Perniagaan seperti produk barangan elektrikal merupakan salah satu contoh perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Oleh itu, jika anda berminat untuk menceburkan diri ke dalam bidang ini, anda perlu melakukan persiapan yang rapi supaya anda boleh bersaing dengan perniagaan yang sedia ada.
Antara persiapan yang anda perlu lakukan adalah mencari nama yang terbaik untuk syarikat anda. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda bagaimana Penjana Nama Syarikat Elektrikal kami boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.
Sebelum itu, mari lihat 20 nama syarikat elektrikal yang dijana menggunakan penjana nama bisnes kami di bawah.
20 Nama Syarikat Elektrikal
Untuk memberikan anda gambaran yang jelas mengenai bagaimana idea nama syarikat yang dijana menggunakan Penjana Nama Syarikat Elektrikal, kami telah menjana sendiri empat kata kunci. Dan hasil janaan kata-kata kunci ini adalah seperti berikut:
- Watt Expert
- Watt Fix
- Watt Network
- Watt Sky
- Watt Power
- Tenaga Edge
- Tenaga Total
- Tenaga Global
- Tenaga Fiber
- Tenaga Grand
- Elektrikal Solved
- Elektrikal Depot
- Elektrikal Advanced
- Elektrikal A1
- Elektrikal Prime
- Kuasa Framework
- Kuasa Tec
- Kuasa Aid
- Kuasa Dash
- Kuasa A1
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat Elektrikal?
Anda pasti ingin tahu bagaimana kami boleh menjana 20 nama bisnes barangan elektrikal di atas, bukan? Baiklah, sila ikuti 5 langkah di bawah untuk mendapatkan nama perniagaan yang anda impikan.
Lawati laman utama
Pertama sekali, anda perlu melawati laman utama kami di www.businessnamegenarator.com. Di laman kami ini, anda boleh melihat beberapa ciri penting yang anda harus tahu sebelum pergi ke langkah seterusnya. Selain itu, dengan menekan pautan yang telah kami sediakan, anda akan berada di laman penjana nama bisnes terbaik kami.
Di bahagian tengah laman utama penjana nama bisnes kami, anda akan melihat ruangan untuk anda memasukkan kata kunci dan juga butang jana. Pada masa yang sama anda juga boleh merujuk blog-blog lain melalui pautan yang ada disediakan untuk mendapatkan inspirasi nama perniagaan yang menarik.
Pilih bahasa
Setelah berada di laman utama kami, anda perlu memilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjana nama perniagaan anda. Setakat ini, anda boleh memilih mana-mana 19 bahasa yang ada disediakan di laman kami untuk menjana nama perniagaan yang anda inginkan.
Antara bahasa yang tersedia adalah:
- Bahasa Latin
- Bahasa Greek
- Bahasa Thai
- Bahasa Indonesia
- Bahasa Korea
- Bahasa Belanda
- Bahasa Jerman
- Bahasa Sweden
Seperti yang anda sedia maklum, salah satu bahasa yang turut disediakan adalah bahasa Malaysia. Penjana Nama Syarikat Elektrikal kami boleh menjana nama perniagaan dalam bahasa Malaysia. Ini kerana, penjana nama bisnes kami dilengkapi dengan teknologi AI yang sangat canggih.
Jika anda ingin menjana nama syarikat elektrikal dalam bahasa asing, masukkan sahaja kata kunci yang bersesuaian dan tekat butang jana. Jangan lupa juga untuk menyemak panduan dalam bahasa pilihan anda di laman utama kami.
Pilih kata kunci
Langkah seterusnya adalah, pilih kata kunci dalam bahasa yang anda sudah tetapkan. Sebaik-baiknya, anda harus memastikan kata kunci yang anda pilih memiliki ciri-ciri ini:
- Lebih daripada 3 abjad
- Tidak merangkumi angka
- Tidak merangkumi simbol
- Tidak merangkumi emoji
Jika anda rujuk kembali 20 nama bisnes barangan elektrikal di atas, kami telah menggunakan 4 kata kunci sahaja. 4 kata kunci tersebut adalah:
- Kuasa
- Elektrikal
- Tenaga
- Watt
Untuk pengetahuan anda, setiap kata kunci yang dijana akan menghasilkan 7,999 idea nama syarikat elektrikal. Kami yakin anda tidak mampu meneliti pilihan yang ada satu per satu. Oleh itu, anda harus memperincikan pilihan nama syarikat yang telah dijana.
Caranya mudah sahaja. Jom lihat langkah penting seterusnya di bawah ini.
Kecilkan pencarian nama
Untuk mendapatkan pilihan nama syarikat elektrikal yang lebih terperinci, anda perlulah menggunakan fungsi tapisan nama perniagaan kami. Fungsi tapisan ini terbahagi kepada dua:
Tapisan industri
Anda boleh memilih mana-mana industri yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk syarikat elektrik, anda boleh memilih industri seperti di bawah:
- Teknologi
- Perkhidmatan
- Korporat
- Pembinaan
Anda boleh mengaktifkan industri pembinaan sekiranya perniagaan syarikat anda melibatkan perumahan atau penyambungan elektrik ke kawasan perumahan.
Tapisan nama
Untuk tapisan nama pula, anda akan menetapkan sama ada anda mahukan nama bisnes barangan elektrikal memiliki ciri-ciri ini:
- Bilangan karakter minimum 5 atau lebih daripada 15
- Kata kunci dijana sebelum atau selepas idea nama
- Nama bisnes satu atau dua perkataan
- Nama bisnes yang berima
Pilih semula nama
Setelah menjana nama bisnes yang lebih terperinci, anda hanya perlu memilih nama yang bersesuaian dengan industri perkhidmatan anda. Kami yakin anda akan mendapat nama bisnes barangan elektrikal yang terbaik.
Tambahan pula, Penjana Nama Syarikat Elektrikal kami sememangnya mampu menjana nama perniagaan yang unik dan tidak pernah digunakan di mana-mana. Oleh itu, kami yakin anda tidak akan menghadapi masalah semasa mendaftarkan nama syarikat elektrikal anda.
5 Tips Idea Nama Bisnes Menarik
Jika anda inginkan nama bisnes yang menarik, anda boleh mencuba 5 tips di bawah untuk mendapatkan nama bisnes barangan elektrikal yang menarik.
Lakukan sumbang saran
Sumbang saran ialah proses mendapatkan nama bisnes yang menarik. Terutama sekali jika anda mempunyai pasukan yang boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang anda ingini. Selain itu juga, ini dapat membantu pasukan anda membina semangat kerjasama antara satu sama lain.
Untuk memastikan anda boleh menjalankan sesi sumbang saran yang produktif, anda boleh menyenaraikan dan membentangkan idea nama bisnes barangan elektrikal anda kepada rakan kerja atau pasukan anda. Kemudian, anda boleh meminta pendapat daripada mereka.
Jika anda buntu dan belum lagi mempunyai idea yang bernas untuk mendapatkan nama perniagaan yang sesuai, anda juga boleh meminta setiap orang daripada rakan anda untuk memberikan idea nama yang sesuai.
Kemudian, anda semua boleh memilih mana satu nama yang paling bernas untuk dijadikan sebagai nama perniagaan anda.
Gunakan ayat yang jelas
Untuk mendapatkan nama syarikat yang menarik, anda perlu memastikan nama yang anda ingin gunakan adalah jelas. Jelas di sini bermaksud ayat yang boleh menggambarkan perkhidmatan ataupun produk yang anda tawarkan.
Sebagai contoh, perkataan di bawah boleh digunakan untuk menggambarkan syarikat elektrikal anda.
- Elektrikal
- Tenaga
- Watt
- Kuasa
- Cahaya
- Mekanikal
- Elektrik
Anda mungkin masih lagi tertanya-tanya mengapa penting menggunakan nama perniagaan yang jelas. Untuk pengetahuan anda, nama perniagaan ialah tanda nama ataupun cermin kepada identiti perniagaan anda.
Oleh sebab itulah nama perniagaan yang jelas sangat penting untuk membantu perniagaan anda dikenali ramai.
Jika anda merasa buntu untuk mencari perkataan yang terbaik untuk digunakan sebagai nama bisnes, anda boleh menggunakan kamus dalam talian. Kebanyakan kamus maya akan menyenaraikan hasil pencarian maksud ayat yang sama dalam ruangan glosari mereka.
Semak ketersediaan nama
Tips seterusnya ialah semak ketersediaan nama perniagaan yang anda pilih. Tips ini sangat penting dan tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Ini kerana, tips ini akan menjamin anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik serta unik.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyemak ketersediaan nama perniagaan yang anda mahu gunakan. Cara-cara tersebut adalah:
- Pergi ke laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyemak nama perniagaan berdaftar; atau
- Pergi ke laman Suruhanjaya Keselamatan dan Pelaburan Australia (ASIC), atau
- Pergi ke laman Carian Nama Perniagaan Lembaga Hasil Dalam Negeri, atau
- Masukkan nama perniagaan anda ke ruangan cari di laman utama Google anda.
Cara kedua yang dinyatakan sesuai digunakan sekiranya anda berminat untuk menembusi pasaran Australia.
Untuk makluman anda, nama perniagaan yang pernah didaftarkan tidak boleh digunakan oleh identiti perniagaan lain. Jika anda didapati meniru nama perniagaan orang lain, anda boleh didenda ataupun disaman.
Semak domain
Anda pasti rasa kecewa jika nama perniagaan yang anda pilih tidak tersedia sebagai nama domain. Namun begitu, ini adalah antara kesilapan yang sering terlepas pandang oleh para peniaga baru. Oleh itu, anda perlu sentiasa bersedia memandangkan lebih banyak pengguna masa sekarang memilih untuk melakukan pembelian dalam talian.
Sekiranya anda sudah mendapatkan nama perniagaan yang bersesuaian dengan cita rasa anda, anda perlu menyemak ketersediaan nama domain, Untuk menyemak ketersediaan nama domain, anda boleh menggunakan cara di bawah:
- Gunakan penyemak domain di laman Penjana Nama Per3niagaan kami; atau
- Pergi ke laman GoDaddy; atau
- Laman Shopify.
Jika nama domain yang anda pilih tersedia, anda boleh membeli dan mendaftar terus nama tersebut bagi mengelakkan nama yang anda ingin gunakan diambil oleh perniagaan lain.
Guna Penjana Nama Syarikat Elektrikal kami
Kami faham bahawa mencari idea nama perniagaan yang sesuai tidak mudah. Terutama jika anda bukanlah individu yang kreatif. Tetapi jangan risau kerana kami ada penyelesaian untuk anda.
Gunakan Penjana Nama Syarikat Elektrikal kami. Ya, penjana nama bisnes kami ini ialah pilihan utama peniaga baru di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, lebih 3 juta pengguna telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang mereka impikan bersama kami.
Tidak setakat itu sahaja, nama perniagaan yang akan anda jana juga dijamin unik dan tidak pernah didaftarkan sebagai nama perniagaan. OIeh sebab itulah penjana nama bisnes kami diberi penarafan 4.7 bintang.
Selain itu, anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan nama perniagaan yang anda impikan. Apa yang anda perlukan hanyalah masa dan juga kata kunci yang anda ingin jana bersama idea nama perniagaan kami.
4 Nama Syarikat Berkaitan Dengan Elektrikal
SHARP
SHARP ialah pengeluar barangan elektrikal yang bertapak di negara matahari terbit, Jepun. SHARP diasaskan oleh Tokuji Hayakawa pada tahun 1912 di Tokyo. Barangan elektrikal pertama keluaran SHARP ialah set radio.
Antara barangan elektrikal SHARP yang unik ialah kalkulator Sharp CS-10A. Ini merupakan kalkulator pertama yang dicipta di dunia. Lain daripada itu, SHARP juga bekerjasama dengan Nintendo untuk mencipta C1 NES TV.
Untuk pengetahuan anda, nama perniagaan ini pada awal penubuhannya dikenali sebagai Hayakawa Metal Works. Kemudian, Hayakawa mengubah nama perniagaannya kepada Industri Elektrik Hayakawa. Nama Industri Elektrik Hayakawa Metal digunakan dalam tahun 1940 hingga ke-1970.
Tetapi, anda pasti tertanya-tanya dari mana datangnya nama SHARP yang digunakan hingga ke hari ini, bukan? Untuk makluman anda, Amerika Syarikat ialah negara pertama yang menjadi rumah kedua kepada jenama perniagaan elektrikal ini. Sharp diperkenalkan di negara tersebut pada tahun 1956.
Di Amerika Syarikat, perniagaan in dikenali dengan nama Sharp Electric Co pada ketika itu, walaupun masih menggunakan nama Industri Elektrik Hayakawa di Jepun. Melalui pemerhatian kami, nama “Sharp” digunakan bagi memudahkan pengguna untuk mengingati dan menyebut nama perniagaan ini.
TOSHIBA
Toshiba ialah jenama dan juga perniagaan barangan elektrikal yang berasal dari negara Jepun. Perniagaan ini diasaskan pada tahun 1875 oleh Tanaka Hisashige. Beliau merupakan penaung dalam industri elektrikal di negara Jepun pada masa itu.
Untuk pengetahuan anda, Toshiba ialah gabungan antara dua perniagaan. Perniagaan tersebut adalah Shibaura Seisaku-sho dan juga Tokyo Denki. Hasil gabungan perniagaan ini pada tahun 1939, terbentuklah perniagaan yang dikenali sebagai Tokyo Shibaura Denki K.K.
Anda pasti ingin tahu dari mana datangnya nama Toshiba, bukan? Untuk makluman anda, nama Toshiba sebenarnya diambil daripada nama panjang syarikat ini. “To” diambil daripada nama Tokyo Denki, dan “shiba” diambil daripada nama Shibaura Seisaku-sho.
ROSENDIN Electric
Rosendin Electric ialah sebuah syarikat elektrik yang bertapak di San Jose, California. Untuk pengetahuan anda, syarikat elektrik ini unik kerana 100 peratus saham syarikat ini ialah milik pekerjanya. Tetapi ini bukanlah satu-satunya keunikan syarikat ini.
Rosendin Electric diasaskan pada tahun 1919 oleh Moses Rosendin. Pada awalnya, Rosendin hanya membekalkan perkhidmatan pemasangan wayar elektrik untuk kawasan perumahan dan keda-kedai di sekitar kawasan Santa Monica sahaja.
Kini, syarikat elektrik yang menjana keuntungan sebanyak RM8 bilion ini beroperasi di seluruh negara Amerika Syarikat. Lain daripada itu, mari perhatikan pemilihan nama syarikat elektrikal ini.
Seperti yang anda boleh jangkakan, nama syarikat ini diambil daripada nama keluarga pengasasnya sendiri, iaitu Rosendin. Dan “Electric” dipilih sebagai sebahagian daripada nama syarikat ini memandangkan syarikat ini berkhidmat dalam industri tenaga elektrik.
KHIND
Khind ialah pengeluar barangan elektrikal buatan Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Khind telah lama bertapak di negara ini sejak tahun 1961 lagi. Pengasas perniagaan dan jenama elektrikal ini ialah Cheng King Fa.
Produk buatan Malaysia ini kini boleh didapatkan di seluruh tanah air dan juga pasaran antarabangsa. Khind bukanlah nama pertama yang digunakan oleh perniagaan barangan elektrik ini.
Ini kerana, pada awal penubuhannya, Cheng King Fa menamakan perniagaan beliau sebagai Syarikat Letrik Kee Hin. Perkataan “kee” dalam bahasa Cina yang bermaksud mekanikal. Manakala “hin” pula bermaksud kejayaan.
Jika anda perhatikan, nama Khind yang digunakan sekarang ini ialah gabungan antara perkataan “kee” dan juga “hin”. Perbezaannya hanyalah dari segi ejaan. Tetapi, sebutan masih dikekalkan.