Idea & Penjana Nama Firma Perunding

Tiada bayaran. Dilengkapi dengan teknologi AI. Itulah Penjana Nama Bisnes Firma Perunding kami. Cuba sekarang!

1. Pilih kata kunci nama firma perunding anda

Masukkan kata kunci pilihan ada untuk menjana pilihan idea Nama Firma Perunding yang terbaik

2. Dapatkan idea Nama Firma Perunding anda

Ratusan idea nama yang dijana menggunakan Teknologi AI sememangnya unik. Pilih saja yang berkenan di hati anda

3. Pilih Nama Firma Perunding anda

Teliti dan pilih satu idea nama Firma Perunding yang relevan dengan perkhidmatan anda sebagai nama firma anda

Firma Perunding Ali atau Firma Perunding Kewangan Ali?

Lihat kedua-dua nama firma di atas. Mana satukah yang jelas menggambarkan perkhidmatan mereka? Sudah tentu Firma Perunding Kewangan Ali.

Ini jelas membuktikan nama firma perunding yang relevan penting untuk menarik perhatian prospek pelanggan. Di dalam panduan ini, kami akan membantu anda untuk mendapatkan nama firma perunding yang unik.

Caranya adalah dengan menggunakan Penjana Nama Firma Perunding kami. Oleh itu, mari terus membaca bersama kami!

20 Nama Penjana Nama Firma Perunding

  • Perunding Equity
  • Perunding Cash
  • Perunding Network
  • Perunding Strategic
  • Perunding Liable
  • Perunding Global
  • Perunding Universal
  • Perunding Capital
  • Perunding Estates
  • Perunding Asset
  • Penasihat Citadel
  • Penasihat Plan
  • Agent Penasihat
  • Partners Penasihat
  • Penasihat Reactors
  • Penasihat Vista
  • Penasihat Association
  • Service Penasihat
  • Penasihat Division
  • Penasihat Global 

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Firma Perunding?

Anda pasti ingin tahu bagaimana kami boleh menjana 20 nama bisnes sabun di atas, bukan? Baiklah, sila ikuti 5 langkah di bawah untuk mendapatkan nama firma perunding yang anda idamkan

Lawati laman utama

Pertama sekali, anda perlu melawati laman utama kami di www.businessnamegenarators.com. Di laman kami ini, anda boleh melihat beberapa ciri penting yang anda harus tahu sebelum pergi ke langkah seterusnya.                             

Di bahagian tengah laman utama Penjana Nama Firma Perunding kami, anda akan melihat ruangan untuk anda memasukkan kata kunci dan juga butang jana.  

Anda juga boleh merujuk blog-blog lain melalui pautan yang ada disediakan untuk mendapatkan inspirasi nama firma perunding yang menarik.

Pilih bahasa

Setelah berada di laman utama kami, anda perlu memilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjana nama firma perunding anda. Setakat ini, anda boleh memilih mana-mana 19 bahasa yang ada disediakan di laman kami untuk menjana nama firma perunding yang anda inginkan.

Antara bahasa yang tersedia adalah:

  • Bahasa Korea
  • Bahasa Sweden
  • Bahasa Norway
  • Bahasa Thai
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Portugis
  • Bahasa Sepanyol

Seperti yang anda sedia maklum, salah satu bahasa yang turut disediakan adalah bahasa Malaysia. Penjana Nama Firma Perunding kami boleh menjana nama firma perunding di dalam bahasa Malaysia.

Ini kerana, penjana nama firma perunding kami dilengkapi dengan teknologi AI yang sangat canggih.

Pilih kata kunci

Langkah seterusnya adalah, pilih kata kunci di dalam bahasa yang anda sudah tetapkan. Sebaik-baiknya, anda harus memastikan kata kunci yang anda pilih memiliki ciri-ciri ini:

  • Lebih daripada 3 abjad
  • Tidak merangkumi angka
  • Tidak merangkumi simbol
  • Tidak merangkumi emoji

Jika anda rujuk kembali 20 nama firma perunding di atas, kami telah menggunakan 2 kata kunci sahaja. 2 kata kunci tersebut adalah penasihat dan perunding.

Untuk pengetahuan anda, setiap kata kunci yang dijana akan menghasilkan 7,999 idea nama firma perunding. Setiap nama firma perunding yang dijana ini dijamin unik.

Tetapi, pilihan nama yang anda terlampau banyak. Oleh itu, anda perlu mengikuti langkah di bawah untuk mendapatkan nama firma perunding yang lebih terperinci.

Kecilkan pencarian nama

Untuk mendapatkan pilihan nama bisnes yang lebih terperinci, anda perlulah menggunakan fungsi tapisan nama firma perunding kami. Fungsi tapisan ini terbahagi kepada dua:

Tapisan industri

Anda boleh memilih mana-mana industri yang berkaitan dengan firma perunding anda. Untuk firma perunding anda boleh memilih industri yang berkaitan seperti:

  • Perkhidmatan
  • Kewangan
  • Hartanah
  • Teknologi

Tapisan nama     

Untuk tapisan nama pula, anda akan menetapkan sama ada anda mahukan nama firma perunding memiliki ciri-ciri ini:

  • Bilangan karakter minimum 5 atau lebih daripada 15
  • Kata kunci dijana sebelum atau selepas idea nama 
  • Nama firma perunding satu atau dua perkataan
  • Nama firma yang berima

Pilih semula nama 

Setelah menjana nama firma yang lebih terperinci, anda hanya perlu memilih nama yang bersesuaian dengan industri perkhidmatan anda. Kami yakin anda akan mendapat nama firma perunding yang terbaik.

Tambahan pula, penjana nama firma perunding kami sememangnya mampu menjana nama firma yang unik dan tidak pernah digunakan di mana-mana. Oleh itu, kami yakin anda tidak akan menghadapi masalah semasa mendaftarkan nama firma perunding anda.

5 Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Kami

Jika anda masih berfikir untuk menggunakan Penjana Nama Firma Perunding kami, 5 kelebihan di bawah pasti dapat meyakinkan anda. 

Percuma  

Kenapa perlu membelanjakan ratusan atau ribuan ringgit untuk mendapatkan nasihat perunding nama perniagaan jika anda boleh mendapatkan nama firma anda secara percuma bersama kami? Ya, anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menggunakan penjana nama kami.

Ini juga bermakna, anda tidak perlu memasukkan sebarang maklumat perbankan anda ke dalam laman web kami. Oleh itu, anda tidak perlu merasa terikat sekiranya anda sudah mendapatkan nama firma yang anda impikan dengan menggunakan penjana nama firma perunding kami.

Tiada Pendaftaran

Tiada pembayaran bermakna tiada pendaftaran. Kami memastikan bahawa anda boleh menggunakan penjana nama kami tanpa perlu melakukan sebarang proses pendaftaran yang melecehkan. Jika anda pengusaha baru, anda juga pasti tahu bahawa masa itu emas, bukan?

Oleh itu, kami memastikan bahawa penjana nama kami boleh digunakan dan juga diakses di mana-mana sahaja. Anda hanya memerlukan jaringan internet dan juga komputer atau peranti yang boleh mengakses laman utama kami.

Terbukti selamat

Keselamatan adalah ciri utama yang ditekankan oleh kami. Anda tidak perlu risau akan masalah seperti penggodaman data. Ini kerana, penjana nama kami menggunakan teknologi penyulitan yang paling canggih.

Tidak hanya itu juga, memandangkan anda tidak perlu berkongsi atau memuat naik maklumat peribadi anda, anda tidak perlu risau akan masalah seperti pencurian data peribadi. Tambahan pula, kami akan meminta kebenaran daripada anda untuk menggunakan kuki terlebih dahulu.

Nama perniagaan unik

Nama perniagaan serta firma perunding yang akan dijana menggunakan penjana nama kami dijamin unik. Jika tidak, mana mungkin 3 juta lebih pengguna kami di seluruh dunia percaya bahawa penjana nama perniagaan kami telah membantu mereka mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.

Ini jelas terbukti melalui penarafan 4.7 bintang yang diberikan oleh mereka. Oleh itu, anda juga tidak harus ketinggalan untuk menggunakan penjana kami bagi mendapatkan nama firma yang terbaik.

Semakan nama domain

Untuk pengetahuan anda, anda boleh menyemak secara langsung keterseediaan nama domain di laman penjana nama perniagaan kami. Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menggunakan nama yang telah dijana menggunakan penjana kami, anda boleh menyemak sama ada nama tersebut boleh digunakan sebagai nama domain.

Panduan Pendaftaran Firma Perunding di Malaysia

Anda boleh merujuk panduan ringkas bagi memudahkan anda untuk mendaftar firma perundingan anda di Malaysia.

Memohon di dalam talian

Pergi ke laman ePerolehan kerajaan Malaysia untuk mengemukakan permohonan baharu. Anda perlu melampirkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan.

Dua cara untuk mengemukakan dokumen sokongan anda:

  1. Poskan salinan dokumen penting anda
  2. Muat naik salinan dokumen anda di atas talian

Lakukan pembayaran pendaftaran

Untuk permohonan baharu, anda perlu membayar yuran permohonan sebanyak RM50 sahaja. Untuk makluman anda, yuran ini dibayar terus ke Kementerian Kewangan Malaysia,

Bayaran untuk pendaftar kali pertama terbahagi kepada dua:

Bayaran proses:

  • Bayaran proses untuk permohonan baru adalah sebanyak RM50. Bayaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya permohonan anda berjaya.

Bayaran pendaftaran:

  • Bayaran pendaftaran hanya akan dikenakan kepada anda sekiranya permohonan anda diluluskan.
  • Anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM400.
  • Tempoh sah selepas melakukan pendaftaran kali pertama adalah selama 3 tahun.

Anda boleh melakukan pembayaran melalui kaedah- kaedah di bawah ini:

  1. Gerbang pembayaran elektronik seperti FPX; dan
  2. Kad kredit dan debit.

Pendaftaran bagi firma perunding di Sabah dan Sarawak

Jika anda bermastautin di Sabah atau Sarawak, anda perlu melakukan pendaftaran firma perunding anda di saluran yang diiktiraf oleh kerajaan negeri masing-masing.

Jika anda bermastautin di Sarawak anda boleh melakukan pendaftaran di Laman Web Setiausaha Kewangan Sarawak. Di laman tersebut, anda akan menemukan pautan ke laman e-kontraktor dan Jururunding.      

Untuk mereka yang berada di negeri Sabah, anda boleh melakukan pendaftaran firma perunding dengan merujuk maklumat terkini di laman utama Kementerian Kewangan Sabah.

Syarat umum untuk memiliki firma perunding 

Jika anda ingin memiliki firma perunding di Malaysia, pastikan anda menepati semua syarat di bawah ini:

  1. Memiliki modal minimum RM50 ribu; dan
  2. Memiliki pejabat yang sah; dan
  3. Alamat pejabat mestilah bukan alamat emel atau P.O. Box; dan
  4. Memiliki 3 pekerja tetap yang mendapat caruman KWSP; dan
  5. Pemilik haruslah dilantik sebagai pengarah; dan
  6. Pengarah dan sekurang-kurangnya seorang pekerja perlu memiliki sijil pengajian tinggi tahap ijazah pertama dan diploma.       

Jenis Firma Perunding di Malaysia

  • Bidang Kejuruteraan
  • Bidang Perancangan
  • Bidang Multi-disiplin
  • Bidang Sosio ekonomi
  • Bidang Kewangan
  • Bidang Pertanian
  • Bidang Multimedia dan Perhubungan

Nama Firma Perunding Terkenal

Seterusnya, marl lihat 4 contoh firma perunding yang terkenal di seluruh negara. 

McKinsey & Company

McKinsey & Company adalah salah sebuah firma perunding pengurusan yang diasaskan pada tahun 1926. Firma perunding ini diasaskan oleh seorang pensyarah dari University of Chicago yang bernama James O. McKinsey.

Seperti yang anda boleh lihat, firma perunding ini diasaskan di negara Amerika Syarikat. Walaupun bertapak di Amerika Syarikat pada awal penubuhannya, firma perunding ini kini berkhidmat hampir di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Pada tahun 2021, McKinsey & Company menjana keuntungan sebanyak RM45 bilion. Firma perundingan ini menawarkan perkhidmatan rundingan di dalam bidang seperti ini:

  1. Elektronik
  2. Aeroangkasa dan Pertahanan
  3. Pertanian
  4. Automotif
  5. Kimia
  6. Kewangan
  7. Minyak dan Gas
  8. Sistem kesihatan dan perkhidmatan
  9. Kejuruteraan
  10. Sains hayat dan banyak lagi.

Nama firma perunding ini diambil dari nama pengasasnya iaitu James O. McKinsey. Kemudian, perkataan “Company” digabungkan bersama nama pengasanya sebagai nama firma ini bagi menunjukkan bahawa firma ini dinaungkan oleh McKinsey dan para pekerjanya yang pakar di dalam pelbagai bidang.

Boston Consulting Group

Boston Consulting Group juga adalah sebuah firma perunding yang diasaskan di negara Amerika Syarikat. Firma perunding ini ditubuhkan pada tahun 1963. Ini menunjukkan bahawa firma perunding ini sangat berpengalaman.

Firma perunding ini ditubuhkan oleh Bruce Henderson di Boston, Massachusetts. Hingga ke hari ini, firma perunding ini memiliki 100 lebih pejabat yang terletak hampir di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.              

Fungsi utama firma perunding ini adalah untuk bekerjasama dengan para peneraju bisnes dan juga masyarakat untuk untuk menyelesaikan cabaran paling besar yang mereka hadapi. Kejayaan Boston Consulting Group adalah berdasarkan kebolehan mereka membantu para klien mereka mencapai target serta menyelesaikan permasalahan firma perunding mereka.

Selain daripada itu, anda juga pasti tertanya-tanya bagaimana nama firma perunding ini dipilih? Untuk pengetahuan anda, firma perunding ini pada awal penubuhannya adalah sebahagian dari syarikat The Boston Safe Deposit and Trust Company.

Oleh sebab itulah nama firma ini dikenali sebagai Boston Consulting Group sehingga hari ini. Tambahan pula, firma ini ditubuhkan di Boston. 

Bain & Company

Bain & Company merupakan antara firma perunding yang terkenal di dunia. Firma perunding ini mula beroperasi pada tahun 1973. Pengasas firma ini bernama William W. Bain Jr. dan juga Patrick F. Graham.

Untuk pengetahuan anda, pengasas Bain & Company pernah bekerja bersama Bruce Henderson yang merupakan pengasas Boston Consulting Group. Namun mereka membuka firma perunding milik mereka sendiri pada tahun 1973 di Boston.

Bain & Company kini beroperasi di 40 buah negara, termasuklah di Malaysia. Selain daripada itu juga, firma perunding ini berjaya memperoleh keuntungan sebanyak hampir RM22 bilion pada tahun 2021.

Nama firma ini juga sangat mudah difahami dan merupakan salah satu contoh yang baik sekiranya anda ingin menamakan firma perunding milik anda. Ini kerana, nama yang digunakan adalah nama pengasasnya sendiri. Dan hanya digabungkan dengan perkataan yang membawa maksud “syarikat”.

Deloitte Strategy & Operations

Deloitte Strategy & Operations merupakan sebuah firma perunding yang ditubuhkan pada tahun 1845 di negara United Kingdom. Pengasas firma ini bernama William Welch Deloitte. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma perunding ini adalah seperti berikut:

  1. Audit
  2. Perunding pengurusan
  3. Penasihat kewangan
  4. Cukai dan banyak lagi

Walaupun firma ini diasaskan di negara Britain, namun perkhidmatan mereka mula berkembang ke negara lain. Mereka mula melebarkan sayap perkhidmatan mereka pada tahun 1980. Antara negara pertama yang dijejaki oleh Deloitte Strategy & Operations adalah Amerika Syarikat.

Kini, perkhidmatan firma ini turut tersedia untuk pelanggan mereka di Malaysia. Tidak hairanlah jika Deloitte berjaya meraih keuntungan sebanyak lebih kurang RM200 bilion pada tahun 2021. Kejayaan ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana firma perunding dari negara Britain ini boleh mendapat keuntungan sebanyak itu.

Rahsia kejayaan mereka sudah pasti terletak pada pengalaman yang dibina sejak beroperasi dari tahun 1845 lagi. Nama yang digunakan sebagai nama firma perunding juga ringkas dan padat. 

Jika anda perasan, firma ini hanya menggunakan nama pengasasnya dan kemudian digabungkan dengan ayat yang menggambarkan perkhidmatan mereka.

Soalan Lazim

Contoh nama firma perunding yang menarik adalah 5 contoh nama firma perunding yang telah kam senaraikan di dalam artikel idea & penjana nama firma perunding kami. Jika anda perhatikan, hampir semua firma ini menggunakan nama pengasasnya.

Untuk mendapatkan nama yang terbaik bagi firma perunding di dalam bidang IT, anda boleh menggunakan perkataan yang menunjukkan bahawa anda ada menawarkan perkhidmatan perunding bidang IT. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan nama anda sendiri kemudian digabungkan dengan perkataan seperti “perunding”, “penasihat”, “juru”, “IT” dan banyak lagi.

Jika anda merujuk kembali senarai 20 nama firma perunding yang telah kami senaraikan di artikel ini, anda akan dapat melihat contoh nama yang dijana menggunakan penjana nama firma perunding kami. Antara contoh nama tersebut adalah seperti Perunding Capital, Perunding Asset dan banyak lagi.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki