Industri tenaga seperti solar adalah antara industri yang dijangka akan terus meningkat. Kenyataan ini disokong oleh sebuah laporan yang dikeluarkan oleh The ASEAN Post Team pada 5 September 2022.
Oleh itu jika anda pernah terfikir untuk memulakan perniagaan menjual panel solar, ataupun membuka syarikat yang membekal tenaga solar, kami sedia membantu anda. Ini kerana, kami ada menyediakan Penjana Nama Syarikat Solar yang boleh menjana nama syarikat yang unik.
Ingin tahu bagaimana Penjana Nama Syarikat Solar kami menjana nama syarikat yang terbaik? Mari lihat 20 senarai nama syarikat solar yang kami jana di bawah.
20 Contoh Nama Syarikat Solar
- Apha Solar
- Dream Solar
- Solar Scope
- Solar Giga
- Solar Path
- Solar Revolution
- Solar Network
- Solar Vista
- Solar Nixon
- Solar Fuel
- Eko Savvy
- Eko Tec
- Eko Sky
- Eko Electric
- Eko Companies
- Hijau Revolution
- Hijau Power
- Hijau Vision
- Hijau Shift
- Hijau Logic
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat Solar?
Penjana Nama Syarikat Solar kami sangat mudah untuk digunakan. Anda cuma perlu mengikuti tiga langkah utama serta satu lagi langkah tambahan di bawah ini:
Pilih kata kunci untuk dijana
Sebelum anda boleh menjana idea nama syarikat solar menggunakan Penjana Nama Syarikat Solar kami, pastikan anda menentukan kata kunci yang terbaik terlebih dahulu. Kata kunci yang anda gunakan haruslah bersesuaian atau relevan dengan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Jadi, untuk memastikan kata kunci yang anda pilih bersesuaian, kenal pasti terlebih dahulu sama anda anda menjual produk atau menawarkan perkhidmatan untuk memasang produk solar. Untuk memberikan anda gambaran jelas mengenai kata kunci yang sesuai, jom lihat kembali kata kunci yang kami telah gunakan untuk menjana 20 idea nama syarikat solar di atas.
Antaranya ialah:
- Solar
- Eko
- Hijau
Anda perlu juga memastikan kata kunci yang anda ingin jana lebih daripada tiga abjad. Jangan sesekali menggunakan kata kunci yang terdiri daripada angka atau simbol. Jika anda ingin menjana lebih daripada tiga kata kunci, pasti setiap kata kunci dijarakkan menggunakan tanda koma. Selain itu juga, anda boleh menjana kata kunci dalam bahasa asing seperti berikut:
- Bahasa Thai
- Bahasa Indonesia
- Bahasa Rusia
- Bahasa Sepanyol
- Bahasa Perancis
- Bahasa Portugal
Perincikan pilihan idea nama syarikat
Selepas anda menekan butang jana, anda akan dibawa terus ke laman hasil idea nama perniagaan yang sudah dijana. Di laman ini, anda akan dapat melihat sekurang-kurangnya 7,999 idea nama syarikat solar.
Pilihan yang ada untuk anda sememangnya banyak. Dan kami yakin ini merupakan satu kelebihan yang hanya boleh anda dapatkan di laman Penjana Nama Bisnes kami. Namun begitu, kami juga faham bahawa tidak mudah untuk anda meneliti idea nama bisnes yang telah dijana satu per satu.
Jadi, anda harus memperincikan lagi pilihan yang ada untuk mendapatkan idea nama syarikat solar yang lebih unik dan relevan. Untuk mengaktifkan ciri tersebut, kami ingin memperkenalkan kepada anda fungsi tapisan industri dan nama kami.
Tetapan tapisan industri
Fungsi ini bertujuan agar anda dapat menjana nama syarikat yang lebih relevan kepada industri perkhidmatan anda. Penjana nama perniagaan kami telah menyediakan 53 industri yang anda boleh pilih. Antaranya ialah:
- Teknologi
- Automotif
- Perkhidmatan
- Comel
- Kraf
- Permainan
Untuk syarikat solar, anda boleh memilih industri teknologi. Anda juga boleh memilih lebih daripada satu industri yang anda rasa berkaitan dengan perniagaan anda.
Jangan lupa untuk menekan butang ‘gunakan’ untuk membolehkan anda mengaktifkan fungsi tapisan industri ini.
Tetapan tapisan nama
Fungsi tapisan nama membolehkan anda untuk melakukan tetapan kepada struktur nama perniagaan anda yang dijana. Fungsi tapisan nama ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang boleh diaktifkan secara serentak.
Fungsi tapisan nama yang anda boleh aktifkan adalah seperti berikut:
- Tetapan bilangan karakter : 5 – 15
- Tetapan bilangan perkataan : 1-2
- Tetapan posisi kata kunci : sebelum atau selepas idea nama perniagaan
- Tetapan nama berima
Pilih semula nama perniagaan anda
Selepas anda mengaktifkan fungsi tapisan industri dan juga nama, anda kini mendapat pilihan idea nama perniagaan yang lebih sedikit tetapi lebih terperinci. Pilihlah nama perniagaan yang berkenan di hati anda.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menyemak sekali gus ketersediaan nama domain nama perniagaan yang anda telah pilih dengan menggunakan Penjana Nama Syarikat Solar kami.
Semak ketersediaan domain
Apabila anda menubuhkan perniagaan, anda pasti mahu perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan diperkenalkan dengan pantas kepada pelanggan prospek. Jadi, dengan memiliki laman perniagaan atau syarikat yang tersendiri, anda pasti dapat berhubung dengan pelanggan dengan lebih mudah serta pantas. Tetapi sebelum itu, anda perlu memastikan nama domain yang anda gunakan unik.
Untuk itu, semak ketersediaan domain yang anda ingin gunakan terlebih dahulu. Caranya mudah, gunakan penyemak ketersediaan domain yang ada disediakan di laman Penjana Nama Syarikat Solar kami. Ataupun, tekan kotak idea nama syarikat solar yang telah dijana.
Kemudian, senarai domain yang tersedia dan boleh anda gunakan akan terpapar di skrin anda. Semakan ketersediaan domain adalah percuma. Tetapi, jika anda ingin mendaftarkan terus domain pilihan anda, bayaran harus dilakukan di laman GoDaddy.
5 Tips Nama Syarikat yang Unik
Mencari idea nama yang menarik serta mudah untuk diiktiraf oleh Suruhanjaya perniagaan Malaysia tidak mudah. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 tips di bawah.
Kenal pasti produk serta perkhidmatan anda
Cara terbaik untuk memastikan nama perniagaan anda menarik dan unik adalah dengan mengenal pasti apakah perkhidmatan yang perniagaan anda tawarkan. Dengan berpandukan ini, anda juga dapat mengenal pasti mengapa perkhidmatan perniagaan anda lebih unik dari perniagaan yang lain.
Untuk syarikat solar anda mungkin mahu menggunakan perkataan di bawah ini sebagai sebahagian daripada nama syarikat anda:
- Solar
- Tenaga
- Hijau
Jika anda merasa buntu untuk mendapatkan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan syarikat anda, anda boleh merujuk artikel berkaitan dengan sumber boleh pilih. Antara sumber dalam talian yang anda boleh rujuk adalah The Economist, The New York Time dan banyak lagi.
Tetapi, anda boleh menterjemahkan perkataan yang anda ingin gunakan ke dalam bahasa Malaysia.
Lakukan sumbang saran
Anda juga boleh melakukan sumbang saran bersama pasukan anda. Jika anda hanya ada rakan kongsi, anda juga boleh duduk dan berbincang bersama rakan kongsi anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.
Menurut Indeed, anda boleh mengikuti 5 tips mudah di bawah untuk mengadakan sesi sumbang saran yang berkesan:
- Jemput individu dari latar belakang yang berbeza
- Alih perhatian sepanjang sesi mesyuarat
- Kenal pasti kekangan
- Ambil masa untuk diam sebentar
- Benarkan idea dihantar secara rahsia (tanpa penama)
Dengan berpandukan 5 tips sesi sumbang saran ini, anda pasti dapat mencari idea nama perniagaan yang lebih bernas lagi. Tambahan pula, cara ini juga akan membuka mata anda kepada sebarang kekangan yang anda tidak pernah perasankan selama ini.
Guna nama penaung
Cara terunik yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan nama syarikat yang menarik adalah dengan menggunakan nama penaung syarikat anda. Penaung yang dimaksudkan di sini adalah:
- Individu yang menjadi penasihat syarikat anda
- Perencana perniagaan ataupun syarikat anda
- Pemegang saham terbesar syarikat anda
Selalunya, pengasas syarikat adalah penaung utama sesebuah perniagaan. Ini juga bermaksud, anda boleh menggunakan nama anda sendiri untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada nama syarikat anda.
Sebagai contoh:
- Syarikat Solar Salem
- Syarikat Tenaga Solar James
Dengan menggunakan nama anda sendiri ataupun penaung syarikat anda, anda pasti dapat mengelakkan syarikat anda daripada menggunakan nama yang telah didaftar. Untuk pengetahuan, anda tidak boleh mendaftar nama syarikat atau perniagaan yang pernah didaftarkan di Malaysia.
Semak ketersediaan nama
Jika anda sudah mendapatkan senarai idea nama syarikat yang anda mahu gunakan, anda harus menyemak ketersediaan nama tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda menyenaraikan 5 nama syarikat yang anda ingin gunakan.
Sekiranya salah satu idea nama syarikat yang anda senaraikan sudah didaftarkan, anda ada 4 lagi idea nama syarikat yang anda boleh gunakan. Untuk menyemak ketersediaan nama syarikat , anda boleh menyemak di laman Suruhanjaya perniagaan Malaysia.
Cara menyemak pula agak mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah:
- Layari laman SSM
- Lakukan pendaftaran sebagai pengguna dan log masuk
- Cari butang ‘Search”
- Masukkan nama syarikat yang anda ingin gunakan
Jika nama yang anda masukkan sudah berdaftar, bermakna anda tidak boleh lagi menggunakan nama yang sama untuk perniagaan anda.
Guna penjana nama kami
Tips seterusnya ini akan memudahkan anda mendapatkan nama syarikat yang terbaik tanpa perlu risau akan ketersediaan nama. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya menggunakan Penjana Nama Syarikat Solar kami.
Penjana nama perniagaan kami ini boleh menjana nama syarikat yang tidak pernah didaftarkan di mana-mana. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan ketersediaan nama syarikat yang dicadangkan untuk anda.
Selain itu, nama yang dijana juga hasil daripada kata kunci yang anda masukkan. Ini bermakna, anda tidak perlu risau sekiranya idea nama perniagaan yang dijana tidak mempunyai identiti perniagaan anda.
Dengan erti kata lain, penjana nama kami akan menjana nama syarikat yang dijamin akan menepati cita rasa anda. Tambahan pula, anda boleh menggunakan penjana nama perniagaan kami tanpa perlu membayar satu sen pun.
2 Nama Syarikat Solar Terkenal
Di bahagian seterusnya, kita akan melihat 2 syarikat solar yang terkenal di dunia. Anda boleh melihat sendiri bagaimana nama syarikat ini dipilih.
JinkoSolar Holding Co
JinkoSolar Holding adalah sebuah syarikat pengeluar panel solar dari negara China. Pengeluar panel terbesar dunia ini diasaskan pada tahun 2006 dan meraih keuntungan sebanyak $5.38 bilion pada tahun 2020.
Tetapi anda pasti ingin tahu bagaimana nama syarikat ini dipilih, bukan? Melalui pemerhatian kami nama syarikat ini sangat menarik kerana agak ringkas tetapi dapat mencerminkan produk utama yang ditawarkan oleh mereka.
Ini kerana, dengan meletakkan perkataan “solar”, orang awam dan juga para prospek pelabur mereka boleh mendapatkan gambaran jelas bahawa JinkoSolar adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan panel serta produk solar yang lain.
Canadian Solar Inc
Canadian Solar Inc adalah sebuah syarikat solar yang bertapak di negara Kanada. Perkhidmatan utama syarikat ini adalah mengeluarkan modul PV solar dan juga menjalankan projek solar berskala besar.
Syarikat solar ini ditubuhkan pada tahun 2001 dan tersenarai dalam saham NASDAQ. Untuk pengetahuan anda, nama syarikat ini dinamakan sebagai Canadian Solar kerana syarikat ini diasaskan di negara Kanada. Perkataan “Solar” digunakan kerana syarikat ini adalah pengeluar produk solar.
Nama syarikat yang ringkas tetapi sangat jelas dan mudah untuk diingati oleh orang awam.
3 Kelebihan Penjana Nama Syarikat Solar kami
Jika anda belum yakin lagi mengenai keupayaan Penjana Nama perniagaan kami, kami ingin memperkenalkan kepada anda mengapa penjana nama perniagaan kami ini adalah pilihan yang terbaik.
0 sen
Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan nama perniagaan idaman anda apabila menggunakan Penjana Nama Syarikat Solar kami. Tidak hanya itu juga, anda boleh menjana pelbagai nama perniagaan dalam industri yang lain secara percuma.
Anda tidak perlu risau akan had masa kerana penjana nama perniagaan kami sememangnya percuma digunakan setiap masa.
4.7/ 5 bintang
Penjana nama perniagaan kami digunakan oleh 3 juta lebih pengguna di seluruh dunia. Dan 3 juta lebih pengguna kami telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang diidamkan oleh mereka.
Penarafan 4.7 bintang adalah diberikan kepada kami oleh pengguna yang mempercayai platform penjana kami. Oleh itu, kami berani memberi jaminan bahawa penjana nama perniagaan kami adalah penyelesaian kepada pencarian anda untuk nama perniagaan yang terbaik.
Dijamin unik
Penjana nama perniagaan kami boleh menjana nama perniagaan dan nama perniagaan yang unik kerana kami menggunakan teknologi AI yang terbaik. Teknologi AI inilah yang membantu kami untuk menjana beribu- ribu nama perniagaan yang unik.
Apabila kami menyatakan bahawa idea nama yang dijana adalah unik, ini bermakna, nama perniagaan atau nama perniagaan yang dijana tidak pernah diguna serta didaftarkan di mana-mana negara.
Oleh itu, gunalah penjana nama perniagaan kami agar anda boleh mendaftar nama dengan mudah di Suruhanjaya perniagaan Malaysia.