Idea & Panduan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport

Jom cuba Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami tanpa bayaran untuk mendapatkan nama bisnes yang lain dari yang lain

1. Pilih kata kunci nama bisnes import dan eksport anda

Masukkan kata kunci pilihan anda ke dalam Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami

2. Dapatkan nama Bisnes Import dan Eksport anda

Ribuan idea nama Bisnes Import dan Eksport unik serta menarik telah siap dijana dan anda boleh pilih

3. Pilih Nama Bisnes Import dan Eksport anda

Telliti idea nama Bisnes Import dan Eksport yang terbaik untuk anda daftarkan sebagai nama perniagaan anda

Nama perniagaan, syarikat atau bisnes anda adalah medium pertama yang dikenali oleh pelanggan apabila berurusan dengan anda. 

Tidak keterlaluan dikatakan nama bisnes anda mewakili reputasi dan kebolehpercayaan bisnes anda kepada pelanggan; lebih-lebih lagi dalam industri import dan eksport yang melibatkan pihak dari luar negara.

Artikel ini akan memberi panduan mencari nama bisnes import dan eksport yang mampu menarik minat pelanggan serta bagaimana penggunaan teknologi seperti Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami boleh membuatkan pencarian nama lebih mudah dan berkesan.

5 Contoh Syarikat Eksport & Import

Kami kongsikan beberapa nama syarikat eksport dan import domestik dan antarabangsa untuk memberi idea awal kepada anda.

Anda jadikan panduan pendekatan yang diambil oleh syarikat yang disenaraikan dibawah ini dalam menamakan entiti bisnes mereka.

Top Fruit

Syarikat ini menjalankan perniagaan mengeksport durian dan juga mempunyai kebun buah-buahan tropikal seperti manggis dan nangka madu sendiri.

Ditubuhkan sejak 1986 di Batu Pahat, Johor, kini Top Fruit memiliki saiz kebun durian antara yang terbesar di Malaysia dan menjadi antara pembekal utama durian untuk pasaran tempatan.

Syarikat ini telah dianugerahkan Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, satu pengiktirafan yang tinggi untuk perniagaan pertanian berskala besar.

Selain mengeksport dan memasarkan hasil mereka sendiri, Top Fruit juga menawarkan khidmat konsultasi untuk pemilik kebun yang ingin menceburi bidang penanaman durian. Khidmat konsultasi ini termasuk kajian kesesuaian tanah, pembenihan dan juga pengurusan dan pemasaran.

MIECO Chipboard 

Sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Ditubuhkan untuk memenuhi permintaan kayu oak tropikal di pasaran tempatan.

Kini, seperti yang terkandung pada nama, syarikat ini menjadi pengeksport utama papan serpai (chipboard) di rantau asia pasifik.

Demi memastikan kelestarian hijau, syarikat ini juga memasarkan papan serpai yang membebaskan formaldehid pada tahap yang rendah dan mendapat pengiktirafan daripada negara-negara maju di dunia.

Alibaba

Salah sebuah platform perdagangan terbesar di dunia untuk B2B dan menjadi sumber utama syarikat pengimport dan pengeksport global mendapatkan bahan atau peralatan sebelum dijual semula sebagai produk lengkap kepada pelanggan domestik atau antarabangsa.

Nama Alibaba itu sendiri diambil daripada riwayat klasik dari Timur Tengah, “Ali Baba dan 40 Orang Penyamun” kerana nama Ali Baba sememangnya diketahui oleh semua orang.

Aiki Fisheries

Syarikat ini mengimport dan membekalkan makanan laut beku dan segar di Malaysia. Pada mulanya, syarikat yang ditubuhkan pada 2010 ini bermula sebagai pengimport ikan kerapu merah untuk pasaran tempatan.

Kini, syarikat ini mengimport bukan sahaja ikan-ikan segar dari Lautan Pasifik, malah makanan laut seperti udang kara, ketam dan banyak lagi.

Mereka mempunyai kilang pembersihan yang terletak di Malaysia dan Indonesia dan juga pembekal di luar negara yang dijamin kebersihan dan keselamatan operasinya.

Trinidad Cigar Company

Syarikat ini mengimport dan mengedar curut premium dan aksesori. Syarikat ini sememangnya terkenal dalam kalangan peminat curut Cuba berkualiti tinggi.

Misi syarikat ini adalah untuk memudahkan peminat tegar curut dapat menikmati sesi menghisap curut dengan tenang dan selesa. 

Mereka juga kerap menganjurkan cigar event  di seluruh Malaysia dan menjemput cigar roller didatangkan khas dari Cuba dan benua Amerika Tengah.

Dengan kaki tangan yang terlatih dalam industri curut, syarikat ini menjadi pilihan hotel antarabangsa dan restoran eksklusif di Malaysia sebagai pembekal utama curut premium di premis mereka.

Tips dalam Memilih Nama Bisnes Import dan Eksport 

Kenal pasti skop bisnes

Terdapat banyak niche bisnes dalam sektor import dan eksport. Jadi sebelum anda menamakan bisnes, anda perlu tahu apakah skop perkhidmatan yang anda ingin tawarkan kepada pelanggan.

Antara cabang dalam eksport dan import:

  • Pengimport dan pengeksport produk atau bahan mentah;
  • Perkhidmatan perunding untuk import dan eksport;
  • Broker antara penjual dan pengimport; dan
  • Penyedia platform import dan eksport.

Jenis produk dan pelanggan sasaran 

Selepas mengenal pasti skop bisnes, anda perlu tahu apakah produk yang ingin diimport atau dieksport dan kepada siapakah produk itu ditawarkan.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengeksport buah, apakah buah yang mendapat permintaan tinggi di luar Malaysia?

Untuk pelanggan pula, adakah anda mempunyai segmen pelanggan tertentu untuk sesuatu produk? 

Trinidad Cigar mengimport curut khas dari Cuba untuk peminat tegar curut. Mereka mempunyai niche sasaran pelanggan yang kecil tetapi permintaan yang konsisten.

Sesi brainstorming untuk mencari kata kunci

Lakukan sesi mencari kata kunci secara intensif. Anda boleh lakukan bersama rakan-rakan atau rakan kongsi bisnes anda. Jika bisnes anda melibatkan segmen mengeksport, anda boleh menggunakan perkataan “eksport” atau “export” di dalam nama bisnes anda.

Fikirkan juga perkataan yang berkaitan dengan segmen bisnes atau industri. Sebagai contoh perkataan seperti dagang kumpulan, perkapalan dan logistik boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada nama bisnes anda.

Anda boleh merujuk kamus atau thesaurus sebagai rujukan tambahan dalam mencari kata kunci.

Untuk memberi keunikan kepada bisnes anda, anda boleh menggunakan perkataan yang merujuk kepada ciri khas produk yang anda tawarkan. Perkataan seperti “handmade” dan “eksklusif” boleh membuatkan nama bisnes anda lebih menonjol berbanding pesaing.

Mudah dan profesional

Nama yang mudah dan profesional boleh menambah keyakinan kepada pelanggan B2B. Elakkan nama yang berunsurkan fantasi dan boleh mengelirukan pelanggan. 

Memandangkan skop import dan eksport sentiasa melibatkan pihak dari luar negara, anda boleh memudahkan pemahaman nama bisnes dengan menggunakan kata kunci dalam Bahasa Inggeris. 

Nama yang sukar dieja dan tidak difahami mungkin menimbulkan keraguan rakan niaga luar negara. 

Pendek

Bilangan aksara yang ideal untuk nama bisnes import dan eksport adalah di dalam lungkungan 20 aksara. Untuk memudahkan pelanggan mengingati nama bisnes anda, pastikan nama bisnes tidak melebihi tiga patah perkataan.

Gunakan penjana nama

Penggunaan bantuan penjana nama dapat menjimatkan masa dan memberi idea dan inspirasi tambahan kepada anda.

Sebagai contoh, penjana nama kami mampu menjana nama yang unik dan menarik serta-merta dan dapat digunakan secara percuma.

Anda hanya perlu memasukkan kata kunci yang berkaitan dengan bisnes import dan eksport anda dan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami akan menggunakan algoritma automatik untuk menjana beratus-ratus idea nama mengikut pilihan kesesuaian yang anda inginkan.

Cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport

Setelah mengetahui tips dalam memilih nama bisnes import dan eksport, anda boleh mencuba Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami.

Sebagai panduan, kami kongsikan langkah-langkah terperinci bagaimana menggunakan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport.

Langkah pertama:

Masuk ke laman web Penjana Nama nama kami.

Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda disarankan menggunakan Bahasa Inggeris.

Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy  dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.

Langkah kedua:

Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.

Pilih industri berkaitan seperti “ecommerce”, “food” atau apa sahaja industri yang relevan pada bahagian kiri. 

Kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik. 

Anda boleh simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.

Selain itu, Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:

  • Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
  • Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
  • Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang  mempunyai domain tersedia.

Langkah ketiga

Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.

Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.

Mudah bukan?

Dapatkan inspirasi dan bantuan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport secara percuma. 

20 Idea Nama Bisnes Import dan Eksport

Berdasarkan panduan tentang cara menggunakan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport sebelum ini, kami telah menjana 20 idea nama sebagai inspirasi tambahan untuk anda.

  • Entiti Pursuit
  • Import Master
  • Bisnes Deluxe
  • Niaga Reliance
  • Entiti Speak
  • Eksport Mind
  • Bisnes Bound
  • Bisnes Bridgeway
  • Import Symmetry
  • Dagang Tasteful
  • Dagang Telegram
  • DagangTracks
  • Eksportado
  • Importila
  • Importology
  • Procureocity
  • Eksport Prism
  • Kapaltastic
  • Tradeopedia
  • Bisneslux

6 Langkah Sistematik untuk Dapatkan Nama Bisnes Import dan Eksport

Seperti yang telah kami katakan, memilih nama untuk bisnes import dan eksport anda adalah proses yang sangat penting.

Secara umumnya, syarikat atau bisnes import dan eksport tidak begitu menitikberatkan kreativiti pada nama. Bukan menjadi sesuatu yang luar biasa apabila nama bisnes kedengaran hampir sama dengan satu sama lain.

Namun kurang kreativiti tidak bermaksud nama itu tidak menarik dan tidak unik. 

Anda boleh fokus kepada nama yang bersifat deskriptif dan gabungkan dengan perkataan yang boleh memberitahu nilai dan kepakaran bisnes anda kepada bakal pelanggan.

Berikut adalah langkah mudah dan sistematik untuk mencari nama bisnes import dan eksport.

1. Buat kajian mendalam tentang bisnes anda dan industri 

Sebelum pergi lebih jauh, anda perlu tahu segalanya tentang bisnes anda sendiri: apakah perkhidmatan yang anda tawarkan secara khusus? apakah identiti atau personaliti bisnes anda? Apakah pengalaman yang anda tawarkan kepada pelanggan?

Tuliskan manfaat utama perkhidmatan yang anda sediakan dan juga apakah yang membuatkan bisnes anda anda unik.

Dengan membuat kajian menyeluruh, anda boleh mengenal pasti beberapa kata kunci yang relevan.

2. Kata kunci

Proses mencari kata kunci yang bagus dan berkesan boleh dimulakan dengan boleh merujuk thesaurus, kamus. laporan, majalah atau penulisan digital yang berkaitan dengan industri import dan eksport.

Melalui pengetahuan mendalam terhadap bisnes dan industri seperti langkah sebelum ini, anda boleh senaraikan adjektif yang dapat menggambarkan strategi bisnes atau keunikan perkhidmatan bisnes anda.

Secara tipikalnya, kata kunci boleh terbahagi kepada dua:

  • Kata kunci khusus – perkataan khusus yang membantu sesebuah bisnes import dan eksport lebih menonjol atau berbeza dengan pesaing yang lain.
  • Kata kunci generik – perkataan umum atau istilah yang biasa digunakan di dalam industri untuk membantu pelanggan mengenal pasti produk atau perkhidmatan ditawarkan.

Proses ini lebih bagus dilakukan secara berkumpulan. Dapatkan bantuan sahabat atau rakan kongsi bisnes anda. 

Kunci utama untuk proses brainstorming ini adalah memberi kebebasan mencari senarai kata kunci yang boleh memberi idea dan inspirasi jika digabungkan dengan perkataan lain.

3. Analisis pesaing

Kenal pasti pesaing anda di dalam industri yang sama. 

Lihat setiap agensi atau syarikat import dan eksport antarabangsa dan tempatan sedia ada di pasaran. Ketahui bagaimana syarikat yang berjaya memilih nama mereka dan apakah maksud tersirat dan tersurat nama tersebut.  

Senaraikan kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.

4. Senarai pendek

Setelah melalui proses mencari kata kunci, buat satu senarai pendek untuk idea dan nama pilihan.

Pilih sekurang-kurangnya lima nama yang sedap, boleh menggambarkan kreativiti perkhidmatan dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian pelanggan.

Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:

  • Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
  • Adakah nama tersebut kena produk atau perkhidmatan anda?;
  • Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama agensi bisnes import dan eksport lain?

Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.

Proses ini lebih mudah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami.

Anda boleh masukkan kata kunci ke dalam ruangan dan jana nama serta merta.

Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport akan memaparkan beratus-ratus pilihan nama untuk anda pilih. Jika perlu, pilih pilihan tambahan yang disediakan (contoh: bilangan suku kata dan had aksara) mengikut kesesuaian. 

5. Dapatkan maklum balas

Nama yang mudah dan menarik lebih mudah melekat di ingatan pelanggan. 

Seterusnya, nama yang mudah diingat oleh pelanggan mempunyai faktor kebolehpasaran yang tinggi dan boleh membuatkan pelanggan berminat mendapatkan perkhidmatan anda.

Jadi untuk ketahui sama ada nama yang dipilih mendapat reaksi positif daripada orang luar, anda perlu dapatkan maklum balas mereka.

Salah satu cara paling mudah tetapi berkesan adalah dengan menyebut nama yang disenarai pendek kepada rakan-rakan. Perhatikan reaksi mereka kerana ia boleh menjadi penanda aras sama ada nama tersebut menarik dan kedengaran positif.

Selain itu, anda juga boleh tanyakan kepada orang ramai soalan seperti:

  • Antara nama yang disenarai pendek, yang manakah dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan perkhidmatan anda?; dan
  • Nama yang manakah membuatkan mereka berminat untuk tahu lebih lanjut?

Melalui maklum balas, anda akan dapat kenal pasti yang mana satu nama yang telah disenarai pendek tidak sesuai.

Ketika Jack Ma mendapat idea untuk menamakan bisnesnya sebagai Alibaba, beliau sendiri telah mendapatkan maklum balas lebih daripada 30 orang untuk mengesahkan sama ada mereka tahu tentang kisah Ali Baba.

Setelah mendapati semua maklum balas yang diterima positif dan nama tersebut adalah kisah yang diketahui oleh semua orang, barulah beliau pasti itulah nama terbaik untuk bisnesnya.

6. Semak ketersediaan 

  • Domain

Tahukah anda, selepas penstrukturan korporat Google menjadi anak syarikat sebuah syarikat induk dinamakan Alphabet inc?

Dan tahukah anda lagi, domain untuk Alphabet inc bukan Aplhabetinc.com atau Alphabet.com? Mengapa boleh berlaku sebegitu meskipun mereka syarikat gergasi teknologi di dunia?

Alphabet.com merupakan domain yang dimiliki oleh anak syarikat gergasi automotif iaitu BMW.

Alphabet Inc ditubuhkan kira-kira pada tahun 2015, dan ketika penubuhannya domain dengan ejaan yang sama telah dimiliki oleh pihak lain.

Jadi, pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain (ejaan yang sama).

Istilah cybersquatting mungkin baru bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.

Bisnes import dan eksport melibatkan demografik dan geografi yang berbeza, laman web mungkin menjadi cara paling nyata dan praktikal untuk rakan niaga anda mengetahui bisnes anda dengan lebih mendalam.

Terdapat beberapa platform yang menyediakan semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami.

Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.

  • Media Sosial

Media sosial penting untuk aktiviti pemasaran bisnes anda.

Semak sama ada nama bisnes yang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.

Pastikan ejaan dan bilangan aksara nama pilihan untuk bisnes import dan eksport anda mengikut aturan yang ditetapkan oleh media sosial.

Soalan Lazim

Nama sendiri boleh membuatkan nama syarikat menjadi unik dan lebih mudah untuk mendapatkan ketersediaan domain. Anda boleh gunakan Penjana Nama Bisnes Import dan Eksport kami untuk dapatkan satu perkataan dan gabungkan dengan nama anda untuk membentuk frasa nama yang pendek dan unik.

Untuk menjalankan bisnes import dan eksport, kemungkinan besar anda memerlukan permit dan lesen daripada agensi kerajaan tertentu. Jadi, anda perlu daftarkan nama syarikat anda di SSM untuk layak memohon permit mengimport dan mengeksport barangan.

Penulis

Hafizie Zack

Hafizie Zack

Peguam korporat dan seorang penulis dwibahasa untuk material perundangan, teknologi & kreatif. Berpengalaman selama sepuluh tahun di dalam penulisan. Teruja dengan idea meneroka rahsia di sebalik nama bisnes, seperti sebuah anagram yang hanya mampu diselesaikan oleh Indiana Jones.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki