Idea & Panduan Penjana Nama Arked

Jana nama bisnes arked anda di bawah ini dengan hanya menggunakan dua langkah mudah sahaja

1. Pilih kata kunci nama arked anda

Fikirkan satu perkataan yang berkaitan dengan permainan arked sebagai kata kunci yang akan dijana

2. Dapatkan idea Nama Arked anda

Teknologi AI telah membantu Penjana Nama Arked untuk menjana nama arked yang unik seperti yang disenaraikan

3. Pilih Nama Arked anda

Pilih idea Nama Arked yang unik yang telah dijana khusus untuk anda sebagai Nama Arked rasmi anda

Permainan arked selalu dikaitkan dengan masa yang menggembirakan bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Jika anda ingin memulakan kedai arked, anda juga perlu memastikan nama perniagaan anda menggambarkan suasana yang riang dan menyeronokkan.

Oleh itu, kami ingin membantu anda mendapatkan nama perniagaan arked yang menarik. Melalui artikel ini, kami akan memperkenalkan kepada anda Penjana Nama Arked dan bagaimana penjana nama perniagaan kami ini boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan yang terbaik.

Oleh itu, mari lihat 20 contoh nama bisnes arked di bawah.

20 Contoh Nama Bisnes Arked

  • Visit Arked
  • Arch Arked
  • Arkedopedia
  • Vintage Arked
  • Arked Jungle
  • Token Combat
  • Token Raven
  • Token Shoot
  • Token Tactic
  • Token Bandit
  • Permainan Bazaar
  • Permainan Genix
  • Nexus Permainan
  • Permainan Utopia
  • Pusat Arena
  • Pusat Quest
  • Pusat Genic
  • Pusat Go
  • Pusat Ape
  • Pusat Vault

Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Arked?

Penjana Nama Arked kami sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu mengikuti 5 langkah mudah di bawah:                        

Kunjungi laman utama kami                                                               

Jika anda membaca panduan ini, bermakna anda berada di laman Penjana Nama Arked yang betul. Untuk menjana idea nama arked, anda boleh masukkan terus kata kunci yang ingin dijana di halaman ini. Ataupun, pergi ke laman utama Penjana Nama Bisnes kami dengan menekan pautan ini.

Untuk makluman anda, menggunakan platform menjana nama perniagaan yang betul sangat penting. Ini kerana, anda tidak akan dapat menjana nama arked atau perniagaan lain secara percuma dan tiada had masa jika anda menggunakan platform pesaing kami. Jadi, untuk mengelakkan masalah sebegitu daripada berlaku, pastikan anda berada di laman rasmi Business Name Generator.

Pilih bahasa untuk digunakan

Anda tidak semestinya perlu menggunakan bahasa Inggeris sahaja untuk menjana idea nama arked. Malah, anda boleh memilih untuk menggunakan kata kunci dalam bahasa Malaysia juga. Dan jika anda merasakan sesetengah perkataan kedengaran lebih unik dalam bahasa asing, Penjana Nama Bisnes kami tetap boleh menjana idea nama arked yang unik untuk anda.

Di platform penjana nama perniagaan kami, anda boleh menggunakan 19 bahasa. Antaranya ialah:

  • Bahasa Sweden
  • Bahasa Portugis                                              
  • Bahasa Rusia
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Thai           
  • Bahasa Indonesia             

Jika anda tertanya-tanya bagaimana Penjana Nama Bisnes kami boleh menjana idea nama arked dalam pelbagai bahasa, ini kerana platform ini dilengkapi dengan teknologi AI. Oleh itu, setiap idea nama bisnes yang dijana dijamin unik serta relevan.

Pilih kata kunci                                                 

Langkah seterusnya ini sangat penting dalam menentukan hasil idea nama arked yang akan dijana. Anda perlu memilih satu atau lebih perkataan yang sesuai digunakan sebagai kata kunci. Untuk makluman juga, Penjana Nama Bisnes kami boleh menjana tiga kata kunci sekaligus.

Tetapi, pastikan setiap kata kunci yang dimasukkan dijarak menggunakan tanda koma. Jika anda hanya menjana satu kata kunci sahaja tanda koma tidak perlu digunakan    

Jika anda perhatikan, kami telah menggunakan 4 kata kunci untuk menjana idea nama perniagaan arked di atas. Kata kunci tersebut adalah:

  • Arked
  • Pusat
  • Token
  • Permainan           

Anda boleh menggunakan apa sahaja ayat yang anda mahu guna sebagai kata kunci. Hanya pastikan ayat tersebut berkaitan dengan perkhidmatan yang perniagaan anda sediakan. Jangan lupa untuk menekan butang jana selepas anda memasukkan kata kunci ke ruangan yang disediakan.                                            

Perincikan pilihan nama

Selepas anda menekan butang jana, anda akan dibawa terus ke laman hasil idea nama perniagaan yang sudah dijana. Di laman ini, anda akan dapat melihat sekurang- kurangnya 7,000 idea nama perniagaan.

Pilihan yang ada untuk anda sememangnya banyak. Oleh itu, kami ingin memudahkan anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang paling sesuai dengan mengaktifkan beberapa ciri unik penjana nama perniagaan kami. 

Untuk mengaktifkan ciri tersebut, kami ingin memperkenalkan kepada anda fungsi tapisan industri dan nama kami.      

Fungsi tapisan industri

Fungsi ini bertujuan agar anda dapat menjana nama perniagaan yang lebih relevan kepada industri perkhidmatan anda. Penjana nama perniagaan kami telah menyediakan 53 industri yang anda boleh pilih. Antaranya ialah:

  • teknologi
  • automotif
  • Perkhidmatan                                                                 
  • comel
  • Kraf
  • permainan

Untuk perniagaan arked, anda boleh memilih industri permainan. Anda juga boleh memilih lebih daripada satu industri yang anda rasa berkaitan dengan perniagaan anda.

Jangan lupa untuk menekan butang ‘gunakan’ untuk membolehkan anda mengaktifkan fungsi tapisan industri ini.                     

Fungsi tapisan nama                           

Fungsi tapisan nama membolehkan anda untuk melakukan tetapan kepada struktur nama perniagaan anda yang dijana. Fungsi tapisan nama ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang boleh diaktifkan secara serentak.

Fungsi tapisan nama tersebut adalah:

  • Tetapan bilangan karakter : 5 – 15
  • Tetapan bilangan perkataan : 1-2
  • Tetapan posisi kata kunci : sebelum atau selepas idea nama perniagaan
  • Tetapan nama berima

Pilih semula nama perniagaan anda

Selepas anda mengaktifkan fungsi tapisan industri dan juga nama, anda kini mendapat pilihan idea nama perniagaan yang lebih sedikit tetapi lebih terperinci. Pilihlah nama perniagaan yang berkenan di hati anda.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menyemak sekali gus ketersediaan nama domain nama perniagaan yang anda telah pilih dengan menggunakan Penjana Nama Arked kami. 

5 Tips Nama Perniagaan yang Unik

Mencari idea nama yang menarik serta mudah untuk diiktiraf oleh Suruhanjaya perniagaan Malaysia tidak mudah. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 tips di bawah.

Kenal pasti produk serta perkhidmatan anda

Cara terbaik untuk memastikan nama perniagaan anda menarik dan unik adalah dengan mengenal pasti apakah perkhidmatan yang perniagaan anda tawarkan. Dengan berpandukan ini, anda juga dapat mengenal pasti mengapa perkhidmatan perniagaan anda lebih unik dari perniagaan yang lain.

Untuk perniagaan arked anda mungkin mahu menggunakan perkataan di bawah ini sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda:                     

  • Hiburan
  • Arked
  • Arena
  • Pusat
  • Token
  • Permainan

Untuk anda yang memerlukan bantuan dalam mencari perkataan yang unik serta berkaitan dengan arked, lawati laman Thesaurus.com. Anda perlu menggunakan perkataan bahasa Inggeris untuk mencari perkataan lain yang bersinonim dengan perkataan yang anda cari. Jika anda memilih untuk menggunakan bahasa Malaysia, terjemahkan sahaja perkataan Inggeris yang anda ingin gunakan menggunakan kamus dalam talian.

Lakukan sumbang saran        

Anda juga boleh melakukan sumbang saran bersama pasukan anda. Jika anda hanya ada rakan kongsi, anda juga boleh duduk dan berbincang bersama rakan kongsi anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang terbaik. 

Menurut Indeed, anda boleh mengikuti 5 tips mudah di bawah untuk mengadakan sesi sumbang saran yang berkesan:

  1. Jemput individu dari latar belakang yang berbeza
  2. Alih perhatian sepanjang sesi mesyuarat
  3. Kenal pasti kekangan
  4. Ambil masa untuk diam sebentar
  5. Benarkan idea dihantar secara rahsia (tanpa penama)  

Dengan berpandukan 5 tips sesi sumbang saran ini, anda pasti dapat mencari idea nama perniagaan yang lebih bernas lagi. Tambahan pula, cara ini juga akan membuka mata anda kepada sebarang kekangan yang anda tidak pernah perasankan selama ini.

Guna nama penaung

Cara terunik yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik adalah dengan menggunakan nama penaung perniagaan anda. Penaung yang dimaksudkan di sini adalah:

  1. Individu yang menjadi penasihat perniagaan anda
  2. Perencana perniagaan ataupun perniagaan anda             
  3. Pemegang saham terbesar perniagaan anda

Selalunya, pengasas perniagaan ialah penaung utama sesebuah perniagaan. Ini juga bermaksud, anda boleh menggunakan nama anda sendiri untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda.             

Sebagai contoh:

  1. Pusat Arked Silva
  2. Token Master Ah Chong                                                                              

Dengan menggunakan nama anda sendiri ataupun penaung perniagaan anda, anda pasti dapat mengelakkan perniagaan anda daripada menggunakan nama perniagaan yang telah didaftar. Untuk pengetahuan, anda tidak boleh mendaftar nama perniagaan yang pernah didaftarkan di Malaysia.

Semak ketersediaan nama          

Jika anda sudah mendapatkan senarai idea nama perniagaan yang anda mahu gunakan, anda harus menyemak ketersediaan nama tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda menyenaraikan 5 nama perniagaan yang anda ingin gunakan.

Sekiranya salah satu idea nama perniagaan yang anda senaraikan sudah didaftarkan, anda ada 4 lagi idea nama perniagaan yang anda boleh gunakan. Untuk  menyemak ketersediaan nama perniagaan, anda boleh menyemak di laman Suruhanjaya perniagaan Malaysia.

Cara menyemak pula agak mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari laman SSM
  2. Lakukan pendaftaran sebagai pengguna dan log masuk  
  3. Cari butang ‘Search”
  4. Masukkan nama perniagaan yang anda ingin gunakan

Jika nama yang anda masukkan sudah berdaftar, bermakna anda tidak boleh lagi menggunakan nama yang sama untuk perniagaan anda.

Guna penjana nama kami                                 

Tips seterusnya ini akan memudahkan anda mendapatkan nama perniagaan yang terbaik tanpa perlu risau akan ketersediaan nama. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya menggunakan Penjana Nama Arked kami. 

Penjana nama perniagaan kami ini boleh menjana nama perniagaan yang tidak pernah didaftarkan di mana-mana. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan ketersediaan nama perniagaan yang dicadangkan untuk anda.

Selain itu, nama yang dijana juga hasil daripada kata kunci yang anda masukkan. Ini bermakna, anda tidak perlu risau sekiranya idea nama perniagaan yang dijana tidak mempunyai identiti perniagaan anda.  

Dengan erti kata lain, penjana nama kami akan menjana nama perniagaan yang dijamin akan menepati cita rasa anda. Tambahan pula, anda boleh menggunakan penjana nama perniagaan kami tanpa perlu membayar satu sen pun.                                 

3 Bisnes Arked Terkenal

Joypolis

Joypolis ialah rangkaian taman hiburan dan pusat arked yang sangat terkenal di Jepun. Taman tema yang direka oleh Sega ini tidak hanya dibuka di Jepun, malah di negara lain seperti China, United Kingdom dan juga Australia.

Tarikan utama taman tema ini sudah semestinya mesin- mesin arked mereka yang menawarkan pelbagai permainan yang unik dan menarik. Tetapi, kami juga yakin pilihan nama “Joypolis” juga antara sebab taman hiburan dan pusat arked ini menarik perhatian orang ramai.

Ini kerana, perkataan “Joy” yang digunakan sebagai sebahagian daripada nama arked ini membawa maksud “kegembiraan” ataupun “keseronokan”. Pada pandangan kami, ini sangat sesuai digunakan dan sangat mudah untuk melekat di minda para pengunjung. 

Funspot

Funspot ialah pusat arked yang tersenarai dalam buku Guinness World Record kerana merupakan pusat arked yang terbesar di dunia. Funspot yang terletak di New Hampshire, USA ini menyajikan pelbagai permainan mesin arked klasik dan moden.

Jika anda perhatikan, nama pusat arked ini sangat ringkas. “Funspot” jika diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia membawa maksud “Tempat hiburan”. Ini sangat sesuai digunakan untuk menggambarkan suasana pusat arked.

The Heart of Gaming

The Heart of Gaming ialah taman hiburan arked yang berlokasi di London, United Kingdom. Pusat Arked ini mula beroperasi pada tahun 2013. Pusat arked ini unik kerana menampilkan banyak mesin arked yang klasik kerana pengasas The Heart of Gaming sememangnya pengumpul mesin arked klasik.

Pemilihan nama “The Heart of Gaming” pada pandangan kami sangat bersesuaian dengan motif serta minat pengasas pusat arked ini sendiri. Ini kerana, dengan menyediakan permainan arked terbesar di London, nama perniagaan ini membawa mesej yang selaras dengan permainan yang disediakan.           

3 Keunikan Penjana Nama Arked kami

Jika anda belum yakin lagi mengenai keupayaan Penjana Nama perniagaan kami, kami ingin memperkenalkan kepada anda mengapa penjana nama perniagaan kami ini adalah pilihan yang terbaik.                                         

Percuma

Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan idea nama perniagaan atau arked idaman anda apabila menggunakan Penjana Nama Arked kami. Ini kerana, laman Penjana Nama Bisnes kami merupakan sebahagian daripada program ahli gabungan atau affiliate. Di mana, laman kami dibayar melalui komisen program ini.

Oleh itu, anda boleh menggunakan semua kemudahan yang ditawarkan melalui laman penjana ini tanpa sebarang sekatan masa. Antara kemudahan premium yang anda boleh gunakan adalah kemudahan untuk menyemak ketersediaan domain

Dipercayai ramai                                                                                

Penjana Nama Bisnes kami telah berjaya membantu lebih 3 juta pengguna di seluruh dunia dalam membantu mereka mendapatkan idea nama perniagaan yang unik dan menarik. Jadi tidak hairanlah mengapa platform penjana nama perniagaan ini mendapat penarafan 4.7 bintang. Kami percaya bahawa penarafan yang diberikan ini disumbang oleh faktor-faktor berikut:

  • Pilihan idea nama bisnes yang banyak
  • Kebolehgunaan platform Penjana Nama Bisnes
  • Keselamatan pengguna (laman web dilengkapi dengan teknologi penyulitan)

Hingga ke hari ini laman utama kami mendapat kunjungan lebih 4 juta pengguna setiap bulan. Kini, tiba giliran untuk anda pula menjadi pengguna utama Penjana Nama Bisnes kami.     

Pilihan idea nama bisnes yang unik

Apabila anda menggunakan penjana nama perniagaan kami, hasil idea nama bisnes yang dijana dijamin unik. Ini tidak mustahil apabila platform utama penjana nama perniagaan kami dilengkapi dengan teknologi AI. Anda pasti ingin tahu bagaimana teknologi AI membantu dalam menjana nama perniagaan yang unik.

Untuk pengetahuan, teknologi AI yang digunakan platform kami boleh mengumpul serta mempelajari semua data yang dimasukkan dengan sangat pantas. Data seperti kata kunci, pilihan industri dan tetapan idea nama yang dipilih akan membantu AI mempelajari pilihan utama pengguna. Oleh itu, idea nama bisnes yang dijana seterusnya akan lebih menarik serta unik.

Soalan Lazim

Untuk menamakan bisnes arked anda, anda boleh menggunakan Penjana Nama Arked kami. Penjana Nama Arked kami boleh menjana nama perniagaan yang unik dan menarik. Selain itu, penjana perniagaan kami ini percuma untuk digunakan tanpa ada had masa menggunakannya.

Terdapat beberapa contoh nama bisnes arked yang menarik di luar sana. Salah satu contoh pusat arked yang terkenal dikenali sebagai Funspot. Jika anda perhatikan, nama ini sangat ringkas tetapi membawa makna yang ceria dan sangat sesuai digunakan untuk menggambarkan sebuah pusat arked.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki