Bayangkan pada 14 Februari setiap tahun, pada waktu inilah kedai bunga menjadi bisnes paling hangat diperkatakan.
Tidak perlu pergi jauh, cuba lihat di kawasan anda, terdapat puluhan kedai bunga yang menawarkan perkhidmatan atau pakej yang hampir sama setiap kali sambutan Hari Kekasih.
Jadi, bagaimana anda boleh membezakan kedai bunga anda dengan pesaing lain?
Artikel ini akan membimbing anda mendapatkan nama kedai bunga yang unik dan menarik perhatian pelanggan. Selain itu, kami juga akan menerangkan bagaimana penjana nama dapat mencapai objektif yang sama, tetapi dengan cara yang lebih cekap dan menjimatkan masa.
Contoh Nama Kedai Bunga Sedia Ada Di Pasaran
Sebagai permulaan, kami berikan contoh nama kedai bunga yang telah wujud di pasaran untuk memberikan anda inspirasi dan idea awal.
Happy Bunch
Berkongsi kepercayaan bahawa sejambak bunga boleh menerbitkan rasa kegembiraan, Happy Bunch ditubuhkan pada tahun 2014.
Menjual bunga secara online, kini mereka berjaya mengembangkan perniagaan sehingga ke Singapura. Antara pakej yang ditawarkan ialah hadiah korporat dan customized gift.
Only Love Florist
Bermula dari rumah, stor dalam talian ini menjual pelbagai gubahan bunga untuk hari istimewa seperti Hari Kekasih dan Hari Ibu atau ketika simbol takziah untuk hari kematian.
Apa yang lebih menarik mereka mempunyai pakej tambahan seperti pelbagai jenis belon, permainan dan coklat sebagai aksesori yang didatangkan sekali dengan gubahan bunga.
Lee Wah Florist
Mempunyai premis kedai bunga yang terletak berhampiran Pasar Budaya, Kuala Lumpur, syarikat ini mengembangkan pelan bisnes mereka dengan menyediakan stor dalam talian untuk pelanggan.
Dikenali sebagai kedai bunga yang menjual harga yang berpatutan, mereka menawarkan pelbagai pakej gubahan untuk perkahwinan, kematian, set kotak dan raga.
BloomThis
Apabila anda melayari laman web kedai bunga dalam talian ini, jangan terkejut dengan variasi gubahan bunga yang ditawarkan.
Selain daripada hadiah gubahan, mereka juga menawarkan perkhidmatan perancang hiasan perkahwinan untuk mereka yang inginkan detik raja sehari yang lebih indah dengan dihiasi jambangan bunga yang segar dan menarik.
Apa itu Penjana Nama Kedai Bunga?
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Proses memilih nama kedai bunga anda lebih pantas dan lebih banyak nama boleh digunakan sebagai idea dan inspirasi untuk anda.
Ciri-ciri khas Penjana Nama kami adalah seperti berikut:
Algoritma mengikut konteks
Sistem algoritma penjana nama kami memadankan sesuai dengan konteks industri nama bisnes anda. Sebagai contoh, untuk nama kedai bunga nama-nama yang dijana mengandungi kata nama atau adjektif yang relevan dengan perkhidmatan atau produk bunga.
Kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama agensi kreatif anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produksi filem, drama, media atau dapat menggambarkan produk yang anda jual.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Kedai Bunga akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama ialah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua ialah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Kedai Bunga kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan e-mel sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan e-mel, besar kemungkinan peti masuk e-mel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan Penjana Nama Kedai Bunga kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Kedai Bunga kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekali gus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Kedai Bunga hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Kedai Bunga?
Selain daripada janaan nama yang unik, carian nama melalui Penjana Nama Kedai Bunga kami juga mudah dilakukan.
Sebagai panduan, kami kongsikan langkah-langkah terperinci bagaimana menggunakan Penjana Nama Bisnes Kedai Bunga kami.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri “art” atau “media” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Selain itu, Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Mudah bukan?
Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Syarikat Produksi Filem & TV secara percuma.
20 Idea Nama Kedai Bunga
Untuk membantu anda mencari idea dan inspirasi, kami telah menjana 20 nama menggunakan Penjana Nama Kedai Bunga.
- Bunga Revolution
- Blossom Antheia
- Blossom Prima
- Mekar
- Ikebana Rhea
- Tulip Crisp
- Mekar Lure
- Bunga Origin
- Harum Athena
- Ikebana Vixen
- Harum Cozy
- Blossom Breeder
- Bunga Bandit
- Harum Holic
- Bunga Bazaar
- Tulip Throw Down
- Mekar Mesmeric
- Bunga Bites
- Blossom Busk
- Mekar Madam
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Nama Kedai Bunga
Ketersediaan domain
Tidak wujud secara digital seakan sama kedai bunga anda tidak pernah dilahirkan. Domain adalah segalanya. Pastikan nama domain anda sama dengan ejaan kedai bunga anda.
Semak bagaimana nama penuh kedai bunga anda dalam bentuk domain. Sebagai contoh, Therapistfinder.com boleh membuatkan pelanggan berfikir dua kali mendapatkan khidmat direktori terapi anda.
Nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.
Saluran media sosial
Pastikan nama kedai bunga yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial.
Besar kemungkinan anda akan menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran atau berinteraksi dengan pelanggan anda.
Aktiviti pemasaran digital biasanya melibatkan handle media sosial. Nama kedai bunga anda seharusnya tidak terlalu panjang sehingga melebihi had aksara untuk handle media sosial.
Sebagai contoh, Twitter mempunyai had 15 aksara untuk handle.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes kedai bunga anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama bisnes kedai bunga yang hampir sama.
Selain itu, nama kedai bunga yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Maklum balas
Ada ketikanya anda rasakan nama pilihan anda cukup sempurna. Tetapi tidak semua orang senada dengan apa yang anda fikirkan dan memahami maksud yang sama untuk perkataan yang anda gunakan pada nama kedai bunga anda.
Dapatkan maklum balas daripada seberapa ramai orang pendapat mereka tentang nama pilihan anda.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah: Adakah nama kedai bunga itu mudah diingat? Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut? Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk membeli bunga?
Cuba lihat maklum balas dari perspektif pengguna atau pelanggan. Mungkin jawapan yang mereka berikan tidak seperti yang anda inginkan.
Konsisten dengan jenama
Pertimbangkan apa yang membezakan anda dengan kedai bunga yang lain. Adakah seleksi gubahan anda lebih banyak? Adakah anda menawarkan khidmat tambahan selain daripada gubahan bunga? Adakah anda mempunyai kepakaran khusus untuk jenis bunga tertentu?
Sebelum memilih nama, kenal pasti bagaimana anda ingin dikenali oleh pelanggan.
Pilih nama yang melambangkan kualiti yang anda ingin tonjolkan. “Easy & Budget Florist” dan “Golden Curator Florist” kedua-duanya menerangkan bisnes menjual bunga, namun setiap satunya menggambarkan imej berbeza dan tarikan tersendiri kepada pelanggan masing-masing.
SEO dan pemasaran konten
Selain daripada nama kedai bunga sebagai jenama, pertimbangkan strategi SEO untuk mengukuhkan kehadiran kedai bunga anda dalam talian.
Untuk pemasaran konten, nama kedai bunga anda sama pentingnya dengan konten yang diterbitkan dalam talian. Pastikan nama kedai bunga yang dipilih boleh digunakan untuk pemasaran konten yang berkesan. Nama yang mengandungi kata kunci atau frasa perkataan yang berkualiti memudahkan enjin carian untuk memasukkan dalam indeks carian.
Pendekatan sebegitu memberi kesan bagaimana pelanggan mencari anda dalam talian dan kata kunci yang mereka gunakan untuk melakukan carian.
Bagaimanakah Cara Dapatkan Nama Kedai Bunga Menarik?
Untuk mencari nama agensi kreatif yang unik dan menarik, kami akan menerangkan kepada anda struktur linguistik di sebalik tips ini.
Kami membahagikan strategi ini kepada tiga cara, yang pertama secara fonetik, kedua melalui morfologi dan cara ketiga adalah melalui peribadi dan persekitaran.
Fonetik
- Asonansi
Asonansi adalah sesuatu ayat atau frasa yang mengandungi bunyi vokal yang sama. Prosa sebegini banyak ditemui dalam sajak untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh: DropBox, YouTube, and FedEx
- Aliterasi
Jika asonansi mengandungi bunyi vokal berulang, aliterasi pula merupakan ulangan bunyi konsonan yang sama pada awal perkataan.
Contoh: Krispy Kreme, PayPal
- Konsonan
Ulangan pada hujung perkataan atau bunyi konsonan,
Contoh: Kit Kat, Coca Cola
Morfologi
Morfologi (Morphology) dari segi bahasanya bermaksud kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa.
Malah, perkataan ‘Morphology’ di dalam Bahasa Inggeris itu sendiri contoh sebuah Morfologi. Morph, bermaksud bentuk atau rupa dan -logy bermaksud bidang atau cabang pengajian.
- Portmanteau
Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan bisnes teh anda dan gabungkan sebahagian perkataan.
Selain itu, jika nama pengasas agensi anda juga boleh menjadi lebih menarik jika digabung.
Contoh: Groupon, Lenovo, Verizon,
- Gabungan perkataan
Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi perkataan penuh yang digabungkan.
Contoh: Facebook, Snapchat
- Perkataan untuk menggambarkan bisnes
Anda boleh gunakan perkataan lain sebagai simbol agensi kreatif anda.
Amazon memilih nama sungai untuk menggambarkan penghantaran barang dalam jumlah yang banyak melalui sungai sebagai pengangkutan.
- Buang huruf vokal pada perkataan
Cara kreatif ini boleh menarik perhatian pelanggan dan membuatkan nama kedai bunga anda menjadi unik.
Pastikan ejaan yang baru itu mudah disebut dan tidak mengelirukan dan jangan membuang huruf vokal dengan banyak. Kami sarankan anda hanya membuang satu atau dua huruf sahaja.
Contoh: Flickr, Reddit, Scribd
Peribadi dan Persekitaran
Gunakan kelebihan pada nama anda sendiri atau keadaan persekitaran anda untuk mendapatkan nama yang unik.
- Nama sendiri
Tidak salah menggunakan nama sendiri untuk kedai bunga anda. Gabungkan nama anda dengan kata kunci berkaitan flora untuk membentuk nama kedai bunga yang unik.
Lebih menarik lagi jika anda menggunakan nama sendiri atau nama orang lain yang juga bermaksud jenis bunga. Sebagai contoh, Kamelia, Camelia, Daisy, Ros atau Rose, Jasmin, Lili atau Lily dan banyak lagi.
Penggunaan nama manusia pada kedai bunga menyuntik elemen atau emosi peribadi dan kemanusiaan, seterusnya akan membuatkan pelanggan berasa selesa.
- Akronim
Jika nama anda terlalu panjang atau kedai bunga anda mempunyai lebih dari seorang pemilik, anda boleh menggunakan teknik akronim pada nama kedai bunga anda.
Namun, pastikan akronim tersebut memudahkan pelanggan untuk menyebutnya. Jika akronim yang dicipta tidak membantu pelanggan untuk ingat dengan lebih mudah, kami sarankan anda untuk mencuba pendekatan lain.
- Lokasi dan persekitaran
Lokasi dan persekitaran yang unik dapat membantu kedai bunga anda dari segi kebolehlihatan dan pemasaran.
Tidak percaya? Cuba taipkan perkataan “kedai bunga” di enjin carian Google dan anda akan lihat hasil carian seperti “kedai bunga KL, kedai bunga Ampang dan nama lain yang berasaskan lokaliti.
Contohnya, jika premis kedai bunga anda terletak di jalan yang popular atau tempat tarikan orang ramai, anda boleh masukkan nama jalan tersebut ke dalam sebahagian nama anda.
Namun, hati-hati dengan cara sebegini kerana jika kedai bunga anda perlu berpindah atas apa sahaja sebab; berkembang atau premis baru yang lebih efektif dari segi kos, lokaliti boleh menjadi faktor yang tidak memberi kelebihan kepada anda.