Bisnes pusat senaman dan kesihatan semakin melonjak naik namanya apatah lagi rakyat Malaysia semakin peka mengenai kesihatan fizikal dan mental mereka.
Bisnes sebegini boleh mengaut untung yang lumayan jika anda tahu bagaimana cara melakukannya.
Oleh itu, melalui artikel ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda bagaimana Penjana Nama Bisnes Gim dan Kesihatan kami boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang terbaik dan memberikan aura positif kepada perniagaan anda.
Oleh itu, teruskan membaca!
20 Nama Bisnes Gim dan Kesihatan
- Step Gim
- Ajax Gim
- Warrior Gim
- Marvel Gim
- Hammer Gim
- Heracle Gim
- Hero Gim
- Thor Gim
- Mass Gim
- Armor Gim
- Shred Gim
- Iron Gim
- Loaded Gim
- Axe Gim
- Function Gim
- Bulk Gim
- Ninja Gim
- Hit Gim
- Factory Gim
- All Star GIM
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Gim dan Kesihatan?
Layari laman utama
Langkah pertama ini wajib anda lakukan untuk menjana nama perniagaan yang anda inginkan. Sila lawati laman utama Penjana Nama Perniagaan kami di businessnamegenerator.com.
Setelah anda berada di laman utama kami, anda akan melihat beberapa pautan ke halaman kami yang lain. Anda boleh menekan pautan-pautan tersebut untuk mendapatkan inspirasi nama perniagaan yang unik.
Antara pautan yang anda boleh semak adalah pautan untuk mendapatkan nama perniagaan kesihatan yang disenaraikan sebagai Penjana Nama Bisnes Kesihatan.
Selain itu juga, anda boleh melihat sejarah penjana nama perniagaan kami di melalui pautan yang tersedia. Anda akan dapat melihat bahawa penjana nama bisnes kami dipercayai ramai.
Pilih bahasa
Langkah seterusnya adalah pilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjana nama perniagaan anda. Jika anda ingin memulakan perniagaan di Malaysia, anda boleh menggunakan bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris.
Anda boleh menggunakan bahasa Inggeris kerana Malaysia sememangnya mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa kedua dan bahasa bisnes di negara ini.
Selain daripada itu, anda bebas untuk memilih mana-mana bahasa yang anda ingin gunakan. Kami memastikan bahawa pengguna kami dari setiap pelusuk dunia boleh mendapatkan penjana nama perniagaan tanpa ada batasan bahasa.
Antara bahasa yang anda boleh gunakan adalah seperti berikut:
- Bahasa Korea
- Bahasa Thai
- Bahasa Arab
- Bahasa Perancis
- Bahasa Sepanyol
Pilih kata kunci
Seterusnya anda perlu memilih satu kata kunci yang anda ingin janakan bersama penjana nama bisnes gim dan kesihatan kami. Anda boleh menggunakan apa sahaja perkataan yang berkaitan dengan perniagaan gim serta kesihatan.
Namun begitu, pastikan anda menggunakan kata kunci yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Lebih daripada 3 huruf
- Tidak menggunakan emotikon
- Tidak menggunakan nombor
- Tidak menggunakan aksara
Untuk gambaran yang lebih jelas, kami hanya menggunakan kata kunci ‘gim’ untuk mendapatkan 20 nama bisnes gim dan kesihatan di atas.
Perincikan pilihan
Untuk pengetahuan anda, penjana nama perniagaan kami boleh menjana sehingga lebih 7 ribu nama dengan hanya satu kata kunci. Oleh itu, anda akan harus memilih satu per satu daripada semua nama yang dijana.
Ini pasti memakan masa yang agak lama, bukan? Oleh itu, kami telah menyediakan dua fungsi tapisan yang akan membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang lebih terperinci.
Fungsi tapisan industri
Fungsi tapisan industri ini membolehkan anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang lebih tepat lagi. Ini kerana, nama perniagaan yang dijana akan berdasarkan industri yang anda pilih.
Sebagai contoh, untuk perniagaan atau bisnes gim dan kesihatan, anda boleh memilih industri kesihatan dan/atau kecergasan. Dengan melakukan ini, pilihan nama perniagaan yang dijana juga akan lebih kecil.
Terdapat lebih daripada 50 industri yang anda boleh pilih untuk menjana nama perniagaan yang lebih terperinci kepada identiti perniagaan anda.
Fungsi Tapisan Nama
Fungsi tapisan nama penjana nama perniagaan kami boleh dibahagikan kepada 4 fungsi tapisan nama yang lebih spesifik. Mari lihat bagaimana anda boleh menggunakan fungsi tapisan nama ini.
Tetapan bilangan karakter
Untuk tetapan bilangan karakter, anda boleh memilih sama ada anda mahukan bilangan karakter anda seminimum 5 ataupun lebih daripada 15.
Tetapan bilangan perkataan
Untuk fungsi ini, anda boleh menetapkan sama ada anda mahukan nama perniagaan satu atau dua perkataan sahaja. Hanya tandakan kotak yang mewakili bilangan ayat yang anda mahukan.
Tetapan posisi kata kunci
Anda juga boleh menentukan sama ada anda mahukan kata kunci yang anda jana tampil di sebelum ataupun selepas idea nama yang dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami.
Contoh jika menggunakan kata kunci ‘gim’, dan tetapan posisi kata kunci adalah sebelum:
- Gim Hero
Selepas:
- Hero Gim
Tetapan nama berima:
Untuk tapisan ini, anda akan hanya mendapat nama perniagaan yang berima. Pastikan anda menekan butang ‘gunakan’ untuk menjana semula nama perniagaan yang lebih terperinci.
Pilih nama perniagaan anda
Langkah terakhir adalah, pilih satu nama perniagaan yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Gim dan Kesihatan kami.
5 Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Perniagaan Kami
Secara umumnya, Penjana Nama Perniagaan kami dapat membantu anda mendapatkan nama bisnes yang paling sesuai. Tapi, mari lihat dengan lebih lanjut lagi bagaimana penjana nama perniagaan kami lebih menyerlah berbanding Penjana Nama Bisnes lain yang ada di luar sana.
Tidak perlu membuka akaun pengguna
Jika dibandingkan dengan penjana nama perniagaan lain, anda mungkin terpaksa melakukan pendaftaran terlebih dahulu. Proses pendaftaran walaupun selalunya tidak susah, tetapi agak melecehkan.
Apatah lagi apabila anda terpaksa mengingati nama pengguna serta kata laluan yang baharu.
Anda tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran untuk menikmati penjana nama perniagaan kami. Oleh itu, anda tidak akan merasa terikat dan juga tidak perlu mengingati kata laluan baharu untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.
Penjana Nama Perniagaan kami sedia untuk digunakan tanpa perlu melakukan sebarang pra langkah yang melecehkan. Asalkan anda mempunyai laptop atau tab, dan sambungan internet, anda boleh menjana nama perniagaan yang anda mahukan.
Tiada bayaran
Selalunya, jika anda menggunakan khidmat pakar perunding perniagaan untuk membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang sesuai, anda mungkin terpaksa membelanjakan wang yang banyak.
Secara tidak langsung juga, kos perniagaan anda akan meningkat. Ini pasti agak membebankan terutamanya jika anda peniaga baharu.
Berbeza jika anda menggunakan penjana nama bisnes gim dan kesihatan kami. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk menjana nama perniagaan yang terbaik. Anda cuma perlu meluangkan 10 minit sahaja di hadapan skrin komputer anda untuk menjana nama dengan kami.
Pelbagai bahasa
Seperti yang anda sedia maklum, penjana nama perniagaan kami mempunya 19 versi bahasa. Jika anda menggunakan penjana nama perniagaan yang lain, anda mungkin perlu mendaftar akaun premium untuk menggunakan lebih daripada satu bahasa.
Dengan menggunakan penjana nama perniagaan kami, anda boleh mengakses semua 19 bahasa ini. Kami percaya kelebihan ini akan memberikan manfaat yang sangat berguna untuk para pengguna kami. Apakah manfaat yang dimaksudkan?
Manfaat tersebut adalah, anda sudah semestinya boleh menjana nama perniagaan dengan menggunakan 19 bahasa yang ditawarkan. Anda hanya perlu fasih menggunakan bahasa yang dipilih.
Seterusnya adalah, jika anda ingin mengembangkan perniagaan anda kepada lebih daripada satu negara, fungsi ini pasti dapat membantu anda mendapatkan nama perniagaan dalam bahasa utama di negara yang anda pilih.
Dipercayai ramai
Kami faham bahawa tidak semua laman penjana nama perniagaan yang percuma boleh menjana nama perniagaan yang berkualiti serta unik. Namun, begitu, semua ini terbukti berbeza jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.
Untuk pengetahuan anda, Penjana Nama Perniagaan kami mendapat penarafan 4.7 bintang. Penjana nama kami juga dipercayai dan digunakan oleh lebih 3 juta perniaga baharu di seluruh dunia.
Kepercayaan yang diberikan kepada kami tidak datang begitu sahaja. Ini kerana, laman penjana kami sememangnya menggunakan teknologi paling canggih untuk mengelakkan anda daripada digodam.
Oleh itu, kami yakin anda pasti dapat menjana nama perniagaan dengan selesa dan selamat bersama kami. Oleh itu, apa tunggu lagi, sertailah lebih 3 juta pengguna kami yang lain!
Unik
Keunikan adalah teras kepada perkhidmatan menjana nama perniagaan kami. Ini kerana, jika penjana kami tidak mampu menjana nama perniagaan yang unik, kami pasti tidak mendapat kepercayaan 3 juta pengguna di luar sana.
Anda pasti tertanya-tanya apakah yang kami maksudkan dengan unik, bukan? Unik tidak semestinya bermaksud menarik semata- mata.
Jika kita lihat daripada sudut perniagaan, keunikan adalah kelainan yang lebih menyerlah. Idea nama perniagaan yang dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami mempunyai ciri ini.
Ini kerana, setiap nama perniagaan yang dijana untuk anda adalah asli. Anda tidak akan dapat menjumpai nama perniagaan tersebut di mana-mana. Malah, kami memastikan nama perniagaan yang anda pilih tidak pernah didaftarkan sebagai nama perniagaan.
4 Nama Bisnes Gim Terkenal
Mari lihat bagaimana 4 perniagaan perkhidmatan senaman di bawah ini boleh menjadi terkenal di Malaysia dan juga seluruh dunia. Anda pasti mahu mengikuti langkah kejayaan mereka!
Planet Fitness
Planet Fitness merupakan salah satu rangkaian gim dan pusat kecergasan yang terbesar di USA. Tidak hanya boleh didapatkan di Amerika Syarikat, cawangan-cawangan Planet Fitness boleh didapati di seluruh negara Kanada dan juga Australia.
Planet Fitness sememangnya mendapat sambutan yang baik daripada penggemar sukan kerana gim ini menekankan bahawa ruangan senaman mereka adalah Zon Bebas Kritikan. Ini bagi menggalakkan para pengunjung mereka rasa selesa untuk melakukan senaman.
Selain itu, bayaran terhadap pakej keahlian gim ini juga sangat berpatutan. Dengan bayaran serendah $10 sahaja, pelanggan mereka boleh menggunakan semua mesin senaman yang ada di situ.
Planet Fitness yang diasaskan di New Hampshire, USA pada tahun 1992 ini kini memiliki lebih 2000 cawangan di seluruh Amerika Syarikat. Rahsia kejayaan gim ini pasti terletak pada namanya.
Pemilihan nama Planet Fitness sebagai nama perniagaan ini membuktikan nama yang ringkas lebih mudah diingati dan dikenali orang awam.
Level Up Fitness
Level Up Fitness pusat senaman dan kecergasan yang diasaskan di Malaysia. Setakat ini, pusat senaman ini adalah antara cawangan gim yang paling pantas berkembang.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 13 cawangan Level Up Fitness di seluruh Malaysia. Majoriti daripadanya terletak di negeri Sarawak.
Pusat senaman ini sememangnya mampu menyaingi gim-gim tempatan yang lain apabila menyediakan pusat senaman yang lengkap dengan mesin dan juga kemudahan seperti sauna dan juga bar jus.
Bayaran keahlian bulanan gim ini juga sangat berpatutan. Apatah lagi mereka menawarkan banyak pakej yang bersesuaian dengan bajet para pengguna.
Pemilihan nama Level Up Fitness sebagai nama perniagaan ini adalah pilihan yang sangat baik. Ini kerana, jika dilihat daripada sudut strategi pemasaran, pemilik gim ini telah mengambil langkah yang bijak.
Sebagai orang awam dan juga pengguna prospek, nama Level Up Fitness ini menampakkan bahawa pusat senaman ini menawarkan perkhidmatan kesihatan dan kecergasan yang berkualiti. Oleh itu, anda juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut mengenai gim ini.
Fitness First
Fitness First adalah rangkaian pusat senaman yang terbesar di Asia Tenggara. Pusat senaman ini mula beroperasi pada tahun 1993 lagi dan sejak itu, perniagaan berasaskan kesihatan ini berkembang ke negara Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura dan juga Indonesia.
Apa yang menarik mengenai cawangan gim ini adalah, para pelanggan mereka boleh menikmati pelbagai kemudahan senaman yang hanya ditawarkan khas daripada mereka. Salah satu daripadanya adalah, aplikasi mudah alih gim mereka.
Selain itu juga, Fitness First memiliki kakitangan yang pakar dalam bidang kesihatan dan kecergasan. Maka tidak hairanlah mengapa Fitness First boleh menjadi penaung kepada Celebrity Gym, yang juga merupakan pusat kecergasan premium di ibu negara.
Sama seperti nama perniagaan kecergasan terkenal yang lain, perniagaan ini juga menggunakan nama perniagaan yang ringkas tetapi melambangkan perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Gold’s Gym
Gold’s Gym adalah pusat senaman yang diasaskan pada tahun 1970-an lagi di pantai Venice, California. Oleh sebab itulah nama perniagaan ini tidak asing buat kaki gim di negara Amerika Syarikat.
Pengasasnya bernama Joe Gold. Beliau menggunakan nama keluarga beliau sendiri sebagai sebahagian daripada nama gim yang ditubuhkan oleh beliau sendiri. Ini adalah antara langkah yang bijak dalam menamakan perniagaan anda.
Dengan menggunakan nama perniagaan dan menyediakan perkhidmatan senaman yang terbaik, Gold’s Gym kini boleh didapati hampir di mana-mana sahaja.
Setakat ini terdapat, 700 cawangan Gold’s Gym di seluruh dunia. Antara negara yang menjadi rumah kepada perniagaan ini adalah Jordan, Amerika Syarikat, Rusia, India dan banyak lagi.