Idea & Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web

Janalah nama bisnes yang terbaik dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Rekaan Laman Web tanpa bayaran serta pendaftaran!

1. Pilih kata kunci nama bisnes rekaan laman web anda

Masukkan kata kunci yang anda ingin gunakan untuk menjana idea nama bisnes rekaan laman web

2. Dapatkan idea nama Bisnes Rekaan Laman Web anda

Pilih idea nama bisnes terbaik, atau aktifkan butang tapisan nama bisnes untuk pilihan yang lebih tepat

3. Pilih Nama Bisnes Rekaan Laman Web anda

Semak ketersediaan nama domain bagi nama bisnes yang anda ingin gunakan terutamanya jika anda ingin memiliki laman perniagaan

Pada masa kini, semua maklumat dari seluruh dunia adalah di hujung jari. Dengan sekali klik sahaja semuanya berada dalam genggaman kita. Wajar untuk kita katakan berdasarkan senario ini industri e-Dagang makin berkembang dari semasa ke semasa.

Kebanyakan peniaga menggunakan internet sebagai medium untuk mempromosi produk mereka. Oleh itu, mereka memerlukan laman web untuk mempromosi produk mereka. Jadi, secara tidak langsung, permintaan terhadap pakar pereka laman web juga meningkat.

Untuk menarik perhatian pereka laman web di luar sana, para pengusaha bisnes ini perlu mencari nama perniagaan yang betul dan menarik. Anda dialu-alukan untuk menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web kami untuk membantu anda menjana nama untuk perniagaan anda.

20 Idea Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web

Kami telah menjana idea nama Bisnes Reka Cipta Laman Web untuk panduan anda. Seperti yang anda boleh lihat, kami menggunakan dua kata kunci untuk menjana idea nama bisnes di bawah. Kata-kata kunci tersebut ialah web dan digital.

Anda bebas menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda. Kami yakin idea nama bisnes yang akan dijana juga pasti menepati cita rasa anda. 

Jom lihat 20 idea nama bisnes yang kami jana menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web kami di bawah:

  • Webpad
  • Optimize Web
  • Twist Digital
  • Thrive Web
  • Webprism
  • Digital Digital
  • Digital Aspire
  • Digital Dev
  • Digital Stack
  • Digital Hack
  • Webium
  • Webly
  • Webx
  • Weblux
  • Weblada
  • Digital Alpha
  • Digital Anchor
  • Digital Hover
  • Digital Metrics
  • Digital Vista

Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web

Kami akan kongsikan 5 cara mudah untuk menggunakan penjana nama reka cipta laman web kami. Antara cara-caranya adalah:

Lawati laman Business Name Generator

Pertama sekali, sila pergi ke laman utama kami di businessnamegenerator.com. Pada laman ini, anda akan dapat menjana nama untuk syarikat anda. Anda perlu memasukkan kata kunci dalam ruang jana untuk menjana nama syarikat.

Untuk pengetahuan anda, laman kami memerlukan anda untuk membenarkan kami untuk menggunakan kuki untuk membolehkan kami untuk membantu menjana nama reka cipta laman web yang relevan.

Pada laman ini juga, anda boleh meneroka pelbagai fungsi lain yang akan kami terangkan di bawah.

Pilih bahasa

Kami menyediakan sebanyak 15 bahasa yang boleh anda gunakan di laman kami. Antara bahasa yang tersedia ialah Bahasa Melayu, Bahasa Korea, Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Greek dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih untuk menjana nama perniagaan reka cipta laman web anda menggunakan lebih daripada satu bahasa. Kelebihan menggunakan pelbagai bahasa untuk menjana nama perniagaan reka cipta laman web anda ialah lebih ramai pengguna daripada serata tempat akan memahami sekali gus mengenali syarikat anda.

Pilih kata kunci

Pemilihan kata kunci yang bersesuaian adalah sangat penting dalam proses menjana nama syarikat anda. Anda perlu memilih kata kunci yang berkaitan dengan reka cipta laman web. Sebagai contoh:

  • Internet
  • Laman web
  • Inovasi
  • Komputer
  • Dalam talian

Seperti yang anda boleh lihat, kami memilih kata kunci yang relevan supaya hasil nama yang dijana adalah bersesuaian dengan perniagaan anda. Setelah memasukkan kata kunci yang sesuai, anda perlu tekan butang jana supaya proses penjanaan nama boleh dibuat di laman penjana nama ini.

Perincikan idea nama perniagaan yang dijana

Nama perniagaan reka cipta laman web anda boleh dijana menjadi nama yang unik dan menarik dengan menggunakan fungsi tapisan kami. Terdapat dua fungsi seperti berikut:

1. Gunakan tapisan industri

Anda boleh mengaktifkan fungsi tapisan industri yang anda rasakan sesuai dengan perniagaan anda. Contoh industri yang tersedia di laman penjana nama perniagaan kami ialah:

  • Kecantikan
  • Kafe
  • Pembinaan
  • Media
  • Teknologi

Kami sarankan anda mengaktifkan industri yang paling relevan dengan reka cipta laman web seperti media dan teknologi.

2. Gunakan tapisan nama

Tapisan nama ini bertujuan untuk memastikan anda dapat menjana nama perniagaan reka cipta laman web yang unik berdasarkan kepada :

  • Bilangan karakter
  • Kedudukan kata kunci pada nama yang dijana
  • Nama berima atau tidak berima

Tapisan-tapisan ini boleh membantu mendapatkan nama perniagaan yang unik kerana kami di laman penjana nama akan menjana nama perniagaan reka cipta laman web anda dengan berpandukan kata kunci yang telah anda reka sendiri.

Jadi, tidak akan berlaku persamaan dari segi nama dengan syarikat lain.

Pilih idea nama yang paling sesuai

Setelah pelbagai nama dijana dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web kami dibuat, anda perlu memilih idea nama yang paling sesuai dengan perniagaan anda. Nama yang anda pilih hendaklah menarik dan yang berkenan di hati anda.

5 Tips untuk Mendapatkan Nama Perniagaan Unik

Kami akan kongsikan 5 tips mudah untuk anda mendapatkan nama perniagaan unik seperti di bawah:

Tips 1: Guna nama anda

Gunakan nama anda pada nama syarikat supaya syarikat anda akan lebih dikenali oleh orang sekeliling anda. Dengan ini, promosi dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana hanya perlu menyebut nama anda dan orang boleh mencari perniagaan anda dengan lebih mudah.

Penggunaan nama pemilik juga sangat penting untuk mendapat kepercayaan orang ramai untuk syarikat anda.

Tips 2: Guna nama tempat

Tips kedua adalah gunakan nama tempat dalam nama syarikat anda. Ini adalah untuk memudahkan urusan bersemuka orang luar dengan pihak syarikat anda. Dengan menyertakan nama syarikat juga memudahkan orang mencari lokasi syarikat anda sekiranya mereka ingin menghantar bahan yang mereka perlukan untuk mereka cipta laman web mereka.

Tips 3: Guna nama berkaitan dengan rekaan utama anda

Nama syarikat anda haruslah melambangkan rekaan utama yang anda boleh buat untuk laman web pelanggan anda. Di sini mereka akan dapat melihat kepakaran anda dan dapat membuat perancangan untuk menggunakan khidmat anda untuk bahagian tertentu.

Dengan menunjukkan rekaan utama anda juga menunjukkan kebolehan anda untuk sesuatu bidang rekaan dan anda juga boleh meletakkan rekaan secara umum dan itu boleh menjanjikan kepelbagaian rekaan untuk laman web kepada pelanggan anda.

Tips 4: Lakukan sumbang saran (brainstorming)

Tips yang seterusnya ialah anda perlu membuat sumbang saran dalam menentukan nama yang paling sesuai untuk perniagaan reka cipta laman web anda. Anda perlu bekerjasama dengan pasukan anda untuk memilih nama yang paling sesuai melalui sesi mesyuarat atau melalui undian majoriti.

Dengan ini, keputusan yang adil dan saksama akan dapat dicapai dalam usaha memilih nama untuk syarikat anda.

Tips 5: Gunakan Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web

Tips yang terakhir ialah gunakan khidmat Penjana Nama Bisnes Reka Cipta laman web kami. Kami akan membantu anda menjana nama yang cukup unik dan bersesuaian dengan perniagaan anda berdasarkan kata kunci yang anda telah reka sendiri.

Kami juga boleh memberikan saranan atau contoh kata kunci/menjana nama yang sesuai untuk anda dalam masa yang singkat, jadi anda tidak perlu membuang masa dalam proses mencari nama syarikat anda.

5 Sebab Mengapa Penjana Nama Perniagaan Kami Unik

Terdapat 5 sebab mengapa penjana nama perniagaan kami unik:

  1. Percuma: Perkhidmatan penjanaan nama reka cipta laman web kami adalah percuma dan tiada caj tersembunyi setiap kali anda menggunakannya. Anda tidak perlu risau akan masa yang digunakan semasa menggunakan penjana nama kami kerana kami tidak akan meminta anda membayar untuk penggunaan tersebut.
  2. Tiada pendaftaran: Tiada proses pendaftaran yang akan menyukarkan pengguna sekiranya anda menggunakan penjana nama perniagaan kami. Anda juga tidak perlu mengingat kata laluan atau nama pengguna yang baharu kerana kami tidak akan meminta maklumat sedemikian daripada anda. Kami lebih mementingkan hasil dapatan carian berbanding dengan input semasa proses kemasukan pengguna di laman kami.
  3. Dipercayai ramai: Laman penjana nama kami dipercayai ramai kerana sehingga hari ini kami mempunyai 3 juta pengguna dan mereka telah memberikan kami penilaian sebanyak 4.7 bintang yang menandakan mereka berpuas hati dengan khidmat janaan nama kami.
  4. Menggunakan teknologi AI: Laman web penjana nama perniagaan kami menggunakan teknologi AI tercanggih di mana kami akan menjana nama perniagaan yang unik. Kami akan menjana nama yang belum pernah didaftar oleh syarikat lain. Ini membezakan kami dengan platform penjana nama yang lain.
  5. Nama perniagaan yang dijamin unik: Seperti yang dinyatakan di atas, kami akan menjana nama yang belum pernah didaftar. Jadi, nama yang anda akan dapat adalah nama baharu dan anda boleh memeriksa kesahihannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nama yang akan anda dapat adalah unik kerana kata kunci yang digunakan untuk menjananya adalah daripada kata kunci yang direka oleh anda sendiri.

5 Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web Terkenal

 Mari lihat 5 contoh nama bisnes terkenal untuk rujukan anda.

NEWPAGES

Newpages merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan mereka bentuk laman web. Syarikat ini memastikan pekerja mereka adalah terlatih bukan sahaja untuk mereka bentuk laman web, malah diberikan perkhidmatan latihan dalam bimbingan untuk mengemas kini dan menyelenggara laman web.

Syarikat ini menjanjikan layout laman web yang peribadi khas untuk anda. Syarikat ini tidak menggunakan tempat yang percuma, yang boleh dimuat turun atau didapati di internet, tetapi mereka menggunakan 100% sumber dan reka bentuk susun atur laman web yang disesuaikan kepada kehendak pelanggan.

OPERION

Operion merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan mereka bentuk laman web yang sesuai dengan perniagaan e-dagang pelanggan. Mereka telah bertapak selama 20 tahun dalam industri IT dan 8 tahun dalam pembangunan laman web. Mereka telah menempa nama setelah berkhidmat kepada lebih daripada 50 sektor perniagaan yang berbeza dari IKS sehingga Korporat & MNC dalam sektor pembuatan, perusahaan pertanian dan perusahaan perkhidmatan sejak tahun 2007.

Operion Malaysia menyediakan Reka bentuk Halaman Web CMS (Sistem Pengurusan Kandungan), e-Dagang, Troli Beli belah, Sistem SMK Telefon Bimbit, Sistem Peng-e-melan yang hebat, domain, e-mel hosting dan sistem pengebilan dalam talian jenama mereka sendiri.

Syspro Web Development

Syarikat Syspro Web Development merupakan syarikat reka bentuk dan pembangunan laman web yang telah ditubuhkan pada 2011. Ciri utama untuk syarikat ini adalah seperti berikut:

  • Mereka memberikan jaminan  kualiti yang terbaik untuk pelanggan mereka kerana mereka menyiapkan tugasan reka bentuk mereka tepat pada masanya.
  • Mereka merupakan syarikat yang berorientasikan pelanggan, iaitu mereka memastikan pelanggan merupakan keutamaan mereka.
  • Staf mereka juga terdiri daripada pasukan reka bentuk yang berbakat dan berpengalaman yang membangunkan laman web berkualiti tinggi yang sesuai dengan perniagaan pelanggan mereka.

WordPress.org

Aplikasi WordPress.org merupakan aplikasi web sumber terbuka yang menyediakan cara mudah untuk mereka bentuk laman web. Fungsi utama aplikasi ini adalah untuk platform blog tetapi terus maju menjadi pembina dan penyelenggaraan web.

Sebanyak 64.9% pelanggan telah menggunakan perkhidmatan aplikasi ini dan laman web mereka telah dicipta dan diurus menggunakan platform WordPress.org.

WordPress adalah percuma dan mudah untuk digunakan dengan arahan yang jelas terutamanya bagi pengguna baharu. Mereka juga menawarkan potensi jangka masa panjang yang jauh lebih besar dalam fungsi dan utiliti berbanding pembina tapak laman web yang lain.

Wix

Wix merupakan satu syarikat pembina laman web yang dicipta oleh Avishai Abrahami, Nadav Abrahami dan Giora Kaplan pada tahun 2016. Pada tahun 2017, mereka telah mempunyai pengguna yang ramai dan dalam masa yang singkat itu mereka telah memperkenalkan pelbagai peningkatan daripada editor HTML5 kepada drag-and-drop dan AI Web Editor mereka.

Reka bentuk dan tema yang mereka guna dalam mencipta laman web adalah sangat fleksibel dan mesra pengguna. Wix memerlukan pelanggannya untuk membuat akaun premium yang tersedia dalam julat harga 4.50 dolar sehingga 24.50 dolar sebulan untuk mendapatkan fungsi penuh mereka. Namun begitu, tanpa akaun premium, orang ramai masih boleh menggunakan editor drag dan drop secara percuma.

Kesimpulan

Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web kami sememangnya pilihan yang terbaik. Idea bisnes unik yang dijana menggunakan bantuan teknologi AI sememangnya membezakan kami dengan pesaing kami di luar sana. Kami yakin ini ialah kelebihan untuk anda bagi mendapatkan nama bisnes yang berkualiti.

Jadi apa tunggu lagi, mari jana nama bisnes impian anda bersama kami!

Soalan Lazim

Nama bisnes reka cipta laman web yang kreatif selalunya kedengaran unik. Untuk nama bisnes yang unik pula, anda perlu memastikan nama yang anda ingin gunakan tidak pernah digunakan oleh mana-mana perniagaan. Oleh itu, anda harus menggunakan nama bisnes yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Untuk mendapatkan nama bisnes reka cipta laman web anda, kami mencadangkan agar anda menggunakan Penjana Nama Bisnes Reka Cipta Laman Web kami. Penjana nama bisnes kami ini diterajui oleh teknologi AI. Oleh sebab itulah, idea nama yang dijana untuk anda dijamin unik dan menarik.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki