Idea & Penjana Nama Kedai Dalam Talian

Penjana Nama Kedai Dalam Talian kami direka khas untuk anda bagi mendapatkan nama perniagaan yang unik dengan bantuan teknologi AI kami

1. Pilih kata kunci nama kedai dalam talian anda

Masukkan kata kunci pilihan anda untuk menjana pelbagai idea nama Kedai Dalam Talian anda yang unik

2. Dapatkan idea Nama Kedai Dalam Talian anda

Mari pilih Nama Kedai Dalam Talian yang unik atau perincikan pilihan anda menggunakan tetapan penjana nama bisnes

3. Pilih Nama Kedai Dalam Talian

Anda boleh menyemak ketersediaan nama domain untuk idea nama yang ingin digunakan sebagai nama Kedai Dalam Talian anda

Tahukah anda, seramai 1.79 bilion pengguna melakukan pembelian di dalam talian pada tahun 2021? Bayangkan keuntungan yang boleh dijana dengan melakukan perniagaan secara maya pada masa ini.

Oleh itu, jika anda berminat untuk membuka kedai dalam talian, kami ingin membantu anda untuk mendapatkan nama kedai yang terbaik. Ini kerana Penjana Nama Kedai Dalam Talian kami boleh menjana nama kedai dalam talian yang unik!

Bagaimana nama kedai anda akan dijana? Sila semak panduan kami di bawah ini.

20 Nama Kedai Dalam Talian

Jika anda ingin tahu bagaimana hasil idea nama bisnes yang dijana menggunakan Penjana Nama Kedai Dalam Talian, mari lihat idea nama bisnes yang telah kami jana di bawah ini:

  • Baju Trend
  • Baju Direct                                        
  • Baju Drop
  • Baju Merch
  • Baju Bargain
  • Lilin Project
  • Lilin Shop
  • Lilin Absolute
  • Butik Haul
  • Butik Deal
  • Kedai Ray
  • Kedai Delilah
  • Kraf Kitten
  • Kraf Eclipse
  • Kraf Enchantress
  • Mekap Bonita
  • Mekap Haul
  • ChocoJar Addiction
  • ChocoJar FX
  • ChocoJar Goo    

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Dalam Talian?

Anda pasti ingin tahu bagaimana kami boleh menjana 20 nama Bisnes Dalam Talian di atas, bukan? Baiklah, sila ikuti 5 langkah di bawah untuk mendapatkan nama perniagaan yang anda impikan.

Lawati laman utama

Pertama sekali, anda perlu melawati laman utama kami di www.businessnamegenarator.com. Di laman kami ini, anda boleh melihat beberapa ciri penting yang anda harus tahu sebelum pergi ke langkah seterusnya.

Di bahagian tengah laman utama Penjana Nama Perniagaan kami, anda akan melihat ruangan untuk anda memasukkan kata kunci dan juga butang jana.  

Anda juga boleh merujuk blog-blog lain melalui pautan yang ada disediakan untuk mendapatkan inspirasi nama perniagaan yang menarik.

Pilih bahasa

Setelah berada di laman utama kami, anda perlu memilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjana nama perniagaan anda. Setakat ini, anda boleh memilih mana-mana 19 bahasa yang disediakan di laman kami untuk menjana nama perniagaan yang anda inginkan.

Antara bahasa yang tersedia adalah:

  • Bahasa Latin
  • Bahasa Greek
  • Bahasa Thai
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Belanda
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Turki

Seperti yang anda sedia maklum, salah satu bahasa yang turut disediakan adalah bahasa Malaysia. Penjana Nama Bisnes Dalam Talian kami boleh menjana nama perniagaan dalam bahasa Malaysia.

Ini kerana, penjana nama perniagaan kami dilengkapi dengan teknologi AI yang sangat canggih.

Pilih kata kunci

Langkah seterusnya adalah, pilih kata kunci di dalam bahasa yang anda sudah tetapkan. Sebaik-baiknya, anda harus memastikan kata kunci yang anda pilih memiliki ciri-ciri ini:

  • Lebih daripada 3 abjad
  • Tidak merangkumi angka
  • Tidak merangkumi simbol
  • Tidak merangkumi emoji

Jika anda rujuk kembali 20 nama Bisnes Dalam Talian di atas, kami telah menggunakan 7 kata kunci sahaja. 7 kata kunci tersebut adalah:

  • Baju
  • Lilin
  • Kedai
  • Butik
  • Kraf
  • Mekap
  • ChocoJar

Untuk pengetahuan anda, setiap kata kunci yang dijana akan menghasilkan 7,999 idea nama idea nama kedai dalam talian. Lebih menarik lagi, setiap nama perniagaan yang dijana ini dijamin unik.

Tetapi, pilihan nama yang ada terlampau banyak untuk anda pilih satu per satu. Oleh itu, anda perlu mengikuti langkah di bawah untuk mendapatkan nama perniagaan yang lebih terperinci.

Perincikan idea pilihan nama

Untuk mendapatkan pilihan nama bisnes yang lebih terperinci, anda perlulah menggunakan fungsi tapisan nama perniagaan kami. Fungsi tapisan ini terbahagi kepada dua:

Tapisan industri

Anda boleh memilih mana-mana industri yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk Bisnes Dalam Talian, anda boleh memilih industri seperti di bawah:

  • eDagang
  • Kecantikan
  • Seni
  • Kreatif
  • Kraf

eDagang adalah antara pilihan yang sesuai ditanda kerana industri ini merangkumi perniagaan di dalam talian. Oleh itu, anda akan dapat menjana nama kedai dalam talian anda dengan lebih tepat.

Tapisan nama     

Untuk tapisan nama pula, anda bolehmenetapkan sama ada anda mahukan nama Bisnes Dalam Talian memiliki ciri-ciri ini:

  • Bilangan karakter minimum 5 atau lebih daripada 15
  • Kata kunci dijana sebelum atau selepas idea nama 
  • Nama bisnes satu atau dua perkataan
  • Nama bisnes yang berima

Pilih nama kedai dalam talian anda 

Setelah menjana nama bisnes yang lebih terperinci, anda hanya perlu memilih nama yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Kami yakin anda akan mendapat nama Bisnes Dalam Talian yang terbaik.

Tambahan pula, Penjana Nama Bisnes Dalam Talian kami sememangnya mampu menjana nama perniagaan yang unik dan tidak pernah digunakan di mana-mana. Oleh itu, kami yakin anda tidak akan menghadapi masalah semasa mendaftarkan nama Bisnes Dalam Talian anda.

5 Tips Idea Nama Bisnes Menarik

Jika anda inginkan nama bisnes yang menarik, anda boleh mencuba 5 tips di bawah untuk mendapatkan nama Bisnes Dalam Talian yang menarik.

Lakukan sumbang saran

Sumbang saran ialah proses mendapatkan nama bisnes yang menarik. Terutama jika anda mempunyai pasukan yang boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang anda ingini. Selain itu juga, ini dapat membantu pasukan anda membina semangat kerjasama antara satu sama lain.

Untuk memastikan anda boleh menjalankan sesi sumbang saran yang produktif, anda boleh menyenaraikan dan membentangkan idea nama Bisnes Dalam Talian anda kepada rakan kerja atau pasukan anda. Kemudian, anda boleh meminta pendapat dari mereka.

Jika anda buntu dan belum lagi mempunyai idea yang bernas untuk mendapatkan nama perniagaan yang sesuai, anda juga boleh meminta setiap orang dari rakan anda untuk memberikan idea nama yang sesuai.

Kemudian, anda semua boleh memilih mana satu nama yang paling bernas untuk dijadikan sebagai nama perniagaan anda. 

Pilihan perkataan yang bermakna

Untuk mendapatkan nama bisnes yang menarik, anda perlu memastikan nama bisnes yang anda ingin gunakan adalah jelas. Jelas di sini bermaksud ayat yang boleh menggambarkan perkhidmatan ataupun produk yang anda tawarkan.

Sebagai contoh, perkataan di bawah boleh digunakan untuk menggambarkan Bisnes Dalam Talian anda. 

  • Kedai
  • Cantik
  • Baju
  • Talian
  • Maya
  • Choco
  • Kaca
  • Lensa

Anda mungkin masih lagi tertanya-tanya mengapa penting menggunakan nama perniagaan yang jelas. Untuk pengetahuan anda, nama perniagaan adalah tanda nama ataupun cermin kepada identiti perniagaan anda. 

Oleh sebab itulah nama perniagaan yang jelas sangat penting untuk membantu perniagaan anda dikenali ramai.

Jika anda merasa buntu untuk mencari perkataan yang terbaik untuk digunakan sebagai nama bisnes, anda boleh menggunakan kamus di dalam talian. Kebanyakkan kamus maya akan menyenaraikan hasil pencarian maksud ayat yang sama dalam ruangan glosari mereka.

Semak ketersediaan nama

Tips seterusnya ialah semak ketersediaan nama perniagaan yang anda pilih. Tips ini sangat penting dan tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Ini kerana, tips ini akan menjamin anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik serta unik.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyemak ketersediaan nama perniagaan yang anda mahu gunakan. Cara-cara tersebut adalah:

  • Pergi ke laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyemak nama perniagaan berdaftar; atau
  • Pergi ke laman Carian Nama Perniagaan Lembaga Hasil Dalam Negeri, atau
  • Masukkan nama perniagaan anda ke ruangan cari di laman utama Google anda; atau
  • Masukkan nama perniagaan anda ke ruangan cari di media sosial yang anda gunakan.

Untuk makluman anda, nama perniagaan yang pernah didaftarkan tidak boleh digunakan oleh entiti perniagaan lain. Jika anda didapati meniru nama perniagaan orang lain, anda boleh didenda ataupun disaman.

Semak domain

Anda pasti rasa kecewa jika nama perniagaan yang anda pilih tidak tersedia sebagai nama domain. Namun begitu, ini adalah antara kesilapan yang sering terlepas pandang oleh para peniaga baru. Oleh itu, anda perlu sentiasa bersedia memandangkan lebih banyak pengguna masa sekarang memilih untuk melakukan pembelian di dalam talian.

Sekiranya anda sudah mendapatkan nama perniagaan yang bersesuaian dengan cita rasa anda, anda perlu menyemak ketersediaan nama domain. Untuk menyemak ketersediaan nama domain, anda boleh menggunakan cara di bawah:

  • Gunakan penyemak domain di laman Penjana Nama Bisnes kami; atau
  • Pergi ke laman GoDaddy; atau
  • Laman Shopify. 

Jika nama domain yang anda pilih tersedia, anda boleh membeli dan mendaftar terus nama tersebut bagi mengelakkan nama yang anda ingin gunakan diambil oleh perniagaan lain.

Guna Penjana Nama Bisnes Dalam Talian kami

Kami faham bahawa mencari idea nama perniagaan yang sesuai tidak mudah. Terutama jika anda bukanlah individu yang kreatif. Tetapi jangan risau kerana kami ada penyelesaian untuk anda.

Gunakan Penjana Nama Bisnes Dalam Talian kami. Ya, penjana nama perniagaan kami ini adalah pilihan utama perniaga baru di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, 3 juta lebih pengguna telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang mereka impikan bersama kami.

Tidak setakat itu sahaja, nama perniagaan yang akan anda jana juga dijamin unik dan tidak pernah didaftarkan sebagai nama perniagaan. OIeh sebab itulah Penjana Nama Perniagaan kami diberi penarafan 4.7 bintang.

Selain itu, anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan nama perniagaan yang anda impikan. Apa yang anda perlukan hanyalah masa dan juga kata kunci yang anda ingin jana bersama idea nama perniagaan kami.

3 Kelebihan Penjana Nama Bisnes Kami

Kami faham bahawa terdapat penjana nama perniagaan lain yang ada di luar sana. Tetapi, kami yakin bahawa 3 kelebihan yang dinyatakan di bawah ini adalah eksklusif untuk anda jika anda memilih Penjana Nama Bisnes Dalam Talian kami.

3 sebab tersebut adalah:

Tiada bayaran

Penjana nama perniagaan kami percuma untuk digunakan. Ini juga bermakna anda tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran sebagai pengguna nama perniagaan kami. Kami yakin anda juga pasti merasakan bahawa proses pendaftaran sangat melecehkan, bukan?

Tambahan pula, jika anda seorang pengusaha baru, anda pasti tahu bahawa masa itu emas. Oleh itu, kami ingin membantu anda mendapatkan nama perniagaan secara percuma tanpa melakukan sebarang pendaftaran yang pasti akan mengambil masa anda. 

Terutama sekali jika anda perlu melakukan pengesahan peribadi. Dengan penjana nama perniagaan kami, anda tidak perlu risau akan had masa penggunaan secara percuma. Anda boleh mengakses dan menjana nama perniagaan yang anda impikan tanpa had dan bayaran.

Selamat digunakan

Penjana nama perniagaan kami telah berjaya membantu 3 juta lebih peniaga di luar sana untuk mendapatkan nama perniagaan yang mereka impikan. Kami yakin juga bilangan pengguna kami bertambah dari hari ke hari. Ini kerana, penjana nama perniagaan kami mendapat penarafan 4.7 bintang.

Penarafan ini juga membuktikan bahawa penjana nama kami terbukti membantu para peniaga baru di luar sana mendapatkan nama perniagaan yang unik. Selain itu juga, laman penjana kami juga selamat untuk digunakan.

Keselamatan anda sebagai pengguna adalah menjadi keutamaan. Jika anda perhatikan sendiri, laman penjana kami menggunakan teknologi penyulitan yang tercanggih. Fungsi teknologi penyulitan ini adalah untuk menghalang ancaman daripada penggodam data peribadi.

Selain itu, jika anda berkunjung ke laman utama kami buat kali pertama, kami akan meminta kebenaran daripada anda terlebih dahulu untuk menggunakan kuki. Untuk pengetahuan anda, kuki ini akan membantu kami mendapatkan nama perniagaan yang unik.

Keunikan terjamin

Untuk pengetahuan anda, semua penjana nama perniagaan kami menggunakan teknologi kepintaran buatan atau lebih dikenali lagi sebagai AI. Dengan menggunakan teknologi AI, penjana nama perniagaan kami boleh menjana nama perniagaan yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana perniagaan di dunia ini.

Jika sebelum ini anda meragui kesahihan nama perniagaan yang kami jana, anda tidak perlu risau lagi. Ini kerana, anda pasti akan mendapat pilihan nama perniagaan yang unik. Tambahan pula, anda boleh memilih sendiri kata kunci yang akan dijana bersama idea nama perniagaan kami.

Dengan itu, anda pasti dapat memilih nama perniagaan yang menepati cita rasa anda. Di samping itu, butang serta fungsi tapisan industri kami pasti dapat membantu anda menjana nama perniagaan yang menarik serta unik.

Nama Kedai Dalam Talian Sebenar

Di bawah ini, kami akan berkongsi dengan anda 2 nama kedai dalam talian yang dikenali ramai. Kami ingin anda perhatikan persamaan antara kedua-dua nama kedai ini. 

Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan inspirasi untuk menamakan kedai dalam talian anda.

Shopee

Shopee adalah antara kedai dalam talian yang terkenal di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Shopee merupakan syarikat eDagang yang bertapak di Singapura. Tidak hanya itu juga, Shopee kini boleh diakses di negara Latin seperti Chile, Colombia dan banyak lagi.

Tetapi, anda pasti ingin tahu bagaimana nama kedai di dalam talian ini dipilih. Melalui pemerhatian kami, nama Shopee dipilih kerana nama ini berima dengan perkataan “shopping”. 

Perkataan  ini membawa maksud, “membeli-belah” jika diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Ringkas tetapi bermakna, bukan?

Lazada

Lazada ialah syarikat eDagang yang sering digunakan oleh penggemar membeli belah di dalam talian di Malaysia. Lazada merupakan platform membeli belah di dalam talian yang diasaskan di Singapura pada tahun 2012.

Lazada kini menjadi salah satu platform membeli belah di dalam talian yang terunggul di Asia Tenggara. Untuk pengetahuan anda, Lazada adalah hak milik syarikat eDagang terkemuka China, iaitu Alibaba Group.

Tidak banyak yang kita dapat selami mengenai mengapa “Lazada” dipilih sebagai nama platform membeli belah ini. Namun, apa yang pasti, “Lazada” sememangnya ringkas dan mudah disebut.

Soalan Lazim

Untuk mendapatkan nama kedai dalam talian yang unik, anda boleh menggunakan Penjana Nama Kedai Dalam Talian kami. Penjana Nama Perniagaan kami ini boleh membantu anda menjana nama kedai yang anda impikan. Ini kerana, penjana nama kami dilengkapi dengan teknologi AI yang terkini.

Antara nama syarikat dalam talian yang terkenal adalah Amazon, eBay, Shopee, Lazada dan banyak lagi. Nama platform membeli belah di dalam talian ini terkenal kerana pengasasnya menawarkan pengalaman membeli mudah yang pantas. Lain daripada itu, nama yang dipilih juga ringkas serta bermakna. Ini menjadikan nama syarikat ini senang diingati.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki