Pelan Rangka Tindakan Industri Angkasa Lepas Malaysia 2030 yang dilancarkan pada 2015 meletakkan satu matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara terulung di Asia Tenggara dan memainkan peranan penting dalam pasaran global industri tersebut.
Apa yang lebih menarik lagi, kerajaan menjangkakan industri angkasa lepas tempatan mampu menjana sehingga RM55 bilion setahun dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk lebih 30,000 orang di Malaysia.
Dengan wujudnya kerjasama dan sokongan pihak Kerajaan Malaysia dan juga sektor swasta, industri angkasa lepas membuka peluang kepada usahawan teknologi dan pelabur yang oportunis dengan sektor ini.
Keadaan ini menjanjikan satu persaingan sihat di antara usahawan bisnes angkasa lepas. Selain daripada model perniagaan, rangkaian perniagaan dan lain-lain, nama bisnes yang berkualiti mampu menarik pelabur dan pelanggan seterusnya kekal relevan dalam arus persaingan.
Artikel ini akan membimbing anda bagaimana mendapatkan nama bisnes angkasa lepas yang unik dan menarik. Selain itu, kami juga akan berkongsi dengan anda aplikasi Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas untuk mempercepatkan proses pemilihan nama bisnes anda.
Contoh Bisnes Angkasa Lepas
Kami mulakan dengan beberapa contoh nama bisnes angkasa lepas sebagai panduan asas.
Anda boleh lihat bagaimana syarikat ini menamakan bisnes mereka dan mengambil pendekatan yang serupa sebagai inspirasi atau idea untuk bisnes anda.
Dviation
Sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh terhadap aset penerbangan termasuklah bantuan teknikal, perolehan aset, operasi dan juga pelupusan.
Operasi syarikat ini terus berkembang dengan turut mempunyai pejabat operasi di Ho Chi Minh, Zagreb, Kathmandu dan juga Zurich.
Nama syarikat ini mengambil pendekatan kreatif dengan mengubah huruf A pada perkataan Aviation kepada D, namun masih dalam konteks yang boleh difahami oleh pelanggan dan orang awam.
Independence-X Aerospace
Juga lebih dikenali sebagai IDXA. Syarikat angkasa lepas yang beroperasi di Seremban ini sebenarnya telah mencipta sebuah roket yang dinamakan Dedicated Nano Launch Vehicle (DNLV).
Apa yang lebih membanggakan, syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat di Asia Tenggara yang menyertai Google Lunar XPrize, sebuah pertandingan global untuk mereka kapal angkasa robotik yang mampu dilancarkan ke bulan, mendarat dan bergerak serta memancarkan transmisi video dari sana.
SpaceX
Diasaskan oleh jutawan Elon Musk pada tahun 2002. Nama ini adalah singkatan untuk Space Exploration Technologies Corporation dan objektif utamanya adalah melakukan revolusi terhadap penerokaan angkasa melalui kos yang lebih murah dan akses kepada sesiapa sahaja.
Dengan nama yang mudah dan sangat relevan, nama syarikat ini begitu mudah untuk diingat oleh orang ramai termasuklah mereka yang kurang pengetahuan berkenaan angkasa lepas.
Blue Origin
Merupakan sebuah syarikat persendirian di Amerika Syarikat dan diasaskan oleh Jeff Bezos, yang juga pemilik Amazon. Antara misi syarikat ini adalah untuk menghasilkan roket dan enjin roket yang boleh digunakan semula dan meneroka angkasa lepas untuk manfaat generasi akan datang.
Warna biru atau blue simbolik kepada bumi atau lebih dikenali sebagai planet biru dan perkataan Origin merujuk kepada titik asal atau permulaan penerokaan angkasa lepas.
Apa itu Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas?
Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas merupakan satu alatan dalam talian yang kami tawarkan untuk memudahkan pencarian nama bisnes anda.
Teknologi yang ditawarkan tidaklah sesukar sains roket, tetapi menggunakan algoritma berkomputer atau kecerdasan buatan (AI) untuk mendapatkan dan seterusnya menjana nama bisnes angkasa lepas yang unik dan menarik.
Apakah Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas?
Kami akui terdapat banyak penjana nama yang ditawarkan secara dalam talian. Namun, penjana nama kami memiliki kelebihan tersendiri dan direka secara khusus untuk satu tujuan; menjana nama bisnes berkualiti mengikut kemahuan peribadi anda.
Janaan dipadankan dengan kata kunci
Fungsi kata kunci adalah untuk memberitahu identiti bisnes anda melalui nama. Kata kunci boleh terdiri daripada perkataan relevan dengan industri, servis khusus yang ditawarkan dan juga komponen yang anda rasakan membuatkan anda berbeza dengan pesaing.
Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Dilengkapi dengan pilihan tambahan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci. Pilihan ini direka bagi mendapatkan nama yang lebih terperinci dan relevan dengan industri anda.
Pilihan mengikut industri
Terdapat lebih daripada 20 industri untuk anda pilih. Sebagai contoh, anda boleh memilih industri teknologi dan angkasa lepas di bahagian kiri untuk mendapatkan nama yang lebih terperinci.
Pilihan ciri-ciri perkataan
Dalam mencari nama yang unik dan berkualiti, anda memiliki kebebasan menentukan ciri-ciri nama yang dijana oleh penjana nama kami.
Pertama sekali, anda boleh tentukan bilangan aksara untuk senarai nama yang dijana. Memandangkan antara petua utama nama yang berkualiti adalah pendek, anda boleh memilih bilangan aksara kurang daripada 15 sebagai kriteria utama nama yang dijana.
Selain itu, anda juga boleh memilih sama ada satu atau dua perkataan. Sekiranya anda lebih gemarkan dua perkataan, terdapat satu lagi pilihan tambahan iaitu sama ada pasangan perkataan itu berima atau sebaliknya.
Anda juga boleh menetapkan kedudukan kata kunci yang anda masukkan. Sebagai contoh, untuk nama janaan yang mengandungi dua perkataan, kata kunci boleh diletakkan pada sebelum atau selepas perkataan yang dipadankan.
20 Idea Nama untuk Bisnes Angkasa Lepas
Untuk membantu anda dari sudut praktikal dalam menggunakan Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas, kami telah menjana 20 idea nama sebagai inspirasi kepada anda.
Setiap nama yang dijana ini menggunakan kata kunci dan digabungkan dengan perkataan atau awalan/akhiran lain.
- Satelit Aurora
- Orbit Echo
- Satelit Space
- Orbit Zeus
- Graviti Grower
- Satelit Lab
- Roket Plume
- Angkasa Octurn
- Roket Rock
- Angkasa Ahoy
- Planet Legion
- Eksplorasi Legion
- Orbit Falcon
- Graviti Redstone
- Awan Javelin
- Rocket Deacon
- Orbitomatic
- Planetverse
- Roketonus
- Planetiva
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas?
Setelah mengetahui keistimewaan penjana nama kami dan kini kami akan kongsi cara menggunakan penjana nama bisnes tersebut. Secara umumnya, terdapat hanya terdapat dua langkah mudah yang perlu anda lakukan.
Langkah pertama: Layari laman web kami
Untuk menggunakan penjana nama, anda layari laman web penjana nama kami. Anda akan mendapati terdapat lebih daripada 15 bahasa ditawarkan. Antara bahasa yang boleh dicuba adalah:
- Bahasa Perancis
- Bahasa Turki
- Bahasa Arab
- Bahasa Indonesia
- Bahasa Norway dan lain-lain
Prospek pasaran untuk bisnes angkasa lepas berkemungkinan besar untuk pasaran global berbanding permintaan domestik. Jadi gunakan kesempatan terhadap kepelbagaian bahasa yang kami tawarkan untuk mempelbagaikan penerimaan atau pemahaman nama bisnes angkasa lepas anda untuk pelanggan global.
Langkah kedua: Masukkan kata kunci
Di bahagian ruangan atas penjana nama kami, anda boleh masukkan kata kunci yang relevan dan menggambarkan identiti bisnes anda.
Anda boleh memasukkan sehingga enam kata kunci pada satu-satu masa. Kemudian, tekan butang “Jana”.
Terdapat satu ruangan tapisan atau filter pada bahagian kiri. DI bahagian inilah terdapat ciri-ciri khas penjana nama kami yang akan melancarkan proses penjanaan nama.
Sebagai panduan, anda boleh pilih industri relevan seperti angkasa lepas dan teknologi. Kata kunci tersebut akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Lihat senarai nama yang telah dijana. Sekiranya anda berminat dengan mana-mana nama yang disenaraikan, anda boleh simpan nama yang anda gemari dengan menekan simbol bintang di sebelah nama.
Nama yang disimpan boleh digunakan untuk senarai pendek anda. Anda masih boleh membuat carian baru menggunakan kata kunci yang lain.
Petua untuk Nama Bisnes yang Bagus
Kami akui, nama yang sempurna tidak wujud. Namun, sangat penting untuk anda memilih nama yang ‘kena’ dengan pelanggan dan mampu menarik perhatian mereka dan juga pelabur.
Kerana itu kami sangat menyarankan anda menggunakan Penjana Nama Bisnes Angkasa Lepas kami. Proses pemilihan nama anda akan lebih lancar, nama yang terjamin kualiti dan… PERCUMA!
Usah risau, kami tetap kongsikan beberapa tips atau petua untuk anda gunakan di bawah.
Pendek
Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda bermadah dengan nama yang panjang dan mendayu. Kriteria asas untuk nama bisnes adalah pendek kerana pelanggan lebih mudah ingat.
Mudah
Dalam contoh yang kami berikan menggunakan penjana nama sebelum ini, semua nama yang dijana mempunyai satu persamaan: perkataan yang mudah disebut dan dieja. Selain itu, nama-nama tersebut mempunyai panjang maksimum sebanyak dua patah perkataan sahaja.
Seperti mana nama yang pendek, nama yang mudah sangat membantu pelanggan mencari dan ingat nama bisnes anda. Jangan risau, perkataan yang sukar tetapi menarik masih lagi dapat digunakan pada slogan. Cuma untuk nama bisnes, nama yang mudah adalah pilihan terbaik kepada pelanggan.
Perkataan berima
Kata berima (atau boleh dikatakan berirama) mempunyai daya penarik tersendiri. Jika anda perasan, terdapat beberapa idea nama janaan yang kami kongsikan seperti “Rocket Rock” dan “Graviti Grower” seakan lebih menarik dan mudah disebut.
Nama dengan sebutan yang menarik dan berima boleh menjadi daya penarik tambahan kepada pelanggan. Dalam dunia perniagaan sebenar, pendekatan sebegini telah diguna pakai untuk jenama global seperti Coca Cola dan Dunkin’ Donuts.
Relevan
Untuk memudahkan pelanggan memahami nama bisnes, nama tersebut perlulah relevan dengan perkhidmatan/industri atau produk yang ditawarkan. Kerana itulah kata kunci penting di dalam proses pemilihan nama.
Jadi, bagi bisnes angkasa lepas, nama bisnes mestilah mencerminkan produk atau perkhidmatan syarikat tersebut. Perkataan seperti “Aero”, “Angkasa” atau yang membawa maksud yang sama sangat membantu logik di sebalik pemilihan nama tersebut.
Pelanggan/pelabur sasaran
Di dalam industri angkasa lepas, kedua-dua pelabur dan pelanggan merupakan tunjang kekuatan syarikat anda.
Sains angkasa memerlukan teknologi yang sofistikated dan alatan atau komponen yang spesifik dan canggih. Kesemuanya memerlukan modal yang tidak tinggi. Di sinilah pelabur memainkan peranan penting di dalam jatuh bangun syarikat anda.
Konsep pelanggan pula tidak hanya termaktub kepada individu sahaja, Untuk industri sebegini, pelanggan boleh terdiri daripada kerajaan, agensi angkasa milik kerajaan mahupun syarikat swasta yang terlibat dalam penerokaan angkasa lepas.
Jadi berdasarkan penerangan ringkas yang kami terangkan ini, sebagai pengasas atau pemilik bisnes angkasa lepas anda perlu tahu apa yang pelanggan atau pelabur anda mahukan.
Anda sendiri boleh sampaikan nilai perniagaan anda kepada pelanggan/pelabur melalui nama. Dalam kata lain, nama anda ialah identiti di mata mereka. Apakah yang anda tawarkan kepada pelanggan? Mengapa mereka perlu memilih bisnes anda berbanding pesaing? Itu adalah beberapa contoh soalan penting yang anda perlu pertimbangkan.
Sebagai contoh mudah, katakan syarikat anda menghasilkan roket yang menggunakan bahan kitar semula anda boleh gunakan perkataan seperti “Eko”, “Hijau” atau “Green’ sebagai sebahagian nama bisnes.
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Di Dalam Proses Pemilihan Nama
Walaupun anda telah mempunyai beberapa nama yang telah disenarai pendek dan juga mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, itu tidak bermakna anda “berhak” secara automatik untuk menggunakan nama tersebut.
Ada kemungkinan nama-nama tersebut telah dimiliki oleh pihak lain walaupun mereka tidak menggunakan secara aktif, atau hanya memilikinya secara suka-suka.
Sangat penting untuk anda pastikan nama tersebut boleh digunakan tanpa sebarang halangan serta-merta ataupun masalah yang akan timbul di kemudian hari.
Bagaimana caranya?
- Ketersediaan domain
Seperti kami katakan, ada pemilik domain yang langsung tidak berniat untuk menggunakan domain yang mereka miliki dan mereka ini dikenali sebagai cybersquatting.
Bayangkan jika anda sudah memilih nama dan membuat pendaftaran perniagaan, mengeluarkan modal untuk papan tanda dan sebagainya, kemudian mendapati domain anda sebenarnya telah dimiliki oleh pihak lain.
Ini semestinya mendatangkan kerugian besar kepada bisnes anda.
Sekiranya anda mendapati domain untuk nama pilihan telah diambil pihak lain, gugurkan nama tersebut daripada senarai akhir anda.
Salah satu kelebihan menggunakan penjana nama kami adalah anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang dijana secara serta-merta.
- Saluran media sosial
Media sosial antara platform paling “ampuh” sebagai pemasaran digital dan ruang untuk berinteraksi dengan pelanggan anda.
Jika anda mempunyai perancangan untuk menggunakan beberapa platform media sosial, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran.
Jadi cuba semak sama ada nama pilihan anda masih boleh digunakan sebagai handle dan hashtags.
Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handles dan hashtags media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan.
Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran (dan melibatkan kos tambahan) kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan tersebut.
- Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan perkataan/nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama/jenama anda.
Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Kesimpulan
Seperti yang anda dapat lihat, proses memilih nama bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara semberono. Usah risau jika anda rasakan ia memerlukan masa dan beberapa elemen yang perlu diperhalusi dengan teliti. Percayalah, ia berbaloi. Seperti yang selalu dikatakan oleh watak angkasawan Buzz Lightyear di dalam siri filem Toy Story:
To infinity and beyond!