Idea & Panduan Penjana Nama Syarikat Pelaburan

Penjana Nama Bisnes Perlaburan kami khas untuk anda yang ingin berkecimpung di dalam dunia perlaburan. Mari cuba secara percuma!

1. Pilih kata kunci nama bisnes pelaburan anda

Masukkan perkataan yang menggambarkan bisnes pelaburan sebagai kata kunci utama untuk menjana nama bisnes pelaburan yang terbaik

2. Dapatkan nama Bisnes Perlaburan anda

Anda boleh menjana semula idea nama bisnes yang lebih terperinci dengan memilih industri kewangan dan perkhidmatan

3. Pilih Nama Bisnes Perlaburan anda

Dapatkan pendapat rakan kongsi anda mengenai idea nama yang terbaik dengan menghantar senarai idea menerusi emel mereka

Lumrah bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, mencari nama yang menarik dan unik bukan mudah. 

Tapi ia perlu.   

Sesebuah perkataan mengandungi maksud, tetapi sebuah nama mengandungi satu kuasa sebagai daya penarik kepada minda dan lirikan mata untuk menatap dan memberi perhatian kepadanya.

Proses mencari nama kadangkala memerlukan berjam-jam lamanya, atau mungkin memakan masa hingga berhari-hari untuk berpikir dan memilih nama yang benar-benar sesuai, lebih-lebih lagi untuk sektor pelaburan.

Ini disebabkan industri pelaburan boleh melibatkan atau menawarkan pelbagai jenis produk atau aset yang diuruskan. 

Untuk menubuhkan syarikat pelaburan di Malaysia, anda memerlukan lesen/kebenaran khusus sama ada dari pihak kerajaan, Bank Negara atau badan pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti atau pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Selain itu, penubuhan syarikat di Malaysia juga tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Syarikat 2016.

Antara produk atau pelaburan yang boleh diceburi adalah:

  • Pengurusan aset;
  • Unit amanah saham;
  • Pelaburan emas;
  • Pelaburan hartanah;
  • Perdagangan mata wang kripto atau tukaran wang asing;
  • Simpanan tetap;
  • Skim persaraan swasta;
  • Insurans Berkaitan Pelaburan; dan 
  • Dana dagangan bursa (ETF).

Tidak kira apa sahaja jenis pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat anda, asas kepada kejayaan anda adalah ingin menarik sebanyak mana pelabur untuk melabur dalam produk anda.

Nama syarikat pelaburan adalah cara pertama, dan mungkin menjadi satu-satunya cara anda ingin menambat hati pelabur untuk terus berminat dengan produk anda pada kali pertama.

Secara fitrahnya, wang ringgit merupakan perkara yang sensitif dan tidak ada individu waras yang akan berikan wang dari titik peluh mereka secara sewenang-wenangnya kepada orang lain.

Jadi, bagaimana anda ingin menanam keyakinan kepada pelabur melalui nama syarikat pelaburan anda? 

Nama yang kedengaran mengarut dan tidak mampu menarik minat pelabur boleh menimbulkan persepsi skeptikal; adakah syarikat pelaburan anda merupakan satu lagi versi skim Pak Man Telo kerana nama yang tidak meyakinkan.

Skop artikel ini tidak membincangkan tentang isu-isu teknikal seperti perlesenan, pelan perniagaan dan lain-lain.

Kami kongsikan kepakaran kami dalam membantu anda memulakan langkah pertama dengan mencari nama syarikat pelaburan yang unik, menarik dan memberi keyakinan kepada pelabur, dengan menggunakan Penjana Nama Syarikat Pelaburan kami.

Cara menggunakan Penjana Nama Syarikat Pelaburan 

Bagi membantu anda dapatkan nama syarikat pelaburan ada, kami menawarkan Penjana nama yang mampu menjana beratus-ratus nama cadangan yang unik secara percuma.

Langkah pertama:

Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio dan pasaran antarabangsa, anda boleh menggunakan Bahasa Inggeris.

Anda berpelung untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami  secara automatik. Anda boleh memilih industri yang relevan dengan niche bisnes anda.

Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baharu.

Selain itu, Penjana Nama Syarikat Pelaburan kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang  mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus-ratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

Mudah bukan?

Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Syarikat Pelaburan secara percuma. 

Kami gunakan langkah-langkah yang disebutkan di atas untuk menjana 20 idea nama syarikat pelaburan sebagai panduan.

20 Idea Nama Syarikat Pelaburan dengan Menggunakan Penjana Nama

Setelah mengetahui apa itu dan cara menggunakan Penjana Nama Syarikat Pelaburan, kami kongsikan 20 idea nama menggunakan penjana nama tersebut

Anda boleh menggunakan senarai nama yang dijana ini sebagai inspirasi dan idea awal untuk proses memilih nama syarikat anda.

  • Unggul Capital 
  • Omega Ganda
  • Aset Flow
  • Magnetic Aset
  • MY Investlytical 
  • My Laburworks
  • Goldfluent
  • Kapitaholic Investment
  • Aset Artisan
  • Labur Cognitive
  • Kapital Craze
  • Asetology Growth
  • MY Capitology
  • Venture Aset 
  • Kapital Crown
  • Aset Automate
  • Labur Ideal
  • Usaha Valiant
  • Emas Venture
  • Maju Capital

5 Contoh Nama Syarikat Pelaburan

Untuk menambahkan lagi inspirasi kreativiti dan sumber maklumat pemilihan nama syarikat, kami juga telah memilih beberapa nama syarikat pelaburan terkenal di Malaysia dan juga antarabangsa.

Anda boleh mengambil pendekatan yang sama diambil oleh syarikat yang disenaraikan bagaimana nama tersebut dicipta atau dipilih.

HelloGold

Syarikat pelaburan emas di Malaysia ini popular dalam kalangan pelabur emas tempatan.

Ditubuhkan pada 2015, aplikasi mudah alih HelloGold mendapat pengiktirafan sebagai aplikasi patuh syariah pertama di dunia.

Urusan menebus, menyimpan dan membeli emas kini boleh dilakukan semudah di hujung jari dengan wujudnya aplikasi pelaburan seperti HelloGold.

Nama syarikat ini mudah dan begitu jelas. Pelanggan atau pelabur boleh mendapat idea apakah pelaburan yang ditawarkan dengan melihat perkataan Gold pada nama mereka.

Cradle Fund

Sebuah syarikat venture capital  yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia pada 2003.

Syarikat ini melabur/membiayai idea yang datang pengusaha atau pemula (startup) teknologi sehingga boleh dikomersialkan.

Selain daripada program pelaburan bersaiz kecil, Cradle Fund juga menawarkan seed capital sehingga RM500,000 kepada pengusaha teknologi yang layak.

Cradle bermaksud buaian bayi dan sesuai dengan pelaburan venture capital untuk startup yang ingin melaksanakan  idea mereka.

Vanguard

Antaran pemain utama dalam pasaran pengurusan aset di dunia dengan jumlah aset bernilai hampir USD7 trillion.

Nama syarikat ini diambil sempena nama sebuah kapal perang British, HMS Vanguard. Vanguard secara literalnya bermaksud soldadu yang berada di barisan hadapan medan peperangan.

Dalam konteks pelaburan, ia bermaksud pendahulu dalam sesebuah idea, teknologi dan strategi pelaburan.

Wahed Invest

Sebuah syarikat perkhidmatan dan teknologi kewangan di New York. 

Syarikat ini melancarkan platform pelaburan patuh syariah robo-advisor pertama di dunia. Mereka menawarkan perkhidmatan kewangan digital kepada pelanggan runcit (retail) di seluruh dunia, terutamanya di pasaran Malaysia.

Idea penubuhan syarikat ini dikatakan bermula apabila pengasas syarikat ini terkejut apabila mendapat pemandu teksi yang beliau naiki mendapatkan nasihat kewangan daripada seorang imam berbanding tunjuk ajar daripada seorang penasihat kewangan yang bertauliah.

Perkataan Wahed mungkin diambil daripada nama pengasasnya, Junaid Wahedna atau daripadai Bahasa Arab yang bermaksud satu, sesuai dengan misi mereka: satu misi, satu semangat dan satu matlamat.

Victory Capital

Sebuah syarikat pelaburan pelbagai portfolio yang berpusat di Amerika Syarikat. Perkataan Victory yang bermaksud kemenangan boleh memberikan idea kejayaan pelaburan kepada pelanggan. 

Selain itu, jumlah huruf yang seimbang pada kedua-dua perkataan boleh menjadi daya penarik visual dan penjenamaan yang baik kepada pelabur.

6 Langkah Sistematik untuk Dapatkan Nama Syarikat Pelaburan Menarik

1. Buat kajian mendalam tentang industri 

Terdapat pelbagai produk atau jenis pelaburan dalam portfolio pelaburan anda. Objektifnya tetap sama, syarikat pelaburan berusaha untuk meningkatkan nilai pelaburan pelanggan.

Jadi, langkah pertama sebelum memilih nama adalah untuk tentukan apakah produk pelaburan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Dengan mengetahui jenis produk (risiko rendah atau tinggi), anda boleh membuat kajian mendalam tentang niche pelaburan anda.  

Ketahui siapakah pelanggan sasaran anda. Apakah unique selling proposition yang dapat pelanggan perolehi dengan anda berbanding pesaing?

Dengan membuat kajian menyeluruh, anda boleh mengenal pasti beberapa kata kunci yang relevan.

2. Brainstorming untuk cari kata kunci

Proses mencari kata kunci yang bagus dan berkesa boleh dimulakan dengan boleh merujuk thesaurus, kamus atau majalah yang berkaitan dengan dunia pelaburan.

Anda juga boleh lihat artikel atau penulisan digital untuk mendapatkan istilah penting atau popular yang berkaitan dengan industri pelaburan.

Sebagai panduan, perkataan seperti ganda, growth, yield, RoI dan lain-lain sememangnya berkait rapat dengan konsep industri pelaburan.

Secara tipikalnya, kata kunci untuk syarikat pelaburan terbahagi kepada dua:

  • Kata kunci khusus – perkataan khusus yang membantu sesebuah syarikat pelaburan menonjol atau berbeza dengan pesaing yang lain.
  • Kata kunci generik – perkataan umum atau istilah yang biasa digunakan dalam industri untuk membantu pelanggan mengenal pasti produk atau perkhidmatan pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat pelaburan tersebut.

3. Analisis pesaing

Kenal pasti pesaing anda dalam industri yang sama. 

Lihat setiap jenama atau syarikat  antarabangsa dan tempatan yang ada di pasaran. 

Senaraikan kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.

4. Senarai pendek

Jika anda lakukan proses brainstorming bersama rakan-rakan, kongsikan model pelaburan atau perniagaan anda bersama mereka.

Sebagai contoh, anda boleh beritahu mereka logo, konsep perkhidmatan atau nama yang dicadangkan akan digunakan dan muat dalam logo tersebut.

Seterusnya, pilih nama yang sedap, boleh menerangkan nilai syarikat anda dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian pelanggan atau pelabur.

Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:

  • Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
  • Konteks dan bahasa yang betul. 
  • Adakah nama tersebut kena konsep pelaburan anda?;
  • Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama pelaburan  lain?

Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.

Proses ini lebih mudah dengan  menggunakan Penjana Nama Syarikat Pelaburan, anda boleh masukkan kata kunci ke dalam ruangan dan jana nama serta merta.

Penjana Nama Syarikat Pelaburan akan memaparkan beratus-ratus pilihan nama untuk anda pilih. Jika perlu, pilih pilihan tambahan yang disediakan (contoh: bilangan suku kata dan had aksara) mengikut kesesuaian. 

Pilih sekurang-kurangnya lima nama untuk disenarai pendek.

5. Dapatkan maklum balas

Nama yang mudah dan menarik lebih mudah melekat di ingatan pelanggan. Seterusnya, nama yang mudah diingat pelanggan mempunyai faktor kebolehpasaran yang tinggi dan akan menjana pendapatan kepada syarikat pelaburan.

Jadi untuk ketahui sama ada nama yang dipilih untuk syarikat pelaburan anda mendapat reaksi positif dari orang luar, anda perlu dapatkan maklum balas mereka.

Salah satu cara paling mudah tetapi berkesan adalah dengan menyebut nama yang disenarai pendek kepada rakan-rakan. Perhatikan reaksi mereka kerana ia boleh menjadi penanda aras sama ada nama tersebut menarik dan kedengaran positif.

Selain itu, anda juga boleh tanyakan kepada orang ramai soalan seperti:

  • Antara nama yang disenarai pendek, yang manakah dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk mengeluarkan modal untuk dilabur?; dan
  • Nama yang manakah membuatkan mereka berminat untuk tahu lebih lanjut?

Melalui maklum balas, anda akan dapat kenal pasti yang mana satu nama yang telah disenarai pendek tidak sesuai.

6. Semak ketersediaan 

  • Domain

Tahukah anda, selepas penstrukturan korporat Google menjadi anak syarikat sebuah syarikat induk dinamakan Alphabet inc?

Dan tahukah anda lagi, domain untuk Alphabet inc bukan Aplhabetinc.com atau Alphabet.com? Mengapa?

Alphabet.com merupakan domain yang dimiliki oleh anak syarikat gergasi automotif iaitu BMW.

Alphabet Inc ditubuhkan kira-kira pada tahun 2015, dan ketika penubuhannya domain dengan ejaan yang sama telah dimiliki oleh pihak lain.

Jadi, pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain.

Istilah cybersquatting mungkin baharu bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.

Terdapat beberapa platform yang menyediakan semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Syarikat Pelaburan  kami.

Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.

  • Media Sosial

Media sosial penting untuk aktiviti pemasaran bisnes anda.

Semak sama ada nama bisnes yang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.

Pastikan ejaan dan bilangan aksara nama pilihan untuk syarikat pelaburan anda mengikut aturan yang ditetapkan oleh media sosial.

  • Tanda Dagang

Untuk memastikan nama bisnes anda bebas daripada sebarang risiko tindakan undang-undang daripasa pihak ketiga, lakukan semakan Tanda Dagang.

Anda boleh semak maklumat tanda dagang dan carian ketersediaan di MyIPO.

Kesimpulan

Sifir mudah syarikat pelaburan adalah, lebih ramai pelabur melabur di skim pelaburan yang ditawarkan syarikat, semakin tinggi potensi keuntungan yang boleh dicapai. Begitu juga semakin ramai pelabur yang yakin dengan prestasi dan reputasi syarikat anda, semakin besar jumlah pelaburan yang dibuat oleh mereka.

Keyakinan dan daya tarikan pelanggan ini boleh “disemai” melalui nama syarikat yang unik dan menarik untuk menanam keyakinan kepada pelabur atau pelanggan. Praktikkan tips dan panduan yang kami kongsikan, atau penjana nama untuk memudahkan proses pemilihan nama syarikat anda.

Soalan Lazim

Pilih nama syarikat pelaburan yang mudah untuk diingat dan dapat memberi keyakinan kepada pelanggan. Anda boleh gunakan Penjana Nama Syarikat Pelaburan kami untuk mendapatkan pilihan serta idea tambahan.

Nama yang dijana oleh penjana nama kami adalah unik dan boleh digunakan secara percuma. Namun, untuk menubuhkan syarikat di Malaysia anda tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 dan perlu mengikut peraturan ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Syarikat pelaburan biasanya menggunakan kata kunci generik berkaitan industri seperti “investment” “capital” “venture” dan banyak lagi. Kata kunci sebegini boleh memberitahu pelanggan apakah pelaburan yang syarikat pelaburan anda tawarkan.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki