Bayangkan…
Anda seorang genius dalam teknologi dan dalam proses menubuhkan sebuah syarikat start-up.
Setelah puas mencuba, anda memilih nama MikeRowSoft.com sebagai nama syarikat anda.
Nama tersebut membuatkan anda dikenali–bukan di dalam teknologi–tetapi kemarahan pihak gergasi Microsoft yang mendakwa nama tersebut mengelirukan pengguna.
Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku dan pemilik MikeRowSoft menerima sebuah Xbox dari Microsoft sebagai salah satu terma penyelesaian untuk tidak menggunakan nama tersebut.
Industri teknologi sememangnya kompetitif.
Berpuluh malah beratus syarikat start up muncul setiap hari dan mempertaruhkan nasib untuk kekal relevan di dalam pasaran.
Memang banyak faktor yang menentukan prestasi syarikat teknologi di pasaran.
Contohnya apakah teknologi yang ditawarkan, pelan perniagaan dan juga strategi pemasaran yang dilaksanakan.
Namun, satu perkara asas yang tidak kurang pentingnya boleh menjadi faktor kejayaan mereka; nama jenama atau perniagaan.
Sama seperti apa yang dialami oleh pemilik MikeRowSoft.com.
Lebih mudah nama anda ditanam di minda pengguna, peluang anda untuk terus bertapak di dalam industri teknologi yang sedia ada kompetitif ini lebih cerah.
Artikel ini akan membantu anda mendapatkan nama syarikat yang menarik dan asli serta bagaimana penjana nama boleh membuat perkara yang sama, cuma dengan cara yang lebih mudah dan pilihan idea yang lebih banyak melalui Penjana Nama Perniagaan Teknologi.
Nama perniagaan teknologi di pasaran: Idea & Inspirasi
1. Les Copaque
Siapa lagi kalau bukan Upin & Ipin!
Peneraju animasi di Malaysia ini mendapat nama dengan cara yang cukup unik.
Nama ini sebenarnya berbunyi “last kopek” atau jalan atau cubaan terakhir untuk lakukan sesuatu di dalam Bahasa Melayu.
Mereka sememangnya kreatif walaupun di luar bidang animasi. Mengapa?
Mereka mengubah ejaan Last Kopek menjadi seakan ejaan dalam bahasa Perancis.
“Betul…betul…betul” unik dan dalam masa yang sama, mudah diingat.
2. Verizon
Gabungan dua perkataan; Veritas dalam bahasa Latin bermaksud “benar” dan perkataan Horizon.
Gabungan nama ini menjadi satu perkataan rekaan yang sememangnya menarik dan bersifat positif.
Tidak hairanlah syarikat ini menjadi penyedia rangkaian telekomunikasi terbesar di Amerika Syarikat.
3. Adobe
Tiada siapa yang tidak mengenali produk Adobe seperti Photoshop atau InDesign jika mereka memiliki komputer.
Nama ini sebenarnya adalah nama sebatang sungai kecil yang mengalir berhampiran rumah pengasasnya.
Mungkin satu hari nanti, ada sebuah nama perniagaan teknologi terkenal, Lui bersempena nama Sungai Lui, Pahang di Malaysia?
4. GoDaddy
Pada awalnya, nama syarikat ini dikenali sebagai Jomax Technologies.
Namun, selepas memerah otak untuk mencari nama yang lebih menarik, mereka ingin menamakan Big Daddy, salah satu nama dalam senarai panjang mereka.
Namun, mereka berpendapat GoDaddy lebih mudah diingat pelanggan dan kelihatan kelakar.
5. Xerox
Syarikat ini ditubuhkan di Amerika Syarikat tetapi mengambil inspirasi nama mereka beribu-batu jauhnya.
Mereka menamakan teknologi fotokopi mereka sebagai “xerography”.
Dalam bahasa Yunani (Greek), xeros bermaksud kering manakala grahia atau graphy pula bermaksud penulisan.
Akhirnya, mereka menggunakan nama Xerox untuk syarikat mereka dan begitu berjaya sehingga perkataan xerox diterima sebagai kata kerja dalam kamus Bahasa Inggeris!
6. Lenovo
Nama asalnya adalah ‘Legend”. Namun ketika mengembangkan sayap di peringkat global, nama tersebut telah digunakan oleh banyak syarikat di dunia.
Pengasas jenama ini tetap inginkan perkataan Legend dalam syarikatnya, maka lahirlah LENOVO; “LE (daripada Legend) dan Novo dalam bahasa Latin yang bermaksud baru.
Kriteria nama yang bagus
1. Mudah
Nama jenama atau syarikat teknologi seperti yang diberikan sebelum mempunyai satu persamaan; tidak melebihi dua perkataan.
Nama yang anda pilih perlu mudah; mudah dibaca, mudah dieja dan mudah disebut.
Mengapa?
Jika pelanggan atau pengguna tidak dapat ingat nama anda, tidak boleh mengeja atau sebut dengan betul. Sukar untuk mereka terus bercakap tentang produk anda.
2. Mesej yang jelas kepada pengguna
Teknologi bertujuan memberi penyelesaian atau memudahkan urusan pengguna.
Apabila nama perniagaan atau jenama teknologi anda mengandungi mesej yang jelas tentang apa yang ditawarkan, pelanggan akan tertarik dengan nama anda.
Sebagai contoh, syarikat Codel menggunakan kata lakur atau portmanteau “Code” dan “Portal” untuk nama mereka.
Code merujuk kepada kepakaran mereka dalam pengaturcaraan dan Portal pula merupakan produk yang mereka bina menggunakan kepakaran mereka.
3. Nama yang boleh adaptasi kewujudan di internet
Pastikan nama anda sesuai dengan suasana kompetitif di internet seperti Google, Yahoo! serta media sosial.
Sebagai contoh, banyak syarikat teknologi menggunakan perkataan lazim seperti “Teknologi/Technology” atau “System/Sistem”.
Jadi ada kemungkinan nama anda terpaksa bersaing dengan jenama atau perniagaan teknologi yang menggunakan nama lazim yang serupa.
Nama dengan perkataan lazim boleh memberi risiko nama anda tenggelam dalam carian di internet.
Tiada siapa mahu nama perniagaan mereka di muka surat kedua atau ketiga dalam enjin carian.
4. Nama yang boleh memberi konotasi positif
Kadang kala nama boleh memberi maksud berbeza dalam bahasa asing.
Maksud berbeza tidak apa, yang perlu dirisaukan adalah nama itu memberi maksud yang negatif.
Perkara ini tidak hanya terjadi kepada startup sahaja, malah syarikat gergasi juga tidak terlepas.
Ketika Mercedez Benz ingin memasuki pasaran di China, mereka menggunakan nama Bensi; bermaksud “ingin mati dengan cepat’ dalam bahasa Mandarin.
5. Nama yang tidak statik untuk masa akan datang
Ada pemilik perniagaan yang suka memasukkan tarikh penubuhan perniagaan sebagai sebahagian nama mereka.
Pendekatan ini agak berisiko kerana nama sebegini boleh disalah anggap sebagai sesuatu yang usang.
Teknologi sentiasa berkembang dan begitu juga perniagaan anda.
Jadi jika anda memakan perniagaan anda sebagai ABC Cloud Services, anda mungkin mengalami masalah jika anda ingin menceburi perkhidmatan teknologi yang lain.
6. Nama yang menonjolkan kelainan tersendiri berbanding pesaing
Ketika anda ingin memulakan perniagaan teknologi, anda perlu membuat senarai nama pesaing di dalam industri anda.
Perhatikan persamaan nama yang seringkali digunakan oleh pesaing.
Seperti yang kami katakan sebelum ini, penggunaan perkataan lazim boleh membawa masalah.
Begitu juga dengan perkataan relevan dengan industri tetapi sudah acap kali digunakan, atau sudah tepu.
Dengan pasaran sedia ada yang kompetitif, anda tidak menawarkan sesuatu yang baru kepada pengguna berdasarkan nama anda.
Anda terpaksa menjelaskan kepada pengguna atau prospek pelanggan apa yang anda tawarkan.
Perniagaan anda tidak dapat gunakan kelebihan hanya berdasarkan nama sahaja untuk memberi idea kepada pelanggan apa yang mereka dapat dari anda berbanding pesaing.
Langkah-langkah mencari nama perniagaan teknologi yang menarik
1. Analisis pesaing
Dapatkan senarai pesaing anda dalam industri yang sama.
Lakukan analisis terhadap nama, konsep teras jenama atau perniagaan mereka.
Buat senarai kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda.
2. Buat senarai panjang nama yang sesuai
Senaraikan beberapa perkataan yang sesuai.
Memandangkan anda sudah tahu niche, pengguna sasaran dan penyelesaian teknologi yang ditawarkan, buat senarai panjang untuk beberapa perkataan yang sesuai.
Anda boleh asingkan nama cadangan tersebut kepada beberapa jenis, contohnya:
- Nama yang bersifat intuitif;
- Nama yang bersifat deskriptif;
- Nama yang menerangkan jenis teknologi; dan
- Nama yang ada cerita di sebaliknya.
3. Gunakan penjana nama perniagaan teknologi
Langkah kedua sebelum ini dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan menggunakan penjana nama.
Sebagai contoh, Penjana Nama Perniagaan Teknologi kami dapat menjana beribu nama cadangan dalam masa yang singkat.
Anda dapat menambah nama yang dijana dengan penjana nama dalam senarai panjang anda.
Jika anda buntu mencari nama di peringkat awal, anda boleh gunakan penjana nama dan lihat senarai nama yang dijana untuk memberi inspirasi atau idea tambahan.
4. Senarai pendek
Lihat semula senarai panjang yang anda perolehi melalui penjana nama atau brainstorming.
Pilih nama yang sedap didengar dan mudah diingat dan dapat menarik perhatian pelanggan.
Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:
- Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
- Konteks dan bahasa yang betul. Pastikan nama tersebut tidak menyinggung mana-mana pihak, terutamanya jika anda gunakan bahasa asing;
- Adakah nama yang dicadangkan sesuai dengan bidang teknologi
- Adakah nama itu mudah disebut;
- Adakah nama tersebut kena dengan teknologi ditawarkan?;
- Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama sedia ada?
Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.
5. Semak ketersediaan media sosial dan tanda dagang
Pertama sekali, semak nama yang disenarai pendek secara umum.
Cuba buat carian di enjin carian secara rawak, lihat sama ada nama perniagaan teknologi anda itu sudah wujud di dunia digital.
Kedua, lakukan carian di platform media sosial. Taipkan nama anda di ruangan carian dan lihat hasil yang dipaparkan.
Ketiga, lakukan carian tanda dagang di MyIPO untuk memastikan nama tersebut bebas dari sebarang tanda dagang mana-mana pihak.
Jika tidak, anda mungkin menanggung risiko berdepan dengan tindakan undang-undang akibat penyalahgunaan tanda dagang yang telah didaftarkan.
6. Semak ketersediaan domain
Jangan pandang mudah perkara ini. Ada ketikanya, sesuatu nama menjadi milik orang lain walaupun mereka langsung tidak menggunakannya.
Gergasi media sosial Facebook sendiri menggunakan domain TheFacebook.com ketika mula-mula bertapak di dunia digital; perkara yang dikesali oleh pengasasnya.
Pastikan domain untuk nama anda tersedia dalam ejaan yang anda inginkan.
Jika anda gunakan penjana nama kami, anda boleh dapatkan ketersediaan domain nama tersebut serta-merta.
TLD untuk perniagaan teknologi tidak hanya terhad kepada “.com” sahaja.
Anda boleh gunakan “.io”, “.ai” atau “.tech” dan banyak lagi. Cara ini boleh mengelakkan anda menjadi mangsa cybersquatting.
Salah satu kelebihan menggunakan Penjana Nama Perniagaan Teknologi adalah anda boleh membuat semakan ketersediaan domain secara serta-merta bagi setiap nama yang dijana.
7. Dapatkan maklum balas
Senarai pendek akhir anda mungkin mengandungi dalam 4 hingga 7 nama.
Buat 2 kumpulan sasaran (responden) untuk dapatkan maklum balas:
- Mereka yang terlibat dalam dunia kejuruteraan; dan
- Orang ramai sebagai prospek pelanggan berkecuali.
Anda boleh tanyakan soalan penting dan relevan seperti:
- Adakah nama dipilih itu sedap didengar dan mudah disebut?
- Adakah nama tersebut dapat diingat dengan mudah?
- Adakah melalui nama atau jenama sahaja mereka dapat agak penyelesaian kejuruteraan yang anda tawarkan?
- Adakah mereka seperti pernah mendengar nama tersebut sebelum ni?
Setelah anda berjaya kumpulkan maklum balas daripada responden, lihat dengan teliti apa pandangan mereka terhadap setiap nama yang disenarai pendek.
Anda boleh asingkan maklum balas mereka kepada negatif atau positif.
Jika pendapat mereka tidak sama seperti apa yang anda fikirkan; sebagai contoh mereka berpendapat nama tersebut sukar disebut, sila catatkan maklumat penting sebegitu.
Ini kerana, pandangan anda mungkin tidak sama dengan pendapat umum.
Cara menggunakan Penjana Nama Perniagaan Teknologi
Sebelum ini, kami telah terangkan apa itu Penjana Nama Perniagaan Teknologi.
Kali ini, kami akan terangkan bagaimana cara gunakannya kerana mungkin ada di kalangan anda yang baru terfikir cara sebegini.
Penjana nama mempunyai algoritma yang menghasilkan nama janaan yang unik dan kreatif.
1. Pilih bahasa
Penjana nama tersedia di dalam lebih daripada 10 jenis bahasa.
Jika anda inginkan nama perniagaan teknologi dalam Bahasa Melayu, sila pilih tetapan bahasa di bahagian atas di halaman utama.
2. Masukkan kata kunci di ruangan carian
Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda perlu mempunyai kata kunci untuk nama perniagaan teknologi anda.
Kini, hanya perlu masukkan senarai kata kunci yang relevan.
Anda boleh masukkan seberapa banyak kata kunci sekaligus. Anda boleh simpan nama yang dijana yang anda rasakan sesuai untuk senarai anda.
3. Pilihan tambahan
Selain daripada kata kunci, terdapat pilihan tambahan yang boleh membantu anda mendapatkan nama yang lebih kreatif.
Anda boleh tentukan bilangan aksara, posisi kata kunci dan juga jika anda inginkan alterasi berima.
4. Semak domain serta-merta
Satu lagi kelebihan menggunakan penjana yang mungkin tidak diketahui pengguna adalah, anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang telah dijana.
Selepas menekan butang “Jana” atau “Generate” pada ruangan carian, beratus nama akan dipaparkan.
Jika anda klik pada nama yang dijana, akan keluar ketersediaan domain untuk nama tersebut.
20 Nama & idea perniagaan teknologi
Sebagai panduan, kami telah masukkan beberapa kata kunci di penjana nama perniagaan teknologi.
Antara kata kunci yang kami gunakan:
- Info
- Sistem
- Kod
- Tekno
- Portal
- Bait
Berikut adalah 20 nama yang telah dijana secara automatik:
- Vault Info
- Honor Tekno
- Sistem Quest
- Teknoscape
- Horizon Info
- Portal Wizard
- Kod Boom
- Kod Cookie
- Bait Vanguard
- Kod Mojo
- Bait Samurai
- Bait Hunt
- Kod Rubicon
- Tekno Arrive
- Portal Pathway
- Portal Wise
- Tekno Dice
- Code League
- Tekno Matrix
- Sistem Throne
Kesilapan yang perlu dielakkan untuk nama perniagaan teknologi
Pada peringkat ini, anda telah tahu apakah kriteria yang ada untuk nama yang bagus.
Selain itu, anda juga telah diberikan langkah-langkah untuk menamakan nama perniagaan teknologi anda serta contoh relevan nama yang sudah berada di pasaran teknologi.
Kini anda perlu tahu apa yang perlu dielakkan.
1. Nama yang terlalu generik
Nama yang terlalu umum membuatkan tiada ciri istimewa pada nama anda.
Malah pelanggan tidak dapat mengagak atau sekurang-kurangnya ada idea apa yang mereka boleh dapat dari anda.
Jika anda gunakan nama White Solution, tanpa perkataan teknologi atau, jika kami tidak beritahu anda ia sebuah nama perniagaan teknologi, anda pasti tidak tahu bukan?
Identiti nama perniagaan dan produk anda tidak akan menarik perhatian pelanggan berbanding pesaing lain.
2. Nama seakan sama dengan perniagaan sedia ada
Pertahankan dan tonjolkan keaslian dalam nama anda.
Jangan reka nama yang seakan-akan sama dengan pesaing, lebih-lebih lagi nama yang sudah lama bertapak dan pemain utama dalam industri teknologi ini.
Seperti kisah Microsoft v. MikeRowSoft yang kami beritahu pada awalnya, pendekatan ini adalah jalan singkat ke arah kegagalan; dari segi pemasaran awal untuk memberitahu kewujudan anda kepada pelanggan.
3. Lupa akan pentingnya Twitter (dan media sosial lain)!
Platform Twitter mempunyai kuasa besar dalam pemasaran digital anda.
Nama perniagaan teknologi anda perlu nampak kemas dan menarik dengan simbol “@”.
Twitter mempunyai had aksara 15.
Nama yang panjang tidak sesuai sebagai Twitter handle.
Anda terpaksa membuat singkatan untuk mendaftarkan nama di Twitter. Ini akan mengelirukan pengguna serta pelanggan prospek.
Semak juga had aksara untuk platform media sosial yang lain untuk mengelakkan kesilapan yang boleh memberikan kerugian besar kepada anda.
4. Jangan hadkan nama dengan lokaliti
Melainkan anda memang mempunyai sasaran untuk sesebuah negeri atau kawasan, jangan gunakan bahasa dialek atau menggunakan lokasi sebagai nama.
Penggunaan lokasi pada nama boleh membunuh minat awal pendengar.
Mereka akan beranggapan isi kandungan serta tema rancangan tersebut khusus kepada sesuatu kawasan atau tempat.
Sebagai sebuah start up, anda mungkin bermula dengan dalam negara atau pun pengguna tempatan.
Anda juga mungkin beranggapan, perkataan nasional seperti Malaysia, MY atau KL boleh mendapat perhatian pantas.
Ada benarnya.
Tetapi fikirkan lebih jauh, teknologi itu sendiri merentasi sempadan.
Ini bermaksud bila-bila masa sahaja jenama, produk atau nama perniagaan anda menembusi pasaran global.
Nama yang bersifat lokaliti pastinya memerlukan penjenamaan semula dan anda perlu menanggung kos yang sebenarnya boleh dielakkan.