Idea & Penjana Nama Bisnes Coklat

Dapatkan nama bisnes semanis coklat dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Coklat kami

1. Pilih kata kunci nama bisnes coklat

Guna perkataan yang menggambarkan bisnes coklat anda sebagai kata kunci untuk menjana nama bisnes coklat yang unik

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Coklat anda

Pilih idea Nama Bisnes Coklat yang anda ingin gunakan sebagai nama perniagaan dari senarai idea nama bisnes yang dijana

3. Pilih Nama Bisnes Coklat anda

Guna mana-mana idea nama bisnes yang telah dijana sebagai nama Bisnes Coklat anda yang terbaik

Bisnes maniasan seperti coklat sentiasa mendapat sambutan hangat. Jika anda berminat untuk memulakan bisnes coklat, kami ada alat yang boleh membantu anda.

Penjana Nama Bisnes Coklat kami boleh membantu anda mendapatkan nama bisnes yang menarik secara percuma. Ingin tahu bagaimana untuk menjana nama bisnes yang anda impikan?

Teruskan membaca bersama kami!

20 Nama Bisnes Coklat

  • Coklat Queen
  • Coklat Lust
  • Coklat Zen
  • Coklat Pop
  • Coklat Moo
  • Coklat Galaxy 
  • Coklat Utopia
  • Coklat Angel
  • Coklat Haven
  • Choco Capsule
  • Choco Candid
  • Choco Concord
  • Cabana Choco
  • Charlie Choco
  • Classic Choco
  • Kindle Koko
  • Koko Kiss
  • Koko Kid
  • Koko Keeper
  • Koko Kart

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Coklat?

Jika anda ingin tahu bagaimana kami menjana 20 nama bisnes terapi di atas, sila ikuti 5 langkah mudah di bawah.

Kunjungi laman web kami

Banyak penjana nama perniagaan di luar sana. Ada yang memerlukan anda mendaftar menjadi pengguna terlebih dahulu, dan ada juga yang akan mengenakan pembayaran terhadap perkhidmatan mereka. Untuk memastikan anda menggunakan Penjana Nama Bisnes Coklat kami yang percuma, pastikan anda menekan pautan ini:https://businessnamegenerator.com

Semak pautan yang disediakan

Di laman utama kami, anda pasti dapat melihat beberapa pautan yang disediakan untuk anda semak. Antara pautan yang disediakan adalah pautan ke laman blog, perisian bisnes dan juga pautan ke penjana nama perniagaan kami yang lain.

Anda boleh merujuk bagaimana cara menggunakan penjana kami dengan menggunakan pautan yang telah disediakan. Sebelum itu, mari lihat satu lagi pautan penting yang anda harus semak di perenggan seterusnya.

Pilihan bahasa

Pautan seterusnya adalah pautan pilihan bahasa yang anda boleh gunakan. Selain daripada bahasa Malaysia, anda juga boleh menggunakan bahasa-bahasa lain yang ada disediakan di platform kami.

Terdapat 19 bahasa asing yang disediakan. Antaranya ialah:

  1. Bahasa Norway
  2. Bahasa Thai
  3. Bahasa Portugis
  4. Bahasa Sweden
  5. Bahasa Greek
  6. Bahasa Itali dan banyak lagi

Pilih kata kunci

Seterusnya, anda perlu mencari sekurang-kurangnya satu kata kunci untuk anda jana. Kata kunci yang anda boleh gunakan perlulah menepati cicri-ciri di bawah ini:

  1. Lebih daripada tiga abjad;
  2. Tidak merangkumi angka; dan
  3. Tidak menggunakan emoji atau simbol aksara

Kata kunci yang sesuai digunakan ialah perkataan yang boleh menggambarkan perniagaan anda. Untuk bisnes yang menawarkan produk manisan seperti coklat, anda boleh menggunakan perkataan-perkataan seperti di bawah ini:

  • Koko
  • Coklat
  • Manisan
  • Tiramisu

Kecilkan pilihan nama kumpulan

Kami faham bahawa anda mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bagi memilih nama bisnes yang terbaik daripada ribuan idea nama yang telah dijana. Oleh itu, kami menggalakkan agar anda menggunakan tetapan tapisan industri dan nama bisnes yang telah disediakan. 

Tapisan industri

Tapisan industri ini boleh diaktifkan agar hasil idea nama yang dijana berkaitan dengan industri perniagaan anda. Terdapat lebih 50 industri yang anda boleh pilih dan tanda. Untuk perniagaan yang menawarkan makanan seperti coklat, anda boleh menandakan pilihan industri yang berikut:

  1. Pencuci mulut
  2. Makanan

Untuk makluman, anda boleh menandakan lebih daripada satu industri pada satu masa. Ini akan menghasilkan idea nama bisnes coklat yang lebih terperinci.

Tapisan nama

Tetapan Penjana Nama Bisnes Coklat kami membenarkan anda untuk menetapkan:

1. Bilangan karakter

Jumlah minimum karakter nama perniagaan coklat anda seminimum 5 ataupun lebih daripada itu.

2. Bilangan patah perkataan

Nama bisnes anda terdiri daripada satu atau dua perkataan sahaja.

3. Posisi kata kunci 

Tentukan sama ada kata kunci yang anda jana berada di hadapan atau belakang perkataan (idea nama) yang dijan.

4. Nama perniagaan berima

Anda boleh menentukan sama ada anda mahukan nama bisnes coklat yang berima. Tetapi, anda harus memastikan anda memilih tetapan nama yang membenarkan idea nama dijana dalam dua perkataan.

Jangan lupa untuk menekan butang ‘gunakan’ setelah anda memilih tetapan idea nama bisnes yang ingin digunakan.

Pilih nama yang anda mahukan  

Seterusnya adalah, pilih idea nama bisnes coklat terbaik untuk anda gunakan sebagai nama perniagaan utama anda. Sebelum itu, jika anda ingin menggunakan idea nama bisnes yang sama sebagai nama domain, semak ketersediaan nama bisnes tersebut di laman Penjana Nama Bisnes Coklat kami.

5 Sebab Untuk Menggunakan Penjana Nama Bisnes Coklat Kami

Anda harus menggunakan Penjana Nama Bisnes Coklat kami kerana kamilah satu-satunya Penjana Nama Perniagaan yang memiliki ciri-ciri ini:

  1. Percuma
  2. Tiada Pendaftaran
  3. Pelbagai bahasa disediakan
  4. Dipercayai ramai
  5. Mendapat penarafan 4.7 bintang daripada 3 juta lebih pengguna

Senarai Semak Untuk Nama Perniagaan yang Terbaik

Dengan berpandukan senarai semak yang kami senaraikan di bawah, anda boleh mendapatkan idea dan juga nama perniagaan coklat yang paling unik.

Sila rujuk senarai di bawah ini:

Kenal pasti tarikan utama perniagaan anda

Kami faham bahawa agak sukar untuk mengenal pasti apakah tarikan utama perniagaan anda sekiranya anda baharu di fasa merancang perniagaan. Oleh itu, anda boleh merujuk senarai di bawah ini sebagai panduan anda.

  1. Adakah anda menyediakan khidmat cenderamata coklat?
  2. Adakah coklat yang dijual mempunyai pelbagai perasa?
  3. Apakah material utama coklat yang dijual?

Dengan mengenal pasti tarikan utama perniagaan anda, anda akan lebih mudah untuk menyenaraikan idea nama perniagaan anda. Sebagai contoh, jika tarikan utama bisnes anda adalah coklat organik, anda boleh menamakan perniagaan anda “Organik KoKolat”.

Maklum balas 

Proses maklum balas boleh membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang lebih relevan lagi. Dengan berpandukan senarai idea nama perniagaan yang anda telah sediakan, anda boleh mengedar salinan idea yang telah dikategorikan tersebut kepada individu-individu di bawah:

  1. Ahli keluarga anda
  2. Sahabat baik anda
  3. Perunding perniagaan
  4. Pasukan pemasaran anda

Seterusnya, anda juga boleh meletakkan ruangan kosong dalam salinan idea nama perniagaan sebelum diedarkan kepada individu yang berkenaan. Ruangan ini bertujuan untuk digunakan oleh rakan anda mencatatkan nama mana yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai nama perniagaan anda.

Secara tidak langsung, langkah ini juga dapat membantu anda mendapatkan undian nama perniagaan daripada setiap individu yang anda telah pilih. Seterusnya, pilihlah nama perniagaan yang mendapat undian terbanyak.

Ketersediaan nama

Seterusnya, anda perlu menyemak sama ada nama perniagaan yang dipilih secara ramai tadi sudah digunakan atau belum. Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyemak ketersediaan nama perniagaan anda.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Semak nama perniagaan anda di www.ssm-einfo.com jika nama perniagaan anda sama dengan nama syarikat anda;
  2. Taipkan nama perniagaan anda di ruangan cari Google dan lihat jika nama tersebut ada dalam senarai hasil carian; dan
  3. Gunakan laman ASIC jika anda berminat untuk mengembangkan perniagaan anda di Australia.

Nama perniagaan adalah cap dagangan. Itulah sebab mengapa nama perniagaan harus unik. Jika anda masih lagi belum dapat mencari nama perniagaan yang terbaik, perenggan di bawah ditulis khas untuk anda.

Guna Penjana Nama Bisnes Coklat kami

Penjana Nama Bisnes Coklat kami direka khas untuk anda yang mempunyai masalah seperti berikut:

  1. Tiada masa untuk mencari idea nama yang unik; atau
  2. Tiada bajet untuk mengupah perunding perniagaan; atau
  3. Nama perniagaan yang anda mahukan sudah digunakan oleh orang lain; dan
  4. Anda juga memerlukan nama domain.

Jika anda mengalami satu daripada masalah di atas, gunalah Penjana Nama Bisnes Coklat kami. Kami yakin anda pasti dapat menjana pilihan idea nama yang terbaik untuk perniagaan anda.

Walaupun kami sudah menyatakan kelebihan utama yang anda dapat nikmati apabila menggunakan penjana nama perniagaan kami, kami tetap ingin menegaskan bahawa Penjana Nama Bisnes kami adalah pilihan utama 3 juta pengguna di seluruh dunia.

Ini kerana:

  1. Percuma untuk digunakan;
  2. Pantas di dalam penjanaan nama perniagaan; dan
  3. Selamat.

5 Nama Bisnes Coklat Terkenal

Cadbury

Cadbury adalah jenama manisan coklat yang sangat terkenal di dunia. Jenama coklat terkenal ini diasaskan di negara Britain pada tahun 1824 oleh John Cadbury.

John Cadbury adalah ahli Persatuan Sahabat-sahabat Agama mula menjual minuman seperti teh, kopi dan coklat di Bull Street. Kemudian, beliau beralih kepada pengeluaran pelbagai produk berasaskan koko seperti minuman coklat pada tahun 1931.

Cadbury bukanlah nama asal perniagaan dan jenama coklat terkemuka ini. Malah, pada tahun 1847, John bekerjasama dengan abang beliau, Benjamin untuk mengembangkan lagi perniagaan berasaskan coklat mereka. Lalu, nama perniagaan mereka pada masa itu dikenali sebagai “Cadbury Brothers”.

Pada tahun 1969, Cadbury bergabung dengan syarikat minuman Schweppes lalu menamakan syarikat ini semula sebagai Cadbury Schweppes. Namun kini, nama Cadbury lebih menyerlah sebagai jenama coklat susu yang sangat terkenal di dunia.

Seperti yang anda boleh jangkakan, nama perniagaan ini diambil daripada nama keluarga pengasas coklat susu ini. Ya, Cadbury adalah nama orang. Kami juga yakin ini adalah tindakan yang bijak untuk mengekalkan legasi serta identiti jenama coklat ini hinggalah ke hari ini. 

Toblerone

Toblerone adalah jenama coklat yang berasal dari negara Switzerland. Resepi coklat Toblerone ini dirumus oleh Emil Baumann dan juga Theodor Tobler dalam tahun 1876. Resepi utama coklat ini adalah coklat susu, gula nougat, kacang badam dan juga madu.

Keunikan rasa coklat ini bukanlah satu-satunya tarikan utama Toblerone. Jika anda pernah membeli coklat ini di pasaraya, pasti anda perasan bentuk dan bungkusannya agak berlainan daripada yang lain. Ini kerana Theodor Tobler mereka bentuk coklat dan bungkusannya yang segi tiga.

Nama Toblerone adalah gabungan antara nama Theodor Tobler dan juga perkataan “torrone” yang bermaksud gula nougat dalam bahasa Itali. 

M&M’s

M&M’s adalah jenama coklat yang disukai oleh semua lapisan umur. Berbeza dengan bentuk coklat susu yang lain, coklat susu M&M’s adalah dalam bentuk butang baju yang berwarna warni.

Untuk pengetahuan anda, coklat ini diperkenalkan pada tahun 1941 di negara Amerika Syarikat. Pada hari ini, coklat M&M’s boleh didapati hampir di semua pasaraya di seluruh dunia. 

Anda pasti tertanya-tanya daripada mana asal nama M&M’s, bukan? Sebelum itu, coklat M&M’s adalah milik Mars Company. Pengasasnya bernama Forrest E. Mars Sr. Manakala seorang lagi individu penting dalam sejarah nama M&M’s adalah William F.R. Murie.

William adalah pelabur terbesar dalam perniagaan coklat M&M’s. Seperti yang anda boleh jangkakan, nama M&M’s diambil daripada huruf pertama nama kedua-dua individu penting ini.

Ferrero Rocher

Ferrero Rocher adalah salah satu jenama coklat ikonik yang diasaskan di negara Itali pada tahun 1982. Walaupun hanya boleh didapati di sekitar Eropah pada awal pengeluarannya, kini, coklat Ferrero boleh dinikmati di 140 negara di seluruh dunia ini.

Ferrero sememangnya diminati ramai sejak awal pengeluarannya pada tahun 1982 di sekitar Eropah. Ini kerana rasanya yang unik serta bungkusan coklat bersalut emas ini menjadi simbol yang harus dimiliki ramai. Pada tahun 1988, coklat ini mula menjejakkan kaki ke negara lain seperi Amerika Syarikat.

Individu yang menjadi tulang belakang serta pencipta resepi coklat badam ini bernama Michele Ferrero. Untuk pengetahuan anda, nama syarikat pengeluaran coklat badam bersalut emas ini adalah Ferrero SpA. Tetapi, anda juga pasti ingin tahu daripada mana datangnya idea nama “Ferrero Rocher”, bukan?

Nama “Ferrero Rocher” adalah gabungan antara nama pengasas coklat ini sendiri dan juga satu ayat lain yang diambil daripada bahasa Perancis. “Ferrero” adalah nama pengasasnya, lalu “Rocher” pula bermaksud “batu” yang seiras dengan gua buatan di salah satu gereja Katolik di Itali.

Daim

Coklat Daim adalah antara coklat yang wajib anda beli semasa melawat kawasan bebas cukai di Malaysia, bukan? Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya daripada manakah asal coklat ini? Ramai yang keliru asal usul manisan ini kerana nama “Daim” seiras nama orang Malaysia.

Sebenarnya, Daim adalah jenama coklat dari negara Sweden dan Norway. Coklat ini dikeluarkan oleh syarikat Marabou yang terletak di Sweden. Pengasasnya pula bernama Johan Throne Hoist merupakan warga negara Norway.

Sebelum coklat Daim terkenal di Sweden, Johan sudah memperkenalkan coklatnya di negara asal beliau, Norway. Oleh sebab itulah, coklat ini dikenali sebagai coklat negara Norway dan Sweden sehingga sekarang.

Sejarah nama coklat ini sangat menarik. Ini kerana, coklat ini sebenarnya dikomersialkan di Norway dan Sweden di bawah nama Dajm dalam tahun 1952. Manakala di United Kingdom, dalam sekitar tahun 1990, nama coklat ini dikenali dengan ejaan Dime. 

Menariknya juga, coklat Daim dikenali dengan nama “Daim” hampir di seluruh dunia. Selepas syarikat asal coklat ini dibeli oleh Kraft Foods pada tahun 2003, nama “Daim” digunakan secara rasmi di seluruh dunia.

Soalan Lazim

Jika anda seorang pembuat roti dan manisan coklat, anda boleh menggunakan apa sahaja perkataan yang berkaitan dengan cara atau proses pembuatan manisan coklat anda. Atau untuk lebih ringkas, anda boleh menggunakan nama anda dan juga digabungkan dengan perkataan “coklat” sebagai nama coklat anda.

Nama kedai coklat adalah nama perniagaan yang anda gunakan untuk menunjukkan bahawa produk utama yang anda tawarkan di kedai tersebut adalah coklat. Untuk mendapatkan nama kedai coklat yang menarik, anda boleh menggunakan nama yang ringkas tetapi asli.

Cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik adalah dengan menggunakan penjana nama perniagaan kami. Anda juga boleh merujuk idea dan panduan penjana nama bisnes coklat kami bagi mendapatkan idea untuk nama perniagaan yang unik.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki