaik-baiknya, pilihlah nama perniagaan yang boleh melambangkan terus identiti perniagaan anda.
Guna nama makanan
Cara yang paling mudah untuk menamakan nama perniagaan makanan ringan adalah dengan menggunakan nama menu utama anda. Jika ayam goreng adalah menu serta tarikan utama pengunjung ke kedai anda, anda boleh menggunakan perkataan ‘ayam goreng’ sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda.
Guna nama yang ringkas
Tidak perlu menggunakan nama perniagaan yang panjang berjela. Ini kerana, nama sebegitu akan sukar untuk disebut. Jika sukar disebut, nama perniagaan anda juga tidak akan kekal di ingatan para pelanggan anda.
Oleh itu, gunalah nama perniagaan yang ringkas tetapi padat.
Pilih nama yang tidak pernah digunakan
Jika anda sudah mempunyai idea nama perniagaan untuk digunakan, pastikan anda menyemak terlebih dahulu ketersediaan nama perniagaan tersebut. Ini bagi mengelakkan anda daripada menggunakan nama perniagaan yang pernah didaftarkan oleh perniagaan lain.
Di Malaysia, anda boleh merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyemak nama perniagaan yang pernah didaftarkan.
Guna nama anda
Cara paling mudah yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan nama yang unik adalah dengan menggabungkan nama anda dengan perkataan lain yang boleh melambangkan perniagaan anda.
Dengan cara ini, kami pasti anda akan mendapat nama perniagaan yang lebih unik dan mempunyai identiti yang lebih jelas lagi.
6 Perniagaan Makanan Ringan Terkenal
McDonald’s
Sebut sahaja nama restoran makanan segera McDonald’s pasti ramai yang menelan air liur. Ini kerana, McD merupakan pilihan utama untuk penggemar burger di Malaysia.
Tarikan utama McD adalah kesedapan burgernya yang mampu milik. Tambahan pula, setiap pilihan makanan yang ada berbeza-beza mengikut negara. Ini sudah semestinya menjadi daya tarikan utama pengunjung.
Baiklah, mari lihat sedikit sejarah mengenai rangkaian restoran makanan segera ternama ini. Untuk pengetahuan anda, McD merupakan restoran makanan segera yang berasal dari negara Amerika Syarikat. AS sememangnya terkenal dengan makanan segera yang sedap.
McD ditubuhkan pada tahun 1940 di negeri California. Orang yang bertanggungjawab terhadap penubuhan McD adalah Richard dan Maurice McDonald. Pasti anda sudah boleh membayangkan dari mana asal nama McDonald’s, bukan?
Ya. Nama restoran ini diambil darpadai nama keluarga pengasas-pengasasnya sendiri, iaitu McDonald. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk mendapatkan nama perniagaan yang senang diingati ramai.
KFC
KFC atau nama panjangnya dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia, KFC membawa makna Ayam Goreng Kentucky.
KFC ditubuhkan oleh Colonel Harland Sanders di negara Amerika Syarikat pada tahun 1930 lagi. Beliau menggunakan resepi unik untuk menggoreng ayam yang menjadi buah mulut orang di serata dunia.
Hingga ke hari ini, KFC memiliki 25,000 cawangan rangkaian restoran di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Tidak hairanlah jika KFC berjaya meraih keuntungan hampir $30 billion pada tahun 2021.
Nama KFC lebih dikenali kerana penggunaan akronimnya. Jika dilihat daripada nama panjang nya, pengasasnya bijak mereka nama yang berjaya mengambil perhatian orang ramai.
Colonel Sanders menggunakan nama menu utama restorannya dan juga nama tempat asal resepi ayam gorengnya dicipta. Oleh sebab itulah nama perniagaan ini unik.
Taco Bell
Taco Bell merupakan restoran makanan ringan yang juga berasal dari negara Amerika Syarikat. Berbeza dengan KFC dan McD, Taco Bell merupakan restoran segera makanan Mexico.
Taco Bell pertama di Malaysia dibuka pada tahun 2021. Dengan mengembangkan perniagaan ke Malaysia, ini membuktikan bahawa restoran makanan segera ini pasti memiliki tarikan yang unik. Apakah tarikan tersebut?
Daripada namanya sahaja, kita boleh mengagak restoran ini menyediakan taco sebagai menu utama mereka. Tidak perlu melakukan kajian teliti mengenai sejarah nama Taco Bell, semua penggemar makanan ringan pasti sudah tahu bahawa restoran ini ada menjual Taco.
Nama yang ringkas tetapi padat. Ini merupakan strategi pemasaran menarik yang dilakukan oleh pengurus pemasaran Taco Bell. Jika tidak, mana mungkin mereka berjaya meraih keuntungan hampir $500 juta pada tahun 2021, bukan?
Jollibee
Jollibee merupakan rangkaian makanan segera yang berasal dari negara jiran kita, Filipina. Pasti ramai yang tahu mengenai Jollibee melalui maskot lebah mereka. Tarikan utama restoran ini adalah spageti mereka.
Jollibee sememangnya memberikan saingan yang sengit kepada restoran makanan segera antarabangsa yang lain. Anda pasti ingin tahu bagaimana Jollibee boleh maju ke hadapan bersama rangkaian makanan segera gergasi yang lain, bukan?
Rahsia kejayaan mereka pasti bermula dari awal penubuhan perniagaan Jollibee pada tahun 1978. Untuk pengetahuan anda, Jollibee adalah restoran makanan segera yang ditubuhkan oleh Tony Tan Caktiong dan keluarganya.
Nama Jollibee pada awalnya dikenali sebagai Jolibe. Namun, setelah mendapat nasihat daripada perunding pengurusan, Mr. Lumba, nama restoran ini kemudian dikenali sebagai Jollibee.
Nama Jollibee dipilih kerana nama ini sesuai dengan maskot mereka yang menyerupai lebah. Maskot dan nama Jollibee saling berkaitan kerana kedua-duanya melambangkan rakyat Filipina yang rajin, baik hati dan juga gembira walaupun berada dalam kesibukan harian mereka.
Pizza Hut
Pizza Hut merupakan rangkaian restoran makanan segera dari negara Amerika Syarikat yang telah lama bertapak di negara Malaysia. Restoran ini dekat di hati rakyat Malaysia kerana Pizza Hutlah yang pertama sekali memperkenalkan piza kepada rakyat Malaysia secara komersial.
Sejarah penubuhan Pizza Hut juga sangat menginspirasikan. Dengan mengenali sejarah restoran ini, kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas lagi mengenai bagaimana nama Pizza Hut dipilih.
Untuk pengetahuan anda, Pizza Hut ditubuhkan oleh dua bersaudara yang berasal dari negeri Kansas. Mereka hanya bermodalkan $600 yang dipinjamkan oleh ibu mereka pada tahun 1958.
Tetapi pemilihan nama Pizza Hut sangat menarik perhatian kami. Ini kerana, restoran piza yang ditubuhkan oleh adik beradik Carney ini hanya mempunyai 8 tempat kosong pada papan tanda restoran mereka. Dan 8 tempat kosong itu cukup untuk perkataan ‘Pizza Hut’.
Sharetea
Sharetea sangat dikenali kerana minuman teh boba mereka yang sedap. Setiap lapisan umur sangat menyukai minuman teh boba ini. Tetapi, tahukah anda Sharetea diasaskan di negara Taiwan?
Ya, Taiwan sememangnya negara kelahiran banyak jenama minuman boba di seluruh dunia. Tetapi, Sharetea lebih menarik perhatian ramai kerana keunikan yang ditampilkan. Apakah keunikan tersebut?
Keunikan pertama Sharetea adalah ramuan minuman teh boba yang segar. Oleh iu, tidak hairanlah jika Sharetea mampu mengembangkan perniagaan mereka di benua Asia hinggalah ke benua Amerika.
Sharetea juga mempunyai pasukan penyelidik yang memastikan kualiti rasa sentiasa pada tahap yang tertinggi. Keunikan kedua rangkaian minuman boba ini adalah terletak pada nama perniagaan ini sendiri.
Tanpa perlu melakukan penelitian yang terperinci, sebagai pengguna, kita pasti sudah tahu bahawa Sharetea merupakan kedai minuman teh, bukan? Ini bermakna, anda juga boleh menggunakan pendekatan yang sama untuk menamakan perniagaan anda.