Idea & Penjana Nama Bisnes Penghantaran

Usah buntu mencari nama bisnes yang terbaik apabila anda menggunakan Penjana Nama Bisnes Penghantaran kami. Mari jana secara percuma!

1. Pilih kata kunci nama bisnes penghantaran anda

Janalah nama Bisnes Penghantaran anda menggunakan kata kunci pilihan sendiri untuk sentuhan idea yang lebih peribadi

2. Dapatkan idea Nama Bisnes Penghantaran anda

Setiap nama Bisnes Penghantaran yang dijana unik dan anda boleh memilih mana-mana yang anda ingin gunakan sebagai nama perniagaan

3. Pilih Nama Bisnes Penghantaran anda

Pilihan yang ada kini sememangnya menggambarkan perkhidmatan utama anda. Pilih sahaja mana-mana idea yang sesuai

Dengan adanya aplikasi membeli-belah dalam talian menyebabkan wujudnya pelbagai bisnes penghantaran yang semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk memulakan bisnes penghantaran, anda telah membuat satu keputusan yang tepat, kerana bisnes ini sedang mendapat sambutan dan akan sentiasa mendapat keuntungan selagi masih wujud pembelian dalam talian.

Kami di laman penjana nama bisnes penghantaran akan memberikan 100% komitmen dalam membantu anda untuk mendapatkan nama yang terbaik dan paling sesuai untuk anda.

20 nama bisnes penghantaran

  • Hantar Core
  • Hantar Instant
  • Hantar Premier
  • Hantar Champion
  • Hantar Assist
  • Pos Ace
  • Pos Zoom
  • Pos Assist
  • Pos Boss
  • Pos Virtue
  • Kirim Speedy
  • Kirim First-Choice
  • Kirim A1
  • Kirim Accelerate
  • Kirim Support
  • Kurier Capital
  • Kurier Express
  • Kurier Unlimited
  • Kurier Platinum
  • Kurier Flash

Bagaimana Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Penghantaran

Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk mendapatkan nama bisnes penghantaran yang sesuai untuk anda, oleh itu, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan laman penjana nama bisnes penghantaran kami:

LAWATI LAMAN UTAMA KAMI DI BUSINESS NAME GENERATOR

Pertama sekali, anda perlu pergi ke laman utama kami di Penjana Nama Perniagaan untuk mula menggunakan perkhidmatan kami.

Untuk pengetahuan anda, laman kami akan dapat beroperasi dengan lebih baik sekiranya anda membenarkan penggunaan kuki sepanjang anda melayari laman kami. Setelah anda memasuki laman utama kami yang berwarna biru, anda akan mendapati kami menyediakan pelbagai butang yang mempunyai pelbagai fungsi yang boleh anda terokai tanpa rasa bimbang.

Namun begitu, anda perlu memberikan perhatian kepada ruang jana di mana anda akan memasukkan kata kunci yang akan digunakan untuk menjana nama bisnes penghantaran anda. Ini akan diterangkan lebih mendalam sebentar lagi.

PILIH BAHASA

Kami di laman Penjana Nama Bisnes Penghantaran memastikan semua pengguna kami memahami setiap arahan yang diberikan di laman kami. Oleh itu, perkara yang kami utamakan ialah penyediaan bahasa yang boleh difahami. Kami menyediakan sekurang-kurangnya 15 jenis bahasa yang boleh anda pilih untuk melayari laman kami.

Antara bahasa yang kami sediakan sebagai pilihan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Cina dan Sepanyol. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan untuk anda gunakan sepanjang melayari laman penjana nama bisnes kami.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi pelbagai bahasa kami ini untuk menjana nama bisnes penghantaran anda bukan sahaja dalam satu bahasa, tetapi anda boleh menjana nama dalam lebih daripada satu bahasa. Anda boleh memilih untuk menjana nama bisnes penghantaran anda dalam bahasa yang kumpulan sasaran pelanggan anda fahami.

