Panduan dan Penjana Nama Perniagaan Rawak

Penjana Nama Bisnes Rawak kami boleh membantu anda mendapatkan nama perniagaan dalam industri apapun. Jom jana secara pecuma!

1. Pilih kata kunci nama bisnes rawak anda

Jana nama bisnes rawak anda dengan menggunakan kata kunci yang tepat dalam menggambarkan identiti perniagaan anda

2. Dapatkan nama Bisnes Rawak anda

Pilihlah nama Bisnes Rawak yang ingin digunakan dari ratusan idea nama bisnes unik yang telah dijana dengan bantuan teknologi AI

3. Pilih Nama Bisnes Rawak anda

Guna mana-mana nama bisnes yang relevan serta berkaitan dengan Bisnes Rawak anda sebagai nama perniagaan utama anda

Tahukah anda perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perniagaan adalah untuk mempunyai nama perniagaan?

Bayangkan jika setiap perniagaan yang ada di luar sana tidak mempunyai nama. Pasti sukar untuk anda mengenal pasti perniagaan jenis apakah yang dijalankan bukan?

Ini membuktikan bahawa nama perniagaan sangat penting kerana nama yang tepat mencerminkan produk yang anda jual untuk perniagaan anda. 

Selain itu juga, nama perniagaan merupakan jenama dan identiti perniagaan anda. Jika dilihat dari segi undang-undang, anda harus mendaftarkan nama perniagaan anda sebelum memulakan operasi perniagaan. Jika tidak, anda akan disabitkan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kerana beroperasi tanpa mendaftarkan perniagaan mereka. 

Kita semua sedia maklum bahawa menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa lesen operasi adalah kesalahan yang sangat besar. Anda boleh didenda maksimum RM50,000. Anda juga boleh dipenjarakan selama 24 bulan, atau kedua-duanya sekali. 

Namun begitu, kami faham bahawa proses untuk menamakan perniagaan tidak mudah. Anda bukan setakat perlu mencari nama perniagaan yang menarik, tetapi, pada masa yang sama perlu memastikan nama tersebut belum diambil oleh orang lain.

Oleh sebab itu, kami akan membantu anda untuk mendapatkan idea dan inspirasi nama perniagaan yang sesuai dengan menggunakan Penjana Nama Perniagaan Rawak kami.

Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Perniagaan Rawak?

Penjana Nama Perniagaan Rawak kami sangat mudah untuk digunakan. Tiada arahan yang rumit yang perlu anda patuhi untuk menggunakan penjana ini. Teliti halaman penjana ini dan kami yakin anda akan melihat cara ia beroperasi.

Jangan risau jika anda masih memerlukan arahan terperinci tentang cara menggunakan Penjana Nama Perniagaan Rawak kami. Berikut ialah cara-cara mudah untuk menggunakan penjana ini.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih Penjana Nama Perniagaan Rawak di bahagian Penjana Nama;
  2. Masukkan kata kunci ke dalam ruangan jana. Kata kunci tersebut boleh merangkumi nama anda sendiri dan/ atau bersama dengan kata kunci lain seperti “kecantikan”, “kesihatan” dan lain-lain lagi;
  3. Tekan butang jana;
  4. Ratusan pilihan akan tertera di skrin anda; dan
  5. Anda juga boleh menggunakan fungsi “Tapis Industri” di laman yang sama. Dengan menggunakan fungsi ini, carian anda akan lebih khusus lagi.  

20 Idea Nama Kedai Menggunakan Penjana Nama Perniagaan Rawak

Di sini, kami akan menyenaraikan 20 nama kedai yang dijana menggunakan Penjana Nama Perniagaan Rawak.

  • Kotak Axel
  • Perabot Chief
  • Wangian House
  • Sabun A1
  • Pen Axis
  • Dapur Core
  • Baju Nexus
  • Kereta Pasha
  • Jem Outlet
  • Kasut Vanity
  • Bunga Pups
  • Sayur Urban
  • Pasu Selection
  • Waktu Planet
  • Makan Pantry
  • Meow Ark
  • Karpet Essential
  • Spa Lux
  • Lampu Ally
  • Laptop Network

Di bawah ini ialah senarai 5 perniagaan yang terkenal. Mari perhatikan bagaimana nama jenama atau perniagaan ini dipilih.

1. Apple

Apple merupakan salah satu daripada lima gergasi teknologi Amerika yang dikenali sebagai FAAMG (Facebook, Amazon, Apple, Microsoft dan Google). Syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada tahun 1976 ini telah menempuh kejayaan yang begitu besar dalam sektor perniagaan.

Menurut buku biografi Steve Jobs yang ditulis oleh Walter Isaacson, beliau mendedahkan bahwa buah kegemaran Steve Jobs ialah epal. Lalu nama buah itu telah menjadi pencetus idea kepada Steve Jobs dan turut dipersetujui oleh rakannya iaitu Steve Wozniak untuk menamakan syarikat mereka sebagai Apple Computer. 

2. Nike

Pemilihan nama Nike mempunyai sejarah yang unik. Untuk makluman anda, jenama ini diasaskan oleh Phil Knight. Knight telah memilih beberapa nama yang sesuai untuk menggambarkan produk utama beliau.

Knight pada awalnya mahu menggelarkan nama syarikat mereka Dimension 6. Namun selepas beberapa hari memerah otak, Knight terjumpa satu etimologi Greece iaitu nike (disebut ny-kee). Dalam bahasa Greek, Nike merujuk kepada tuhan kejayaan.

3. McDonald’s

Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald. Dari nama ini sahaja anda pasti dapat mengagak sejarah nama rangkaian restoran segera ini bukan? Oleh itu, anda juga boleh menggunakan nama anda sendiri sebagai nama perniagaan anda.

4. Zara

Adakah anda tahu bahawa Zara dahulunya dipanggil Zorba? Namun, nama Zorba sudah banyak digunakan malah ada sebuah bar dengan nama yang sama iaitu hanya kira-kira dua blok dari kedai Zara, yang dimiliki oleh Gaona. Pemilik bar mengadu kepada Gaona, jika ada dua Zorba di pekan kecil itu pasti akan mengelirukan walaupun produk yang dijual adalah berbeza.

5. Lululemon

Lululemon ditubuhkan di Vancouver, Kanada pada tahun 1998. Chip Wilson iaitu pengasas jenama Lululemon telah mendedahkan dalam beberapa wawancara bahawa dia ingin mencari sesuatu yang mempunyai “tiga L” untuk melihat sama ada dia boleh mendapatkan “tiga kali ganda wang”. Maka lahirlah nama “Lululemon”.

5 Tips Nama Perniagaan Rawak Yang Diiktiraf

Berikut merupakan 5 tips yang kami dapat kongsikan kepada anda tentang bagaimana untuk menamakan perniagaan anda seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

1. Ejaan yang digunakan hendaklah tepat

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ialah Bahasa yang anda gunakan setiap hari. Pastikan ejaan adalah tepat jika anda ingin menamakan perniagaan anda dengan menggabungkan dua bahasa ini. Sekiranya anda ingin menggunakan bahasa yang berbeza, pastikan anda sertakan sekali maksud perkataan tersebut agar mudah difahami.

2. Nama yang lain daripada yang lain

Penggunaan nama lain daripada yang lain bukan sahaja akan memudahkan proses pendaftaran nama perniagaan anda,malah akan menonjolkan lagi perniagaan anda. Hal ini kerana nama yang berbeza daripada nama yang lain akan menjadi sebutan ramai dan sudah pasti akan menarik minat lebih ramai orang.

3. Tiada unsur tiruan daripada nama perniagaan yang sedia ada.

Nama perniagaan anda hendaklah berlainan daripada perniagaan yang sedia ada kerana SSM juga menekankan bahawa anda tidak boleh menggunakan nama yang sama dengan nama perniagaan lain. Dengan menggunakan Penjana Nama Perniagaan Rawak kami, anda pasti akan memperoleh idea dan inspirasi untuk mendapatkan nama perniagaan yang sesuai untuk anda.

4. Penggunaan nama membawa maksud yang baik

Pastikan nama yang anda pilih membawa maksud yang baik dan tidak mengandungi unsur yang lucah bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. Nama yang tidak berunsurkan kaum atau agama juga merupakan nama yang sesuai untuk sesebuah perniagaan.

5. Perlu meminta kebenaran sekiranya ingin menggunakan nama tokoh bersejarah 

Anda tidak dibenarkan menamakan kedai atau perniagaan anda dengan nama orang bersejarah tempatan atau antarabangsa. Pastikan anda mendapat kebenaran daripada seseorang yang mempunyai pertalian darah dengan tokoh terkenal tersebut jika anda ingin menggunakan nama mereka untuk nama perniagaan anda.

5 Info Pendaftaran Perniagaan di Malaysia Yang Anda Harus Tahu

Pendaftaran perniagaan merupakan salah satu daripada langkah yang paling penting untuk anda lakukan sekiranya anda ingin memulakan perniagaan. 5 info di bawah sedikit sebanyak akan membantu anda tentang pendaftaran perniagaan di Malaysia.

1. Pendaftaran perniagaan hendaklah dilakukan dalam tempoh 30 hari dari hari pertama perniagaan anda. 

2. Warganegara Malaysia 

3. Berikut merupakan beberapa pilihan entiti perniagaan:

  • Syarikat Berhad
  • Koperasi
  • Perkongsian Liabiliti Terhad
  • Milikan Tunggal

4. Bagi yang menetap di Sarawak, anda hanya perlu pergi ke pejabat daerah anda untuk membuat pendaftaran perniagaan anda. 

5. Nama anda sendiri boleh digunakan sekiranya perniagaan anda ialah perniagaan milikan tunggal.

Mengapa 8 Nama Perniagaan Ini Unik?

Kami menyediakan 8 lagi contoh nama perniagaan yang terkenal di seluruh dunia. Ini bagi membantu anda untuk mendapatkan idea bagaimana seorang pengasas perniagaan boleh mendapat idea untuk menamakan perniagaan mereka.

Supreme

Sekiranya anda memiliki baju Supreme, anda semestinya tahu bahawa kadangkala anda boleh menjual semula baju anda dengan harga yang lebih tinggi. Makna namanya yang melambangkan ketinggian yang membawa maksud bahawa produk mereka akan kekal sebagai produk pakaian yang terulung di mata dunia.

Dari namanya sahaja, syarikat ini dapat meraih pelanggan yang berebut untuk mendapatkan pakaian keluaran terbaru mereka. Ini adalah salah satu contoh nama perniagaan yang unik dan semestinya dapat menarik perhatian para pelanggan.

Coca Cola

Coca Cola merupakan syarikat yang sudah lama ditubuhkan namun mereka kekal sebagai antara syarikat yang paling terkenal di dunia. Namun, tahukah anda mengapa mereka menjadi sangat ikonik dan anda boleh mendapatkan Coca Cola walau di mana sahaja anda berada ?

Jawapannya ialah melalui nama Coca Cola itu sendiri. Walaupun namanya begitu ringkas namun bunyi sebutannya yang berirama dapat membuat para pelanggan mengingati produknya dan akan sentiasa membeli Coca Cola. 

Grab

Siapa sangka nama syarikat yang unik ini kian menjadi sebutan orang ramai. Bahkan, Grab juga antara syarikat servis yang paling banyak digunakan oleh para pengguna di Malaysia, dan juga di seluruh Asia Tenggara.

Namanya yang singkat dan berkaitan dengan servis yang ditawarkan membuatkan para pelanggan berasa mudah untuk mengingati servis yang ditawarkan oleh syarikat Grab. Contohnya, syarikat ini menawarkan servis teksi E-Hailing sesuai dengan istilah “Grab” iaitu yang bermaksud untuk mengambil (pelanggan)

Adidas

Namanya yang merupakan akronim menimbulkan keunikan dan senang untuk diingati kerana nama tersebut memiliki kelainan daripadai pesaing kasut dan baju sukan di dunia.

Adidas yang membawa maksud “All Day I Dream About Sports” semestinya dapat meninggalkan impak yang mendalam buat pelanggan yang baru sahaja mengetahui maksud di sebalik akronim ADIDAS dan semestinya dapat meningkatkan pelanggan tetap untuk syarikat mereka.

Uniqlo

Syarikat yang berasal dari negara Jepun ini menempa namanya di dunia dengan produk pakaiannya yang berkualiti tinggi dan unik sejak tahun 2005.

Namanya terdiri daripada gabungan kata perkataan “Unique” dan “Clothes”. Uniqlo tetap mendapat sambutan hangat kerana namanya yang memiliki unsur keunikan yang tidak dapat dinafikan lagi.

Munchys

Sejak penubuhannya pada tahun 1991, Munchy’s semakin berkembang dan popular serata dunia. Bermula dengan dua saudara dari Batu Pahat yang membuka sebuah kilang membuat biskut kecil dengan hanya sebuah mesin membuat biskut wafer yang terpakai.

Produk Munchy’s boleh didapati di pasar raya, pasar raya dan kedai-kedai di Malaysia dan 50 buah negara lain di dunia. Anda juga boleh membeli secara dalam talian melalui kedai rasmi Munchy’s di Lazada atau Shopee. 

7-Eleven

Kedai yang kita kenali dengan nama 7-Eleven ini pada asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1927 dengan nama Tote’m Store. Pada mulanya, kedai ini menjual blok ais. Blok ais tersebut digunakan bagi pemeliharaan makanan di rumah yang tidak mempunyai peti sejuk.

Namun begitu, bersesuaian dengan masa beroperasi kedai ini yang bermula dari jam 7 hingga 11 malam, nama kedai serbaneka ini ditukar ke 7-Eleven. Kini, kedai serba guna ini dibuka 24 jam seminggu.

Nescafe

Bagaimana nama NESCAFÉ muncul? Ia adalah gabungan “Nestlé” dan “cafe“. Nestlé ialah nama syarikat konglomerat makanan & minuman antara terbesar di dunia manakala NESCAFÉ pula salah satu hasil produk keluarannya. 

Kini, NESCAFÉ adalah jenama kopi yang paling diminati di dunia. Mengikut kajian, di United Kingdom sahaja, mereka minum 15000 cawan NESCAFÉ setiap minit. Menarik bukan?

Apakah Persamaan Di Antara Nama Perniagaan di Atas?

Teruskan membaca untuk mengetahui apakah persamaan yang ketara di antara semua nama perniagaan di atas.

Nama Sendiri

Penggunaan nama sendiri untuk sesuatu perniagaan pasti akan lebih bermakna buat pemilik perniagaan tersebut. Contohnya, adik beradik McDonalds menggunakan nama keluarga mereka untuk jenama perniagaan mereka dan juga Adidas yang menggunakan sebahagian daripada nama pengasasnya.

Ringkas dan Bermakna

Kebanyakan syarikat perniagaan yang terkenal menggunakan nama yang ringkas dan bermakna sebagai pilihan nama perniagaan mereka. Seperti yang anda dapat lihat contoh-contoh yang kami nyatakan di atas seperti Coca Cola, Nescafe dan juga Apple.

Mudah disebut

Nama perniagaan di atas agak asing buat kita yang bertutur dalam bahasa Malaysia. Namun, tidak sukar juga untuk kita menyebutnya, bukan? 

Nama perniagaan anda juga sepatutnya mempunyai ciri sebegini. Ini juga bagi memudahkan perniagaan anda mudah diingat oleh orang awam.

5 Fakta Menarik Mengenai Penjana Nama Perniagaan Rawak 

  1. Pelbagai pilihan idea nama yang menarik untuk dijadikan inspirasi. 
  2. Mudah untuk diakses di mana-mana sahaja
  3. Tidak perlu membuat akaun pengguna
  4. Had masa tidak ditetapkan
  5. Pilihan bahasa yang akan memudahkan pengguna

Soalan Lazim

Untuk memilih nama perniagaan yang sesuai, anda perlu mencari perkataan yang paling tepat untuk digunakan bagi menggambarkan produk ataupun servis utama yang anda tawarkan. Ini bagi memudahkan orang awam mengenal pasti perniagaan anda dengan lebih pantas. Pastikan juga nama yang anda pilih belum pernah lagi digunakan oleh mana-mana perniagaan.

Penjana Nama Bisnes Rawak boleh menjana nama perniagaan yang dijamin unik. Ini kerana, penjana nama perniagaan kami dilengkapi oleh teknologi kecerdasan buatan yang terbaik. Ini membantu kami menyediakan idea nama perniagaan yang terbaik secara percuma untuk anda.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki