Idea & Penjana Nama Ekoperniagaan dan Kehijauan

Mulakan bisnes kelestarian anda dengan mendapatkan nama perniagaan yang unik menggunakan Penjana Nama Bisnes Eko Perniagaan dan Kehijauan

1. Pilih kata kunci nama Eko Perniagaan dan Kehijauan

Masukkan kata kunci pilihan anda untuk dijana bersama idea nama Eko Perniagaan dan Kehijauan

2. Dapatkan idea Nama Eko Perniagaan dan Kehijauan anda

Pilihan idea Nama Eko Perniagaan dan Kehijauan akan lebih unik dengan menandakan industri organik

3. Pilih Nama Eko Perniagaan dan Kehijauan anda

Guna mana-mana idea nama bisnes yang telah dijana sebagai nama perniagaan utama anda dan mulakan perniagaan anda

Ekoperniagaan bukanlah perkara yang baharu di Malaysia. Malah, kerajaan sangat menggalakkan pelaburan serta perniagaan yang mengutamakan kelestarian dan juga kehijauan. Oleh sebab itu, kerajaan telah menjangkakan teknologi hijau akan membantu negara menjana RM100 bilion pendapatan menjelang tahun 2030 nanti.

Ini jumlah yang sangat besar. Jika anda berada di laman ini, bermakna anda juga sedar akan potensi perniagaan berasaskan kelestarian dan kehijauan ini. Oleh sebab itulah, melalui penulisan idea & penjana nama ekoperniagaan dan kehijauan kami, kami akan membantu anda mendapatkan nama ekoperniagaan dan kehijauan yang terbaik.

Oleh itu, kami telah menyenaraikan 20 contoh nama ekoperniagaan yang dijanakan menggunakan penjana nama perniagaan kami di bawah. Teruskan membaca!

20 Idea Nama Ekoperniagaan dan Kehijauan

  • Ekogenics
  • Hijau Grow
  • Hijau Legacy
  • Hijau World
  • Hijau Wisdom
  • Eko Patch
  • Eko Radiant
  • Eko Crew
  • Eko HQ
  • Eko Trade
  • Fiery Eko
  • Atom Eko
  • Urban Eko
  • Bliss Eko
  • Royal Eko
  • Passion Lestari
  • Portal Lestari
  • Fairy Lestari
  • Garage Lestari
  • Cosmic Lestari

5 Contoh Ekoperniagaan dan Kehijauan

Perhiasan rumah

Perhiasan rumah merupakan antara contoh produk yang yang anda boleh keluarkan dan juga pasarkan. Anda mungkin bertanya… “Bagaimana perhiasan rumah boleh menjadi sebahagian daripada ekoperniagaan?” Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak barang-barang terpakai seperti penutup kipas angin, botol plastik dan juga tudung botol boleh digunakan semula untuk menjadi bahan perhiasan.

Terdapat banyak ekoperniagaan di Malaysia, terutamanya perniagaan kraf tangan yang menggunakan bahan kitar semula. Sebagai contoh, penutup kipas digunakan semula untuk menjadi perhiasan dinding rumah. Selain itu juga, botol-botol plastik digunakan semula sebagai pasu bunga, dan bermacam-macam lagi.

Pertanian

Pertanian lestari adalah trend ekoperniagaan yang mendapat sambutan ramai. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, pengguna masa kini lebih peka terhadap apa yang mereka makan dan juga daripada mana sumber makanan mereka. Oleh sebab itulah, pertanian lestari adalah idea yang baik sebagai eko pertanian.

Antara contoh idea pertanian lestari adalah:

  1. Tanaman hidroponik
  2. Baja organik
  3. Tanaman organik

Anda boleh menjual hasil tanaman yang dihasilkan melalui pertanian lestari. Dan itulah antara idea untuk memulakan ekoperniagaan anda. Lain daripada itu, jangan lupa untuk merujuk kembali bagaimana idea & penjana nama ekoperniagaan dan kehijauan kami boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.

Bekas makanan

Oleh kerana bekas makanan plastik tidak berapa digalakkan untuk digunakan, anda boleh mencari inisiatif untuk mencipta dan juga mengeluarkan bekas makanan yang diperbuat daripada bahan yang mudah lerai, serta mesra alam. Antara bekas makanan mesra alam yang sering digunakan adalah cawan kertas dan juga straw kertas.

Bahan-bahan mudah lerai yang digunakan untuk membuat bekas makanan yang mesra alam adalah seperti ubi kayu, buluh, beras dan bermacam-macam lagi. Jika anda ingin menjadi pengusaha bekas makanan yang diperbuat daripada bahan kitar semula, anda haruslah kreatif dan pasukan anda juga terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang teknologi hijau. 

Biobahan api

Biobahan api antara produk laris yang boleh anda usahakan sebagai seorang pengusaha ekoperniagaan. Biobahan api ini bukanlah perkara baharu lagi dalam industri bahan api di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, industri bahan api di Malaysia mula bertapak pada sekitar tahun 1980, hasil daripada kajian bahan api daripada minyak sawit oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang biobahan api, terdapat 5 jenis biobahan yang anda boleh keluarkan untuk tujuan komersial. 5 jenis bahan biobahan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kayu
  2. Biodiesel
  3. Ethanol
  4. Butanol
  5. Methanol

Jika kita merujuk kembali kepada bagaimana idea & penjana nama ekoperniagaan dan kehijauan kami boleh menjana nama perniagaan yang unik, anda boleh menggunakan 5 jenis biobahan yang dinyatakan sebagai kata kunci untuk dijana bersama idea nama perniagaan anda. Dengan cara ini, anda akan dapat menjana pilihan nama perniagaan yang mencerminkan perniagaan anda.

Pakaian terpakai

Perniagaan pakaian terpakai semakin mendapat perhatian ramai di Malaysia. Anda juga pasti perasan terdapat banyak kedai bundle di bandar-bandar seluruh Malaysia. Ini kerana, ramai yang semakin meminati gaya-gaya vintage, dan juga dengan adanya kedai pakaian terpakai ini, akses kepada pakaian yang unik lebih senang. 

Terdapat beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum memulakan perniagaan menjual pakaian terpakai. Perkara-perkara tersebut adalah:

  1. Mencari pembekal pakaian terpakai
  2. Memastikan pakaian yang diambil bersih dan harum
  3. Mencari lokasi perniagaan yang strategik
  4. Merujuk dan menggunakan idea & penjana nama ekoperniagaan dan kehijauan kami

7 Contoh Ekoperniagaan Yang Terkenal

Mari lihat 7 contoh nama ekoperniagaan yang dikenali ramai.

Red Bundle

Red Bundle merupakan nama ekoperniagaan pakaian terpakai yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Sarawak. Jenama Red Bundle lebih dikenali di negeri timur Malaysia ini kerana ia merupakan satu-satunya pengimport dan juga penjual yang membekalkan pakaian terpakai dari negara-negara luar. Setakat ini, terdapat 6 cawangan Red Bundle di seluruh negeri Sarawak.

Sejarah pembukaan Red Bundle juga sangat menarik. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, kedai pakaian terpakai ini bermula daripada gerai baju bundle di pasar malam sahaja. Namun begitu, kini kedai baju ini menyediakan pelbagai jenama pakaian dan kasut yang berjenama, tetapi mampu milik.

Pacific Biodiesel

Pacific Biodiesel merupakan syarikat biobahan Amerika Syarikat yang paling lama beroperasi di negara tersebut. Pacific Biodiesel bertapak di negeri Hawaii, dan ditubuhkan pada tahun 1995. Antara pencapaian syarikat ini semenjak penubuhannya adalah, syarikat ini telah berjaya menjadi syarikat pertama yang menyediakan stesen pam biodiesel di negara itu.

Untuk pengetahuan anda, walaupun induk syarikat ini bertapak di Hawaii, Amerika Syarikat, namun, mereka mempunyai fasiliti di negara lain yang berdekatan dengan lautan Pasifik seperti Jepun. Maka tidak hairanlah mengapa ekoperniagaan ini dikenali sebagai Biodiesel Pacific. Jika anda ingin menamakan ekoperniagaan anda, anda boleh menggunakan idea ini sebagai inspirasi.

Goodwill Industries

Goodwill Industries merupakan sebuah badan yang bukan membuat untung. Goodwill merupakan pusat latihan, pusat nasihat pekerja dan juga kedai pakaian serta perabot terpakai. Di sini, kita akan membincangkan mengenai kedai pakaian serta perabot terpakai mereka.

Pakaian dan barangan perabot terpakai yang dijual di kedai mereka merupakan hasil sumbangan orang awam. Seterusnya, pihak Goodwill akan melakukan kawalan kualiti dengan mengasingkan pakaian dan perabot yang boleh dijual ataupun tidak. Hasil jualan barangan ini akan didermakan semula ke badan-badan yang memerlukan.

Goodwill merupakan nama yang sangat sesuai digunakan oleh badan ini kerana ia mencerminkan identiti serta objektif badan ini. Oleh itu, anda juga boleh menggunakan ayat yang membawa makna yang positif sebagai nama perniagaan anda.

Novozymes

Novozymes merupakan syarikat yang mengeluarkan cecair biologi yang diasaskan pada tahun 2000. Novozymes bertapak di negara Denmark, dan juga merupakan anak syarikat Novo Holdings. Untuk pengetahuan anda, Novozymes dikenali sebagai peneraju dalam pengeluaran cecair biologi di dunia ini.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa saham syarikat ini tersenarai dalam Nasdaq Copenhagen. Selain daripada itu, ekoperniagaan ini tidak hanya mengeluarkan cecair industri enzim, malah, turut terlibat dalam kajian mengenai mikroorganisma dan juga kandungan biofarmaseutikal. Oleh itu, jelaslah mengapa nama ekoperniagaan ini dikenali sebagai Novozymes.

Mantabiofuel

Mantabiofuel merupakan salah satu ekoperniagaan yang sangat menarik. Berbeza dengan syarikat biobahan yang boleh didapati di Malaysia, Mantabiofuel yang bertapak di negara Amerika Syarikat ini menggunakan alga sebagai bahan utama biobahan mereka. Ini sangat menarik kerana syarikat ini menuai sendiri alga yang mereka gunakan sebagai biobahan untuk dikomersialkan.

Untuk pengetahuan anda, individu yang bertanggungjawab terhadap penubuhan Mantabiofuel adalah Dr. Ryan Powell dan juga Onur Unal. Kedua-dua mereka mula nekad untuk menjadikan alga sebagai biobahan pada tahun 2014. Sehingga sekarang, Mantabiofuel meraih kepercayaan ramai pihak dan telah berjaya mendapatkan lebih daripada seratus orang pelabur.

Straws.my

Straws.my merupakan contoh terbaik buat mana-mana individu yang berminat untuk menceburi bidang ekoperniagaan. Syarikat ekoperniagaan ini merupakan salah satu syarikat yang menjual straw, pembungkus dan penyimpan makanan yang terbiodegradasikan. Straws.my sebenarnya ditubuhkan oleh Grip Bond (M) Sdn Bhd, pada tahun 2019.

Kini, banyak restoran dan juga kafe di Malaysia menggunakan produk Straws.my. Selain itu juga, produk terbiodegradasikan pertama yang dikeluarkan oleh ekoperniagaan ini adalah straw minuman kertas. Oleh itu, tidak hairanlan mengapa pengasas ekoperniagaan ini memilih perkataan ‘straw’ sebagai sebahagian daripada nama perniagaannya. 

Jungle Straws

Jungle Straws merupakan sebuah ekoperniagaan yang diasaskan di negara Britain. Seperti yang dapat dilihat melalui nama perniagaan mereka, produk utama yang dikeluarkan oleh Jungle Straws adalah straw minuman. Bahan utama yang digunakan untuk membuat straw mereka adalah buluh, yang diimport dari negara Vietnam.

Di samping itu, Jungle Straws tidak hanya mengeluarkan straw yang diperbuat daripada buluh, malah, mereka juga turut menyediakan mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa, dan juga sudu serta garpu yang diperbuat daripada buluh. 

Jungle Straws sememangnya komited terhadap kelestarian alam sekitar. Ini jelas terbukti apabila apabila mereka menyumbangkan 1% daripada hasil jualan produk eko mereka. 

5 Tips Mudah Untuk Mendapatkan Nama Ekoperniagaan dan Kehijauan 

Seterusnya, mari lihat 5 tips mudah untuk mendapatkan nama ekoperniagaan yang paling sesuai dengan cita rasa anda. Tips-tips tersebut adalah:

Gunakan kamus

Untuk mendapatkan nama ekoperniagaan yang menarik, anda boleh menggunakan kamus bagi mencari makna nama yang unik. Selain itu juga, memandangkan konsep ekoperniagaan boleh dianggap agak baharu, anda boleh merujuk glosari kamus dalam talian yang ada menyenaraikan semua kata kunci mengenai kelestarian, teknologi hijau dan juga ekoperniagaan.

Dengan cara ini, kami pasti anda akan dapat mencari nama yang lebih sesuai lagi dengan perniagaan anda. Tambahan pula, kamus dalam talian sangat mudah diakses di mana-mana, dan tidak kira masa. Oleh itu, anda akan mendapat senarai pilihan idea nama yang lebih bernas.

Kenal pasti produk utama anda

Anda pasti tertanya-tanya mengapa perlu mengenal pasti apa produk utama sebelum menamakan ekoperniagaan anda. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, jika kita lihat contoh ekoperniagaan di atas, pengasas-pengasas ekoperniagaan yang dinyatakan menggunakan produk utama mereka sebagai sebahagian daripada nama perniagaan mereka.

Sebagai pengguna, kita tidak perlu berfikir dua kali untuk meneka apakah produk yang dijual oleh mereka. Hal ini kerana, mereka turut menggunakan nama produk utama mereka sebagai nama perniagaan mereka. Sebagai contoh, Straw.my dan juga Jungle Straws.

Lakukan sesi sumbang saran

Untuk memulakan perniagaan, anda tidak boleh bergerak sendiri sahaja. Anda memerlukan pasukan yang akan menjadi tulang belakang anda dan juga perniagaan anda. Oleh sebab itulah, anda memerlukan sesi sumbang saran yang akan membantu anda mendapatkan idea-idea nama perniagaan yang paling sesuai.

Semasa sesi sumbang saran ini, anda boleh menugaskan seorang daripada ahli pasukan anda untuk mencatatkan idea nama daripada setiap orang ahli pasukan anda. Seterusnya, anda boleh melakukan proses undian untuk mendapatkan idea nama perniagaan manakah yang anda harus gunakan. 

Rujuk idea & penjana Ekoperniagaan dan kehijauan

Tips mudah seterusnya adalah, anda boleh merujuk idea nama perniagaan yang telah kami senaraikan dalam 20 senarai nama ekoperniagaan di atas. Anda juga boleh mencuba sendiri untuk menggunakan penjana nama perniagaan kami. Untuk makluman anda, penjana nama perniagaan kami adalah percuma untuk digunakan.

Selain itu, kami yakin anda pasti akan berpuas hati dengan idea pilihan nama yang dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami. Ini kerana, setiap pilihan nama yang dijana adalah unik dan tidak pernah digunakan. Oh ya, anda juga boleh mendaftarkan nama perniagaan yang anda pilih sebagai nama domain anda sekali gus!

Semak nama yang dipilih di SSM

Tips seterusnya wajar anda gunakan, terutama sekali apabila anda sudah mendapatkan nama yang anda rasakan sesuai untuk ekoperniagaan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah, pastikan anda menyemak terlebih dahulu jika nama perniagaan yang anda pilih belum pernah lagi didaftarkan secara sah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sekiranya nama yang anda pilih sudah didaftarkan, jangan gunakan nama perniagaan tersebut. Sebaliknya, anda perlu mencari nama lain yang lebih unik untuk perniagaan anda. Jangan risau, jika anda buntu dan tiada idea yang bernas, anda boleh menggunakan idea & penjana nama ekoperniagaan dan kehijauan kami.

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Ekoperniagaan dan Kehijauan?

Penjana nama perniagaan kami sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu mengikut 5 langkah mudah ini:

  1. Layari laman www.businessnamegenarator.com
  2. Masukkan kata kunci
  3. Tekan jana
  4. Kecilkan pencarian menggunakan tapisan
  5. Pilih nama perniagaan anda

Soalan Lazim

Untuk memilih nama perniagaan yang lestari untuk perniagaan anda, anda boleh menggunakan idea & penjana nama ekoperniagaan dan kehijauan kami. Dengan menggunakan penjana nama perniagaan ini, kami yakin anda akan mendapat nama perniagaan yang terbaik untuk bisnes anda.

Contoh idea nama ekoperniagaan yang menarik adalah, nama perniagaan yang ringkas, tetapi menceritakan latar belakang perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan straw kertas, anda boleh menamakan ekoperniagaan anda sebagai “Straw Hijau”.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki