Idea & Penjana Nama Bisnes Media

Serlahkan keunikan syarikat anda dengan menggunakan nama syarikat yang unik apabila anda menggunakan Penjana Nama Syarikat Media

1. Pilih kata kunci nama syarikat media anda

Masukkan kata kunci yang berkaitan dengan industri media untuk menjana idea nama syarikat anda

2. Dapatkan idea Nama Syarikat Media anda

Aktifkan tetapan nama syarikat dan tapisan industri untuk memperkecilkan lagi pilihan idea Nama Syarikat Media anda yang unik

3. Pilih Nama Syarikat Media anda

Pilih satu atau lebih nama syarikat yang telah dijana dan anda boleh hantar senarai tersebut ke alamat emel anda

Anda berminat untuk menubuhkan syarikat media dan tidak tahu di mana untuk bermula? Jangan risau, kami akan memperkenalkan kepada anda bagaimana idea & penjana nama syarikat media kami boleh membantu anda.

Di artikel ini, kami telah merumuskan 20 nama syarikat media yang dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami. Kami pasti selepas ini anda pasti dapat menjana idea nama syarikat yang terbaik untuk anda, seperti mana 3 juta pengguna lain di luar sana.

Ingin tahu mengapa penjana nama perniagaan kami pilihan utama bisnes baharu di luar sana? Teruskan membaca bersama kami!

20 Nama Syarikat Media

  • Media Insight
  • Media Hype
  • Media Ark
  • Media Centers
  • Media Digest
  • Siar Capital
  • Siar Scope
  • Siar Editor
  • Siar Click
  • Siar Wisdom
  • Hiburan Capital
  • Hiburan Channels
  • Hiburan Division
  • Hiburan Haven
  • Hiburan Oasis
  • Berita Spotlight
  • Berita Mass
  • Berita Scope
  • Berita Stream
  • Berita Charter

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat?

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda 5 tips mudah yang anda boleh gunakan untuk menjana nama syarikat anda.

Sebelum itu, kami ingin anda perhatikan 20 nama perniagaan yang disenaraikan di atas. Ini kerana, tips pertama kami berkaitan dengan nama-nama tersebut.

Tips pertama

Tips pertama adalah, guna kata kunci yang mencerminkan identiti syarikat anda. Sebagai contoh, kami telah menggunakan kata kunci di bawah untuk dijana bersama 20 idea nama syarikat di atas. 

Kata kunci tersebut adalah:

  • Media
  • Siar 
  • Hiburan
  • Berita 

Anda boleh menggunakan apa sahaja kata kunci yang melambangkan syarikat anda. Kata kunci yang sesuai dengan syarikat media adalah seperti berikut:

  • Nama anda sendiri
  • Nama lokasi utama syarikat anda
  • Massa
  • Saluran
  • Paparan

Selepas mendapatkan kata kunci yang sesuai, anda boleh memasukkan kata kunci tersebut ke dalam ruangan jana di laman idea & penjana nama syarikat media kami. 

Seterusnya, tekan sahaja butang jana atau generate di tepi ruangan kata kunci.

Tips kedua

Tips kedua adalah, pilih ‘Media’ di bahagian senarai tapisan industri. Anda pasti tertanya-tanya mengapa perlu menanda pilihan ini bukan?

Ini kerana, anda akan mendapat pilihan idea nama syarikat yang lebih tepat lagi. Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas lagi, kami akan menunjukkan kepada anda beza bilangan nama yang dijana sebelum dan selepas menanda ‘Media’ di senarai industri.

Untuk contoh ini, kami menggunakan ‘hiburan’ dan ‘siar’ sebagai kata kunci. Bilangan idea nama syarikat yang dijana sebelum mengaktifkan fungsi tapisan adalah:

Hiburan:

  1. 7,999

Berita:

  1. 7,999

Selepas tapisan industri diaktifkan:

Hiburan:

  1. 957

Berita:

  1. 957

Berdasarkan nombor di atas, anda pasti mendapat gambaran yang lebih jelas mengapa anda perlu menandakan sekurang-kurangnya satu pilihan di bahagian tapisan industri, bukan?

Ya. Ini supaya anda akan mendapat idea nama syarikat yang lebih relevan dengan perniagaan ataupun perkhidmatan yang anda tawarkan.

Tips ketiga

Tips mudah yang ketiga adalah, anda boleh memilih untuk mengaktifkan tapisan nama yang memiliki 4 ciri di bawah:  

Tetapkan bilangan karakter nama syarikat

Untuk ciri ini, anda boleh memilih untuk menetapkan bilangan karakter nama syarikat anda seminimum 5 karakter. Manakala jumlah karakter maksimum yang anda boleh tetapkan adalah 15 dan ke atas.

Fungsi tapisan nama ini sesuai untuk mereka yang mahukan nama syarikat yang ringkas tetapi padat. 

Tetapkan bilangan nama syarikat

Untuk ciri ini, anda boleh memilih untuk menjana nama syarikat yang memiliki satu atau dua ayat. Mari lihat contoh nama syarikat yang dijana menggunakan ciri ini.

Untuk contoh ini, kami akan menggunakan ‘Media’ sebagai kata kunci.

Satu ayat:

  • Medianetic
  • Mediapad
  • Mediajet
  • Mediaworks
  • Media Verse

Dua ayat:

  • Media Insight
  • Media Hype
  • Media Ark
  • Media Centers
  • Media Digest

Tetapkan posisi kata kunci

Anda boleh menentukan untuk menjana kata kunci anda di hadapan ataupun belakang idea nama yang dijana. Semua contoh nama yang kami nyatakan di atas ditetapkan agar posisi kata kunci dijana di hadapan idea nama syarikat.        

Berima

Jika anda inginkan nama syarikat yang lebih unik, anda boleh mengaktifkan butang untuk mendapatkan idea nama yang berima. Mari lihat contoh nama syarikat yang berima di bawah: 

  • Media Minute
  • Media Mile
  • Media Mebel

Untuk makluman anda, anda tidak dapat menetapkan nama syarikat dijana menjadi satu ayat sahaja jika anda mengaktifkan butang nama perniagaan berima.

Tips keempat

Idea nama yang dijana disusun mengikut urutan abjad. Oleh itu jika anda inginkan nama syarikat yang bermula dari huruf yang tertentu, anda boleh melangkau hasil pencarian nama syarikat.         

Untuk itu, anda boleh menggunakan butang nombor halaman pencarian di bahagian bawah laman penjana nama perniagaan kami.

Tips kelima

Langkah terakhir yang anda perlu lakukan selepas menjana nama syarikat media anda adalah memilih nama syarikat yang sesuai dengan cita rasa anda. Tetapi, mungkin ada beberapa nama syarikat yang berkenan di hati anda.

Oleh sebab itulah, tips kelima ini dapat membantu anda menyelesaikan dilema anda. Apakah tips tersebut?     

Tips yang kelima adalah, anda boleh menghantar nama syarikat yang anda pilih ke emel anda ataupun rakan anda bagi membolehkan anda mendapatkan pendapat mereka.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, tekan simbol bintang pada nama syarikat yang anda berkenan. Kemudian, nama syarikat tersebut akan disenaraikan di bawah bahagian ‘Idea Disimpan’.

Di situ, anda boleh memasukkan alamat emel anda atau rakan anda untuk tujuan berkongsi idea nama syarikat yang anda telah pilih.  

5 Cara Terbaik dan Percuma Untuk Mendapatkan Nama Syarikat

Seterusnya, mari lihat 5 cara terbaik dan percuma yang anda harus tahu sebelum menamakan nama syarikat anda.

5 cara tersebut adalah: 

Guna khidmat kamus di dalam talian

Kamus di dalam talian boleh diakses di mana-mana sahaja. Anda pasti ingin tahu bagaimana kamus di dalam talian boleh membantu anda mendapatkan nama syarikat media yang sesuai bukan?

Baiklah. Untuk cara pertama ini, anda perlu mencari satu ayat yang berkaitan dengan perniagaan anda. Kemudian, masukkan perkataan tersebut ke dalam ruangan carian di Google. 

Ataupun, anda boleh menggunakan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam talian. Menariknya mengenai kamus ini, anda akan mendapat senarai sinonim bagi ayat yang anda cari.

Jika anda meneliti senarai ayat sinonim tersebut, anda pasti akan dapat melihat satu ayat yang paling menarik di antara semua. Anda boleh menggunakan ayat tersebut sebagai nama syarikat anda.

Rujuk senarai nama perniagaan terkenal

Untuk langkah ini, anda boleh menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 perniagaan terkenal di dunia ini. Dengan cara ini, anda dapat melakukan perbandingan yang lebih teliti lagi terhadap sepuluh nama perniagaan yang telah anda senaraikan.

Selain daripada mencatatkan perbezaan nama perniagaan-perniagaan tersebut, anda juga boleh meneliti persamaan di antara nama perniagaan tersebut. Anda boleh mendapatkan ilham nama syarikat yang bernas jika menggunakan cara ini.

Walaupun nama perniagaan terkenal yang anda senaraikan agak menginspirasikan, anda tidak boleh menggunakan nama yang sama. Ini kerana, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Terutama sekali apabila nama perniagaan tersebut merupakan cap dagangan yang berdaftar.

Tambahan pula, pengguna selalunya tidak tertarik kepada syarikat ataupun perniagaan yang ketara menggunakan nama perniagaan yang terkenal. 

Lakukan analisis nama perniagaan

Cara seterusnya ini merupakan langkah yang anda harus lakukan lanjutan dari cara pertama yang kami nyatakan di atas. Setelah anda menyenaraikan perbezaan dan persamaan 10 nama perniagaan tersebut, anda boleh melakukan analisis ringkas.

Apakah analisis ringkas yang dimaksudkan? Mari lihat senarai semak analisis nama perniagaan di bawah:

  • Adakah nama perniagaan tersebut panjang; atau
  • Senang disebut; atau
  • Ejaan yang ringkas; atau
  • Adakah nama perniagaan tersebut sama dengan nama pengasasnya; atau pun
  • Nama yang digunakan mengandungi simbol dan angka.

Dengan menjawab senarai semak ini, anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai persamaan utama perniagaan-perniagaan terkenal tersebut.

Kami juga ada menyenaraikan 5 nama perniagaan terkenal di bawah. Kami akan menerangkan sepintas lalu mengenai sejarah nama kelima-lima perniagaan. 

Oleh itu, teruskan membaca.

Buat senarai pendek  

Seterusnya, anda boleh melakukan senarai pendek semua idea nama perniagaan yang anda telah fikirkan. Senarai ini perlulah dibandingkan dengan informasi yang anda dapat melalui langkah yang dinyatakan di atas, iaitu; melakukan analisis nama perniagaan.

Ini bagi membantu anda mendapatkan nama syarikat yang lebih unik lagi. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan maklum balas mengenai idea nama syarikat yang anda pilih daripada rakan perniagaan anda, atau pun perunding perniagaan.

Perunding perniagaan selalunya sangat berpengalaman di dalam membantu klien mereka mendapatkan nama syarikat yang memiliki cap dagangan yang berkualiti. Namun begitu, khidmat mereka tidak percuma.

Jangan risau, anda masih boleh mendapatkan nama syarikat yang unik tanpa membelanjakan beribu ringgit. Ingin tahu bagaimana? Dapatkan jawapannya di bawah ini.

Guna idea & penjana nama syarikat media

Ya! Idea & penjana nama syarikat media kami adalah percuma untuk digunakan. Selain percuma, penjana nama syarikat media kami juga sangat mudah untuk digunakan.

Maka tidak hairanlah mengapa 3 juta pengurus perniagaan baru di seluruh dunia memilih kami sebagai penjana nama perniagaan mereka. Anda juga harus merebut peluang ini kerana idea nama syarikat atau pun perniagaan yang kami jana dijamin unik.

Ini bermakna, anda akan dapat memilih nama syarikat yang belum lagi didaftarkan di mana-mana negara. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan masalah seperti nama perniagaan yang menyerupai perniagaan orang lain.

Anda boleh menyemak semula bahagian tips mudah menggunakan penjana nama syarikat kami di atas. Kami yakin ini akan membantu anda memulakan perniagaan.

4 Nama Syarikat Media Terkenal              

Seperti yang kami nyatakan di atas, kami akan memperkenalkan 5 nama syarikat media yang terkenal di dunia. Sila perhatikan bagaimana pengasas syarikat-syarikat tersebut memilih nama syarikat yang mereka gunakan. 

Facebook

Facebook merupakan syarikat media yang lebih dikenali lagi sebagai media sosial terbesar di dunia. Mark Zuckerberg merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap penubuhan syarikat media ini pada tahun 2004.

Nama Facebook dipilih sebagai nama media sosial ini kerana ‘face book’ merupakan nama direktori laman web yang sering dijumpai di mana-mana universiti di negara Amerika Syarikat tersebut.

Pemilihan nama Facebook pada ketika itu bersesuaian dengan tempat serta siapa pengguna utama media sosial ini. Ini kerana, pada awalnya, keahlian Facebook terhad kepada pelajar- pelajar di Universiti Harvard.

Jika anda berminat untuk menubuhkan syarikat sendiri, apa yang anda boleh jadikan sebagai pedoman melalui sejarah nama Facebook adalah, nama yang ringkas tetapi bermakna lebih sesuai untuk dijadikan nama syarikat.

The Walt Disney Company

Syarikat Walt Disney merupakan sebuah syarikat media yang ditubuhkan sendiri oleh adik beradik Disney yang bernama Walt Disney dan juga Roy O. Sejak penubuhannya pada tahun 1923, nama syarikat ini telah diubah sebanyak tiga kali.

Namun, begitu, nama ‘Disney’ tidak pernah ditinggalkan sebagai nama syarikat ini. Ini kerana, nama Disney sudah menjadi cap dagangan yang ternama di dunia hiburan.

Baiklah sekarang, anda pasti dapat mengagak bagaimana nama syarikat ini dipilih, bukan? Ya. Nama syarikat ini diambil dari nama pengasas syarikat ini sendiri, iaitu Walt Disney.

Jika anda ingin menubuhkan sebuah syarikat media, anda juga boleh menggunakan nama anda ataupun nama keluarga anda untuk dijadikan sebagai nama syarikat.

Ingat, nama syarikat atau perniagaan yang mudah untuk disebut lebih sesuai untuk dijadikan sebagai identiti perniagaan anda.

Warner Bros.

Warner Bros merupakan syarikat media dan perfileman Amerika Syarikat yang sangat terkenal. Banyak filem-filem terbaik dunia yang dikeluarkan oleh syarikat ini.

Antara filem terbaik yang dikeluarkan oleh Warner Bros adalah siri filem Harry Potter dan juga Batman v Superman.

Nama Warner Bros dikenali sebagai nama syarikat ini sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1923. Untuk pengetahuan anda, nama syarikat ini dinamakan sempena nama para pengasas syarikat ini sendiri.

Adik beradik Warner lah yang menjadi tulang belakang syarikat media hiburan ini pada awal penubuhannya. Keempat-empat adik beradik Warner ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama untuk kesinambungan Syarikat Warner Bros.

Apple  

Apple walaupun lebih dikenali sebagai peneraju peranti mudah alih tercanggih di dunia, namun kepakaran mereka tidak terhenti setakat itu sahaja. Apple juga mengembangkan sayap mereka ke dunia media dan hiburan.

Jika anda memiliki peranti Apple ataupun Mac, anda pasti dapat melihat aplikasi Apple TV+ yang tersedia di peranti anda, bukan? 

Apple juga mengeluarkan kandungan media dan filem untuk dipertontonkan kepada pengguna mereka. Mereka juga bekerjasama dengan pembekal media yang lain seperti Disney dan juga Hulu.

Soalan Lazim

Nama yang sesuai untuk syarikat media adalah nama yang unik dan menarik. Untuk mendapatkan nama yang menarik, anda harus memastikan nama yang anda gunakan senang untuk diingat dan juga berima.

Jika anda menggunakan idea & penjana nama syarikat media kami, anda akan dapat menjana nama syarikat yang unik bersama dengan nama domain yang sedia untuk anda daftarkan sebagai nama domain syarikat anda.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki