Setiap individu yang ingin menjalankan perniagaan mereka haruslah beroperasi dengan nombor perlesenan serta pendaftaran yang sah. Tetapi, jika anda tidak menggunakan nama yang syarikat yang unik, permohonan anda mendapatkan sijil operasi yang sah mungkin kecundang.
Oleh itu, di artikel ini, kami ingin berkongsi dengan anda cara mudah untuk mendapatkan nama syarikat yang unik dengan menggunakan Penjana Nama Syarikat Percetakan kami. Bagaimana? Teruskan membaca.
20 Nama Syarikat Percetakan
- Dakwat Printing
- Dakwat Design
- Dakwat Custom
- Dakwat Proto
- Dakwat Media
- Cetak Layer
- Cetak Dimension
- Cetak Ace
- Cetak Box
- Cetak Buster
- Mighty Grafik
- Premiere Grafik
- Rhea Grafik
- Geo Grafik
- Brew Grafik
- Pixel Revolution
- Pixel Atlas
- Pixel Arid
- Pixel Atto
- Pixel Concept
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat Percetakan?
Penjana Nama Syarikat Percetakan kami sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu mengikuti 5 langkah mudah di bawah:
Kunjungi laman utama kami
Anda hanya akan dapat mengakses penjana nama perniagaan yang terbaik di laman utama kami. Jika anda berada di laman utama kami, anda boleh menerokai artikel lain berkaitan dengan panduan menggunakan penjana nama perniagaan kami.
Untuk makluman anda, setiap nama perniagaan dan syarikat tanpa mengira industri apa pun dijana menggunakan Penjana Nama Perniagaan kami. Tetapi untuk tujuan artikel ini, kita akan memanggilnya sebagai Penjana Nama Syarikat Percetakan.
Sebelum ke langkah seterusnya, anda pasti dapat melihat di laman utama kami ada ruangan untuk menjana nama perniagaan. Di tepi ruangan tersebut ialah butang jana. Ini ialah bahagian penting yang anda harus ambil tahu sebelum kita ke langkah yang seterusnya.
Pilih bahasa untuk digunakan
Menariknya mengenai platform Penjana Nama Perniagaan kami, anda tidak hanya boleh menggunakan satu bahasa saja untuk menjana nama syarikat anda. Ini kerana, penjana nama perniagaan kami boleh menjana sekurang-kurangnya nama perniagaan dalam 10 bahasa
Ini bermakna, anda tidak hanya boleh menggunakan bahasa Inggeris sahaja, malah bahasa Malaysia juga. Tetapi, jika anda ingin menggunakan bahasa asing yang lain, senarai di bawah boleh membantu anda.
- Bahasa Korea
- Bahasa Thai
- Bahasa Indonesia
- Bahasa Portugis (Brazil)
- Bahasa Portugis (Portugal)
- Bahasa Arab
- Bahasa Perancis
- Bahasa Jerman dan banyak lagi
Pautan ke setiap pilihan bahasa yang anda mahu gunakan turut tersedia di laman utama Penjana Nama Perniagaan kami. Pada masa yang sama anda juga boleh mendapatkan panduan menggunakan penjana nama kami dalam bahasa yang anda pilih.
Pilih kata kunci
Pemilihan kata kunci adalah langkah yang paling penting untuk anda mendapatkan nama syarikat yang anda mahu. Kata kunci adalah sebahagian daripada nama syarikat yang anda mahu rangkumi bersama idea nama yang akan dijana nanti.
Dengan erti kata lain, apa yang anda masukkan ke ruangan jana nanti akan terpapar bersama idea nama syarikat anda. Sebagai contoh, mari lihat kembali 20 nama syarikat yang sudah kami jana di atas.
Jika anda perhatikan, kami telah menggunakan 4 kata kunci untuk menjana idea nama syarikat percetakan di atas. Kata kunci tersebut adalah:
- Cetak
- Dakwat
- Pixel
- grafik
Anda boleh menggunakan apa sahaja ayat yang anda mahu guna sebagai kata kunci. Hanya pastikan ayat tersebut berkaitan dengan perkhidmatan yang syarikat anda sediakan. Jangan lupa untuk menekan butang jana selepas anda memasukkan kata kunci ke ruangan yang disediakan.
Perincikan pilihan nama
Selepas anda menekan butang jana, anda akan dibawa terus ke laman hasil idea nama syarikat yang sudah dijana. Di laman ini, anda akan dapat melihat sekurang- kurangnya 5,000 idea nama syarikat.
Pilihan yang ada untuk anda sememangnya banyak. Oleh itu, kami ingin memudahkan anda untuk mendapatkan nama syarikat yang paling sesuai dengan mengaktifkan beberapa ciri unik penjana nama perniagaan kami.
Untuk mengaktifkan ciri tersebut, kami ingin memperkenalkan kepada anda fungsi tapisan industri dan nama kami.
Fungsi tapisan industri
Fungsi ini bertujuan agar anda dapat menjana nama syarikat yang lebih relevan kepada industri perkhidmatan anda. Penjana nama perniagaan kami telah menyediakan 53 industri yang anda boleh pilih. Antaranya ialah:
- Kecantikan
- Kesihatan
- Perkhidmatan
- Teknologi
- Percetakan
Untuk syarikat percetakan, anda boleh memilih industri percetakan. Ataupun, anda juga boleh memilih industri perkhidmatan bersama dengan percetakan juga.
Jangan lupa untuk menekan butang ‘gunakan’ untuk membolehkan anda mengaktifkan fungsi tapisan industri ini.
Fungsi tapisan nama
Fungsi tapisan nama membolehkan anda untuk melakukan tetapan kepada struktur nama syarikat anda yang dijana. Fungsi tapisan nama ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang boleh diaktifkan secara serentak.
Fungsi tapisan nama tersebut adalah:
- Tetapan bilangan karakter : 5 – 15
- Tetapan bilangan perkataan : 1-2
- Tetapan posisi kata kunci : sebelum atau selepas idea nama syarikat
- Tetapan nama berima
Pilih semula nama syarikat anda
Selepas anda mengaktifkan fungsi tapisan industri dan juga nama, anda kini mendapat pilihan idea nama syarikat yang lebih sedikit tetapi lebih terperinci. Pilihlah nama syarikat yang berkenan di hati anda.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menyemak sekali gus ketersediaan nama domain nama syarikat yang anda telah pilih dengan menggunakan Penjana Nama Syarikat Percetakan kami.
5 Tips Nama Syarikat yang Menarik (Diiktiraf)
Mencari idea nama yang menarik serta mudah untuk diiktiraf oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak mudah. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 tips di bawah.
Kenal pasti produk serta perkhidmatan anda
Cara terbaik untuk memastikan nama syarikat anda menarik dan unik adalah dengan mengenal pasti apakah perkhidmatan yang syarikat anda tawarkan. Dengan berpandukan ini, anda juga dapat mengenal pasti mengapa perkhidmatan syarikat anda lebih unik dari syarikat yang lain.
Untuk syarikat percetakan anda mungkin mahu menggunakan perkataan di bawah ini sebagai sebahagian daripada nama syarikat anda:
- Cetak
- Percetakan
- Dakwat
- Fotokopi
Jika anda merasa buntu untuk mendapatkan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan syarikat anda, anda boleh pergi ke laman Thesaurus.com. Laman ini hanya menyediakan perkataan dalam bahasa Inggeris.
Tetapi, anda boleh menterjemahkan perkataan yang anda ingin gunakan ke dalam bahasa Malaysia.
Lakukan sumbang saran
Anda juga boleh melakukan sumbang saran bersama pasukan anda. Jika anda hanya ada rakan kongsi, anda juga boleh duduk dan berbincang bersama rakan kongsi anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.
Menurut Indeed, anda boleh mengikuti 5 tips mudah di bawah untuk mengadakan sesi sumbang saran yang berkesan:
- Jemput individu dari latar belakang yang berbeza
- Alih perhatian sepanjang sesi mesyuarat
- Kenal pasti kekangan
- Ambil masa untuk diam sebentar
- Benarkan idea dihantar secara rahsia (tanpa penama)
Dengan berpandukan 5 tips sesi sumbang saran ini, anda pasti dapat mencari idea nama syarikat yang lebih bernas lagi. Tambahan pula, cara ini juga akan membuka mata anda kepada sebarang kekangan yang anda tidak pernah perasan selama ini.
Guna nama penaung
Cara terunik yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan nama syarikat yang menarik adalah dengan menggunakan nama penaung syarikat anda. Penaung yang dimaksudkan di sini adalah:
Individu yang menjadi penasihat perniagaan anda
Perencana perniagaan ataupun syarikat anda
Pemegang saham terbesar syarikat anda
Selalunya, pengasas syarikat ialah penaung utama sesebuah perniagaan. Ini juga bermaksud, anda boleh menggunakan nama anda sendiri untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada nama syarikat anda.
- Sebagai contoh:
- Syarikat Percetakan Ali
- Syarikat Abu Printing
Dengan menggunakan nama anda sendiri ataupun penaung syarikat anda, anda pasti dapat mengelakkan syarikat anda daripada menggunakan nama syarikat yang telah didaftar. Untuk pengetahuan, anda tidak boleh mendaftar nama syarikat yang pernah didaftarkan di Malaysia.
Semak ketersediaan nama
Jika anda sudah mendapatkan senarai idea nama syarikat yang anda mahu gunakan, anda harus menyemak ketersediaan nama tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda menyenaraikan 5 nama syarikat yang anda ingin gunakan.
Sekiranya salah satu idea nama syarikat yang anda senaraikan sudah didaftarkan, anda ada 4 lagi idea nama syarikat yang anda boleh gunakan. Untuk menyemak ketersediaan nama syarikat, anda boleh menyemak di laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Cara menyemak pula agak mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah:
- Layari laman SSM
- Lakukan pendaftaran sebagai pengguna dan log masuk
- Cari butang ‘Search”
- Masukkan nama syarikat yang anda ingin gunakan
Jika nama yang anda masukkan sudah berdaftar, bermakna anda tidak boleh lagi menggunakan nama yang sama untuk syarikat anda.
Guna penjana nama kami
Tips seterusnya ini akan memudahkan anda mendapatkan nama syarikat yang terbaik tanpa perlu risau akan ketersediaan nama. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya menggunakan Penjana Nama Syarikat Percetakan kami.
Penjana nama perniagaan kami ini boleh menjana nama syarikat yang tidak pernah didaftarkan di mana-mana. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan ketersediaan nama syarikat yang dicadangkan untuk anda.
Selain itu, nama yang dijana juga hasil daripada kata kunci yang anda masukkan. Ini bermakna, anda tidak perlu risau sekiranya idea nama syarikat yang dijana tidak mempunyai identiti syarikat anda.
Dengan erti kata lain, penjana nama kami akan menjana nama syarikat yang dijamin akan menepati cita rasa anda. Tambahan pula, anda boleh menggunakan penjana nama perniagaan kami tanpa perlu membayar satu sen pun.
4 tips menubuhkan syarikat percetakan di Malaysia
Menubuhkan syarikat percetakan di Malaysia tidak sukar jika anda melakukan persiapan yang rapi. Ini termasuklah dari segi mental dan juga kewangan. Oleh itu, kami ingin berkongsi 4 tips yang anda boleh ikuti di bawah.
Mempunyai dana yang cukup
Untuk menubuhkan syarikat di Malaysia, anda perlu memiliki dana yang cukup. Ini kerana, anda perlu membuka akaun syarikat. Bergantung kepada bank yang anda ingin gunakan, anda perlu menyediakan RM500 untuk membuka buku akaun syarikat.
Dana yang disediakan bukan hanya sekadar cukup untuk membuka akaun syarikat sahaja. Anda perlu memastikan anda mempunyai dana yang cukup untuk memastikan kelancaran urusan syarikat anda. Anda harus menetapkan dana untuk perkara di bawah:
- Kos sewa pejabat
- Kos elektrik dan air
- Kos bahan cetakan
- Kos logistik
- Kos gaji pekerja
Mempunyai pembekal yang dipercayai
Jika anda menjalankan perniagaan percetakan, anda perlu memastikan anda memiliki bekalan bahan cetakan yang mencukupi. Selain itu, kualiti bahan yang digunakan juga perlulah berkualiti.
Untuk memastikan bekalan bahan cetakan anda sentiasa mencukupi, anda boleh menyediakan jadual ramalan jualan atau dikenali sebagai “sales forecast” bagi memudahkan anda menjejaki kuantiti bahan yang diperlukan setiap bulan.
Mempunyai pejabat yang beralamat
Anda perlu mempunyai alamat syarikat yang sah. Ini bermakna, anda tidak boleh menggunakan alamat yang menggunakan P.O.box. Ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan semasa anda hendak melakukan pendaftaran.
Pejabat anda juga tidak boleh menggunakan alamat kawasan perumahan ataupun alamat rumah anda sendiri. Sebaliknya, pejabat anda perlu terletak di bangunan komersial yang senang dijejaki dan bukan menggunakan alamat p.o.
Mendaftar dengan SSM
Tips terakhir adalah, anda mesti mendaftar syarikat anda di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Untuk mendaftar, mari ikuti langkah mudah di bawah.
- Pergi ke laman EZBIZ SSM
- Daftar sebagai pengguna baharu
- Sediakan semua salinan dokumen penting untuk dimuat naik
- Bayar yuran pendaftaran sebanyak RM50
3 Keunikan Penjana Nama Syarikat Percetakan kami
Jika anda belum yakin lagi mengenai keupayaan Penjana Nama Syarikat kami, kami ingin memperkenalkan kepada anda mengapa penjana nama perniagaan kami ini ialah pilihan yang terbaik.
Percuma
Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan nama syarikat idaman anda apabila menggunakan Penjana Nama Syarikat Percetakan kami. Tidak hanya itu juga, anda boleh menjana pelbagai nama perniagaan dalam industri yang lain secara percuma.
Anda tidak perlu risau akan had masa kerana penjana nama perniagaan kami sememangnya percuma digunakan setiap masa.
4.7 bintang
Penjana nama perniagaan kami digunakan oleh 3 juta lebih pengguna di seluruh dunia. Dan 3 juta lebih pengguna kami telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang diidamkan oleh mereka.
Penarafan 4.7 bintang adalah diberikan kepada kami oleh pengguna yang mempercayai platform penjana kami. Oleh itu, kami berani memberi jaminan bahawa penjana nama perniagaan kami ialah penyelesaian kepada pencarian anda untuk nama syarikat yang terbaik.
Dijamin unik
Penjana nama perniagaan kami boleh menjana nama syarikat dan nama perniagaan yang unik kerana kami menggunakan teknologi AI yang terbaik. Teknologi AI inilah yang membantu kami untuk menjana beribu-ribu nama perniagaan yang unik.
Apabila kami menyatakan bahawa idea nama yang dijana adalah unik, ini bermakna, nama syarikat atau nama perniagaan yang dijana tidak pernah diguna serta didaftarkan di mana-mana negara.
Oleh itu, gunalah penjana nama perniagaan kami agar anda boleh menjana nama dengan mudah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.