Pilih kata kunci

Pemilihan kata kunci yang tepat untuk bisnes penghantaran anda adalah sangat penting. Hal ini kerana, kata kunci yang anda reka akan digunakan untuk menjana nama bisnes penghantaran anda. Jadi, kata kunci yang digunakan haruslah menggambarkan perkhidmatan anda.

Kami akan berikan contoh kata kunci yang boleh anda gunakan untuk menjana nama bisnes penghantaran anda:

  • Penghantaran
  • Internet
  • Bungkusan
  • Penghantar
  • Cas penghantaran

Jika anda perasan, kami menggunakan contoh kata kunci yang berkaitan dengan bisnes penghantaran. Ini akan memberikan idea nama yang tepat dalam kategori bisnes anda iaitu bisnes penghantaran. Namun begitu, anda boleh juga menggunakan kata kunci yang anda rasakan berkaitan, sesuai dan relevan dengan bisnes anda.

Perincikan idea nama perniagaan yang dijana

Langkah yang seterusnya ialah memperincikan idea nama bisnes penghantaran anda. Janaan nama yang terperinci akan menjanjikan hasil idea nama yang unik dan lain daripada yang lain.

Kami di laman penjana nama bisnes boleh membantu anda untuk mendapatkan nama yang unik dengan adanya dua fungsi utama kami iaitu fungsi tapisan industri dan fungsi tapisan nama.

Tapisan industri:

Dalam fungsi ini, anda boleh memilih untuk mengaktifkan industri yang berkaitan dengan bisnes kelab malam anda sebelum anda menjana nama bisnes anda.

Terdapat pelbagai industri yang boleh anda aktifkan. Jika anda menekan butang pilihan tapisan industri, anda akan mendapati pelbagai pilihan industri yang boleh anda aktifkan. Antaranya ialah industri e-dagang,  kewangan, agrikultur, kecantikan dan pemasaran. Untuk bisnes penghantaran anda, kami sarankan anda mengaktifkan industri yang berkaitan seperti e-dagang dan kewangan.

Namun begitu, anda boleh sahaja mengaktifkan industri yang anda rasakan relevan dan berkaitan.

Tapisan nama:

Bagi fungsi tapisan nama pula, anda mempunyai kebebasan untuk mereka ciri nama yang anda sukai. Contohnya, dari segi jumlah karakter, anda boleh memilih untuk membuat nama menggunakan sehingga 15 karakter ataupun seringkas 5 karakter. Semuanya terletak dalam tangan anda, hanya perlu aktifkan sahaja.

Bagi kedudukan kata kunci pula, anda boleh memilih untuk meletakkan kata kunci sebelum atau selepas nama bisnes penghantaran anda. Dan ciri terakhir pada fungsi tapisan nama ini ialah anda boleh memilih untuk menghasilkan nama syarikat yang berima ataupun tidak.

Kami di laman penjana nama bisnes penghantaran akan sentiasa membantu dan menyokong tapisan yang anda pilih sebagai usaha untuk mendapatkan nama bisnes penghantaran yang paling sesuai.

Pilih idea nama yang paling sesuai

Setelah anda mengikuti setiap Langkah yang dinyatakan di atas, anda perlu menekan butang jana. Dari situ, anda akan mendapati beribu-ribu nama yang telah dijana dengan menggunakan kata kunci yang anda reka sendiri dan mengambil kira tapisan yang anda pilih.

Ya, satu kata kunci boleh menghasilkan beribu nama! Anda boleh memilih idea nama bisnes penghantaran yang anda rasakan sesuai dan anda sukai. Nama yang dipilih haruslah berbunyi komersial dan meyakinkan supaya pelanggan tidak ragu-ragu semasa memilih perkhidmatan penghantaran anda.

5 Tips untuk Mendapatkan Nama Perniagaan Unik

Terdapat 5 tips untuk anda mendapatkan nama bisnes penghantaran yang unik dan sesuai dengan kehendak anda: 

Tips 1: Guna nama anda

Tips yang pertama, gunakan nama anda sendiri pada nama bisnes penghantaran anda. Ini akan membantu anda untuk membuat promosi nanti, maksudnya anda hanya perlu menyebut nama anda sahaja dan orang ramai akan dapat mencari bisnes penghantaran anda dengan mudah.

Nama lain yang tidak menggunakan nama selalunya lebih sukar untuk diingat dan orang akan lebih cenderung untuk tidak memilih nama servis penghantaran yang sukar untuk mereka sebut dan ingat.

Tips 2: Guna nama tempat

Penggunaan nama tempat dalam nama bisnes penghantaran anda akan memberikan identiti yang tersendiri kepada syarikat penghantaran anda. Ini akan memudahkan pelanggan anda untuk mencari lokasi syarikat penghantaran anda sekiranya mereka mempunyai sebarang urusan dengan anda.

Syarikat penghantaran yang lokasinya senang dan mudah untuk dihubungi serta dicari akan menjadi pilihan ramai berbanding syarikat yang lebih suka untuk menyembunyikan lokasi mereka.

Tips 3: Guna nama berkaitan dengan menu utama anda

Tips yang ketiga, letakkan jenis perkhidmatan penghantaran utama anda pada nama bisnes penghantaran anda. Dengan ini, orang ramai di luar sana akan lebih mudah untuk memilih perkhidmatan apa yang mereka boleh selesaikan bersama syarikat penghantaran anda.

Penggunaan nama yang berkaitan dengan perkhidmatan utama anda juga memudahkan orang ramai untuk menyediakan duit untuk tambang pos kerana anda boleh memilih untuk pembayaran bungkusan di syarikat anda atau tambang pos ditanggung oleh penerima. Jika anda memudahkan penyediaan sebegini, pelanggan anda akan sentiasa kembali untuk menggunakan perkhidmatan anda.

Tips 4: Lakukan sumbang saran (brainstorming)

Setelah anda menubuhkan syarikat penghantaran anda, sudah pasti satu pasukan telah terbentuk. Jadi, sebagai pengerusi/ketua di syarikat anda, anda perlu memastikan sesi sumbang saran untuk setiap keputusan dilaksanakan, terutamanya untuk memikirkan idea nama untuk bisnes penghantaran anda.

Langkah ini adalah sangat penting kerana pemilihan untuk idea nama bisnes penghantaran haruslah dipersetujui oleh semua pihak agar tidak berlaku salah faham yang boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

Anda juga boleh membuat sumbang saran untuk memilih kata kunci yang boleh anda gunakan dalam laman penjana nama bisnes kami. Dengan ini, kerja anda akan menjadi lebih mudah dan nama yang unik akan dapat dijana dan mendapat persetujuan ramai.

Tips 5: Gunakan Penjana Nama Bisnes Penghantaran

Tips yang terakhir, setelah anda membuat sumbang saran untuk kata kunci atau idea nama bisnes anda, anda boleh menggunakan khidmat kami di laman penjana nama bisnes penghantaran.

Kata kunci yang anda masukkan dalam ruang jana kami akan digunakan untuk oleh penjana nama bisnes penghantaran kami untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik. Nama ini akan dijamin unik kerana nama yang dijana adalah berdasarkan kata kunci yang telah anda reka sebentar tadi dengan mengambil kira segala tapisan yang diperlukan.

5 Sebab Mengapa Penjana Nama Perniagaan Kami Unik

Penaja Nama Perniagaan Kami adalah unik dan dijamin lain daripada yang lain adalah disebabkan oleh lima sebab di bawah:

 Percuma

Laman penjana nama bisnes penghantaran kami menawarkan perkhidmatan secara percuma. Tiada bayaran yang akan dikenakan kepada anda sekiranya anda menggunakan laman penjana nama kami.  

Anda bebas untuk menggunakan penjana nama bisnes kami dengan kelapangan masa anda sendiri tanpa perlu risau akan caj tersembunyi kerana segalanya percuma. Hanya dengan klik, anda akan terus dapat pelbagai idea nama bisnes penghantaran yang unik dan sesuai untuk anda!

Tiada pendaftaran

Pengguna sering dilanda masalah untuk mengingati nama pengguna dan kata laluan, bukan? Jangan risau, kami di laman penjana nama bisnes penghantaran tidak akan membebani anda dengan masalah tersebut kerana tiada pendaftaran diperlukan jika anda ingin menggunakan perkhidmatan kami.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami berulang kali sebagai tetamu dan tidak perlu untuk mendaftar. Sangat mudah, bukan?

Dipercayai ramai

Laman penjana nama bisnes penghantaran kami telah digunakan oleh hampir 3.5 juta pengguna dan mereka ini merupakan pelanggan tetap dan pelanggan baharu.

Di sini kami ingin buktikan perkhidmatan kami dipercayai ramai kerana dari mula laman kami diperkenalkan sehingga kini, kami masih mempunyai pelanggan yang ramai yang mengunjungi laman penjana nama perniagaan kami setiap hari. Mereka juga memberikan kami penilaian sebanyak 4.7 bintang daripada 5 bintang, ini boleh dikatakan sebagai skor yang sempurna.

Kesimpulannya, anda tidak perlu meragui kebolehpercayaan laman penjana nama perniagaan kami kerana bukti secara statistik telah diberikan berdasarkan kajian sumber manusia kami.

Menggunakan Teknologi AI

Penggunaan teknologi AI dalam sistem penjana nama kami membantu kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik. Untuk pengetahuan anda, teknologi AI dapat mencari hasil carian yang bersesuaian dengan carian terdahulu anda. 

Ini akan sangat membantu sekiranya anda mempunyai masalah talian internet, dan jika anda Kembali semula ke dalam talian, kami masih menyimpan maklumat carian anda dan anda tidak perlu bermula dari Langkah pertama.

Teknologi ini bukan sahaja membantu untuk mendapatkan hasil carian yang tepat, malah boleh menjimatkan masa anda.

Nama perniagaan yang dijamin unik

Laman penjana nama bisnes penghantaran kami memberikan jaminan kepada anda bahawa idea nama yang akan kami jana untuk anda adalah unik. Anda boleh membuat semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya anda merasakan nama yang kami jana dan cadangkan kepada anda kedengaran sama seperti nama syarikat penghantaran yang lain.

5 Nama Bisnes Penghantaran Terkenal

Kami telah sertakan 5 contoh bisnes penghantaran yang terkenal. Anda sudah tentu akan mendapat gambaran yang lebih jelas daripada contoh-contoh ini: 

Lalamove

Lalamove merupakan satu syarikat penghantaran yang mempraktikkan penggunaan teknologi di dalam perkhidmatannya. Hal ini kerana, mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan menghubungkan pengguna dengan pemacu penghantaran di aplikasi mudah alih dan laman web mereka sendiri. Jadi, urusan jual beli adalah lebih mudah dan cepat.

Jika anda perhatikan, pemilihan nama “Lalamove” sememangnya unik. Dengan sekali pandang sahaja, pengguna dapat mengenal pasti ini ialah syarikat penghantaran. Ini kerana pengasasnya memilih perkataan “move” bagi menggambarkan perkhidmatan mereka.

ABX Express

ABX Express merupakan satu syarikat penghantaran yang sangat popular dengan logo berwarna oren pada huruf ABX nya. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1984 di Malaysia. ABX Express telah memberikan khidmat penghantarannya selama 38 tahun dan masih digunakan perkhidmatannya sehingga kini. Pada pendapat kami, nama syarikat ini sangat ringkas tetapi padat. Dengan menggunakan perkataan “Express”, orang awam dapat mengenal pasti perkhidmatan utama mereka. 

Pos Malaysia

Nama Pos Malaysia sudah tidak asing lagi di seluruh negara dan tahukah anda ia merupakan antara syarikat perkhidmatan penghantaran yang tertua di Asia Tenggara? Sehingga kini, syarikat ini telah bertahan kira-kira 200 tahun dalam industri ekonomi negara.

Pada awal penubuhannya pada sekitar tahun 1800-an, syarikat ini dikenali sebagai The Straits Settlements Postal and Telegraph Service, dan pada masa tersebut syarikat ini hanya beroperasi di tiga tempat iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penubuhannya pula sebenarnya adalah untuk memenuhi tuntutan perutusan khas kepada negara Eropah, India dan China.

Pada tahun 1957, perkhidmatan pos ini telah dijadikan sebahagian daripada Jabatan Pos Negara (JPN) dan ia telah diperbadankan dari Jabatan Pos Negara pada tahun 1992. Namun, dalam 2001 , Pos Malaysia telah disenaraikan pada Bursa Malaysia Berhad dan telah tampil sebagai entiti swasta sepenuhnya. Sehingga kini Pos Malaysia telah memiliki seramai 23,336 kakitangan di seluruh 926 cawangan di Malaysia. 

DHL

DHL merupakan syarikat logistik Jerman dan menyediakan khidmat kurier, penghantaran barang dan pengeposan surat. Syarikat ini telah ditubuhkan di San Francisco, United States pada tahun 1969 dan mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia pada hujung tahun 1970-an.

Syarikat ini merupakan penanda aras ataupun peneraju dalam  perkhidmatan penghantaran dalam pasaran Eropah dan Perkhidmatan Kurier dan Bungkusan Jerman. Pengasas untuk syarikat ini ialah Adrian Dalsey, Larry Hillblom dan Robert Lynn, dan pada masa tersebut ibu pejabatnya adalah di Bonn, Jerman. Sehingga tahun 2021, mereka mempunyai lebih daripada 400,000 orang pekerja dan memberikan perkhidmatan seluruh dunia.

Lazada eLogistics

Lazada eLogistics merupakan sebuah syarikat Asia yang ditubuhkan pada tahun 2012. Syarikat ini mempunyai objektif yang jelas untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran yang terbaik.

Syarikat ini telah bertapak di beberapa buah negara seperti Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sistem penjejak syarikat ini juga telah diiktiraf sebagai sistem penjejak terbaik di pasaran Asia. Tambahan lagi, syarikat ini sangat mementingkan komitmen, oleh itu mereka telah menjadi salah satu syarikat yang boleh dikatakan mempunyai kaedah dan infrastruktur yang terbaik.

Soalan Lazim

Cara yang terbaik untuk menamakan bisnes penghantaran adalah dengan menggunakan Penjana Nama Bisnes Penghantaran. Ini kerana, Penjana Nama Bisnes ini boleh menjana beratusan idea nama perniagaan yang relevan dengan perkhidmatan yang anda tawarkan. Tambahan pula, tiada bayaran yang dikenakan jika anda memilih untuk menggunakan penjana nama perniagaan ini.

Antara nama bisnes penghantaran yang terbaik dan sering didengari ialah Pos Malaysia, ABX Express dan banyak lagi. Persamaan kesemua contoh nama bisnes yang kami nyatakan ini ialah, nama yang digunakan mencerminkan perkhidmatan yang ditawarkan. Maka, mudah bagi orang awam untuk mengenal pasti apa yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.

Penulis

Louria Meyu

Louria Meyu

Louria Meyu yang mempunyai empat tahun penglaman di dalam bidang Penulisan Iklan Korporat sememangnya seorang pakar. Beliau membantu perniagaan mencapai tahap tertinggi corong pemasaran dan tampil dengan pelbagai nama bisnes.

Tunjukkan semua siaran sebelumnya

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki