Idea & Penjana Nama Bisnes Salun Kuku

Serlahkan keunikan perkhidmatan anda dengan menggunakan nama salun yang dijana oleh Penjana Nama Bisnes Salun Kuku kami

1. Pilih kata kunci nama bisnes kuku anda

Guna kata kunci yang relevan dengan perkhidmatan pedi medi anda untuk menjana nama bisnes kuku yang unik

2. Dapatkan nama Bisnes Salun Kuku anda

Anda boleh perincikan hasil janaan dengan mengguna pakai tetapan industri untuk mendapatkan idea nama salun kuku yang tepat

3. Pilih Nama Bisnes Salun Kuku anda

Pilih satu idea nama bisnes yang dijana semula sebagai nama Bisnes Salun Kuku anda yang unik dan menarik

Banyak perkara yang perlu disiapkan dan dipertimbangkan untuk memulakan sesebuah perniagaan. Begitu juga dengan bisnes salun kuku, berikut merupakan 5 perkara yang anda perlu ambil kira untuk memastikan perniagaan anda berjalan dengan lancar:

  1. Memastikan perniagaan anda telah didaftarkan
  2. Menjalani kursus kecantikan
  3. Mencari idea dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Salun Kuku
  4.  Memastikan anda berurusan dengan pembekal yang boleh dipercayai
  5. Menyimpan modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan

Tanpa boleh disangkal lagi, nama perniagaan adalah “kad pengenalan” perniagaan anda. Nama yang anda pilih akan mewakili identiti serta perkhidmatan utama yang anda tawarkan. Dengan erti kata lain, nama perniagaan anda juga boleh juga dijadikan sebagai jenama utama perniagaan anda.

Bayangkan jika nama perniagaan yang anda pilih tidak menarik, pasti perniagaan anda juga akan lambat untuk dikenali. Oleh sebab itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda Penjana Nama Bisnes Salun Kuku kami. Penjana nama perniagaan kami ini dijamin dapat membantu anda mendapatkan nama salun kuku yang terbaik.

Bagaimanakah caranya? Teruskan membaca bersama kami!  

20 Idea Nama Bisnes Salun Kuku   

Senarai nama di bawah ialah idea nama bisnes salun kuku yang dijana menggunakan Penjana Nama Bisnes Salun Kuku kami.

  • Kuku Bonita
  • Kuku Winsome
  • Kuku Insight
  • Kuku Glamour
  • Kuku Matte
  • Medi TRUE
  • Medi Express
  • Medi Queen
  • Medi Funk
  • Medi Lily
  • PediMedi Pamper
  • PediMedi Crystal
  • PediMedi Lavish
  • PediMedi Boss
  • PediMedi Darling
  • Jari Lavish
  • Jari Ruby
  • Jari Dazzle
  • Jari Esthetic
  • Jari Glam

Bagaimana Cara Menggunakan penjana Nama Bisnes Salun Kuku?

Anda hanya perlu melakukan 3 langkah mudah di bawah ini untuk menggunakan Penjana Nama Bisnes salun Kuku kami:

3 langkah mudah tersebut adalah:

Layari laman Business Name Generator

Untuk mendapatkan nama bisnes salun kuku yang menarik dan unik, langkah pertama sekali adalah dengan melayari  www.businessnamegenerator.com. Anda bebas untuk memilih bahasa yang anda lebih mudah faham.

Contohnya, Bahasa Malaysia, Inggeris, Indonesia, Korea dan banyak lagi pilihan bahasa. Dengan adanya pelbagai pilihan bahasa, kami yakin ini akan membantu perniagaan anda lebih dikenali di negara yang anda pilih sebagai pusat perniagaan utama anda. Ini kerana, pelanggan prospek anda akan lebih memahami perkhidmatan yang anda ingin tawarkan. 

Masukkan Kata Kunci

Apabila anda melayari laman utama Penjana Nama Bisnes kami, anda akan melihat kotak untuk mengisi kata kunci. Masukkan kata kunci ke dalam ruangan jana. Kata kunci tersebut boleh merangkumi nama anda sendiri dan/atau bersama dengan kata kunci lain seperti :

  1. Nama pemilik
  2. Jenis servis yang ditawarkan
  3. Perkataan ‘salun’ atau ‘kuku’
  4. Sebarang idea yang anda ingin gabungkan bersama idea nama dari penjana nama kami

Tekan Jana

Setelah selesai memilih kata kunci yang anda suka dan bersesuaian dengan perniagaan anda, klik butang jana yang tertera di laman penjana nama kami. Anda bebas untuk memilih nama yang anda inginkan. Jangan risau, kerana pilihan nama perniagaan yang kami sediakan adalah nama yang tidak pernah digunakan oleh orang lain.

Justeru kerana itulah kami percaya bahawa anda mesti menggunakan Penjana Nama Bisnes Salun Kuku kami kerana kami yakin ia akan memudahkan anda selain menjimatkan masa.   

2 Fungsi Unik Penjana Nama Perniagaan yang Anda Harus Tahu

Jika anda ingin mendapatkan nama salun kuku yang lebih menarik, anda harus mengguna pakai 2 fungsi penjana nama perniagaan kami. Terdapat 2 fungsi penjana yang anda harus ambil tahu dan aktifkan. Fungsi- fungsi tersebut adalah:

Tapisan Industri dan Nama

Tapisan industri membolehkan anda untuk memperincikan lagi hasil idea nama yang dijana. Begitu juga dengan tapisan nama. Oleh itu, mari lihat bagaimana anda boleh mengaktifkan kedua-dua tapisan ini.

Tapisan industri

Untuk makluman, anda boleh memilih lebih daripada 50 industri yang berkaitan dengan perniagaan anda. Antara industri yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Industri kecantikan
  2. Industri automobil
  3. Industri media
  4. Industri muzik 

Untuk bisnes salun kuku, anda boleh memilih industri kecantikan. Anda juga boleh memilih lebih daripada satu industri bagi mendapatkan nama salun kuku yang tepat di hati anda. Cuma, pastikan industri yang dipilih berkaitan dengan perniagaan anda.

Tapisan nama

Tapisan nama membolehkan anda melakukan tetapan yang ada sentuhan peribadi anda sendiri. Apakah tetapan tersebut? Mari lihat senarai tetapan yang boleh anda aktifkan di bawah.

  1. Posisi kata kunci
  2. Bilangan karakter nama bisnes
  3. Pilihan nama bisnes berima
  4. Bilangan perkataan nama bisnes

Semak ketersediaan domain  

Oleh sebab perniagaan melalui alam maya adalah pilihan kebanyakan pengguna masa kini, anda pasti mahu perniagaan anda mudah diakses secara dalam talian juga, bukan? Oleh itu, cara yang terbaik untuk memperkenalkan perniagaan anda adalah dengan memiliki laman web sendiri.

Tetapi sebelum itu, anda harus memiliki nama domain terlebih dahulu. Nama domain selalunya terdiri daripada nama perniagaan anda sendiri. Oleh itu, jika anda menjana nama salun kuku menggunakan penjana nama perniagaan kami, anda boleh menyemak ketersediaan nama tersebut sebagai nama domain.

Umpama menyelam sambil minum air. Kami pasti anda tidak akan mendapat kelebihan ini di mana-mana penjana nama perniagaan yang ada di luar sana.

5 Tips Untuk Mendapatkan Nama Bisnes Yang Unik

Mari lihat 5 tips untuk mendapatkan nama bisnes yang unik di bawah ini.

Guna penjana Nama Bisnes Salun Kuku            

Selain daripada Penjana Nama Bisnes Salun Kuku kami adalah percuma, anda juga boleh menikmati ciri-ciri menarik yang lain yang kami sediakan untuk anda. Teruskan membaca! 

Ciri-ciri tersebut adalah:

  1. Terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh pilih berdasarkan jenis perniagaan anda
  2. Bebas untuk menggunakan seberapa banyak perkataan yang anda inginkan
  3. Anda boleh memilih untuk mendapatkan nama perniagaan yang berima

Kami yakin dengan adanya ciri-ciri di atas, anda akan lebih mudah untuk memilih nama yang menarik untuk perniagaan anda. 

Gunakan Nama Anda

Penggunaan nama anda sendiri untuk perniagaan yang anda miliki juga salah satu cara untuk anda menjana nama perniagaan yang unik. Anda juga boleh menggabungkan nama anda sama ada nama panjang, nama akhir mahupun singkatan nama anda. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggabungkan nama anda dengan jenis servis perniagaan anda. Contohnya :

  1. Salun Kuku Jessi
  2. PediMedi oleh Ana

Tidak Menggunakan Nama Perniagaan Yang Terkenal

Untuk mendapatkan nama perniagaan yang menarik, anda tidak semestinya menggunakan nama perniagaan lain yang sudah terkenal. Bukan sahaja akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan, tetapi juga anda mungkin akan disaman oleh perniagaan terkenal tersebut atas kesalahan hak cipta.

Jangan risau kerana penjana nama kami hanya akan memberi cadangan nama yang baru dan tidak pernah digunakan orang lain. Jadi, keselamatan dan keistimewaan nama perniagaan anda akan terjaga.

Guna Ayat Yang Berima

Seterusnya ayat yang berima juga akan membuat nama perniagaan anda menjadi lebih menarik dan mudah diingati. Anda boleh menggunakan apa-apa bahasa yang anda ingini tetapi pastikan ia membawa maksud yang berkaitan dengan perniagaan anda bagi memudahkan pelanggan mengenali perniagaan anda.

 Berikut merupakan  5 contoh nama perniagaan yang berima :

  1. Kuku Kawaii
  2. Kuku Kart
  3. Kuku Kit
  4. Kuku Kitty

Elakkan Penggunaan Simbol

Penggunaan simbol seperti emotikon dan karakter seperti ‘!’ atau ‘~’ kerana ia akan menyebabkan nama perniagaan anda sukar dikenal pasti. Jika anda menggunakan simbol dalam nama salun kuku anda, pelanggan yang menggunakan aplikasi seperti Waze ataupun Google Map akan mengalami kesukaran dalam membuat carian untuk salun kuku anda. 

4 Nama Perniagaan Kecantikan Kuku

Seterusnya, mari lihat 4 perniagaan kecantikan kuku yang dikenali ramai di Malaysia.

POSH

Posh diasaskan oleh Sereen Eng bersama seorang kakitangan di salun sekitar tahun 2010. Perkataan daripada nama POSH merupakan akronim yang terdiri daripada , “Passionate”, “Ownership”, “Serving” dan “Joy”.

Jika POSH terdengar biasa bagi anda, itu mungkin kerana salun itu ialah kegemaran personaliti terkenal di Malaysia. Antara nama-nama besar yang menjadikan salun kuku ini kunjungan wajib mereka ialah Xandria Ooi, Maggy Wang, dan juga pelakon Tong Bing Yu. Anda boleh menyertai senarai dengan riasan kuku yang berpatutan di salun.

Essential Manicure (RM45) di sini menawarkan penjagaan kuku standard yang sememangnya berbaloi untuk dicuba.

Jac & Ivy

Jac & Ivy merupakan salun kuku yang dimiliki bersama oleh dua individu iaitu Ivy Chong dan Jacqueline Ong. Mereka memilih untuk menggunakan nama mereka berdua untuk bisnes salun kuku yang dimiliki oleh mereka miliki ianya merupakan nama yang cukup ringkas dan bermakna buat mereka.

Gabungan dua minda dan kemahiran unik membawa anda kepada salah satu salun kuku yang terbaik di Malaysia iaitu Jac & Ivy. Kelebihan utama salun kuku berprestij ini adalah, ia perkhidmatan pelanggan yang bertaraf dunia.

Posh Belle

Bermula dengan minat kepada mani dan pedi yang kemudiannya berkembang menjadi satu langkah untuk memulakan perniagaan. Beginilah cara cawangan Posh Belle yang pertama di Ampang Point Mall diasaskan pada tahun 2010.

Kini, Posh Belle bukan sahaja menawarkan servis tata rias kuku sahaja bahkan juga perkhidmatan waxing, facial dan juga eyelash lifting.

The Nail Parlour

Nail Parlour mula memulakan perniagaan pada Januari 2006 di Pusat Beli-belah 1 Utama Petaling Jaya dan berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan. Kini The Nail Parlour tersebar di seluruh Lembah Klang di 10 kedai di pusat beli-belah utama dengan lebih banyak lagi datang berhampiran anda.

Selain menawarkan perkhidmatan mani dan pedi yang inventif dan “mewah-namun-mampu milik”, The Nail Parlour juga menjual rangkaian lengkap produk penjagaan kuku, tangan dan kaki daripada rawatan kuku, pengilat kuku, kit penjagaan kuku, kit buffing, losyen tangan hingga krim tumit.  

5 Tips Mudah Untuk Memulakan Bisnes Kecantikan  

Seterusnya, mari lihat 5 tips yang boleh membantu anda untuk memulakan bisnes kecantikan di Malaysia. 

Perniagaan anda hendaklah didaftar

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia apa-apa jenis perniagaan adalah wajib untuk didaftarkan di SSM iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Berikut merupakan manfaat sekiranya anda mendaftarkan perniagaan anda:

  1. Lebih mudah untuk anda mendapatkan pinjaman kewangan dari bank
  2. Berpeluang untuk mendapat insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan
  3. Boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan

Mengikuti kursus kecantikan

Memandangkan anda ingin memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan, anda digalakkan untuk mengikuti seberapa banyak kursus kecantikan yang anda boleh ikuti. Hal ini kerana, terdapat banyak kursus yang ditawarkan oleh pusat latihan ataupun swasta yang sudah pasti akan memberi anda pengalaman dan menawarkan sijil yang diiktiraf. 

Mencari pembekal

Seterusnya, pastikan anda berurusan dengan pembekal yang dipercayai. Bukan sahaja ia akan memastikan anda untuk mendapatkan bekalan yang berterusan, anda juga mungkin berpeluang untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian anda yang seterusnya.

Kualiti dan kuantiti bekalan untuk bisnes anda juga pasti akan lebih terjamin kerana pembekal yang berurusan dengan anda merupakan pembekal yang anda percaya dan tahu kualiti produk yang ditawarkan oleh mereka. 

Lokasi yang strategik

Lokasi yang strategik untuk menjadi tempat perniagaan juga merupakan perkara yang penting untuk dititikberatkan. Pilihlah lokasi yang sentiasa mendapat kunjungan ramai. Sebagai contoh :

  1. Berdekatan dengan pusat membeli belah
  2. Tidak jauh dari pusat bandar
  3. Dalam pusat membeli-belah
  4.  Berdekatan dengan pusat universiti

Mencari nama perniagaan yang unik

Nama perniagaan yang unik pasti akan menarik minat ramai pelanggan. Ianya merupakan salah satu elemen yang terpenting bagi sesebuah perniagaan. Oleh sebab itulah, nama perniagaan yang unik sangat penting demi kelangsungan bisnes anda.

Anda boleh cuba langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan nama perniagaan yang unik:

  1. Gunakan Penjana Nama Bisnes Salun Kuku kami
  2. Tanya pendapat orang sekeliling
  3. Rujuk kamus untuk mendapatkan nama yang unik dalam bahasa yang lain4.       Gunakan nama anda sendiri

Soalan Lazim

Nama perniagaan terbaik untuk bisnes pedi dan medi ialah nama yang tidak pernah digunakan orang lain. Selain itu, nama perniagaan yang menarik juga haruslah mempunyai makna yang jelas serta mudah difahami oleh orang lain. Ini bagi memudahkan nama perniagaan anda diingat oleh para pelanggan.

Anda boleh menggunakan gabungan nama anda dan juga servis yang anda tawarkan. Jika anda tidak dapat mencari idea nama yang bernas, anda boleh menggunakan Penjana Nama Bisnes Salun Kuku kami. Ini kerana, penjana nama perniagaan kami ini boleh menjana nama salun kuku yang unik tanpa ada bayaran yang dikenakan.

Pertama sekali, anda haruslah mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk servis kecantikan ini. Untuk itu, anda perlu menghadiri kursus kecantikan bagi mendapatkan sijil kemahiran yang diiktiraf. Seterusnya, anda perlulah mendaftarkan perniagaan anda dengan badan-badan yang berkaitan.

Nama yang terbaik untuk salun kuku adalah nama yang unik serta mencerminkan perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Sebagai contoh, anda boleh merujuk 4 senarai salun kuku yang kami telah nyatakan dalam artikel panduan ini. Antara nama tersebut adalah, The Nail Parlour dan Posh Belle.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki