Memulakan bisnes jus ialah pilihan yang bagus untuk usahawan yang ingin menceburi industri makanan tetapi mempunyai sedikit pengalaman. Bisnes jus hanya memerlukan sedikit kos permulaan dan penyediaan yang minimum jika dibandingkan dengan bisnes yang lain.
Mari lihat bagaimana Penjana Nama Bisnes Jus kami boleh membantu anda mendapatkan nama yang paling sesuai untuk perniagaan anda.
20 Nama Bisnes Jus
- Jus Bar
- Jus Support
- Jus Remedy
- Jus Support
- Jus Vitamin
- Jus Cantina
- Jus Citron
- Jus Essence
- Jus Healing
- Jus Vita
- Jus Vital
- Jus Quest
- Jus Junction
- Jus Treehouse
- Jus City
- Jus Naturo
- Jus Goodness
- Jus Factory
- Jus HQ
- Jus Habit
Jika anda perhatikan dalam 20 senarai nama bisnes jus yang dijana, kami hanya menggunakan satu kata kunci sahaja iaitu ‘jus’. Tetapi, satu kata kunci ini menghasilkan 1,454 idea nama.
Ini kerana, kami juga turut mengaktifkan fungsi tapisan industri. Dan industri yang ditanda adalah:
- Kafe
- Makanan
- Kesihatan
- Organik
Untuk mengetahui lebih lanjut langkah menggunakan Penjana Nama Bisnes Buah kami, jom ke bahagian panduan yang seterusnya.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Jus?
Jangan risau jika anda masih memerlukan arahan terperinci tentang cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Jus kami. Berikut adalah cara-cara mudah untuk menggunakan penjana ini:
Layari laman web Penjana Nama Perniagaan kami.
Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah pergi ke laman utama Penjana Nama Perniagaan kami. Untuk pengetahuan anda, laman penjana nama perniagaan kami memerlukan anda untuk membenarkan kami menggunakan kuki bagi memberikan anda perkhidmatan yang terbaik.
Pertama sekali anda hendaklah mengakses laman utama Penjana Nama Perniagaan kami.
Terokai laman utama kami bagi membolehkan anda menggunakan Penjana Nama Bisnes Jus kami.
Pilih bahasa
Langkah seterusnya adalah untuk memilih bahasa yang anda kehendaki. Untuk pengetahuan anda, Penjana Nama Bisnes Jus kami menyediakan pelbagai bahasa untuk anda pilih.
Berikut merupakan antara bahasa yang kami sediakan untuk anda:
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Bahasa Sweden
- Bahasa Korea
- Bahasa Thai dan banyak lagi
Pilihan bahasa yang disediakan adalah bertujuan untuk memudahkan anda mendapatkan nama bisnes yang menepati cita rasa anda. Anda bebas untuk menggunakan bahasa yang anda kehendaki dengan percuma dan tanpa had masa yang ditetapkan.
Oleh itu, anda tidak perlu teragak-agak untuk menggunakan penjana nama perniagaan kami.
Pilih kata kunci
Seterusnya, anda perlu memilih kata kunci yang sesuai dengan jenis bisnes anda. Sebagai contoh untuk bisnes jus, anda boleh menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan industri makanan.
Anda juga boleh meminta pendapat orang sekeliling atau merujuk kamus untuk mendapat idea yang sesuai.
Kami akan berikan contoh kata kunci yang sedikit sebanyak akan membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang sesuai dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Jus kami.
Kata kunci yang digunakan adalah:
- Jus
- Buah
Gunakanlah kata kunci yang berkaitan seperti contoh yang kami berikan agar pilihan yang penjana nama kami akan paparkan berkaitan dengan bisnes jus anda.
Setelah memasukkan kata kunci, tekan butang jana dan anda akan diberikan pelbagai pilihan untuk bisnes jus anda.
Jana nama bisnes secara spesifik
Laman Penjana Nama Bisnes Jus kami akan terus dipaparkan sebaik sahaja anda menekan butang jana. Anda akan disajikan dengan ribuan pilihan nama yang mungkin sesuai untuk bisnes anda.
Namun, kami pasti ia agak sukar untuk anda membuat pilihan sekiranya terdapat ribuan pilihan bukan? Oleh sebab itu, kami telah menyediakan Penjana Nama Bisnes Jus yang dilengkapi dengan fungsi tapisan.
Fungsi tapisan kami terdiri daripada:
Tapisan industri
Antara pilihan industri yang anda boleh aktifkan adalah:
- Jus
- Buah
- Makanan
- Alam sekitar
- Organik
Pilihlah jenis industri yang spesifik dan bersesuaian dengan bisnes anda misalnya jus dan buah supaya Penjana Nama Bisnes Jus kami boleh menapis pilihan yang spesifik mengikut kehendak anda.
Tapisan nama
Tapisan nama yang kami sediakan mengandungi fungsi tetapan yang berikut:
1.Bilangan Perkataan
Bilangan perkataan yang digunakan dalam nama perniagaan anda yang boleh anda tetapkan.
2. Bilangan karakter
Anda boleh memilih sama ada nama perniagaan yang panjang atau pendek dengan menetapkan bilangan aksara. Kami boleh memberi pilihan nama perniagaan yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 aksara dengan Penjana Nama Bisnes Jus kami.
3. Nama perniagaan berima
Pilihan untuk pilihan nama syarikat berima boleh diaktifkan. Pastikan anda juga memilih tetapan bilangan patah perkataan kepada 2.
4. Posisi kata kunci
Anda boleh menentukan sama ada kata kunci yang anda masukkan dijana sebelum ataupun selepas idea nama syarikat
Pilih semula nama
Anda boleh memilih nama industri muzik yang paling menarik minat anda selepas mengaktifkan industri dan penapis nama. Anda mempunyai pilihan yang lebih menepati cita rasa anda untuk dipilih sekarang.
Untuk pengetahuan anda, konsep nama yang dicipta adalah asli kerana tiada siapa atau mana-mana syarikat pernah menggunakannya. Anda boleh menyemak nama yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memastikan ia adalah sah.
5 Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Kami
Penjana Nama Bisnes kami memiliki beberapa ciri yang menarik dan lain daripada yang lain. Contohnya:
- Tidak memerlukan akaun ahli berdaftar
- Percuma dan tiada had masa
- Dipercayai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia
- Fungsi untuk semakan nama domain disediakan
- Dijamin unik dan tidak pernah digunakan orang lain
5 Tips Nama Bisnes Jus Yang Menarik
Sekarang mari kita lihat apa lagi yang boleh anda lakukan untuk memastikan nama bisnes jus anda sesuai dan menarik.
Buat senarai pendek nama Bisnes Jus pilihan anda
Memandangkan anda mempunyai senarai nama yang panjang, anda perlu mula mengecilkannya. Semak setiap satu dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana bunyi, rupa dan sama ada anda boleh membayangkannya dalam huruf besar di atas bar jus anda.
Buang mana-mana nama yang mungkin sukar disebut, dibaca atau diingati. Anda tidak mahu bar jus anda tersandung pada halangan pertama. Juga, pertimbangkan sama ada mana-mana nama terlalu serupa dengan pesaing. Apa-apa sahaja yang mungkin disalah anggap sebagai bar jus lain yang telah sedia ada akan menjadi satu kelemahan.
Lakukan sesi sumbang saran
Mulakan dengan menyenaraikan semua kemungkinan nama jus yang boleh anda buat. Gunakan Penjana Nama Bisnes Jus kami untuk inspirasi. Sekiranya anda kekurangan idea, gunakan cadangan kami yang terdahulu. Fikirkan tentang buah-buahan tertentu, lokasi, nama anda, kata-kata kesihatan dan gaya hidup, dan sebagainya.
Lihat keadaan sekeliling
Anda perlu menyemak bahawa tiada orang lain yang mempunyai nama perniagaan yang sama. Selain daripada mengelakkan isu mencuri tanda dagangan, perniagaan jus anda perlu melambangkan keaslian.
Tidak salah sekiranya anda ingin menggunakan pesaing sebagai inspirasi. Sebagai contoh:
- Anda boleh perhatikan apakah tarikan utama perniagaan jus mereka?
- Apakah kelemahan utama perniagaan tersebut?
- Mengapa nama bisnes mereka menarik?
- Apakah menu utama mereka?
Sebaik sahaja anda telah menetapkan nama anda, anda perlu menjadikannya tanda dagangan dan mencipta logo yang sesuai dengan perniagaan anda.
Tanya pendapat orang lain
Bawa senarai pendek anda kepada rakan dan keluarga. Adakah mereka akan membeli jus dengan nama-nama itu? Mana yang mereka rasa paling diingati? Ingat bahawa apa yang penting, bukan nama yang anda gemari tetapi nama yang disukai oleh pelanggan anda.
Jadi, cubalah berfikiran terbuka apabila mendengar cadangan.
Jadi kreatif
Satu lagi cara untuk menghasilkan nama jus yang unik dan tidak dapat dilupakan adalah menjadi kreatif. Bolehkah anda mencipta permainan kata-kata daripada nama anda? Atau menggunakan huruf atau pengulangan bunyi yang sama?
Ingat, apa yang anda inginkan adalah nama yang mampu membuat pelanggan tertarik dengannya. Jika anda rasa anda bukan seorang yang kreatif, jangan risau, Penjana Nama Bisnes Jus kami sedia membantu.
4 Nama Bisnes Jus
Di bahagian seterusnya, anda boleh merujuk 4 bisnes jus sebenar yang terkenal sebagai inspirasi untuk mendapatkan nama jus yang menarik. Perhatikan persamaan utama 4 nama bisnes ini. Kemudian jadikan persamaan tersebut sebagai ilham anda untuk mencari nama bisnes jus anda.
Boost Juice
Boost Juice merupakan sebuah nama bisnes jus yang terkenal di Malaysia. Namun begitu, tahukah anda bahawa bisnes jus ini diasaskan oleh seorang wanita dari Australia?
Janine Allis membuka bar jus pertama beliau di Adelaide pada tahun 2000. Inspirasi utama beliau dalam menubuhkan bar jus adalah agar orang awam dapat menjalani gaya hidup yang sihat. Tetapi bagi beliau mempromosikan gaya hidup yang sihat tidak memadai bagi menarik minat orang awam untuk membeli jus beliau.
Oleh sebab itu beliau menubuhkan jus bar yang menawarkan menu jus yang unik dan pengalaman pelanggan yang menyeronokkan. Pelanggan beliau boleh memilih pelbagai menu jus mengikut selera dan juga keperluan nutrisi mereka.
Tidak hairanlah jika Boost Juice antara jenama jus yang digemari oleh orang ramai. Ini terbukti apabila, Boost Juice berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke 13 buah negara, termasuklah Malaysia.
Dari segi pemilihan nama ‘Boost Juice’, kami mendapati bahawa pemilihan perkataan ini sangat sesuai digunakan. Jika kita terjemahkan perkataan ‘Boost’ ke dalam bahasa Malaysia, ia membawa maksud merangsang atau meningkatkan. Dan untuk konteks perniagaan ini, ia bermaksud jus yang merangsang kesihatan pelanggannya.
Tropicana
Jus Tropicana yang popular ini sebenarnya diasaskan pada tahun 1947 oleh Tropicana Products Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Sejarah Tropicana bermula dari seorang pemuda berbangsa Itali iaitu Anthony T. Rossi. Dengan berbekalkan sijil sekolah menengah, beliau telah berpindah ke Amerika Syarikat bagi mencari peluang pekerjaan ketika beliau baru berusia 21 tahun.
Pemilihan nama jenama ini sangat unik. Ini kerana jenama ini cuba mengtengahkan produk mereka yang diasaskan dari buah-buahan tropika yang eksotik. Jika anda perasan, pengasasnya bijak bermain dengan perkataan.
Beliau cuma menambahkan imbuhan ‘na’ di belakang perkataan tropika. Tetapi dengan melakukan sebegini, nama jenama jus ini kedengaran lebih menarik. Pada pendapat kami, ini jelas terbukti juga apabila jenama ini menayangkan iklan minuman mereka menggunakan jiggle yang sentiasa melekat di minda kita.
Pasti perkataan Tropicana Twister bermain di minda anda selepas menonton iklan ini, bukan?
Marigold
Diasaskan pada tahun 1969, Malaysia Milk Sdn Bhd diperbadankan untuk mengedarkan produk oleh Malaysia Dairy Industries Pte Ltd. Pada tahun 1977, operasi perkilangan bermula di tanah perindustrian utama di Petaling Jaya.
MARIGOLD PEEL FRESH ialah jenama buatan sendiri yang telah lama wujud. Sekali gus, jenama minuman ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa jenama ini bertakhta di hati rakyat Malaysia walaupun sudah lebih 30 tahun berada di Malaysia? Kami yakin salah satu daripada faktornya adalah pemilihan nama jenamanya sendiri.
Cuba anda perhatikan apakah mesej yang tersirat di sebalik nama jenama jus ini. MARIGOLD PEEL FRESH. Anda pasti tahu bahawa jenama ini menekankan bahawa jus mereka berbeza dari jus lain yang ada di pasaran kerana mereka menggunakan buah-buahan segar.
Apabila pengeluar jus ini bertindak untuk meletakkan perkataan ‘peel fresh’ sebagai sebahagian daripada nama jenama mereka, ini merupakan sebuah langkah penjenamaan yang bijak. Sebagai pelanggan, anda juga tidak perlu meneliti kotak jus Marigold untuk mengetahui bagaimana jus mereka disediakan.
Oleh sebab itulah, pemilihan nama MARIGOLD PEEL FRESH adalah pemilihan nama serta strategi pemasaran yang bijak. Jika anda peniaga baru, cuba guna taktik yang sama untuk mendapatkan nama bisnes yang unik.
Fikirkan apa kelebihan produk anda berbanding dengan produk para pesaing anda. Kadang kala, nama bisnes yang ringkas lebih dekat di hati pelanggan berbanding nama bisnes yang terlalu berima dan kedengaran asing.
Sunkist
Sebut sahaja minuman Sunkist, pasti anda teringat akan nostalgia semasa anda masih kanak-kanak lagi, bukan? Jenama Sunkist sememangnya sudah lama bertapak di Malaysia. Tetapi, tahukah anda sebenarnya Sunkist pada awalnya merupakan sebuah koperasi pertanian yang disertai oleh petani dari Arizona dan juga California?
Koperasi yang ditubuhkan pada lewat tahun 1890-an ini mengumpulkan semua peladang buah citrus pada ketika itu. Pertubuhan ini mula dikenali ramai lewat tahun 1980-an kerana buah-buahan sitrus keluaran peladang Sunkist berkualiti tinggi dan lebih lazat berbanding buah-buahan sitrus lain.
Untuk pengetahuan anda, nama Sunkist sebenarnya ialah nama salah satu buah-buahan sitrus yang ditanam oleh para peladang koperasi buahan ini. Oleh sebab itulah nama Sunkist turut digunakan sebagai jenama minuman sehingga ke hari ini.