Idea & Panduan Penjana Nama Bar

Guna Penjana Nama Bar kami untuk membantu anda mendapatkan nama bar yang terbaik tanpa ada bayaran

1. Pilih kata kunci nama bar anda

Gunakan kata kunci yang dapat mencerminkan perniagaan bar anda untuk dijana bersama idea nama bar yang unik

2. Dapatkan idea Nama Bar anda

Pilih dan gunakan idea Nama Bar kegemaran anda atau perincikan lagi hasil janaan untuk idea Nama Bar yang unik

3. Pilih Nama Bar anda

Tekan butang bintang untuk menyimpan pilihan Nama Bar kegemaran anda sebagai rujukan untuk membuat pilihan nama bar yang tepat

Mana yang lebih penting? Menu makanan ditawarkan atau nama bar?

Untuk menjawab persoalan tersebut mari lihat kepada satu fakta yang menarik ini.

Pelanggan memerlukan hampir tujuh saat untuk membuat tanggapan awal tentang sesuatu jenama.

Dalam masa tujuh saat ini, nama jenama atau lebih tepat lagi, nama bar anda perlu menarik minat bakal pelanggan untuk berkunjung ke bar anda.

Apabila pelanggan berkunjung ke bar anda, barulah mereka melihat senarai menu atau bertanya sendiri kepada pelayan apakah hidangan atau minuman istimewa.

Sifir mudahnya, nama bar yang mudah ‘melekat’ perlulah pendek dan mudah disebut. Tetapi kriteria itu sahaja tidak mencukupi.

Melalui artikel ini, anda akan mendapat panduan lengkap bagaimana memilih nama bar yang menarik, idea nama bar sedia ada sebagai inspirasi serta cara yang mungkin baru pertama kali anda dengar, iaitu menggunakan Penjana Nama Bar.

Tiada siapa dapat menjamin sesebuah nama bar itu pasti dapat memberi keuntungan kepada perniagaan anda.

Nostradamus sendiri merasakan itu mustahil.

Tetapi, artikel ini ditulis apa yang perlu anda lakukan secara sistematik, dan apa yang perlu ada untuk memilih nama yang menarik untuk bar.

Artikel ini sesuai dibaca bagi mereka yang bercadang ingin membuka bar, atau pemilik bar yang ingin melakukan penjenamaan semula dan juga bagi mereka yang perlukan informasi secara santai.

Nama Bar Sedia Ada Sebagai Inspirasi

Sebagai permulaan, mari kita lihat beberapa nama bar sedia ada di Malaysia dan juga di negara lain sebagai gambaran awal bagaimana pemilik bar lain menamakan bisnes mereka. 

1. Manchu Bar

Sesuai dengan namanya, Bar yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang ini berkonsepkan Manchuria.

Pengunjung seakan menembusi ruang masa dengan hiasan dalam Bar yang serba merah, tanglung dan juga cawan dan pinggan yang semuanya seperti zaman kegemilangan Dinasti Qing.

Antara tarikan utamanya adalahg dengan menawarkan suasana tenang dan santai untuk pengunjung, lain daripada konsep metropolitan dan moden seperti kebanyakan bar lain.

2. Antarabangsa Enterprise

Bar bersaiz kecil yang menawarkan tempat yang sesuai untuk bersembang dan santai bersama rakan-rakan.

Popular dalam kalangan pengembara (backpackers) di seluruh dunia, bar ini juga terletak di Georgetown, Pulau Pinang. 

3. The Pokok

Nama bar ini memang tepat sekali dengan lokasinya. Pengunjung boleh menikmati makanan dan minum di bawah redupan sebuah pokok besar betul-betul bersebelahan bar.

Tempat ini sering kali menjadi persinggahan pelancong dan juga tempat anak muda bersantai terutamanya pada hujung minggu.

Perkataan pokok membuatkan nama bar ini mudah diingati dan dikenali dalam kalangan pengunjung.

4. Junglebird

Peluang bersantai dan menikmati hidangan berkonsepkan hutan tropika di tengah ibu kota.

Bar ini terkenal dengan koktel tersendiri yang istimewa dan pilihan rum yang banyak. 

Hiasan dalaman, susun atur dan warna bar ini menggambarkan suasana seperti di tengah hutan belantara dan penuh kehijauan.

5. Ministry of Brewing

Satu contoh bar di luar negara sebagai idea tambahan untuk anda.

Bar ini didirikan di tapak bekas gereja komuniti di Baltimore, Amerika. Pada ketika itu, gereja bukan sahaja pusat keagamaan, tetapi juga pelbagai aktiviti komuniti seperti pendidikan.

Untuk memberikan penghormatan kepada tapak gereja terdahulu, pemilik bar ini menggunakan perkataan ‘ministry’. 

Tips untuk Idea Nama Bar yang Menarik

Walaupun tiada formula agung untuk mendapatkan nama yang sempurna, kami kongsikan bersama anda tips untuk menamakan bar  yang boleh menarik perhatian pelanggan dan mempunyai kualiti unik di pasaran.

1. Kaitkan tema dengan nama bar

Tema yang spesifik boleh memberi tarikan kepada pengunjung. 

Ada pelbagai kemungkinan tema yang anda boleh gunakan: sukan, snuker, genre muzik, era 80 atau 90-an dan banyak lagi.

Selain daripada lokasi, penggunaan tema pada nama memudah pengunjung mencari anda terutamanya di internet.

Tahukah anda terdapat sebuah bar di tengah-tengah ibu kota bertemakan penyanyi lagenda, Frank Sinatra? Dan nama bar tersebut? Frank’s Bar.

2. Lokasi

Lokasi boleh melibatkan nama lokaliti atau jenis tempat bar anda. 

Seringkali pemilik bar memilih lokasi sebagai nama bar mereka.

Lokasi sangat penting untuk pengunjung. Mereka akan melihat di mana lokasi bar anda sama ada berdekatan atau menyukarkan mereka untuk pergi.

Sekiranya nama bar mengandungi tempat atau lokasi, pengunjung boleh mencari bar anda dengan mudah.

Inilah sebab utama banyak bar menggunakan pendekatan sebegini.

Sebagai contoh, Heap Seng at 29 merupakan sebuah bar yang terletak di No.29 Lebuh Cina, George Town Pulau Pinang.

Namun, ada satu kelemahan menggunakan lokasi sebagai nama. 

Jika bar anda terus berkembang dan anda ingin menambah cawangan atau membuka francais, nama lokasi tidak sesuai digunakan kerana boleh mengelirukan pengunjung.

3. Gunakan nama sendiri

Jika anda pemilik atau merupakan salah seorang rakan kongsi bar, apa kata gunakan nama anda atau salah seorang dari mereka.

Nama yang dipilih mestilah kedengaran menarik dan unik.

Shelley Yu yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur dinamakan sempena nama pengasasnya.

Anda juga boleh menggunakan nama selain nama sendiri, asalkan nama tersebut mampu menarik nama pengunjung dan tidak melanggar mana-mana peraturan.

4. Unik tetapi ringkas

Nama Bar yang ideal adalah nama yang unik dan mudah untuk diingat. 

Nama yang sukar disebut sukar ditanam di minda pengunjung, lebih-lebih lagi mereka yang baru pertama kali mendengarnya. 

Nama yang mudah, pendek sangat membantu ketika anda mencipta logo bar anda. 

Logo bar anda digunakan pada papan tanda, menu dan risalah iklan. Jadi, nama yang ringkas mudah dimuatkan atau disesuaikan bersama logo berbanding nama yang terlalu panjang. Hasilnya, kempen pemasaran anda menjadi lebih teratur.

5. Nama bertentangan dengan konsep

Katakan bar anda menawarkan makanan western dan bir sebagai hidangan istimewa. 

Tetapi anda memilih nama Asian Cocktails sebagai nama bar anda. 

Sudah menjadi lumrah pengunjung atau pelanggan, mereka ingin tahu apakah hidangan istimewa sesebuah bar sebelum melabuhkan punggung mereka.

Namun, pelanggan boleh kecewa dengan nama bar yang mengelirukan dan tidak sama dengan konsep yang ditawarkan.

Percayalah, melainkan mereka pelanggan tetap, keadaan ini sememangnya sesuatu yang ideal untuk perniagaan anda.

6 Langkah Mendapatkan Nama Bar yang Menarik

1. Analisis pesaing

Dapatkan senarai pesaing anda dalam industri yang sama.

Lakukan analisis terhadap nama, konsep teras jenama atau perniagaan mereka.

Buat senarai kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.

2. Buat senarai panjang nama yang sesuai

Senaraikan beberapa perkataan yang sesuai.

Buat senarai panjang untuk beberapa perkataan yang sesuai.

Anda boleh asingkan nama cadangan tersebut kepada beberapa jenis, contohnya:

  • Nama yang bersifat intuitif;
  • Nama yang bersifat deskriptif;
  • Nama yang menerangkan jenis teknologi; dan
  • Nama yang ada cerita di sebaliknya.

 3. Gunakan penjana nama

Langkah kedua sebelum ini dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan menggunakan penjana nama.

Sebagai contoh, Penjana Nama Bar kami dapat menjana beribu nama cadangan dalam masa yang singkat.

Anda dapat menambah nama ke dalam senarai panjang anda.

Jika anda buntu mencari nama di peringkat awal, anda boleh gunakan penjana nama dan lihat senarai nama yang dijana untuk memberi inspirasi atau idea tambahan.

4. Senarai pendek

Lihat semula senarai panjang yang anda perolehi melalui penjana nama atau brainstorming.

Jika anda lakukan proses brainstorming bersama rakan-rakan, berikan mereka gambaran  visual awal tentang bar anda.

Sebagai contoh, anda boleh beritahu mereka rekaan logo anda dan nama yang dicadangkan akan digunakan dan muat di dalam logo tersebut.

Seterusnya, pilih nama yang sedap didengar dan mudah diingat dan dapat menarik perhatian pelanggan atau pengunjung.

Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:

  • Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
  • Konteks dan bahasa yang betul. Pastikan nama tersebut tidak menyinggung mana-mana pihak, terutamanya jika anda gunakan bahasa asing;
  • Adakah nama yang dicadangkan sesuai?
  • Adakah nama itu mudah disebut;
  • Adakah nama tersebut kena konsep hidangan istimewa yang ditawarkan?;
  • Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama sedia ada?

Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.

5. Semak ketersediaan 

  • Domain

Bar anda perlu wujud dalam dua dunia; secara fizikal dan juga digital.

Pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain. 

Istilah cybersquatting mungkin baru bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.

Terdapat beberapa platform yang menyediakan  semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Bar kami.

Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.

Satu perkara tentang domain lagi, walaupun nama Bar yang anda pilih mempunyai domain, pastikan ejaannya sama dengan apa yang anda inginkan.

Bercakap tentang ejaan, semak keseluruhan ejaan dalam bentuk domain. Mengapa?

Contoh mudah, WhoRepresents adalah nama yang jelas dan mudah untuk sebuah platform carian agensi yang mewakili selebriti atau orang kenamaan.

Tetapi dalam bentuk domain, www.whorepresents.com boleh membuatkan anda berfikir dua kali untuk klik, lebih-lebih lagi jika ada insan tersayang di sebelah anda!

  • Media Sosial

Kuasa media sosial membuatkan bar anda mungkin dikenali sehingga ke benua Amerika, jika kena dengan strategi pemasaran yang baik.

Semak sama ada nama Bar yang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.

Selain itu, pastikan ejaan dan bilangan aksara anda mengikut aturan yang ditetapkan oleh media sosial.

Sebagai contoh, Twitter mengehadkan 15 aksara.

Jika nama Bar anda “Lepak-Lepak Sampai Pagi”, url Twitter anda akan menjadi  twitter.com/lepaklepaksampai sahaja.

  • Tanda Dagang

Untuk memastikan nama bar anda bebas daripada sebarang risiko tindakan undang-undang dari pihak ketiga, lakukan semakan Tanda Dagang.

McCurry pernah berdepan dengan tuntutan pelanggaran harta intelek oleh McDonalds hanya kerana perkataan ‘Mc’ dan berada di dalam industri makanan, meskipun McCury bukanlah sebuah rangkaian makanan segera. Dan ini berlaku di Malaysia.

Elakkan tuntutan yang tidak diingini dibuat ke atas nama Bar anda. Anda mungkin terpaksa mengeluarkan kos dan membazirkan masa hanya kerana nama anda hampir sama atau sama dengan nama yang sudah mempunyai tanda dagang.

Anda boleh semak maklumat tanda dagang dan carian ketersediaan di MyIPO.

6. Dapatkan maklum balas

Senarai pendek akhir anda mungkin mengandungi dalam 4 hingga 7 nama.

Buat 2 kumpulan sasaran (responden) untuk dapatkan maklum balas:

  • Mereka yang terlibat dalam industri bar dan restoran; dan
  • Orang ramai sebagai prospek pelanggan.

Anda boleh tanyakan soalan penting dan relevan seperti:

  • Adakah nama dipilih itu sedap didengar dan mudah disebut?
  • Adakah nama tersebut dapat diingat dengan mudah?
  • Adakah melalui nama sahaja mereka boleh mengagak konsep bar?
  • Adakah mereka seperti pernah mendengar nama tersebut sebelum ni?

Setelah anda berjaya kumpulkan maklum balas daripada responden, lihat dengan teliti apa pandangan mereka terhadap setiap nama yang disenarai pendek.

Anda boleh asingkan maklum balas mereka kepada negatif atau positif.

Jika pendapat mereka tidak sama seperti apa yang anda fikirkan; sebagai contoh mereka berpendapat nama tersebut sukar disebut, sila catatkan maklumat penting sebegitu.

Ini kerana, pandangan anda mungkin tidak sama dengan pendapat umum. 

Cara Menggunakan Penjana Nama Bar

Sebelum ini, kami telah berikan gambaran ringkas Penjana Nama Bar.

Kali ini, kami akan terangkan bagaimana cara gunakannya kerana mungkin ada di kalangan anda yang baru terfikir cara sebegini.

Penjana Nama Bar mempunyai algoritma yang menghasilkan nama janaan yang unik dan kreatif.

1. Pilih bahasa

Penjana nama tersedia dalam lebih daripada 10 jenis bahasa. 

Jika anda inginkan nama dalam Bahasa Melayu, sila pilih tetapan bahasa di bahagian atas di halaman utama.

2. Masukkan kata kunci di ruangan carian

Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda perlu mempunyai kata kunci untuk nama bar anda.

Kini, hanya perlu masukkan senarai kata kunci yang relevan.

Anda boleh masukkan seberapa banyak kata kunci sekali gus. Anda boleh simpan nama yang dijana yang anda rasakan sesuai untuk senarai anda.

3. Pilihan tambahan 

Selain daripada kata kunci, terdapat pilihan tambahan yang boleh membantu anda mendapatkan nama yang lebih kreatif.

Anda boleh tentukan bilangan aksara, posisi kata kunci dan juga jika anda inginkan alterasi berima.

4. Semak domain serta-merta

Seperti kami katakan, mungkin tidak ramai pengguna tahu kelebihan Penjana Nama Bar kami.

Anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang telah dijana dengan serta-merta.

Selepas menekan butang “Jana” atau “Generate” pada ruangan carian, beratus nama akan dipaparkan.

Jika anda klik pada nama yang dijana, akan keluar ketersediaan domain untuk nama tersebut.

20 Nama & Idea untuk Nama Bar

Sebagai panduan, kami telah masukkan beberapa kata kunci di penjana nama perniagaan teknologi.

Antara kata kunci yang kami gunakan:

  • Lepak
  • Bar
  • Singgah
  • Minum
  • Santai

Berikut adalah 20 nama yang telah dijana secara automatik:

  • Singgahrex
  • Boudoir Bar
  • Santai Bay
  • Lepak Goo
  • Santai Bonita
  • Singgah Gnaw
  • Santai Ameli
  • Lepak Chap
  • Bar Hut
  • Minum Meetup
  • Santai Sunrise
  • Minum Munch
  • Bar Bamboo
  • Blended Bar
  • Hideout Heaven
  • Miss Minum
  • Santaideck
  • Minumya
  • Lepakocity
  • Baregy

Bar-sediakah Anda?

Memilih nama yang betul-betul sempurna memang sukar tetapi tidak mustahil jika dibuat dengan sistematik dan mengambilkira faktor pemasaran.

Pastikan nama bar anda mudah dan menyampaikan konsep bar anda untuk menarik pelanggan berpotensi.

Gunakan – jika tidak semua – beberapa panduan yang terkandung di dalam artikel ini membantu anda mencari nama bar.

Jangan berputus asa, kerana usaha tidak akan sesekali mengkhianati hasil.

Selamat berjaya!

Soalan Lazim

Nama yang menarik untuk bar adalah nama yang ringkas, menarik dan mudah dieja dan dibaca. Penjana Nama Bar boleh membantu anda mendapatkan nama terbaik dengan cara hanya memasukkan beberapa kata kunci.

Pastikan nama yang anda pilih tidak menyinggung mana-mana pihak di Malaysia kerana rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama

Pertama sekali, fikirkan beberapa kata kunci yang relevan dengan konsep bar anda. Selepas proses brainstorming, masukkan kata kunci ke ruangan dan tekan jana.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki