Perabot merupakan satu keperluan asas di dalam sesebuah rumah. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai perabot yang tersendiri, walaupun hanya sekadar set sofa atau katil. Dalam erti kata lain, perniagaan perabot merupakan industri yang bagus untuk diceburi kerana permintaan terhadap perabot sentiasa ada.
Jadi, pilihan anda untuk memulakan perniagaan perabot merupakan pilihan yang tepat. Bagi merancakkan lagi perniagaan perabot anda, pemilihan nama yang tepat dan gempak mesti dibuat.
Penjana Nama Bisnes Perabot kami boleh membantu anda dalam usaha anda mencari nama yang sesuai dan tak lapuk dek zaman!
Sila gunakan khidmat penjana nama bisnes kami dengan senang hati dan tanpa ragu-ragu!
20 nama bisnes perabot
- Emporium Sofa
- Mebel Sofa
- Sofapad
- Casa Sofa
- Backyard Sofa
- Almari Ware
- Almari Vanity
- Almari Ark
- Almari Bargains
- Almari Dept
- Meja Antiques
- Meja Den
- Meja Mebel
- Meja Willows
- Meja Bard
- Katil Details
- Katil Folder
- Katil Maniacs
- Katil Navy
- Katil Official
Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Perabot
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan penjana nama bisnes perabot di laman kami:
Lawati laman Business Name Generator
Langkah pertama dan yang paling penting adalah anda perlu pergi ke laman utama kami di businessnamegenerator.com. Di laman tersebut anda akan mendapati kami akan meminta kebenaran anda untuk bersetuju atas penggunaan kuki daripada pihak kami untuk memastikan anda memperoleh jawapan yang memuaskan dan hasil carian anda akan lebih tepat.
Anda akan mendapati di laman kami terdapat ruangan untuk anda menaip kata kunci yang akan digunakan untuk menjana nama syarikat anda. Di ruangan tersebut anda boleh memasukkan kata kunci yang akan digunakan untuk menjana nama syarikat anda.
Dan ini membawa kepada ciri penting untuk menjana nama iaitu idea nama untuk syarikat anda adalah unik berdasarkan kata kunci yang anda pilih sendiri.
Pilih bahasa
Bagi memastikan mesej yang kami sampaikan di laman kami adalah difahami oleh pelanggan kami serata dunia, kami menyediakan pilihan penggunaan 15 bahasa termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana bahasa dan menjana nama syarikat anda menggunakan lebih daripada satu bahasa. Ini ialah langkah yang bijak kerana dengan mempelbagaikan bahasa untuk memperkenalkan nama syarikat akan meluaskan skop pelanggan anda dari serata tempat.
Sekiranya anda ada permintaan untuk menggunakan bahasa yang tidak tersenarai dalam pilihan bahasa kami, anda boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk maklumat lanjut.
Pilih kata kunci
Langkah yang ketiga adalah memilih kata kunci yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Bagi perniagaan perabot, anda boleh memilih kata kunci yang berkaitan dengan perabot seperti berikut:
- Sofa
- Meja
- Katil
- Almari
Seperti yang anda boleh lihat, kami memilih kata kunci yang berkaitan dengan perabot sahaja. Anda juga perlu berbuat demikian, namun, kami juga tidak menghalang anda untuk menggunakan kata kunci yang berkaitan dan anda rasakan relevan kepada perniagaan anda. Anda juga boleh menggunakan kata kunci berkaitan dengan pertukangan. Jangan lupa untuk menekan butang jana setelah anda menaip kata kunci jana nama syarikat di laman kami.
Perincikan idea nama perniagaan yang dijana
Dalam memastikan nama perniagaan anda berkualiti dan unik, nama syarikat anda hendaklah terperinci dan unik. Kami di Penjana Nama Bisnes Perabot boleh membantu anda berbuat demikian dengan cara berikut:
1. Gunakan tapisan industri
Kami menyediakan fungsi tapisan industri di laman penjana nama bisnes perabot kami yang anda boleh aktifkan semasa carian dibuat. Contoh industri yang anda boleh aktifkan ialah:
- Seni
- Pembinaan
- Kraf
- Kreatif
- Pemasaran
Namun, untuk perabot kami sarankan anda pilih seni, pembinaan ataupun kraf/kreatif kerana ini ialah industri terdekat kepada perabot. Dengan mengaktifkan fungsi ini, hasil carian akan lebih tertumpu kepada industri yang berkaitan dengan perniagaan perabot anda.
2. Gunakan tapisan nama
Seterusnya, anda boleh menggunakan fungsi tapisan nama kami. Pada bahagian ini, anda boleh memilih jumlah karakter yang anda inginkan untuk diletakkan pada nama syarikat anda. Anda boleh memilih untuk menjadikan nama anda panjang (sehingga 15 karakter) atau ringkas sahaja (seringkas 2 karakter).
Pada fungsi ini juga anda boleh memilih untuk meletakkan kata kunci dijana sebelum atau selepas nama syarikat anda. Nama yang berima atau tidak berima juga boleh ditentukan dalam fungsi ini.
Jadi, dengan menggunakan dua jenis tapisan ini, nama syarikat anda yang bakal dijana oleh penjana nama bisnes perabot kami akan menjadi lain daripada yang lain ataupun unik.
Pilih idea nama yang paling sesuai
Setelah nama syarikat dijana, anda perlulah memilih nama yang paling sesuai dengan perniagaan perabot anda. Nama yang telah dijana adalah sekarang lebih tepat dan bersesuaian dengan perniagaan anda berdasarkan kata kunci yang telah anda berikan semasa carian tadi.
Untuk pengetahuan anda, nama yang dijana adalah unik kerana tidak pernah digunakan oleh syarikat lain dan sudah tentu berlainan daripada syarikat lain.
5 Tips untuk Mendapatkan Nama Perniagaan Unik
Terdapat 5 tips yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik. Anda boleh ikuti tips-tips di bawah:
Tips 1: Guna nama anda
Tips yang pertama ialah anda menggunakan nama anda dalam nama syarikat. Perkara ini adalah sangat penting supaya orang ramai dapat mengenali pemilik syarikat ini iaitu anda secara langsung.
Pelanggan akan lebih mempercayai syarikat yang mereka kenali pemiliknya berbanding syarikat yang menggunakan nama ‘fancy’ semata-mata. Penggunaan nama sendiri akan menarik pelanggan dengan lebih cepat terutamanya daripada kalangan rakan-rakan dan individu-individu terdekat.
Penggunaan nama sendiri juga memudahkan syarikat anda untuk tujuan promosi, hanya perlu sebut nama anda, orang ramai dapat mengenalinya dengan mudah!
Tips 2: Guna nama tempat
Penggunaan nama tempat dalam nama syarikat juga tips yang paling berguna. Ini kerana pada masa kini, rata-rata orang ramai menggunakan khidmat Waze untuk mencari lokasi sesebuah premis perniagaan/kedai. Jika anda sertakan nama tempat dalam nama syarikat anda, lebih mudah untuk orang ramai mencari perniagaan anda.
Selain itu, bagi pelanggan yang ingin membeli perabot anda, mereka boleh meminta penghantaran melalui khidmat Grab car dan dengan adanya nama tempat pada nama syarikat anda, lebih mudah untuk urusan sebegini.
Tips 3: Guna nama berkaitan dengan produk utama anda
Tips yang ketiga adalah menggunakan nama yang menyerlahkan produk utama anda. Dengan ini, pelanggan/bakal pembeli anda di luar sana akan dapat mengetahui apa yang anda tawarkan/jual di perniagaan anda.
Pelanggan lebih cenderung untuk memilih berurusan dengan syarikat yang menyatakan produk jualan mereka secara terang-terangan berbanding syarikat yang menyembunyikan produk mereka. Dengan ini lebih mudah untuk pelanggan anda membuat percaturan awal tentang apa yang mereka ingin beli daripada syarikat anda.
Tips 4: Lakukan sumbang saran (brainstorming)
Tips yang keempat adalah melakukan sumbang saran (brainstorming). Anda memerlukan satu pasukan semasa menubuhkan perniagaan anda ini, bukan? Jadi, sudah tentu anda telah memastikan ada individu yang ditugaskan untuk menjadi pereka bentuk kedai, pemasaran, pemilihan nama syarikat dan pengurusan syarikat.
Jadi, lakukan sumbang saran dalam pasukan akan untuk memilih nama yang sesuai untuk syarikat perniagaan perabot anda supaya nama yang sesuai boleh dipilih untuk perniagaan anda ini.
Tips 5: Gunakan Penjana Nama Bisnes Perabot
Tips yang terakhir ialah anda boleh menggunakan khidmat penjana nama bisnes perabot kami. Anda juga boleh memilih nama yang telah kami cadangkan di atas. Nama-nama ini telah dijana dengan mengambil kira industri yang bersesuaian dengan perabot yang menjadi pilihan perniagaan anda.
Kami memberi jaminan bahawa nama-nama yang dijana di penjana nama bisnes perabot kami adalah unik dan tidak pernah digunakan oleh syarikat-syarikat lain di luar sana.
5 Sebab Mengapa Penjana Nama Perniagaan Kami Unik
Penjana nama perniagaan kami adalah unik disebabkan oleh 5 sebab yang berikut:
Percuma
Penggunaan di laman penjana nama bisnes kami adalah percuma dan tiada caj tersembunyi. Jadi anda boleh menggunakannya tanpa perlu risau akan bayaran semasa menggunakannya. Ini menjadikan kami lain daripada yang lain di mana laman penjana nama lain biasanya mengenakan bayaran untuk menggunakannya.
Apa tunggu lagi? Marilah menggunakan khidmat penjana nama bisnes perabot kami!
Tiada pendaftaran
Laman penjana nama perabot kami tidak memerlukan pendaftaran seperti syarikat-syarikat lain. Anda tidak akan mengalami gangguan semasa masuk ke dalam laman kami kerana anda tidak perlu untuk log masuk, jadi dalam erti kata lain tiada id pengguna dan kata laluan yang perlu anda ingati semasa menggunakan laman kami.
Ini kerana kami sentiasa bermatlamat untuk memudahkan pengguna kami jadi kami tidak memerlukan pendaftaran daripada pihak anda.
Dipercayai ramai
Laman penjana nama bisnes perabot kami dipercayai ramai kerana sehingga kini pengguna laman kami adalah seramai 3.7 juta orang dan mereka ini memberikan kami penilaian 4.7 bintang. Ini menunjukkan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.
Jumlah ini masih tidak berkurangan dan penilaian kami adalah semakin meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada pengguna laman kami.
Menggunakan Teknologi AI
Laman kami adalah berbeza dengan platform lain kerana kami menggunakan teknologi AI (Artificial Intelligence). Teknologi ini ialah teknologi tercanggih yang boleh menjana nama perniagaan yang unik.
Penggunaan teknologi ini membolehkan tapisan dibuat di laman kami dan ini akan membantu dalam pemilihan nama untuk syarikat anda.
Nama perniagaan yang dijamin unik
Penjana nama bisnes perabot kami menjana nama perniagaan yang belum didaftar oleh peniaga lain di luar sana. Kami menjana idea nama syarikat anda dengan menggunakan kata kunci yang anda reka sendiri.
Idea yang dijana sudah tentu menjadi lain daripada yang lain, bergantung kepada kata kunci yang anda taip di ruang jana kami. Oleh itu, hasilnya adalah unik dan berlainan daripada yang lain. Jangan risau, anda boleh menyemak nama yang kami cadangkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, untuk memastikan tiada persamaan dalam nama syarikat anda dengan yang lain.
5 Nama Bisnes Perabot Terkenal
Mari kita lihat 5 nama bisnes perabot yang terkenal di bawah, untuk rujukan anda untuk syarikat anda:
IKEA
Ikea merupakan peruncit perabot di dunia dan kini ia merupakan syarikat perabot yang cukup terkenal di mata dunia. Syarikat ini menjual perabot yang berkualiti tinggi dan menekankan reka bentuk minimalis yang sesuai dengan peredaran zaman. Syarikat ini juga menjual perabot yang boleh dipasang sendiri oleh pembelinya di rumah dalam erti kata lain “do-it-yourself”.
IKEA juga mempunyai hubungan yang positif dengan UNICEF, mereka juga mengambil bahagian dalam kerja-kerja amal. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1943 oleh Ingvar Kamprad dan ibu pejabat mereka terletak di Delft, Belanda. Nilai bersih syarikat ini ialah sebanyak 58.7 billion dolar.
Restoration Hardware
Syarikat Restoration ataupun dalam Bahasa Melayu perkakasan pemulihan merupakan satu syarikat perabot terkenal di dunia. Syarikat ini telah diasaskan oleh Stephen Gordon pada tahun 1979 dan mempunyai nilai bersih 14.38 billion dolar. Ibu pejabat syarikat ini adalah di Corte Madera, California, Amerika Syarikat.
Syarikat ini mengeluarkan perabot yang diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi dengan harga yang tinggi.
Jenama ini mempromosikan perabot mereka melalui katalog, dalam internet dan kedai runcit. Bagi menjamin kualiti perabot mereka, syarikat ini sering menambah baik perabot mereka dari segi model, gaya dan reka bentuk.
Williams-Sonoma
Williams-Sonoma merupakan syarikat perabot yang mengutamakan keunikan dalam reka bentuk perabot mereka. Syarikat ini merupakan salah satu pedagang e-dagang pelbagai saluran yang terkenal di dunia. Nilai bersih syarikat ini ialah 12.28 billion dolar. Ia telah diasaskan oleh Chuck Williams pada tahun 1956.
Syarikat ini bertujuan untuk mereka bentuk dan menghasilkan perabot yang benar-benar unik, luar biasa dan dibina dengan pelbagai jenis kemahiran. Jenama syarikat lain dari Williams-Sonoma ialah Rejuvenation, Pottery Barn, Mark and Graham dan West Elm.
Kartell
Pada asalnya, Kartell merupakan syarikat pengeluar aksesori kereta dan pada tahun 1963, ia telah menukar haluan menjadi syarikat pembuat perabot. Ia telah diasaskan oleh Giullio Castelli pada tahun 1949 dan beribu pejabat di Milan, Itali. Nilai bersih syarikat ini ialah 8 juta dolar.
Kartell menawarkan perabot yang penuh dengan kelas dan telah menerima pelbagai anugerah. Perabot yang mereka hasilkan juga adalah mudah, menyenangkan dan mesra pengguna. Mereka juga sentiasa mengutamakan pelanggan mereka, buktinya mereka menyediakan reka bentuk yang disesuaikan berdasarkan pilihan pelanggan mereka.
Syarikat Perabot Haverty, Inc.
Syarikat Perabot Haverty bermula sebagai sebuah kedai sederhana besar di Atlanta. Ia telah diasaskan oleh JJ Haverty pada tahun 1885. Syarikat ini telah dinamakan sempena nama pengasasnya.
Pada tahun 2008 mereka telah memulakan jualan dalam talian buat pertama kalinya. Mereka bukan sahaja membuat perniagaan semata-mata, namun Syarikat Perabot Haverty ini juga telah banyak terlibat dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.