Memulakan perniagaan tidak mudah. Banyak perkara yang anda perlu anda perhatikan dengan terperinci bagi mengelakkan permasalahan terutama pada tahap awal perniagaan anda.
Anda juga pasti tahu bahawa nama perniagaan yang betul adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk membina perniagaan yang berjaya. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda bagaimana Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami boleh membantu anda.
Dalam panduan ini, kami akan berkongsi 20 nama bisnes penyelidikan yang dijana menggunakan penjana nama perniagaan kami. Kemudian, anda boleh menyemak 5 langkah mudah untuk mendapatkan nama perniagaan tersebut.
Oleh itu teruskan membaca bersama kami.
20 Contoh Nama Bisnes Penyelidikan
Mungkin sukar untuk anda menilai keberkesanan Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami dalam menjana idea nama bisnes yang relevan. Oleh itu, kami telah menjana beberapa kata kunci untuk mendapatkan pilihan idea nama bisnes penyelidikan seperti di bawah ini:
- Data Mecha
- Data Vista
- Data Control
- Data Modular
- Data Operator
- Kaji City
- Kaji Outlook
- Kaji Terrain
- Kaji Society
- Kaji Blast
- Sains Focus
- Sains Combat
- Sains Proto
- Sains Reed
- Sains Martyr
- Makmal Dimension
- Makmal Siege
- Makmal Chamber
- Makmal Capital
- Makmal Capitol
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Penyelidikan?
Cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami tidaklah serumit penjana nama perniagaan lain di luar sana. Secara amnya,anda hanya perlu memasukkan kata kunci yang sesuai, kemudian tekan butang jana untuk mendapatkan pilihan idea nama bisnes yang menarik. Tetapi, kami turut menyediakan langkah-langkah mudah yang lebih terperinci bagi memastikan anda mendapat pilihan idea nama bisnes yang lebih relevan dan unik.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Lawati laman utama
Untuk memastikan anda menggunakan Penjana Nama Bisnes Penyelidikan yang betul, pastikan anda berada di laman rasmi Business Name Generator. Jika anda berada di laman yang salah, langkah-langkah seterusnya yang akan kami terangkan kepada anda tidak akan dapat digunakan.
Jika anda sudah berada di laman yang betul, anda pasti akan dapat melihat pautan-pautan ke panduan untuk menjana nama bisnes kami yang lain. Anda juga akan melihat kotak untuk menjana nama bisnes di bahagian tengah laman utama kami. Untuk mengetahui apa ciri kata kunci yang boleh dijana oleh Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami, teruskan membaca langkah yang seterusnya.
Pilih bahasa
Setelah berada di laman utama kami, anda perlu memilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjana nama perniagaan anda. Setakat ini, anda boleh memilih mana- mana 19 bahasa yang ada disediakan di laman kami untuk menjana nama perniagaan yang anda inginkan.
Antara bahasa yang tersedia adalah:
- Bahasa Norway
- Bahasa Rusia
- Bahasa Sepanyol
- Bahasa Turki
- Bahasa Korea
Bahasa Malaysia antara bahasa yang anda boleh gunakan untuk menjana nama bisnes penyelidikan. Pilihan idea nama bisnes yang menarik tidak mustahil walaupun anda menggunakan Bahasa Malaysia kerana Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan yang terbaik.
Pilih kata kunci
Langkah seterusnya ini sangat penting. Tanpa kata kunci yang menepati ciri-ciri di bawah ini, Penjana Nama Bisnes kami tidak dapat menjana idea nama bisnes impian anda. Oleh itu, sebelum anda menjana kata kunci pilihan anda, pastikan kata kunci tersebut menepati syarat-syarat di bawah ini:
- Lebih daripada 3 abjad
- Tidak merangkumi angka
- Tidak merangkumi simbol
- Tidak merangkumi emoji
Jika anda rujuk kembali 20 nama bisnes penyelidikan di atas, kami telah menggunakan 4 kata kunci sahaja. 4 kata kunci tersebut adalah:
- Makmal
- Sains
- Kaji
- Data
Untuk pengetahuan anda, setiap kata kunci yang dijana akan menghasilkan 7,999 idea nama bisnes reka cipta dalaman. Dan menariknya, setiap nama perniagaan yang dijana ini dijamin unik.
Tetapi, pilihan nama yang anda terlampau banyak untuk anda pilih satu per satu. Oleh itu, anda perlu mengikuti langkah di bawah untuk mendapatkan nama perniagaan yang lebih terperinci.
Kecilkan pencarian nama
Untuk mendapatkan pilihan nama bisnes yang lebih terperinci, anda perlulah menggunakan fungsi tapisan nama perniagaan kami. Fungsi tapisan ini terbahagi kepada dua:
Tapisan industri
Anda boleh memilih mana-mana industri yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk bisnes penyelidikan, anda boleh memilih industri seperti di bawah:
- Teknologi
- Perkhidmatan
- Korporat
- Alam Sekitar
Tapisan nama
Untuk tapisan nama pula, anda akan menetapkan sama ada anda mahukan nama bisnes penyelidikan memiliki ciri-ciri ini:
- Bilangan karakter minimum 5 atau lebih dari 15
- Kata kunci dijana sebelum atau selepas idea nama
- Nama bisnes satu atau dua perkataan
- Nama bisnes yang berima
Pilih semula nama
Setelah menjana nama bisnes yang lebih terperinci, anda hanya perlu memilih nama yang bersesuaian dengan industri perkhidmatan anda. Kami yakin anda akan mendapat nama bisnes penyelidikan yang terbaik.
Jika terdapat lebih daripada satu idea nama bisnes yang berkenan di hati anda, tekan butang bintang bagi membolehkan anda menyimpan idea-idea nama tersebut di bahagian idea nama yang digemari. Dengan cara ini juga, anda boleh membuat pilihan tanpa perlu terburu-buru.
Pastikan anda menghantar senarai idea nama tersebut ke alamat e-mel anda. Pautan untuk menghantar senarai tersebut turut disediakan di bahagian bawah idea nama bisnes yang digemari.
5 Tips Idea Nama Bisnes Menarik
Jika anda inginkan nama bisnes yang menarik, anda boleh mencuba 5 tips di bawah untuk mendapatkan nama bisnes kajian dan penyelidikan yang menarik.
Lakukan sumbang saran
Sumbang saran ialah proses mendapatkan nama bisnes yang menarik. Terutama jika anda mempunyai pasukan yang boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang anda ingini. Selain itu juga, ini dapat membantu pasukan anda membina semangat kerjasama antara satu sama lain.
Untuk memastikan anda boleh menjalankan sesi sumbang saran yang produktif, anda boleh menyenaraikan dan membentangkan idea nama bisnes penyelidikan anda kepada rakan kongsi atau pasukan anda. Kemudian, anda boleh meminta pendapat daripada mereka.
Jika anda buntu dan belum lagi mempunyai idea yang bernas untuk mendapatkan nama perniagaan yang sesuai, anda juga boleh meminta setiap orang daripada rakan anda untuk memberikan idea nama yang sesuai.
Kemudian, anda semua boleh memilih mana satu nama yang paling bernas untuk dijadikan sebagai nama perniagaan anda.
Gunakan ayat yang jelas
Untuk mendapatkan nama bisnes yang menarik, anda perlu memastikan nama bisnes yang anda ingin gunakan adalah jelas. Jelas di sini bermaksud ayat yang boleh menggambarkan perkhidmatan ataupun produk yang anda tawarkan.
Sebagai contoh, perkataan di bawah boleh digunakan untuk menggambarkan bisnes penyelidikan anda:
- Kaji
- Kajian
- Data
- Penyelidikan
- Institut
- Sains
- Makmal
- Pusat
- Analisis
Anda mungkin masih lagi tertanya-tanya mengapa penting menggunakan nama perniagaan yang jelas. Untuk pengetahuan anda, nama perniagaan ialah tanda nama ataupun cermin kepada identiti perniagaan anda.
Oleh sebab itulah nama perniagaan yang jelas sangat penting untuk membantu perniagaan anda dikenali ramai.
Jika anda merasa buntu untuk mencari perkataan yang terbaik untuk digunakan sebagai nama bisnes, anda boleh menggunakan kamus dalam talian. Kebanyakan kamus maya akan menyenaraikan hasil pencarian maksud ayat yang sama dalam ruangan glosari mereka.
Semak ketersediaan nama
Kesalahan utama yang sering dilakukan oleh peniaga-peniaga baru ialah menggunakan nama bisnes yang telah digunakan atau didaftarkan oleh pihak lain. Jika anda inginkan nama bisnes yang unik, pastikan anda menyemak ketersediaan nama yang ingin digunakan terlebih dahulu. Untuk itu, kami menyediakan beberapa cara yang anda boleh gunakan di Malaysia dan juga luar negara bagi menyemak ketersediaan nama bisnes yang anda ingin gunakan.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Pergi ke laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyemak nama perniagaan berdaftar; atau
- Pergi ke laman Suruhanjaya Keselamatan dan Pelaburan Australia (ASIC), atau
- Pergi ke laman Carian Nama Perniagaan Lembaga Hasil Dalam Negeri, atau
- Masukkan nama perniagaan anda ke ruangan cari di laman utama Google anda.
Jika anda ingin melebarkan sayap perniagaan anda di Australia, gunakan cara kedua yang telah kami nyatakan.
Semak domain
Anda pasti rasa kecewa jika nama perniagaan yang anda pilih tidak tersedia sebagai nama domain. Namun begitu, ini adalah antara kesilapan yang sering terlepas pandang oleh para peniaga baru. Oleh itu, anda perlu sentiasa bersedia memandangkan lebih banyak pengguna masa sekarang memilih untuk melakukan pembelian dalam talian.
Sekiranya anda sudah mendapatkan nama perniagaan yang bersesuaian dengan cita rasa anda, anda perlu menyemak ketersediaan nama domain. Untuk menyemak ketersediaan nama domain, anda boleh menggunakan cara di bawah:
- Gunakan penyemak domain di laman Penjana Nama Perniagaan kami; atau
- Pergi ke laman GoDaddy; atau
- Laman Shopify.
Jika nama domain yang anda pilih tersedia, anda boleh membeli dan mendaftar terus nama tersebut bagi mengelakkan nama yang anda ingin gunakan diambil oleh perniagaan lain.
Guna Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami
Kami faham bahawa mencari idea nama perniagaan yang sesuai tidak mudah. Terutama jika anda bukanlah individu yang kreatif. Tetapi jangan risau kerana kami ada penyelesaian untuk anda.
Gunakan Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami. Ya, penjana nama perniagaan kami ini ialah pilihan utama peniaga baru di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, lebih 3 juta pengguna telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang mereka impikan bersama kami.
Tidak setakat itu sahaja, nama perniagaan yang akan anda jana juga dijamin unik dan tidak pernah didaftarkan sebagai nama perniagaan. OIeh sebab itulah Penjana Nama Perniagaan kami diberi penarafan 4.7 bintang.
Selain itu, anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan nama perniagaan yang anda impikan. Apa yang anda perlukan hanyalah masa dan juga kata kunci yang anda ingin jana bersama idea nama perniagaan kami.
3 Bisnes Penyelidikan Sebenar
3 contoh nama syarikat di bawah ialah nama syarikat yang menjalankan bisnes penyelidikan yang sebenar. Anda pasti dapat melihat persamaan yang ketara antara ketiga-tiga nama perniagaan ini.
Nielsen Holdings
Nielsen Holdings ialah pusat penyelidikan data, informasi dan pasaran. Nielsen Holdings adalah sebuah syarikat dan perniagaan yang diasaskan di Amerika Syarikat.
Ditubuhkan pada tahun 1923, perniagaan berasaskan penyelidikan ini menjana keuntungan sebanyak RM13 bilion pada tahun 2021. Tidak hanya itu juga, perniagaan penyelidikan ini beroperasi di 100 negara di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan anda, nama perniagaan ini diambil daripada nama pengasas bisnes penyelidikan ini sendiri. Pengasasnya bernama Arthur Nielsen.
IQVIA
IQVIA ialah perniagaan yang berasaskan penyelidikan klinikal dan teknologi informasi kesihatan yang bertapak di Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan anda, IQVIA ditubuhkan pada tahun 1982.
IQVIA ialah gabungan antara Quintiles dan juga IMS Health. Nama IQVIA pula juga gabungan antara kedua-dua nama organisasi ini. Perkataan “I” diambil dari IMS Health, “Q” daripada Quintiles dan “via” dipilih kerana perkataan ini bermaksud “dengan cara”.
Bell Labs
Bell Labs adalah sebuah pusat penyelidikan sains yang dimiliki oleh Nokia. Pusat penyelidikan ini diasaskan pada tahun 1925.
Nama pusat penyelidikan ini pada awal penubuhannya dikenali sebagai Bell Telephone Laboratories. Pusat penyelidikan ini bertapak di New Jersey, Amerika Syarikat.
Nama Bell Labs dipilih kerana Alexander Graham Bell adalah penaung kepada pusat penyelidikan ini.
3 Sebab Untuk Menggunakan Penjana Nama Bisnes Kami
Kami faham bahawa terdapat penjana nama perniagaan lain yang ada di luar sana. Tetapi, kami yakin bahawa 3 keistimewaan yang dinyatakan di bawah ini adalah eksklusif untuk anda jika anda memilih Penjana Nama Bisnes Penyelidikan kami.
3 sebab tersebut adalah:
Percuma
Penjana nama perniagaan kami percuma untuk digunakan. Ini juga bermakna anda tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran sebagai pengguna nama perniagaan kami. Kami yakin anda juga pasti merasakan bahawa proses pendaftaran sangat melecehkan, bukan?
Tambahan pula, jika anda seorang pengusaha baru, anda pasti tahu bahawa masa itu emas. Oleh itu, kami ingin membantu anda mendapatkan nama perniagaan secara percuma tanpa melakukan sebarang pendaftaran yang pasti akan mengambil masa anda.
Terutama jika anda perlu melakukan pengesahan peribadi. Dengan penjana nama perniagaan kami, anda tidak perlu risau akan had masa penggunaan secara percuma. Anda boleh mengakses dan menjana nama perniagaan yang anda impikan tanpa had dan bayaran.
Terbukti dipercayai
Penjana nama perniagaan kami telah berjaya membantu lebih 3 juta peniaga di luar sana untuk mendapatkan nama perniagaan yang mereka impikan. Kami yakin juga bilangan pengguna kami bertambah dari hari ke hari. Ini kerana, penjana nama perniagaan kami mendapat penarafan 4.7 bintang.
Penarafan ini juga membuktikan bahawa penjana nama kami terbukti membantu para perniaga baru di luar sana mendapatkan nama perniagaan yang unik. Selain itu juga, laman penjana kami juga selamat untuk digunakan.
Keselamatan anda sebagai pengguna menjadi keutamaan. Jika anda perhatikan sendiri, laman penjana kami menggunakan teknologi penyulitan yang tercanggih. Fungsi teknologi penyulitan ini adalah untuk menghalang ancaman daripada penggodam data peribadi.
Lain daripada itu, jika anda berkunjung ke laman utama kami buat kali pertama, kami akan meminta kebenaran daripada anda terlebih dahulu untuk menggunakan kuki. Untuk pengetahuan anda, kuki ini akan membantu kami mendapatkan nama perniagaan yang unik.
Nama perniagaan unik
Untuk pengetahuan anda, semua penjana nama perniagaan kami menggunakan teknologi kepintaran buatan atau lebih dikenali lagi sebagai AI. Dengan menggunakan teknologi AI, penjana nama perniagaan kami boleh menjana nama perniagaan yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana perniagaan di dunia ini.
Jika anda sebelum ini meragui kesahihan nama perniagaan yang kami jana, anda tidak perlu risau lagi. Ini kerana, anda pasti akan mendapat pilihan nama perniagaan yang unik. Tambahan pula, anda boleh memilih sendiri kata kunci yang akan dijana bersama idea nama perniagaan kami.
Dengan itu, anda pasti dapat memilih nama perniagaan yang menepati cita rasa anda. Selain itu juga, butang serta fungsi tapisan industri kami pasti dapat membantu anda menjana nama perniagaan yang menarik serta unik.