Idea & Panduan Penjana Nama Bisnes Jam

Dapatkan nama bisnes jam dalam masa kurang dari lima minit apabila anda menggunakan Penjana Bisnes Jam terbaik kami!

1. Pilih kata kunci Nama Bisnes Jam anda

Masukkan kata kunci menggunakan perkataan yang berkaitan dengan bisnes anda untuk menjana Nama Bisnes Jam yang terbaik

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Jam anda

Ratusan idea nama bisnes kini terpapar di skrin untuk anda pilih sebagai nama perniagaan utama anda tanpa sebarang bayaran

3. Pilih Nama Bisnes Jam anda

Teliti idea nama Bisnes Jam yang telah dijana untuk mendapatkan nama bisnes utama anda yang menarik

Membuka kedai dan memulakan perniagaan yang anda minati memang menyeronokkan. Tetapi banyak perkara yang anda perlu ambil tahu untuk memastikan perjalanan perniagaan anda berjalan dengan lancar. Terutama jika ini adalah kali pertama anda memulakan perniagaan.

Untuk perniagaan seperti kedai jam, anda tidak hanya perlu memastikan anda mempunyai bajet yang cukup. Malah, anda juga perlu nama perniagaan yang unik supaya perniagaan anda mudah dikenali ramai.

Oleh itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda Penjana Nama Bisnes Jam kami. Penjana nama perniagaan kami ini boleh membantu anda menjana nama perniagaan yang terbaik dan unik.

Mari lihat 20 nama perniagaan jam yang telah dijana menggunakan penjana nama bisnes jam kami di bawah!

20 Nama perniagaan jam

  • Scape Masa
  • Masaex   
  • Masagenics
  • Masa City
  • Masa Opulence
  • Waktu Fiber
  • Waktu Tribal 
  • Waktu Alpha
  • Waktu Imperial     
  • Waktu Opal
  • Saat Amethyst
  • Saat Crystal
  • Saat Majestic
  • Saat Prince
  • Saat Sphynx
  • Jam Jade
  • Jam Vision
  • Jam Digital 
  • Jam Fission
  • Jam Dev

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Jam?

Jika ini kali pertama anda menggunakan Penjana Nam Bisnes Jam kami, usah risau. Cara menggunakannya agak mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah tiga langkah mudah dan satu lagi langkah tambahan seperti yang kami nyatakan di bawah ini:            

Pilih kata kunci                                                         

Tanpa kata kunci yang sesuai, anda tidak dapat menjana idea nama bisnes jam yang menarik. Jadi, cuba guna atau fikir terlebih dahulu mengenai kata kunci yang sesuai untuk anda jana sebagai sebahagian daripada idea nama bisnes jam. Jika anda masih tidak tahu, mari rujuk semula kata kunci yang telah kami guna untuk menjana 20 idea nama bisnes jam di atas.

Kami telah menggunakan empat kata kunci. Kata-kata kunci tersebut ialah:

  • Masa
  • Waktu
  • Saat 
  • Jam

Anda bebas menggunakan kata kunci yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Tetapi ingat, Penjana Nama Bisnes kami hanya boleh menjana kata kunci yang memenuhi ciri-ciri di bawah ini:

  • Lebih daripada tiga huruf
  • Tidak merangkumi emoji
  • Tidak merangkumi angka
  • Tidak merangkumi aksara
  • Tidak merangkumi emoji

Masukkan kata kunci yang anda ingin gunakan di ruangan jana yang ada disediakan. Kemudian tekan butang jana. 

Perincikan idea nama yang telah dijana         

Setelah anda menekan butang jana, anda akan dibawa ke halaman hasil idea nama bisnes yang telah dijana. Pilihan yang ada kini sangat banyak. Satu kata kunci yang anda jana boleh menghasilkan ratusan hingga beribu-ribu idea nama bisnes jam.

Ini adalah salah satu kelebihan Penjana Nama Bisnes kami jika dibandingkan dengan penjana nama perniagaan lain yang ada di luar sana. Tetapi, pada masa yang sama, kami juga faham bahawa tidak mudah untuk meneliti setiap idea nama bisnes yang telah dijana satu per satu. Maka, anda harus memperincikan lagi idea nama bisnes jam agar pilihan yang ada lebih relevan.

Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu mengaktifkan dua tetapan tapisan idea nama bisnes seperti di bawah ini:

Tetapan tapisan industri

Tetapan tapisan industri membolehkan anda untuk mendapatkan idea nama bisnes yang lebih relevan. Menariknya juga, anda boleh memilih lebih daripada satu industri yang berkaitan dengan bisnes jam anda. Antara industri yang boleh anda pilih ialah seperti berikut:

  • Kecantikan
  • Kafe
  • Mewah
  • Fesyen
  • Media dan banyak lagi

Tetapan tapisan nama

Tetapan tapisan ini membolehkan anda untuk menjana nama bisnes jam agar idea nama yang dijana memiliki ciri-ciri di bawah:

  • Memiliki lima karakter atau lebih
  • Terdiri daripada satu atau dua patah perkataan
  • Nama bisnes yang berima
  • Kata kunci dijana di hadapan atau selepas perkataan lain

Setelah anda memilih tetapan yang ingin digunakan, pastikan anda mengaktifkan tetapan tersebut dengan menekan butang apply atau gunakan.

Pilih idea nama bisnes yang terbaik

Kini, pilihan yang dijana kembali untuk anda lebih relevan dan terperinci. Pasti lebih mudah untuk anda memilih nama bisnes jam yang terbaik. Anda juga boleh berkongsi mana-mana idea nama bisnes jam yang anda rasakan menarik dengan rakan-rakan anda. 

Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan pendapat rakan-rakan anda mengenai nama bisnes jam terbaik untuk digunakan. Untuk berkongsi dengan mereka idea nama bisnes yang anda gemari, ikuti cara di bawah ini:

  1. Tekan ikon bintang pada kotak idea nama bisnes jam yang anda suka
  2. Semak kembali senarai idea nama bisnes yang anda gemari di bahagian Saved Ideas atau Idea Nama Bisnes yang Digemari
  3. Masukkan alamat e-mel rakan anda dan tekan butang hantar

Semak ketersediaan domain

Langkah seterusnya ini tidak wajib. Tetapi ia akan membantu perniagaan anda tampil lebih menyerlah jika dibandingkan dengan pesaing anda. Terutama sekali jika anda ingin memiliki laman web perniagaan jam yang tersendiri.

Untuk menyemak ketersediaan domain, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Tekan kotak idea nama bisnes jam yang anda ingin gunakan
  2. Senarai domain yang tersedia akan disenaraikan di bawah kotak idea nama bisnes yang dipilih

Ataupun, ikuti langkah seterusnya ini:

  1. Masukkan nama domain yang anda ingin gunakan ke dalam ruangan semakan domain
  2. Senarai domain yang tersedia akan terpapar di skrin anda

5 Tips Nama Perniagaan yang Unik

Mencari idea nama yang menarik serta mudah untuk diiktiraf oleh Suruhanjaya perniagaan Malaysia tidak mudah. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 tips di bawah.

Kenal pasti produk serta perkhidmatan anda

Cara terbaik untuk memastikan nama perniagaan anda menarik dan unik adalah dengan mengenal pasti apakah perkhidmatan yang perniagaan anda tawarkan. Dengan berpandukan ini, anda juga dapat mengenal pasti mengapa perkhidmatan perniagaan anda lebih unik dari perniagaan yang lain.

Untuk perniagaan jam anda mungkin mahu menggunakan perkataan di bawah ini sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda:                     

  1. Jam
  2. Masa
  3. Waktu
  4. Saat
  5. Zaman

Jika anda merasa buntu untuk mendapatkan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perniagaan anda, anda boleh pergi ke laman Thesaurus.com. Laman ini hanya menyediakan perkataan dalam bahasa Inggeris.

Tetapi, anda boleh menterjemahkan perkataan yang anda ingin gunakan ke dalam bahasa Malaysia.

Lakukan sumbang saran        

Anda juga boleh melakukan sumbang saran bersama pasukan anda. Jika anda hanya ada rakan kongsi, anda juga boleh duduk dan berbincang bersama rakan kongsi anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik. 

Menurut Indeed, anda boleh mengikuti 5 tips mudah di bawah untuk mengadakan sesi sumbang saran yang berkesan:

  1. Jemput individu dari latar belakang yang berbeza
  2. Alih perhatian sepanjang sesi mesyuarat
  3. Kenal pasti kekangan
  4. Ambil masa untuk diam sebentar
  5. Benarkan idea dihantar secara rahsia (tanpa penama)  

Dengan berpandukan 5 tips sesi sumbang saran ini, anda pasti dapat mencari idea nama perniagaan yang lebih bernas lagi. Tambahan pula, cara ini juga akan membuka mata anda kepada sebarang kekangan yang anda tidak pernah perasankan selama ini.

Guna nama penaung

Cara terunik yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik adalah dengan menggunakan nama penaung perniagaan anda. Penaung yang dimaksudkan di sini adalah:

  1. Individu yang menjadi penasihat perniagaan anda
  2. Perencana perniagaan ataupun perniagaan anda             
  3. Pemegang saham terbesar perniagaan anda

Selalunya, pengasas perniagaan ialah penaung utama sesebuah perniagaan. Ini juga bermaksud, anda boleh menggunakan nama anda sendiri untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda.             

Sebagai contoh:

  1. Kedai Jam Ah Seng
  2. Kedai Jam Ali                                                                                    

Dengan menggunakan nama anda sendiri ataupun penaung perniagaan anda, anda pasti dapat mengelakkan perniagaan anda daripada menggunakan nama perniagaan yang telah didaftar. Untuk pengetahuan, anda tidak boleh mendaftar nama perniagaan yang pernah didaftarkan di Malaysia.

Semak ketersediaan nama          

Jika anda sudah mendapatkan senarai idea nama perniagaan yang anda mahu gunakan, anda harus menyemak ketersediaan nama tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda menyenaraikan 5 nama perniagaan yang anda ingin gunakan.

Sekiranya salah satu idea nama perniagaan yang anda senaraikan sudah didaftarkan, anda ada 4 lagi idea nama perniagaan yang anda boleh gunakan. Untuk  menyemak ketersediaan nama perniagaan, anda boleh menyemak di laman Suruhanjaya perniagaan Malaysia.

Cara menyemak pula agak mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari laman SSM
  2. Lakukan pendaftaran sebagai pengguna dan log masuk  
  3. Cari butang ‘Search”
  4. Masukkan nama perniagaan yang anda ingin gunakan

Jika nama yang anda masukkan sudah berdaftar, bermakna anda tidak boleh lagi menggunakan nama yang sama untuk perniagaan anda.

Guna penjana nama kami                                 

Tips seterusnya ini akan memudahkan anda mendapatkan nama perniagaan yang terbaik tanpa perlu risau akan ketersediaan nama. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya menggunakan Penjana Nama Bisnes Jam kami. 

Penjana nama perniagaan kami ini boleh menjana nama perniagaan yang tidak pernah didaftarkan di mana-mana. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan ketersediaan nama perniagaan yang dicadangkan untuk anda.

Selain itu, nama yang dijana juga hasil daripada kata kunci yang anda masukkan. Ini bermakna, anda tidak perlu risau sekiranya idea nama perniagaan yang dijana tidak mempunyai identiti perniagaan anda.

Dengan erti kata lain, penjana nama kami akan menjana nama perniagaan yang dijamin akan menepati cita rasa anda. Tambahan pula, anda boleh menggunakan penjana nama perniagaan kami tanpa perlu membayar satu sen pun.                                 

3 Jenama Jam Terkenal 

Mari lihat bagaimana 3 jenama jam terkenal ini mendapat namanya. 

Omega

Omega adalah jenama jam tangan yang diasaskan di Switzerland pada tahun 1848. Nama jenama ini sebenarnya diambil daripada ciptaan kaliber 19 nya yang terkenal pada tahun 1894.Kaliber ini diberikan nama Omega.

Nama jenama jam yang dikenali sebagai La Generale Watch Co sebelum tahun 1903 ini kemudiannya dikenali sebagai Omega sempena nama kaliber 19 yang terkenal.

Patek Philippe

Patek Philippe ialah jenama jam mewah yang diasaskan pada tahun 1839. Jenama jam tangan ini diasaskan oleh Antoni Patek dan Adrien Philippe. Bukan hanya mereka jam tangan, kedua-dua rakan kongsi ini juga mereka jam dinding di Geneva.

Seperti yang anda boleh perhatikan, nama jenama jam ini diambil daripada nama kedua-dua pengasasnya. Ini ialah sebuah langkah yang bijak kerana kedua- dua individu ini sememangnya dikenali sebagai pereka jam yang berkualiti.

Secara tidak langsung, jenama jam ini mudah untuk diingat dan dikenali ramai.

Seiko

Seiko ialah jenama jam dari negara Jepun. Seiko tidak hanya dikenali sebagai jenama jam malah juga jenama alatan elektronik, semi konduktor, barang kemas dan banyak lagi. Jenama ini diasaskan pada tahun 1881 lagi.

Tetapi, anda pasti ingin tahu dari mana asalnya nama Seiko, bukan? Pada tahun 1892, jam tangan jenama ini dikeluarkan di bawah nama Seikosha. Seikosha membawa maksud “Rumah Mutu Kerja yang Terbaik”. 

Pada tahun 1924, nama Seikosha dipendekkan kepada Seiko sahaja. Dan nama ini digunakan hingga ke hari ini. Pada pendapat kami, penggunaan nama Seiko lebih mudah disebut oleh pengguna yang tidak arif berbahasa Jepun.

3 Keunikan Penjana Nama Bisnes Jam kami

Jika anda belum yakin lagi mengenai keupayaan Penjana Nama perniagaan kami, kami ingin memperkenalkan kepada anda mengapa penjana nama perniagaan kami ini ialah pilihan yang terbaik.                                         

Percuma

Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan nama perniagaan idaman anda apabila menggunakan Penjana Nama Bisnes Jam kami. Tidak hanya itu juga, anda boleh menjana pelbagai nama perniagaan dalam industri yang lain secara percuma.

Anda tidak perlu risau akan had masa kerana penjana nama perniagaan kami sememangnya percuma digunakan setiap masa.

4.7 bintang                                                   

Penjana nama perniagaan kami digunakan oleh 3 juta lebih pengguna di seluruh dunia. Dan 3 juta lebih pengguna kami telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang diidamkan oleh mereka. 

Penarafan 4.7 bintang adalah diberikan kepada kami oleh pengguna yang mempercayai platform penjana kami. Oleh itu, kami berani memberi jaminan bahawa penjana nama perniagaan kami ialah penyelesaian kepada pencarian anda untuk nama perniagaan yang terbaik.      

Dijamin unik

Penjana nama perniagaan kami boleh menjana nama perniagaan dan nama perniagaan yang unik kerana kami menggunakan teknologi AI yang terbaik. Teknologi AI inilah yang membantu kami untuk menjana beribu- ribu nama perniagaan yang unik.

Apabila kami menyatakan bahawa idea nama yang dijana adalah unik, ini bermakna, nama perniagaan atau nama perniagaan yang dijana tidak pernah diguna serta didaftarkan di mana-mana negara.

Oleh itu, gunalah penjana nama perniagaan kami agar anda boleh menjana nama dengan mudah di Suruhanjaya perniagaan Malaysia.

Soalan Lazim

Contoh nama perniagaan jam yang kreatif adalah apabila perniagaan jam menggunakan perkataan yang menampilkan nama yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana perniagaan. Tetapi, pada masa yang sama turut mudah untuk difahami oleh masyarakat awam. Sebagai contoh, nama perniagaan yang berima.

Anda harus menggunakan nama yang unik. Dan untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik, anda boleh menggunakan Penjana Nama Bisnes Jam kami. Selain itu, anda tidak harus meniru nama perniagaan terkenal ataupun nama perniagaan yang sudah didaftar.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki