Jika anda sedang mencari nama yang sesuai untuk Syarikat Animasi anda, artikel ini sememangnya sesuai untuk dibaca.
Kami akan membimbing anda bagaimana mendapatkan nama Syarikat Animasi yang unik dan menarik secara sistemaik.
Selain itu, kami akan terangkan bagaimana teknologi (tidak secanggih teknologi animasi!) dapat membantu menjana pilihan nama dengan pantas melalui Penjana Nama Syarikat Animasi.
20 Idea Nama untuk Syarikat Animasi
Kami mulakan dengan menyenaraikan 20 idea untuk nama syarikat animasi sebagai inspirasi awal untuk anda.
Nama yang disenaraikan di bawah ini dihasilkan melalui janaan nama oleh Penjana Nama syarikat animasi kami.
Kami memasukkan beberapa kata kunci dan Penjana Nama syarikat animasi kami akan memadankan kata kunci dengan perkataan lain untuk membentuk perkataan unik.
- Motzilla Graphics
- Animatescape
- Animate Works
- Animateprism
- 3DStastic
- 3D Catalyst
- Kartun Kronic
- Kartun Kingdom
- Karakter Kaiser
- Karakter Kitten
- Pasaran Stream
- Animatopedia
- Survenetic
- Image Imagine
- Stop Motion Tale
- Anima Anonymous
- Screen Joy
- Animate Bros
- Illusion Interactive
- Illusion Ideas
Apa itu Penjana Nama Syarikat Animasi
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Sesuai dengan operasi Penjana Nama Syarikat Animasi yang berfungsi melalui AI, antara kelebihan yang dimiliki oleh Penjana Nama Syarikat Animasi:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Syarikat Animasi mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama memudahkan pencarian nama bisnes perkhidmatan anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana oleh Penjana Nama Syarikat Animasi akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Syarikat Animasi kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan Penjana Nama Syarikat Animasi kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Syarikat Animasi kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Syarikat Animasi hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Syarikat Animasi
Selepas mengetahui apa itu Penjana Nama Syarikat Animasi dan ciri-ciri yang dimiliki, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, Penjana Nama Syarikat Animasi ini sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Sebagai contoh, pilih industri “kids”, “creative” atau “tech” di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Syarikat Animasi kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
Jangan risau, Penjana Nama Syarikat Animasi tidak secanggih dan serumit dsMax, Auto Effects, Character Animator dan perisian animasi lain yang lebih sofistikated.
Dengan bakat kreativiti yang anda anda miliki, Penjana Nama Syarikat Animasi ini “kacang sahaja” untuk anda.
Apakah Asas Memilih Nama Syarikat?
Nama yang pendek dan mudah
Untuk memudahkan pelanggan ingat, nama syarikat animasi anda perlu pendek. Nama yang ideal mengandungi dua hingga maksimum empat suku kata.
Selain itu, nama syarikat animasi yang pendek sangat membantu jika agensi anda ingin mencipta aplikasi sendiri untuk pelanggan.
Terdapat juga jenama yang pada mulanya mempunyai nama yang panjang, kemudian memendekkannya untuk tujuan pemasaran yang lebih baik.
‘Kentucky Fried Chicken’ kini lebih dikenali sebagai ‘KFC’ manakala T E Stockwell & J Cohen dipendekkan menjadi Tesco
Gunakan ejaan yang mudah dieja dan disebut
Tidak salah jika anda ingin menyuntik elemen kreativiti pada ejaan nama untuk membuatkan nama kedengaran unik. Namun, janganlah sampai mengelirukan pelanggan dengan nama yang sukar disebut atau dieja dengan mudah.
Jika anda menggunakan perkataan biasa digunakan dalam kehidupan seharian, pelanggan akan menaip dalam ejaan yang sepatutnya.
Bayangkan apa yang boleh berlaku jika sebaliknya nama syarikat lain yang muncul di hasil carian memandangkan nama agensi anda dieja diluar kelaziman?
Begitu juga jika anda mencipta perkataan sendiri, pastikan ejaan nama tersebut boleh dieja secara intuitif. Ejaan Google, Ebay, Pepsi (nama yang dicipta sendiri) semuanya boleh diteka secara intuitif.
Mengandungi emosi positif
Nama agensi yang mudah diingat tidak bermakna jika tidak membawa elemen positif. Jika nama anda mengandungi adjektif, ia boleh memberi pemahaman berbeza kepada pelanggan.
Sebagai contoh, majoriti pembeli gemarkan agensi yang boleh mempercepatkan transaksi hartanah mereka. Adjektif seperti “Pantas” atau “Speed” boleh memberi persepsi berbeza berbanding “Cekap” atau “Efficient” kepada pelanggan.
Kepantasan tidak menjamin bebas daripada kesilapan, tetapi kecekapan menjamin kelancaran transaksi hartanah, dan lebih positif kepada pelanggan.
Bahasa asing
Gunakan kamus atau thesaurus. Lihat perkataan yang ada kaitan dengan dunia animasi atau buat carian untuk ketahui maksud animasi, kartun atau perkataan simbolik menarik lain dalam bahasa lain.
Sebagai contoh, syarikat amimasi lagenda Jepun, Studio Ghibli menggunakan perkataan Itali yang bermaksud angin kuat di gurun.
Pastikan maksud dalam bahasa asing itu tepat untuk mengelakkan anda memilih nama yang tidak sepatutnya atau lebih teruk lagi, perkataan asing yang kurang sopan.
Ini terjadi bukan pada mereka yang baru bermula sahaja, malah syarikat gergasi juga tidak terlepas.
“Lumia” ialah model telefon pintar yang pernah dikeluarkan suatu ketika dahulu. Bagi rakyat Malaysia, Lumia hanyalah salah satu model dari beratus model di pasaran. Namun bagi penutur bahasa Sepanyol, Lumia adalah slanga untuk pelacur.
Perkara Perlu Dipertimbangkan ketika Memilih Nama
Analisis pesaing
Kenal pasti siapakah antara pesaing anda yang berjaya dan mengapa? Apakah yang disampaikan kepada pelanggan melalui nama mereka?
Ketika anda membuat analisa pesaing, anda akan dapat lebih banyak kata kunci dan idea terutamanya jika anda gunakan Penjana Nama Syarikat Animasi.
Maklum balas
Ada ketikanya anda rasakan nama pilihan anda cukup sempurna. Tetapi tidak semua orang senada dengan apa yang anda fikirkan dan memahami maksud yang sama untuk kata kunci yang anda gunakan untuk nama syarikat animasi anda.
Dapatkan maklum balas daripada seberapa ramai orang pendapat mereka tentang nama pilihan anda.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah: Adakah nama tersebut itu mudah diingat? Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut? Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk cuba menonton produk atau menggunakan khidmat animasi anda?
Cuba lihat maklum balas dari perspektif pengguna atau pelanggan. Mungkin jawapan yang mereka berikan tidak seperti yang anda inginkan.
Ketersediaan domain
Tidak wujud secara digital boleh diibaratkan anda terjatuh ketika dalam perlumbaan maraton. Pesaing ada akan terus berlari meninggalkan anda.
Domain adalah segalanya. Pastikan nama domain anda sama dengan ejaan nama syarikat animasi anda.
Semak bagaimana nama penuh syarikat animasi anda dalam bentuk domain.
Who Represents? adalah sebuah platform data berbayar yang memberi makluamat wakil selebriti terkenal. Sekarang, lihat bagaimana platform tersebut dieja dalam domain: whorepresents.com.
Selain itu, nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.
Saluran media sosial
Pastikan nama syarikat animasi yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial.
Besar kemungkinan anda akan menggunakan media sosial untuk kempen pemasaran atau berinteraksi dengan pelanggan anda.
Aktiviti pemasaran digital biasanya melibatkan handle media sosial. Nama syarikat animasi anda seharusnya tidak terlalu panjang sehingga melebihi had aksara untuk handle media sosial.
Sebagai contoh, Twitter mempunyai had 15 aksara untuk handle.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangkan bisnes dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama perniagaan yang hampir sama.
Selain itu, nama syarikat animasi yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Idea untuk Membuatkan Nama Syarikat Animasi Menarik
Untuk mencari nama yang unik dan menarik, kami akan menerangkan kepada anda struktur linguistik disebalik tips ini.
Kami membahagikan strategi ini kepada tiga cara, yang pertama secara fonetik, kedua melalui morfologi dan cara ketiga adalah melalui peribadi dan persekitaran.
Fonetik
Bunyi atau fonetik boleh membuatkan nama syarikat animasi anda lebih menarik berbanding pesaing yang lain.
Perkataan yang mempunyai fonetik yang unik boleh memudahkan pelanggan untuk ingat nama syarikat animasi anda.
- Asonasi
Asonasi adalah sesuatu ayat atau frasa yang mengandungi bunyi vokal yang sama. Prosa sebegini banyak ditemui di dalam sajak untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh: DropBox, YouTube, and FedEx
- Aliterasi
Jika asonasi mengandungi bunyi vokal berulang, aliterasi pula merupakan ulangan bunyi konsonan yang sama pada awal perkataan.
Contoh: Krispy Kreme, PayPal
- Konsonan
Ulangan pada hujung perkataan atau bunyi konsonan,
Contoh: Kit Kat, Coca Cola
- Perkataan untuk menggambarkan bisnes
Anda boleh gunakan perkataan lain sebagai simbol perusahaan anda.
Amazon memilih nama sungai untuk menggambarkan penghantaran barang dalam jumlah yang banyak melalui sungai sebagai pengangkutan.
- Buang huruf vokal pada perkataan
Cara kreatif ini boleh menarik perhatian pelanggan dan membuatkan nama perusahaan anda menjadi lebih unik.
Pastikan ejaan yang baru itu mudah disebut dan tidak mengelirukan dan jangan membuang huruf vokal dengan banyak. Kami sarankan anda hanya membuang satu atau dua huruf sahaja.
Contoh: Flickr, Reddit, Scribd
Morfologi
Morfologi (Morphology) dari segi bahasanya bermaksud kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa.
Malah, perkataan ‘Morphology’ di dalam Bahasa Inggeris itu sendiri contoh sebuah Morfologi. Morph, bermaksud bentuk atau rupa dan -logy bermaksud bidang atau cabang pengajian.
- Portmanteau
Juga dikenali sebagai portmanteau. Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan bisnes teh anda dan gabungkan sebahagian perkataan.
Selain itu, jika nama pengasas syarikat animasii anda juga boleh menjadi lebih menarik jika digabungkan.
Pencipta film animasi tanah liat popular, Chicken Run menggabungkan perkataan Aadvark dan Superman dan menamakan syarikat mereka, Aadman Animations.
- Gabungan perkataan
Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi perkataan penuh yang digabungkan.
Contoh: Facebook, Snapchat
Peribadi dan Persekitaran
Gunakan kelebihan pada nama anda sendiri atau keadaan persekitaran anda untuk mendapatkan nama yang unik.
- Nama sendiri
Tidak salah menggunakan nama sendiri untuk syarikat animasi anda. Gabungkan nama anda dengan kata kunci berkaitan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk membentuk nama unik.
Ross Bagdasarian, pencipta watak animasi Alvin & The Chipmunk, menggunakan nama sendiri apabila menubuhkan Bagdasarian Productions.
Penggunaan nama manusia pada syarikat animasi menyuntik elemen atau emosi peribadi dan kemanusiaan, seterusnya akan membuatkan pelanggan berasa selesa dan lebih yakin.
- Akronim atau singkatan mudah
Anda boleh gunakan singkatan awalan nama pengasas ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat animasi anda.
A.C.G.T merupakan syarikat animasi Jepun yang menggunakan awalan perkhidmatan mereka, Animation & Computer Graphic Technology.
Pastikan singkatan itu tidak memberi persepsi negatif kepada pelanggan seperti ISIS, ASS dan lain-lain dan semestinya mudah disebut.