Penjana Nama Perniagaan Kraf Tangan

Jana nama & idea untuk Perniagaan Kraf Tangan di bawah.

Cara Menamakan Perniagaan Kraf Tangan

Adakah anda tercari-cari nama untuk perniagaan kraf Tangan atau anda sedang menjenamakan semula perniagaan kraf tangan anda?

Tidak kira nama baru atau menggantikan nama sedia ada, kriteria yang diidamkan tetap sama; nama itu perlulah sempurna.

Nama saya Ashley dan saya seorang pakar penjenamaan dan pemasaran.

Saya tahu, untuk mendapat nama yang menarik, pintar dan tidak dapat dilupakan memang sukar.

Apatah lagi, anda perlu mencari nama mempunyai suntikan kreativiti dan digemari oleh pelanggan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Tetapi anda tidak perlu risau, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara mendapatkan nama perniagaan kraf tangan yang berkualiti dan berjenama. 

Pertama sekali, saya akan berkongsi 20 idea nama perniagaan kraf tangan saya sendiri. Kemudian saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana mencipta idea anda sendiri.

Saya mengesyorkan agar anda mencuba penjana nama perniagaan kraf tangan kami terlebih dahulu sebelum mengikuti panduan ini.

Inilah senarai 20 idea nama saya

  1. Craft n’ Creations
  2. Happy Crafts
  3. Handy Mandy
  4. The Craft House
  5. Craft Angels
  6. Treehouse Crafts
  7. Crafterina
  8. The Art Box
  9. Dreamy Designs
  10. Tiny Tops
  11. FairyCraft
  12. Crafty Affair
  13. JoyBox Design
  14. BetterCraft
  15. Craft junkie
  16. Craft Foundry
  17. The Craft Nook
  18. Artful Things
  19. The Rustic Door
  20. Frosted Saddle

Empat Langkah Menamakan Perniagaan Kraf Tangan

Saya akan membimbing anda menjana nama yang menawan, menarik dan sangat bersesuaian dengan perniagaan kraf tangan melalui empat langkah yang saya gunakan. 

Pertama sekali, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana saya menghasilkan 20 idea nama awal. Selepas itu saya akan mencipta nama perniagaan kraf tangan yang menarik, mudah diingat, senang diucapkan dan berjenama.

Ayuh, mari kita mulakan bersama-sama.

Pertama: Sumbang saran idea

Mulakan dengan sumbang saran apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda. 

Saya menggunakan perkataan seperti “Arts”, “Creations, “Tree house” dan “Designs’  untuk memberi gambaran menarik.

Gambaran sebegini juga boleh diperolehi dengan perkataan Bahasa Melayu seperti “Reka” “Tenun” “dan “Seni”.

Pelanggan dapat mengaitkan perkataan tersebut dengan perniagaan kraf tangan dan memudahkan mereka untuk mengingati perkataan itu.

Objektif proses ini adalah untuk membuat senarai perkataan atau nama yang terlintas dalam fikiran ketika memikirkan perniagaan anda.

Sekiranya anda buntu memikirkan perkataan yang boleh digunakan, anda juga boleh mencuba penjana nama perniagaan kami.

  • Craft n’ Creations
  • Happy Crafts
  • Handy Mandy
  • The Craft House
  • Craft Angels
  • Treehouse Crafts
  • Crafterina
  • The Art Box
  • Dreamy Designs
  • Tiny Tops
  • FairyCraft
  • Crafty Affair
  • JoyBox Design
  • BetterCraft
  • Craft junkie
  • Craft Foundry
  • The Craft Nook
  • Artful Things
  • The Rustic Door
  • Frosted Saddle

Kedua: Senarai pendek idea

Setelah membuat senarai nama, buat analisiskan terhadap idea anda. Buang nama yang sukar diingat, dieja atau diucapkan dengan lantang. 

Simpan nama yang boleh dijenamakan, kedengaran elok bila disebut, mudah diingat dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada khalayak sasaran anda.

Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk menyemak idea dan memendekkan senarai nama:

  • Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
  • Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
  • Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
  • Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
  • Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?

Senarai pendek saya:

  • The Art Box
  • Handy Mandy
  • Dreamy Designs
  • Crafterina

Idea yang dibuang:

  • Craft n’ Creations
  • Happy Crafts
  • The Craft House
  • Craft Angels
  • Treehouse Crafts
  • Tiny Tops
  • FairyCraft
  • Crafty Affair
  • JoyBox Design
  • BetterCraft
  • Craft junkie
  • Craft Foundry
  • The Craft Nook
  • Artful Things
  • The Rustic Door
  • Frosted Saddle

Ketiga: Dapatkan maklum balas

Kini anda mempunyai tiga hingga enam senarai nama perniagaan kraf tangan yang sesuai. Anda boleh mula meminta maklum balas dari bakal pelanggan atau mereka yang terlibat di dalam industri ini (khalayak sasaran anda). 

Elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan. Mereka cenderung untuk memuji semua idea dan mereka bukan pelanggan anda.

Pastikan anda tanyakan soalan seperti:

  • Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
  • Bagaimana anda mengejanya?

Dengan maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama ini masih relevan? Dan adakah ini mewakili perniagaan anda seperti yang anda inginkan?

Maklum balas pelanggan saya:

The Art Box

Nama ini meyampaikan kreativiti.

Handy Mandy

Rima bunyi nama ini membuatkan ia mudah untuk diucap dan diingat.

Dreamy Designs

Nama ini menyampaikan kedua-dua kreativiti dan keunikan. Rima dan maksud perkataan yang menarik membuatkan ia tidak mudah dilupakan.

Crafterina

Nama ini unik dan mempunyai unsur berjenama yang bagus.

Keempat: Semak ketersediaan Nama

Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki tiga nama perniagaan kraf tangan yang bagus dalam senarai anda. Pastikan nama yang dipilih bebas dari sebarang sekatan undang-undang atau domain masih tersedia.

Bagaimana caranya?

Anda boleh melakukan pencarian nama perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas Tanda Dagang) di Malaysia. Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO.

Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk pendaftaran nama domain.

Analisis Nama Pesaing

Untuk membantu anda menghasilkan idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat tiga perniagaan kraf tangan yang berjaya dan ketahui mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan serta mengapa nama ini berfungsi dengan baik untuk mereka.

Jonny’s Sister
Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda ingin guna nama individu sebagai nama perniagaan tetapi, pada masa yang sama tidak mahu menamakanya dengan nama anda? Anda boleh menggunakan hubungan kekeluargaan. Itu cara yang dipakai oleh Johnny’s Sister. 

Masih menggunakan nama peribadi tetapi dengan cara yang sedikit berbeza unsur kekeluargaan.

Coralie Reiter
Contoh perniagaan kraf tangan yang dinamakan sempena nama pengasasnya. Coralie memulakan perniagaannya setelah menimba pengalaman sebagai pereka hiasan. Di Coralie Reiter, beliau menghasilkan barang perhiasan dan juga barangan menggunakan manik dan tekstil dari seluruh dunia.

JC Middlebrook
Diasaskan oleh Jayne Childs (dari situlah nama JC dalam nama perniagaannya), JC Middlebrook adalah perniagaan kraf tangan yang berjaya menjual tekstil renda, hadiah dan barang kesenian. 

Anda boleh menggunakan singkatan nama sendiri seperti JC Middlebrook ini sebagai cara menamakan perniagaan kraf tangan anda.

Lima Petua Menamakan Perniagaan Kraf Tangan Anda

Nama perniagaan kraf tangan yang ideal mestilah ringkas, mudah diingat dan pada masa yang sama menyampaikan sesuatu maksud. 

Pertama: Lakukan Analisis Pesaing

Sekiranya anda mengambil langkah pertama dengan melakukan analisis terhadap pesaing, anda dapat menjimatkan banyak masa.

Anda juga dapat mengetahui apakah nama yang harus dielakkan dan memahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka.

Semua perkara itu dapat membantu anda membentuk nama perniagaan kraf tangan sendiri.

Semasa menganalisis pesaing, pertimbangkan:

  • Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
  • Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
  • Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?

Kedua: Fokus menamakan perniagaan dan bukan menghuraikan

Antara kesilapan yang dilakukan ketika memilih nama perniagaan adalah menggambarkan nama perniagaan mereka secara literal.

Nama perniagaan yang lebih berkesan harus menyampaikan nilai produk kepada pelanggan pada tahap yang lebih mendalam.

Apa kata namakan perniagaan kraf tangan dengan nama yang mempunyai kisah menarik disebaliknya.

Mari kita lihat sebuah laman web kraf tangan sebenar yang disebut “Mom & Me Crafts“.

Sekali pandang, laman web ini hanyalah perniagaan yang dimiliki oleh ibu dan anak perempuan atau anak lelaki lain. Namun, jika dilihat dengan lebih teliti, nama ini menyampaikan cinta dan minat terhadap seni kraf tangan tersebut.

Hubungan antara ibu dan anak adalah sesuatu yang bersifat emosi dan itulah perasaan yang akan diperoleh pelanggan apabila mereka mula berurusan dengan perniagaan tersebut.

Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingat

Membuat nama perniagaan yang mudah diingati adalah langkah pertama untuk masuk ke dalam fikiran pelanggan dan juga merupakan tugas yang lebih mudah diucapkan daripada dilakukan.

Nama perniagaan anda harus bertujuan untuk menarik minat pelanggan dan memberi perhatian tambahan terhadap produk anda di kalangan pesaing anda.

Beberapa petua untuk mencipta nama yang tidak dapat dilupakan adalah:

  • Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (Handy Mandy, Tiny Tops);
  • Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (Nove Designs – Nove dari perkataan Novelty, yang mewakili keaslian, kreativiti dan inovasi);
  • Nama yang pendek dan padat.

Keempat: Cuba beli nama perniagaan yang berjenama

Nama perniagaan berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.

Nama tersebut menggunakan peraturan huruf Vokal/Konsonan/Vokal kerana struktur kata ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat.

Contoh nama perniagaan kraf tangan berjenama:

  • Lebo Creations
  • Alomos Designs
  • Limo Crafts

Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com

Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik

Kesalahan lain yang biasanya dilakukan oleh pemilik perniagaan kraf tangan adalah dengan membuat kombinasi kata yang janggal dan hambar apabila mereka mengetahui bahawa idea nama perniagaan mereka sudah diambil orang lain.

Sebagai contoh, Celine ingin menamakan perniagaannya Jumbo Designs. Namun dia mendapati nama tersebut telah digunakan.

Oleh sebab dia sudah membuat keputusan untuk terus menggunakan nama tersebut, dia cuba menggunakan nama yang lebih kurang serupa. Dia memilih nama seperti JumbDesig, JumboDezigns or Jumb Designo.

Anda boleh melihat idea-idea tersebut agak terkebelakang kerana kedengaran hambar, tidak menarik atau mudah dilupakan.

Dalam situasi sebegini, kami mencadangkan mula semula dan mencuba petua yang telah kami sebutkan sebelumnya.

Idea Lain untuk Nama Perniagaan Kraf Tangan

Kami mempunyai beberaopa idea tambahan untuk membantu anda.

Perkataan popular

Berikut adalah perkataan popular yang digunakan untuk nama perniagaan kraf tangan.

  • Art
  • Baby
  • Bronze
  • Craft
  • Creation
  • Fun
  • Handcraft
  • Hut
  • Kawaii
  • Marker
  • Modern
  • Ornaments
  • Quilt
  • Riot
  • Spot
  • Stamp
  • Supplies
  • Villa

Bagaimana kraf tangan biasanya digambarkan

(“______ Craft “)

Contohnya kedai kraf tangan yang menggunakan perkataan deskriptif yang berkaitan Ancient Craftifacts‘ dan Coastal Gemcraft.

  • amphibious
  • ancient
  • coastal
  • frail
  • gentle
  • larger
  • light
  • little
  • looking
  • native
  • naval
  • particular
  • skilled
  • small
  • smaller
  • stage
  • state
  • strange
  • tiny
  • traditional

Kraf tangan dalam bahasa asing

Pertimbangkan untuk menggunakan perkataan asing dalam nama perniagaan anda untuk memberi kesan jenama antarabangsa atau eksotik.

Bahasa Latin: Arte

Bahasa Perancis: Artisanat

Bahasa Itali: Mestiere

Nama Perniagaan Kraf Tangan Anda Sudah Tersedia

Kita telah berbincang secara mendalam teknik dan cara menjana idea untuk senarai nama perniagaan kraf tangan anda.

Jika anda telah membaca sejauh ini, saya harap artikel ini dapat membantu anda sekurang-kurangnya selangkah lebih dekat dengan nama perniagaan kraf tangan yang sempurna!

Jangan hadkan nama anda pada satu bahasa sahaja, gunakan kelebihan Malaysia yang berbilang kaum dan bahasa.

Suntik sedikit elemen kreatif dan penguasaan bahasa anda. Siapa tahu, anda mampu hasilkan nama yang unik dan bermakna. 

Selamat berjaya!

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki