Idea & Panduan Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan

Serlahkan bisnes anda dengan menggunakan nama bisnes yang dijana menggunakan algoritma hebat Penjana Nama Bisnes Kejuruteraan kami

1. Pilih kata kunci nama syarikat kejuruteraan anda

Masukkan perkataan yang sesuai dengan industri bisnes anda untuk menjana idea nama syarikat kejuruteraan anda yang menarik

2. Dapatkan nama Syarikat Kejuruteraan anda

Anda boleh menjana semula nama Syarikat Kejuruteraan anda dengan mengguna pakai tetapan nama dan tapisan industri

3. Pilih Nama Syarikat Kejuruteraan anda

Pilihlah nama syarikat yang tepat dalam menggambarkan perkhidmatan anda sebelum anda mendaftarkannya

Nama syarikat bukan sekadar perkataan, ia melambangkan jenama syarikat anda. 

Proses memilih nama syarikat, terutamanya syarikat kejuruteraan nampak mudah, tetapi sebenarnya terdapat banyak faktor yang memainkan peranan untuk nama yang menarik perhatian pelanggan.

Jenama Rolex sememangnya dikenali seantero dunia tidak kira sama ada peminat jam atau sekadar mengetahui jenama tersebut.

Nama tersebut memang mudah disebut dan diingat kerana pendek dan mudah disebut.

Tetapi, tahukah anda Hans Wilsdorf pernah mencuba lebih daripada seratus nama, tetapi tiada satu pun yang dirasakan sesuai sebelum beliau terasa seperti terdapat suara halus yang membisikkan perkataan Rolex ke dalam telinganya.

Jangan salah faham, kami tidak katakan anda perlu bantuan spiritual, jauh sekali jampi serapah untuk mendapatkan nama syarikat kejuruteraan yang menarik.

Dalam artikel ini terdapat langkah sistematik dan panduan untuk mencari idea, inspirasi dan pendekatan yang boleh diambil untuk memastikan anda tidak tersilap langkah yang boleh merugikan nilai komersial dan juga kos pemasaran yang tidak perlu.

Mari kita mulakan dengan melihat nama syarikat kejuruteraan sedia ada yang beroperasi di Malaysia dan global, sebagai inspirasi awal untuk anda.

Contoh Nama Syarikat Kejuruteraan 

HSS Engineers

Diasaskan pada 1984 oleh dua orang pemuda, Shanta Kumar dan Kuna Sittampalam yang berkongsi aspirasi yang sama untuk mengubah landskap kejuruteraan di Malaysia. 

Ketika mula-mula mendapat idea untuk menubuhkan sebuah syarikat konsultan kejuruteraan, mereka berdua mendapat sokongan daripada majikan mereka ketika itu, Haji Hashbudin Bin Hashim untuk mencapai impian mereka.

Jasa Encik Hashbudin dikenang oleh mereka berdua dan awalan nama Hashbudin diabadikan di dalam nama HSS Consult Sdn Bhd.

Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh syarikat ini dan kemudiannya dinamakan sebagai HSS Engineers Berhad setelah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.

Honeywell International Inc

Konglomerat Amerika ini diasaskan pada 1906 oleh Mark C. Honeywell, dan nama syarikat ini diambil sempena nama pengasasnya.

Pada awalnya, syarikat ini terlibat dalam pembuatan pengawal pemanasan thermostat. Selepas itu, syarikat ini mencipta sistem kawalan kapal terbang untuk tujuan ketenteraan dan komersial.

Malah syarikat ini juga pernah mencipta sistem operasi (OS) sendiri dan juga disk drive yang diteruskan sehingga kini sebagai salah satu cabang operasi dalam perkhidmatan kejuruteraan mereka.

Dengan bilangan kakitangan berjumlah hampir 110,000 di seluruh dunia, syarikat ini disenaraikan sebagai antara syarikat kejuruteraan terbesar di dunia.

BOSCH

Sebuah syarikat kejuruteraan dan teknologi multinasional Jerman. Nama syarikat ini diambil sempena pengasasnya, Robert Bosch dan telah wujud sekitar tahun 1886.

Kini syarikat ini beroperasi di lebih 129 negara di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Walaupun mempunyai lebih 400,000 kakitangan di seluruh dunia, struktur korporat Bosch sebenarnya dimiliki seakan secara sendirian berhad di mana lebih 90 peratus saham syarikat ini dimiliki oleh Yayasan Robert Bosh.

Ciri unik struktur pemilikan Bosch ini membolehkan mereka menggunakan dividen pemegang saham untuk tujuan kebajikan.

Hitachi Ltd

Syarikat konglomerat multinasional ini beribu pejabat di Tokyo dan disenaraikan di Bursa Saham Tokyo.

Nama syarikat ini bukan diambil sempena nama pengasas, Namihei Odaira tetapi gabungan perkataan kanji “Hi” yang bermaksud matahari dan juga “Tachi” yang bermaksud bangkit.

Syarikat ini telah memegang beribu paten dan terlibat dalam pelbagai bidang kejuruteraan seperti sistem automatif, ketenteraan, teknologi maklumat, elektronik dan banyak lagi.

Salah satu teknologi ciptaan mereka, Hitachi Magic Wand telah mengubah landskap kesihatan seksual wanita di dunia!

BASF

Nama syarikat ini adalah akronim dalam bahasa Jerman untuk Badische Anilin- und SodaFabrik atau ‘Baden Aniline and Soda Factory’, dalam bahasa Inggeris.

Syarikat ini merupakan antara syarikat pembuatan bahan kimia terbesar di dunia. Produk syarikat ini digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor di dunia.

Beribu pejabat di Jerman, antara segmen kejuruteraan yang diceburi oleh gergasi kimia ini adalah kejuruteraan material seperti plastik, foam, polyurethanes; ammonia; bioteknologi; dan juga kejuruteraan larutan dan bahan kimia yang banyak digunakan oleh sektor automotif, perubatan, pertanian dan tekstil.

Tips untuk Nama Syarikat Kejuruteraan yang Unik dan Menarik

Fikirkan pasaran luar negara

Tidak kira sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, anda perlu menyemak maksud perkataan yang anda gunakan dalam bahasa asing.

Untuk menyemak setiap bahasa mungkin tidak praktikal, tetapi sekurang-kurangnya cari makna (jika ada) perkataan idea nama syarikat kejuruteraan anda dalam bahasa seperti Bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol, Jepun, Korea dan bahasa utama yang lain atau pasaran yang anda mungkin anda akan kembangkan bisnes anda.

Ketika Mercedez Benz ingin memasuki pasaran di China, mereka menggunakan nama Bensi; bermaksud “ingin mati dengan cepat’ dalam bahasa Mandarin.

Jadi, jangan ambil mudah dengan maksud nama bisnes anda dalam bahasa asing, terutamanya negara yang menawarkan pasaran meluas seperti di Asia Timur, Eropah dan Amerika Syarikat kerana boleh menjejaskan reputasi bisnes. 

Ejaan dan sebutan yang mudah 

Nama yang mudah dieja dan disebut lebih mudah diingat oleh pelanggan. 

Pernyataan ini disokong oleh satu kajian yang mendapati syarikat yang mempunyai nama yang mudah disebut dan ejaan yang mudah diingat mempunyai prestasi yang lebih baik di Wall Street.

Selain itu, kebarangkalian pemasaran secara word-of-mouth marketing oleh pelanggan juga lebih tinggi memandangkan nama syarikat kejuruteraan anda lebih mudah disampaikan kepada pihak lain.

Ciri-ciri nama yang mudah juga banyak membantu pelanggan mencari anda selain daripada carian fizikal. 

Terdapat pelbagai cara pelanggan mengetahui kewujudan syarikat anda. Sebagai syarikat kejuruteraan, anda pasti dapat menerima idea bahawa teknologi telah membolehkan carian nama dibuat melalui lontaran suara.

Fikirkan jika carian dibuat menggunakan Alexa atau Siri, nama yang sukar disebut akan membuatkan anda sukar dicari.

Berlari memang memenatkan tetapi menyihatkan, namun ada satu lagi perkara yang penat tetapi membosankan; anda terpaksa memperbetulkan sebutan setiap orang yang menyebut nama syarikat kejuruteraan anda.

Nama yang tidak statik untuk masa akan datang

Terdapat pemilik perniagaan yang gemar membuat pengkhususan pada nama mereka.

Sebagai contoh, ABC Chemical Engineering merupakan nama syarikat kejuruteraan yang khusus dalam kejuruteraan kimia. Kebarangkalian besar syarikat ini mempunyai kepakaran kakitangan dan teknologi dalam bidang yang sama adalah tinggi.

Tetapi, jika pada satu ketika syarikat yang sama ingin meluaskan skop perkhidmatan atau perniagaan di cabang kejuruteraan lain, contohnya seperti Bioengineering, nama tersebut tidak begitu jelas dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan.

Tanpa penamaan semula, atau sekurang-kurangnya proses pemasaran yang agresif dan komprehensif, syarikat tersebut terpaksa menerangkan kepada pelanggan ABC Chemical Engineering juga mempunyai kepakaran dalam cabang kejuruteraan lain.

Semua ini melibatkan satu keadaan yang paling ditakuti oleh semua jenis bisnes; kos tinggi yang sebenarnya boleh dielakkan pada peringkat awal. 

Nama yang “biasa”

Setiap syarikat inginkan nama yang mesra di mulut dan hati pelanggan dan seterusnya membuatkan syarikat tersebut menjalani transformasi sebagai sebuah jenama yang unggul dalam industri. 

Atas sebab itulah, anda memerlukan nama yang kedengaran biasa dan perlu mencari nama yang boleh menarik minat pelanggan.

Nama yang menarik melibatkan perasaan. Dalam kata lain, subjektif. Namun anda boleh tahu sama ada nama syarikat kejuruteraan anda menarik jika nama anda mudah diingat dan mendapat reaksi positif daripada pendengar.

Dengan adanya nama syarikat kejuruteraan yang menarik anda merasa lebih berkeyakinan untuk membentangkan idea dan menyebut nama syarikat anda. 

Gunakan huruf yang jarang digunakan

Huruf seperti X, dan Z sebagai contoh agak jarang digunakan untuk perkataan seharian, lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu.

Apabila pelanggan membaca, melihat dan mengucapkan perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang jarang digunakan mereka akan lebih mudah mengingati nama syarikat kejuruteraan anda.

Antara contoh syarikat atau jenama yang menggunakan pendekatan sebegini adalah Expedia, Zillow dan Glassdoor.

Namun, pastikan anda tidak menggunakan kelebihan ini mencipta perkataan yang tidak ada maksud atau menjadi lebih sukar dieja.

Tidak mengikut trend semata-mata

Idea utama untuk tips ini adalah trend tidak akan kekal lama dan kebarangkalian untuk dilupakan adalah tinggi.

Perkataan yang menjadi trend–walaupun di seluruh dunia–boleh menjadi usang dalam masa yang singkat.

Hanya kerana sesuatu perkataan yang menjadi trend (sama ada melalui tanda pagar atau nama) popular atau menjadi sebutan audiens, itu tidak bererti akan membantu nama syarikat kejuruteraan anda dalam jangka masa panjang.

Tambahan lagi, perkataan yang menjadi trend mungkin mengelirukan pelanggan atau prospek anda jika ia tidak bersesuaian atau selari dengan bidang anda. Ini boleh merosakkan penjenamaan syarikat kejuruteraan anda.

Gunakan penjana nama

Penggunaan bantuan penjana nama dapat menjimatkan masa dan memberi idea dan inspirasi tambahan kepada anda.

Sebagai contoh, Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan kami mampu menjana nama yang unik dan menarik serta-merta dan dapat digunakan secara percuma.

Anda hanya perlu memasukan kata kunci yang berkaitan dengan industri kejuruteraan dan Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan kami akan menggunakan algoritma automatik untuk menjana beratus idea nama mengikut pilihan kesesuaian yang anda inginkan.

Cara menggunakan Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan

Setelah mengetahui tips dalam memilih nama syarikat kejuruteraan, anda boleh mencuba Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan kami.

Sebagai panduan, kami kongsikan langkah-langkah terperinci bagaimana menggunakan Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan.

Langkah pertama:

Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, contohnya Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman.

Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Pilih industri berkaitan seperti “construction”, “services” “corporate” atau apa sahaja industri yang anda inginkan pada bahagian kiri. 

Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik. 

Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.

Selain itu, Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus-ratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

Mudah bukan?

Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan secara percuma. 

20 Idea Nama Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan

Berdasarkan panduan tentang cara menggunakan Penjana Nama Syarikat Kejuruteraan sebelum ini, kami telah menjana 20 idea nama sebagai inspirasi tambahan untuk anda.

  • Sukses Structural 
  • Fortress Hidraulik
  • Flawless Industri
  • Optimum Canggih
  • Key Seismik
  • Precision Pelan
  • Hidraulik Affinity
  • Vine Terma
  • Solved Seismik
  • Loop Industri
  • Trowel Tunnel
  • Platinum Seismik
  • Ark Enjin
  • Bold Seismik
  • Sinergi Pivot 
  • Tangkas Heavy 
  • Minda Consultation
  • Conveyance Termal
  • Praktikal Parallel
  • Strukturgey

Langkah-langkah mencari nama perniagaan teknologi yang menarik

1. Analisis pesaing

Dapatkan senarai pesaing anda dalam industri yang sama.

Lakukan analisis terhadap nama, konsep teras jenama atau perniagaan mereka.

Buat senarai kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.

2. Senarai pendek kata kunci

Lakukan proses brainstorming bersama rakan-rakan atau rakan kongsi perniagaan anda.

Cari kata kunci yang boleh dikaitkan dengan syarikat, bidang kejuruteraan atau glosari yang berkaitan dengan teknikal dalam kejuruteraan.

Kata kunci ini boleh diperolehi dari sebarang sumber: carian internet, kandungan laman web, kamus, thesaurus atau sumber digital yang tersedia.

Gabungkan kata kunci dengan perkataan yang menggambarkan nilai atau kualiti syarikat yang ingin dimaklumkan kepada pelanggan atau prospek.

Pilih nama yang sedap didengar dan mudah diingat dan dapat menarik perhatian pelanggan.

Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:

  • Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
  • Konteks dan bahasa yang betul. Pastikan nama tersebut tidak menyinggung mana-mana pihak, terutamanya jika anda gunakan bahasa asing;
  • Adakah nama yang dicadangkan sesuai dengan bidang kejuruteraan?;
  • Adakah nama itu mudah disebut;
  • Adakah nama tersebut kena dengan teknologi ditawarkan?;
  • Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama sedia ada?

Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.

3. Semak ketersediaan media sosial dan tanda dagang

Pertama sekali, semak nama yang disenarai pendek secara umum.

Cuba buat carian di enjian carian secara rawak, lihat sama ada nama perniagaan teknologi anda itu sudah wujud di dunia digital.

Kedua, lakukan carian di platform media sosial. Taipkan nama anda di ruangan carian dan lihat hasil yang dipaparkan.

Ketiga, lakukan carian tanda dagang di MyIPO untuk memastikan nama tersebut bebas daripada sebarang tanda dagang mana-mana pihak.

Jika tidak, anda mungkin menanggung risiko berdepan dengan tindakan undang-undang akibat penyalahgunaan tanda dagang yang telah didaftarkan.

4. Semak ketersediaan domain dan SSM

Jangan pandang mudah perkara ini. Ada ketikanya, sesuatu nama menjadi milik orang lain walaupun mereka langsung tidak menggunakannya. 

Gergasi media sosial Facebook sendiri menggunakan domain TheFacebook.com ketika mula-mula bertapak di dunia digital; perkara yang dikesali oleh pengasasnya.

Pastikan domain untuk nama anda tersedia dalam ejaan yang anda inginkan. 

Jika anda gunakan penjana nama kami, anda boleh dapatkan ketersediaan domain nama tersebut serta-merta.

TLD untuk syarikat kejuruteraan tidak hanya terhad kepada “.com” sahaja.

Anda boleh gunakan “.io”, “.ai” atau “.tech” dan banyak lagi. Cara ini boleh mengelakkan anda menjadi mangsa cybersquatting.

Untuk memulakan perniagaan di Malaysia, anda perlu mendaftarkan nama perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Jadi, anda boleh menyemak sama ada nama yang anda pilih masih tersedia di Malaysia melalui SSM eINFO.

Anda hanya perlu membuka satu akaun untuk membuat semakan.

5. Dapatkan maklum balas

     Senarai pendek akhir anda mungkin mengandungi dalam 4 hingga 7 nama.

     Buat 2 kumpulan sasaran (responden) untuk dapatkan maklum balas:

  • Mereka yang terlibat dalam kejeruteraan; dan
  • Orang ramai sebagai prospek pelanggan berkecuali.

    Anda boleh tanyakan soalan penting dan relevan seperti:

  • Adakah nama dipilih itu sedap didengar dan mudah disebut?
  • Adakah nama tersebut dapat diingat dengan mudah?
  • Adakah melalui nama atau jenama sahaja mereka dapat agak penyelesaian kejuruteraan yang anda tawarkan?
  • Adakah mereka seperti pernah mendengar nama tersebut sebelum ni?

Setelah anda berjaya kumpulkan maklum balas daripada responden, lihat dengan teliti apa pandangan mereka terhadap setiap nama yang disenarai pendek.

Anda Pasti Boleh

Ya, kami yakin anda pasti dapat mencari nama yang unik dan menarik untuk syarikat kejuruteraan anda.

Mengapa?

Kerana kami percaya jika bidang kejuruteraan yang kompleks dan sukar pun anda dapat kuasai dengan mudah, inikan pula dalam mencari nama syarikat sendiri.

Gabungkan kegeniusan anda dengan magis kreativiti untuk menghasilkan nama yang benar-benar berkualiti.

Benar, nama yang sempurna tidak akan hadir secara tiba-tiba (kecuali anda benar-benar bertuah di dunia ini!). Gunakan langkah secara sistematik dan tips yang kami telah berikan.

Memang memenatkan, tetapi hasilnya memang berbaloi.

Akhir kata…ANDA PASTI BOLEH.

Soalan Lazim

Anda tidak digalakkan untuk menggunakan nama anda sendiri dalam nama syarikat kejuruteraan anda. Persaingan dalam industri begitu kompetitif, anda memerlukan nama yang menarik perhatian pelanggan bukan untuk kepuasan diri sendiri.

Boleh dan ia sangat membantu. Penggunakan perkataan sebegitu sebagai sebahagian perkataan dalam nama syarikat membantu pelanggan tahu apakah perkhidmatan yang anda tawarkan.

Ya. Nama yang dijana boleh digunakan dengan percuma kerana kami bukan pemilik nama-nama yang dijana. Namun, untuk melindungi anda daripada sebarang tindakan undang-undang, anda disarankan untuk membuat semakan tanda dagang.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki