Memulakan perniagaan dalam bidang berkaitan dengan kesihatan dan terapi sangat mendebarkan, tetapi membuahkan hasil yang lumayan jika anda memiliki potensi yang tinggi dalam bidang ini.
Banyak faktor yang anda harus kira terutama sekali jika anda ingin terlibat dalam industri kesihatan. Antaranya:
- Adakah anda memiliki sijil perkhidmatan dari badan kesihatan yang berdaftar?
- Adakah anda mempunyai kakitangan yang terlatih?
- Adakah anda mempunyai tapak lokasi yang strategik dan diluluskan?
- Adakah anda memiliki nama bisnes yang sesuai?
Oleh itu, dalam artikel idea dan panduan menggunakan Penjana Nama Bisnes Terapi ini, kami akan berkongsi dengan anda bagaimana penjana nama perniagaan kami ini boleh membantu anda mengorak langkah lebih jauh dalam dunia perniagaan.
Bagaimana kami boleh melakukannya? Teruskan membaca!
20 Nama Bisnes Terapi
- Minda Ease
- Minda Euphoria
- Minda Vita
- Minda Dr.
- Minda Detox
- Minda Zen
- Terapi Prosper
- Terapi Naturo
- Terapi Connect
- Terapi Refuge
- Terapi Essential
- Rehab Relieve
- Rehab Essence
- Rehab Clinic
- Rehab Accord
- Vita Rehab
- Dr. Rehab
- Prime Terapi
- Viva Terapi
- Clinic Terapi
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Terapi?
Jika anda ingin tahu bagaimana kami menjana 20 nama bisnes terapi di atas, sila ikuti 5 langkah mudah di bawah.
Layari laman sesawang kami
Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah layari laman sesawang kami di www.businessnamegenarator.com. Sebelum anda mula menjana nama bisnes terapi bersama kami, pastikan anda menekan butang setuju untuk membenarkan kami menggunakan kuki.
Anda juga boleh memilih untuk tidak membenarkan kami menggunakan kuki. Namun kuki ini akan membolehkan kami menjana nama yang paling sesuai untuk bisnes terapi anda.
Antara pautan yang anda boleh semak adalah seperti pautan Penjana Nama, perisian bisnes dan blog. Di bahagian tengah-tengah laman ini adalah ruangan yang anda akan gunakan untuk menjana nama bisnes terapi.
Langkah seterusnya akan menerangkan kepada anda dengan lebih jelas lagi bagaimana anda boleh menggunakan ruangan penjana nama ini.
Pilih bahasa
Kami menyediakan 19 bahasa termasuk bahasa Malaysia untuk anda gunakan. Ini supaya semua pengguna kami tidak kira dari negara mana pun pasti dapat menjana nama bisnes mereka.
Untuk pengetahuan anda, khidmat teknologi kecerdasan buatan membantu kami menjana nama perniagaan dalam pelbagai bahasa. Oleh sebab itulah kualiti idea nama yang dijana dijamin berkualiti.
Antara bahasa yang ada disediakan adalah seperti berikut:
- Bahasa Korea
- Bahasa Thai
- Bahasa Portugis (Portugal)
- Bahasa Sweden
- Bahasa Itali
- Bahasa Belanda dan banyak lagi
Jangan risau, anda boleh menjana nama menggunakan lebih daripada satu bahasa tanpa ada bayaran ataupun batasan masa. Selain daripada menjana nama menggunakan bahasa asing, kami juga turut menyediakan panduan serta inspirasi dalam bahasa yang anda pilih.
Oleh itu, jangan teragak-agak untuk menggunakan penjana nama perniagaan kami.
Pilih kata kunci
Langkah seterusnya ini sangat penting untuk anda lakukan. Ini kerana, anda tidak dapat menjana nama idea nama perniagaan tanpa memasukkan kata kunci terlebih dahulu. Gunakan perkataan yang boleh menggambarkan perniagaan anda sebagai kata kunci yang akan dijana..
Anda boleh menggunakan apa sahaja kata kunci yang berkaitan dengan bisnes terapi. Jika anda mahu gunakan nama anda sendiri, anda juga boleh memasukkannya ke dalam ruangan jana.
Pastikan kata kunci yang anda pilih memiliki ciri-ciri ini:
- Lebih dari 3 abjad
- Tidak menggunakan nombor
- Tidak menggunakan emoji
- Tidak menggunakan simbol
Secara umum, anda hanya boleh menggunakan abjad sahaja sebagai kata kunci.
Sebelum itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda kata kunci yang kami gunakan untuk menjana 20 nama bisnes terapi di atas.
Kata kunci yang digunakan adalah:
- Minda
- Terapi
- Rehab
Jika anda perhatikan kami hanya menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan industri kesihatan dan terapi sahaja. Tetapi, anda juga bebas untuk menggunakan kata kunci yang anda rasakan sesuai dengan identiti perniagaan anda.
Pastikan anda menekan butang jana setelah memasukkan kata kunci di ruangan yang disediakan.
Dapatkan idea nama yang terperinci
Satu kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan apabila anda menggunakan penjana nama bisnes kami adalah, anda pasti akan mendapat pilihan idea yang pelbagai.
Walaupun ini adalah kelebihan bagi sesetengah orang, kami yakin pasti ada yang merasakan proses memilih nama yang sesuai agak lama.
Oleh sebab itu, kami telah menyediakan Penjana Nama Bisnes Terapi yang dilengkapi dengan fungsi tapisan.
Fungsi tapisan kami terbahagi kepada dua:
Tapisan industri
Antara pilihan industri yang anda boleh aktifkan adalah:
- Semua pilihan industri
- Kesihatan
- Haiwan peliharaan
- eDagang
- Pertanian
Untuk nama bisnes terapi, industri kesihatan adalah pilihan yang terbaik. Anda juga boleh memilih industri perkhidmatan bersama dengan industri kesihatan untuk menjana nama bisnes yang lebih terperinci.
Tapisan nama
Tapisan nama mempunyai beberapa fungsi tetapan yang anda boleh aktifkan. Fungsi tetapan nama tersebut adalah seperti berikut:
1. Bilangan karakter
Tetapan bilangan karakter membolehkan anda menetapkan sama ada anda mahukan nama bisnes anda ringkas ataupun tidak. Oleh itu, anda boleh menetapkan bilangan karakter seminimum 5 sahaja untuk nama bisnes yang ringkas.
Jika anda mahukan nama bisnes yang lebih panjang, anda boleh menetapkan bilangan karakter lebih daripada 15.
2. Bilangan ayat nama bisnes
Untuk tetapan nama bisnes ini, anda boleh menandakan sama ada anda mahukan nama perniagaan hanya satu ataupun dua ayat maksimum untuk satu nama perniagaan.
3. Posisi kata kunci
Tetapan nama perniagaan ini membenarkan anda menentukan sama ada anda mahu kata kunci yang dimasukkan dijana bersama idea nama bisnes sebelum ataupun selepas idea nama tersebut.
4. Nama perniagaan berima
Tetapan nama perniagaan berima akan membantu anda mendapatkan nama bisnes yang lebih menarik bunyinya. Untuk mengaktifkan tetapan ini, tekan sahaja butang togol yang disediakan.
Pilih nama yang anda mahukan
Pastikan anda menekan butang “gunakan” selepas anda memilih tetapan tapisan yang anda mahukan. Kemudian, idea nama pilihan baharu akan dijana semula.
Untuk itu, anda hanya perlu memilih satu sahaja nama yang anda ingin gunakan sebagai tanda nama bisnes terapi anda. Anda juga boleh menyemak ketersediaan nama domain sekiranya anda berminat membuka laman web sendiri untuk perniagaan anda.
5 Kelebihan Menggunakan Penjana Nama Bisnes Terapi
Mari lihat 5 kelebihan yang anda boleh nikmati sekiranya menggunakan penjana nama bisnes terapi kami.
Tidak perlu mendaftar
Jika anda menggunakan penjana nama perniagaan yang lain, anda mungkin perlu melakukan pendaftaran sebagai ahli terlebih dahulu. Ini juga bermakna anda perlu mengingati kata laluan yang baharu hanya untuk menggunakan penjana nama perniagaan mereka.
Pasti melecehkan, bukan?
Berbeza pula jika anda menggunakan penjana nama perniagaan kami. Anda hanya memerlukan peranti mudah alih ataupun komputer riba dan rangkaian internet untuk menjana nama perniagaan bersama kami.
Kami memastikan para pengguna kami dapat menjana nama perniagaan yang mereka mahukan tanpa ada batasan.
0 sen
Memulakan perniagaan tidak mudah. Tambahan pula, banyak kos sampingan yang anda terpaksa langsaikan. Oleh itu, kami ingin membantu anda mengurangkan kos untuk memulakan perniagaan anda.
Bagaimana penjana nama bisnes terapi kami boleh membantu? Kami memastikan anda boleh mengakses serta menjana nama bisnes yang anda mahukan pada bila-bila masa tanpa perlu melakukan sebarang pembayaran.
Oleh itu, anda tidak perlu merasa teragak-agak untuk menjana nama perniagaan yang berkualiti tetapi tanpa sebarang bayaran.
Selamat digunakan
Seperti yang telah kami terangkan, kami akan meminta kebenaran anda terlebih dahulu untuk menggunakan kuki bagi mendapatkan pilihan idea nama perniagaan yang terbaik. Selain itu juga, penjana nama perniagaan kami sememangnya selamat.
Ini kerana, laman utama kami menggunakan teknologi penyulitan dan juga kecerdasan buatan yang tercanggih. Di samping itu juga, penjana nama perniagaan kami digunakan oleh 3 juta lebih peniaga baharu di seluruh dunia.
Majoriti mereka mengatakan penjana nama perniagaan kamilah yang terbaik. Ini terbukti melalui penarafan 4.7 bintang yang mereka berikan.
Anda pasti tertanya-tanya apakah yang kami maksudkan dengan unik, bukan? Unik tidak semestinya bermaksud menarik semata-mata.
Pelbagai bahasa
Tahukah anda, terdapat lebih dari 20 bahasa yang anda boleh pilih di platform penjana nama perniagaan kami ini?
Ya, tidak hanya bahasa Malaysia dan Inggeris sahaja yang disediakan. Jika anda ingin mengembangkan perniagaan ke negara lain seperti Jerman, tidak perlu risau, kerana anda boleh menjana nama perniagaan dalam bahasa Jerman.
Jika anda berminat untuk menembusi pasaran Eropah, penjana nama perniagaan kamilah yang terbaik. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, platform kami turut menyediakan bahasa seperti berikut:
- Belanda
- Portugal
- Perancis
- Greek
- Jerman
- Sepanyol
Banyak pilihan nama
Kami pasti anda mungkin masih masih ragu-ragu lagi mengenai penjana nama syarikat pelancongan kamu. Ya, anda pasti tertanya-tanya… “Bagaimana penjana nama perniagaan yang percuma boleh menjana nama bisnes yang pelbagai?”
Kepelbagaian merupakan ciri utama penjana nama kami. Jika anda tidak meletakkan sebarang tapisan, anda boleh menjana sebanyak lebih 7,999 pilihan idea nama.
Jika anda ingin menjana nama syarikat yang lebih spesifik, anda boleh menggunakan fungsi tapisan industri dan nama di bahagian kiri laman penjana kami. Dengan cara ini, pilihan nama yang dijana akan menjadi lebih kecil. Tetapi, anda akan dapat memilih nama syarikat yang sesuai dengan cita rasa anda dengan lebih pantas.
5 Nama Bisnes Terapi Terkenal
Di bahagian terakhir ini, kami akan berkongsi dengan anda 5 contoh bisnes terapi yang terkenal di dunia dan juga Malaysia. Anda boleh menggunakan sejarah nama mereka sebagai inspirasi.
BetterHelp
BetterHelp adalah platform kesihatan mental yang boleh diakses secara dalam talian oleh sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan terapi daripada pakar mereka. BetterHelp beroperasi di bawah industri psikoterapi.
Untuk pengetahuan anda, platform terapi ini diasaskan oleh Alon Matas dan juga Danny Bragonier pada tahun 2013. Walaupun bertapak di California, namun pengasas BetterHelp memastikan khidmat mereka boleh diakses oleh sesiapa dan juga di mana-mana.
Alon Matas nekad untuk mengasaskan BetterHelp apabila beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat kaunseling yang bersesuaian dengan kehendak masa beliau. Oleh itu, nama BetterHelp dipilih sebagai nama bisnes terapi beliau.
Nama bisnes terapi ini juga selaras dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ini kerana, anda boleh mengakses khidmat pakar kaunseling mereka 24 jam seminggu tanpa ada batasan masa dan tempat.
Talkspace
Talkspace adalah sebuah platform dalam talian yang menawarkan perkhidmatan kaunseling dalam talian. Talkspace diasaskan di New York oleh Oren dan Roni Frank pada tahun 2012.
Talkspace diasaskan oleh pasangan suami isteri setelah mereka berdua menjalani sesi kaunseling perkahwinan yang memberikan impak positif terhadap perkahwinan mereka berdua. Setelah itu, Roni Frank nekad untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana psikoanalisis dan psikoterapi.
Apa yang menarik mengenai Talkspace adalah, platform ini menyediakan khidmat pakar kaunseling yang berlesen. Oleh itu, para pelanggan Talkspace boleh merasa selesa dan yakin untuk berkongsi masalah mereka di platform ini.
Tidak banyak yang kita ulas mengenai nama perniagaan ini. Namun melalui pemerhatian kami, nama “Talkspace” dipilih sebagai nama perniagaan ini kerana nama ini membawa makna “ruangan bercakap”. Ini sesuai dengan suasana semasa sesi psikoterapi.
Doctor on Demand
Doctor on Demand adalah pembekal perubatan 24 jam seminggu yang dipercayai. Bidang rawatan khusus Doctor on Demand adalah rawatan segera, kesihatan mental, pencegahan dan rawatan kronik. Para pesakit akan mendapat rawatan dari pakar perubatan dan psikologis yang berlesen.
Untuk pengetahuan anda, Doctor on Demand diasaskan pada tahun 2013. Misi utama pembekal perubatan dalam maya ini adalah untuk meningkatkan kesihatan dunia melalui inovasi dan juga belas kasihan.
Oleh kerana pengasas Doctor on Demand percaya bahawa semua orang perlu diberikan akses yang sama terhadap pakar perubatan yang berdaftar tanpa mengira masa diperlukan, nama “Doctor on Demand” dipilih untuk dijadikan sebagai nama perniagaan ini.
Two Chairs
Two Chairs adalah sebuah pusat terapi yang diterajui oleh golongan profesional dalam bidang penjagaan klinikal, teknologi dan reka cipta yang menghubungkan masyarakat dengan rawatan terapi mental pada bila-bila masa.
Two Chairs ditubuhkan oleh Alex Katz ini direka khas untuk memastikan semua orang boleh menerima rawatan tanpa perlu risau akan bayaran yang terlampau mahal. Oleh kerana beliau tahu bahawa kos rawatan kaunseling dan terapi sangat mahal di Amerika Syarikat, beliau mengambil ikhtiar untuk menubuhkan Two Chairs.
Nama “Two Chairs” dipilih sebagai nama perniagaan terapi ini kerana Alex percaya bahawa pembekal terapi harus mudah untuk dicari oleh sesiapa sahaja. Tetapi pada masa yang sama memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menerima pesakit secara lapang dada.
Secara lebih spesifik, “Two Chairs” adalah simbolik kepada kepercayaan terbina yang mendalam antara klien dengan pakar terapi.
The Mind Faculty KL
The Mind Faculty KL adalah sebuah klinik kesihatan mental yang terletak di Kuala Lumpur Malaysia. Klinik kesihatan mental ini adalah antara yang pertama di Malaysia yang menawarkan rawatan premium kepada pesakit yang memerlukan.
Klinik rawatan kesihatan mental ini diterajui oleh 20 orang pakar perubatan dalam bidang psikiatrik, psikologikal, kaunseling dan terapi. Selain itu juga, The Mind Faculty KL turut bekerjasama dengan badan korporat yang lain untuk mengadakan sesi kaunseling kepada para pekerja.
Ini bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih sihat. Antara program yang ditawarkan kepada badan korporat ini adalah Program Bantuan Pekerja (EAP). Untuk pengetahuan anda The Mind Faculty KL adalah pembekal HRDF yang berdaftar.
Pada pandangan kami, nama bisnes terapi ini sangat sesuai dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Penggunaan ayat “Mind” yang membawa maksud minda sudah jelas menyatakan bahawa ini adalah pusat rawatan kesihatan minda.