Jika anda membuat carian di Google dan masukkan carian “nama perniagaan” atau “nama kedai” di ruang bawah “People also search” pada laman search result akan menunjukkan, antaranya “nama syarikat yang menarik”, “nama perniagaan yang beri rezeki”, “contoh nama sesuai untuk perniagaan online” dan juga “nama kedai yang unik”.
Jadi, berdasarkan carian tersebut, pemilik bisnes atau kedai (dalam talian atau premis) di Malaysia sebenarnya tahu akan kepentingan nama tetapi masih mencari apakah kriteria yang ada untuk nama bisnes atau kedai yang menarik.
Kami tidak mempunyai jawapan untuk nama bisnes yang sempurna tetapi kami tahu apa yang perlu ada untuk nama yang unik dan menarik.
Bagi pemilik pemilik kedai cenderamata, tidak kira secara dalam talian atau premis anda perlu tahu bisnes cenderamata atau hadiah mempunyai potensi untuk mendapat permintaan sepanjang masa kerana setiap hari, terdapat beribu alasan untuk memberi hadiah atau cenderamata kepada seseorang.
Selain daripada panduan, kami juga akan memberikan “hadiah” untuk anda dengan menerangkan bagaimana penjana nama dapat membantu proses pencarian nama kedai cenderamata; dari segi menjimatkan masa dan juga sebagai idea tambahan.
Tips Memilih Nama Kedai Cenderamata
Mudah dan pendek
Nama yang mudah dan pendek memudahkan pelanggan untuk ingat.
Selain itu, nama yang pendek memudahkan pelanggan untuk mencari anda di dalam talian. Jika terlalu panjang dan sukar dieja, ada kemungkinan pelanggan akan tersalah taip atau eja. Lebih teruk lagi, mereka terus melayari laman web lain/laman media sosial lain dan anda akan kehilangan trafik.
95% daripada trafik laman web Flicker.com (hampir 3.8 juta pengguna) sebenarnya berpunca daripada pelanggan yang tersalah taip ejaan Flickr kepada Flicker.com
Panjang nama kedai anda seharusnya dalam lingkungan 10-15 aksara, sama seperti had aksara maksimum untuk nama yang dijana oleh Penjana Nama Kedai Cenderamata kami.
Unik
Nama kedai yang unik akan mendapat lebih perhatian pelanggan berbanding pesaing di dalam pasaran.
Maksud unik ini tidaklah sampai kedengaran mengarut atau seakan meniru. Pelanggan akan lebih cenderung memilih jenama yang lebih terkenal apabila anda menamakan dengan nama yang lebih kurang sama.
Boleh dikaitkan dengan hadiah emosi kegembiraan dan teruja
Gunakan kelebihan emosi atau perasaan pelanggan ketika mendapat hadiah pada nama anda. Anda boleh cuba mencari maksud gembira, bersyukur, penghargaan sebagai sebahagian nama anda. Nama sebegitu boleh memupuk keinginan sesorang untuk melihat senarai produk atau terus menjadi pelanggan.
Berkebolehan untuk adaptasi pada masa akan datang
Melainkan anda sememangnya ingin menjual hadiah tertentu seperti pewter atau barangan mewah tertentu, nama yang terlalu spesifik untuk sesuatu jenis hadiah mungkin mendatangkan masalah jika anda ingin mempelbagaikan pilihan hadiah pada masa akan datang.
Gunakan Penjana Nama
Kreativiti boleh datang dari pelbagai sumber. Penjana nama boleh membantu anda mendapatkan idea dan inspirasi, lebih-lebih lagi jika anda kebuntuan idea untuk mencari nama yang sesuai untuk kedai cenderamata anda.
Berikan ruang dan peluang untuk teknologi komputer menjana nama memandangkan daya kreativiti manusia sememangnya diketahui berbeza antara satu sama lain dan paling penting, terbatas.
Apa itu Penjana Nama Kedai Cenderamata
Penjana Nama adalah sebuah tool dalam talian yang menggunakan algoritma kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) untuk menjana nama secara serta-merta dengan menggunakan kata kunci.
Kata kunci yang anda masukkan akan dipadankan dengan perkataan relevan untuk menghasilkan nama yang unik dan menarik.
Mengapakah Anda Perlu Menggunakan Penjana Nama Kedai Cenderamata
Penjana Nama Kedai Cenderamata kami mempunyai keupayaan menjana ratusan nama unik sekali gus.
Jadi jika anda ingin dapatkan pilihan nama yang lebih meluas dan dijamin keunikannya, anda boleh cuba gunakan.
Secara alternatifnya, jika anda rasakan nama yang dijana kurang ideal dengan selera, anda masih lagi boleh menggunakan nama yang dijana sebagai inspirasi tambahan atau idea untuk mencetuskan kreativiti dalaman anda.
Secara mudahnya, tidak rugi mencuba Penjana Nama Kedai Cenderamata kami ini. Kami senaraikan sebab-sebabnya:
Padanan mengikut logik
Penjana Nama Kedai Cenderamata mempunyai sistem algoritma berdasarkan logik. Ini bermakna setiap padanan dibuat mengikut konteks dan sesuai dengan industri yang anda pilih.
Setiap nama yang dijana adalah perkataan unik tetapi bukan dijana atau dipadankan secara rambang.
Janaan berdasarkan kata kunci
Penjana nama Kedai Cenderamata memudahkan pencarian nama bisnes perkhidmatan anda. Anda hanya perlu masukkan kata kunci di ruangan dan klik “jana”.
Anda boleh mencari kata kunci yang sesuai dengan menggunakan perkataan yang berkaitan produk yang dihasilkan atau khidmat yang ditawarkan.
Nama yang dijana akan mengandungi kata kunci yang anda masukkan.
Pilihan tambahan untuk hasil janaan
Anda mempunyai pilihan tambahan selain daripada memasukkan kata kunci.
Pilihan pertama adalah industri yang bersesuaian. Untuk mendapatkan idea atau nama janaan yang lebih relevan, terdapat senarai industri yang anda boleh pilih.
Pilihan kedua adalah ciri-ciri perkataan yang anda inginkan.
Anda boleh tentukan panjang aksara untuk nama anda. Penjana Nama Kedai Cenderamata kami boleh menjana perkataan yang mengandungi sehingga 15 aksara.
Selain itu, terdapat pilihan sama ada satu ada dua perkataan untuk hasil janaan. Bagi dua patah perkataan, anda boleh tentukan kedudukan kunci berada pada posisi sebelum atau selepas perkataan yang digabungkan serta pilihan kata berima.
Tiada pendaftaran diperlukan
Ada sesetengah penjana nama yang memerlukan anda daftarkan email sebelum boleh gunakan penjana nama tersebut.
Jika anda memasukkan emel, besar kemungkinan peti masuk emel anda akan dipenuhi surat berita (newsletter) daripada laman web penjana tersebut walaupun anda tidak lagi menggunakannya.
Tidak leceh dan begitu mudah.
Itulah kelebihan Penjana Nama Kedai Cenderamata kami. Untuk menggunakannya, tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan. Hanya perlu masukkan kata kunci.
Keupayaan untuk semak ketersediaan domain serta-merta
Setiap nama yang dijana menggunakan Penjana Nama Kedai Cenderamata kami terhubung dengan sistem semakan domain secara automatik.
Jadi untuk memudahkan anda memilih nama dan juga mengetahui ketersediaan domain sekaligus, anda boleh terus daftar domain untuk nama yang dijana melalui GoDaddy.com
Idea tanpa had
Memandangkan Penjana Nama Kedai Cenderamata hanya memerlukan kata kunci untuk menjana nama menggunakan algoritma secara automatik, pencarian nama bisnes anda boleh dilakukan sebanyak mana sehinggalah anda dapat nama yang anda inginkan.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Kedai Cenderamata
Selepas mengetahui apa itu Penjana Nama Kedai Cenderamata dan ciri-ciri yang dimiliki, kini kami akan terangkan cara menggunakannya.
Secara idealnya, Penjana Nama Kedai Cenderamata sememangnya mudah untuk dikendalikan dan berbaloi jika digunakan untuk proses pencarian nama.
Langkah pertama:
Masuk ke lama web Penjana Nama nama kami.
Terdapat daripada lebih 10 bahasa yang tersedia selain Bahasa Melayu. Jika anda ingin mengembangkan portfolio ke pasaran antarabangsa, anda boleh pertimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Anda berpeluang untuk dapatkan diskaun hebat untuk membeli domain melalui GoDaddy dengan memusingkan roda bertuah semasa anda log masuk kali pertama ke laman web kami.
Langkah kedua:
Masukkan kata kunci di dalam ruangan. Anda boleh masukkan sehingga enam kata kunci untuk setiap carian.
Pilih industri berkaitan dengan produk yang anda hasilkan atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Anda boleh memilih lebih daripada satu jenis industri untuk setiap janaan.
Sebagai contoh, pilih industri “art”, “events” atau “creative’ di bahagian kiri dan kata kunci yang dimasukkan akan digabungkan dengan algoritma di dalam sistem enjin carian kami secara automatik.
Simpan nama yang anda gemar dan buat semula carian dengan kata kunci yang baru.
Secara ringkasnya, Penjana Nama Kedai Cenderamata kami juga mempunyai pilihan tambahan seperti berikut:
- Algoritma berbeza mengikut kategori industri;
- Ciri-ciri nama yang berbeza. Contohnya sama ada satu atau dua perkataan, bilangan aksara (huruf), kedudukan kata kunci dan pilihan kata berima;
- Pilihan untuk carian hanya untuk nama yang mempunyai domain tersedia.
Langkah ketiga:
Klik “Jana” atau “Generate” (jika anda gunakan Bahasa Inggeris) dan beratus nama janaan akan terpapar untuk anda pilih.
Simpan nama yang anda rasakan sesuai dengan menekan ikon bintang pada nama yang dijana dan tekan pada nama untuk lihat sama ada domain nama tersebut boleh dibeli.
20 Idea Nama untuk Kedai Cenderamata
Sebagai panduan, kami senaraikan 20 idea untuk nama kedai cenderamata yang dijana menggunakan Penjana Nama Kedai Cenderamata.
Setiap nama yang dijana menggunakan kata kunci dan dipadankan dengan perkataan lain untuk membentuk satu frasa baru untuk nama yang unik.
- Happy Hut
- Love Links
- Lace Lown
- Joy Joyful
- Hadiah Hosh
- Gift Glitter
- Glitter Garage
- Glitter Genics
- Glitter Glory
- Hadiah Handy
- Hadiah Hello
- Kotak Kart
- Riben Run
- Riben Room
- Suka Sonnet
- Hadiah Hazel
- Gifted Golden
- Gifted Glow
- Cendera Crumb
- Cenderaraza
Bagaimana Cara untuk Tahu Sesebuah Nama Bisnes itu Menarik?
Anda boleh cuba dapatkan maklum balas orang ramai terhadap nama yang telah disenarai pendek.
Walaupun anda mungkin rasakan satu atau dua nama yang disenarai pendek menjadi pilihan anda secara peribadi, maklum balas responden sangat penting kerana mereka memilih dari perspektif seorang pelanggan.
Kalau boleh, sediakan demografi seperti umur dan jantina yang boleh digunakan sebagai metrik dalam menentukan minat atau pendapat responden anda mengikut kumpulan tertentu.
Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah:
- Adakah nama tersebut itu mudah diingat?
- Apa yang mereka fikirkan apabila pertama kali mendengar nama tersebut?
- Adakah nama sebegitu boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan perkhidmatan anda?
Apakah yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Nama Kedai Cenderamata
Proses memilih nama tidak hanya melibatkan perkara substantif seperti kualiti nama sahaja tetapi juga melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pihak ketiga atau ketersediaan nama di platform lain.
Analisis pesaing
Cuba buat kajian terhadap kedai cenderamata pesaing yang sudah lama dan lebih terkenal di pasaran dan lihat mengapa nama pesaing anda berjaya mendapat perhatian pelanggan.
Selain itu, dapatkan juga nama pesaing lain terutamanya di kawasan setempat untuk mengelakkan nama anda seakan sama dan boleh memberikan kerugian dari segi kepercayaan pelanggan.
Ketersediaan domain
Domain sangat penting jika anda perlukan laman web untuk meningkatkan kesedaran jenama bisnes dan juga untuk pelanggan membeli secara dalam talian.
Selain itu, cuba semak bagaimana nama penuh bisnes anda dalam bentuk domain.
Who Represents? adalah sebuah platform data berbayar yang memberi maklumat wakil selebriti terkenal. Sekarang, lihat bagaimana platform tersebut dieja dalam domain: whorepresents.com.
Selain itu, nama yang sukar dan ejaan panjang boleh membuatkan pelanggan sukar mencari lama web anda. Contohnya, laman web ini.
Saluran media sosial
Cuba pastikan nama kedai cenderamata sukan yang anda pilih masih belum digunakan di media sosial, sama seperti domain anda.
Untuk tujuan kempen pemasaran dan penjenamaan, anda pasti mahukan keseragaman pada setiap saluran media sosial. Jadi semak sama ada nama pilihan anda boleh digunakan sebagai handle.
Jika tidak, anda terpaksa menggunakan nama handle media sosial yang berbeza dan boleh mengelirukan pelanggan. Lebih teruk lagi, anda terpaksa menggandakan usaha pemasaran kerana perlu membuat strategi nama yang berbeza disebabkan perbezaan handle bagi setiap media sosial.
Tanda dagang
Ada dua perkara penting berkaitan dengan semakan tanda dagang.
Pertama; jika anda menggunakan nama yang sudah mempunyai tanda dagang yang didaftarkan, anda mungkin berdepan dengan risiko tindakan pelanggaran harta intelek.
Yang kedua; mungkin anda ingin mengembangka bisnes anda dan memilih untuk mendaftarkan tanda dagang pada nama anda. Besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak kerana sudah ada nama yang didaftarkan atau mendapat bantahan daripada nama komersial yang hampir sama.
Selain itu, nama kedai yang terlalu generik juga mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan tanda dagang.
Di Malaysia, semakan tanda dagang boleh dilakukan di MyIPO.
Apakah Idea Kreatif untuk Jadikan Nama Kedai Cenderamata Lebih Menarik
Kreativiti dalam mencari nama yang unik dan menarik boleh diserlahkan melalui aspek linguistik; menggunakan pendekatan fonetik dan morfologi atau faktor peribadi dan lain-lain.
Mari kita lihat bagaimana anda boleh dapatkan nama bisnes yang menarik.
Fonetik
Bunyi atau fonetik boleh membuatkan nama bisnes anda lebih menarik dan perkataan yang mempunyai fonetik yang unik memudahkan pelanggan untuk ingat.
- Asonasi
Asonasi adalah sesuatu ayat atau frasa yang mengandungi bunyi vokal yang sama. Prosa sebegini banyak ditemui di dalam sajak untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh: DropBox, YouTube, and FedEx
- Aliterasi
Jika asonansi mengandungi bunyi vokal berulang, aliterasi pula merupakan ulangan bunyi konsonan yang sama pada awal perkataan.
Contoh: Krispy Kreme, PayPal
- Konsonan
Ulangan pada hujung perkataan atau bunyi konsonan,
Contoh: Kit Kat, Coca Cola
- Buang huruf vokal pada perkataan
Cara kreatif ini boleh menarik perhatian pelanggan dan membuatkan nama bisnes anda menjadi lebih unik.
Pastikan ejaan yang baru itu mudah disebut dan tidak mengelirukan dan jangan membuang huruf vokal dengan banyak. Kami sarankan anda hanya membuang satu atau dua huruf sahaja.
Contoh: Flickr, Reddit, Scribd, Giftr (sebuah kedai cenderamata dalam talian di Malaysia & Singapura)
Morfologi
Morfologi (Morphology) dari segi bahasanya bermaksud kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa.
Malah, perkataan ‘Morphology’ di dalam Bahasa Inggeris itu sendiri contoh sebuah Morfologi. Morph, bermaksud bentuk atau rupa dan -logy bermaksud bidang atau cabang pengajian.
- Portmanteau
Juga dikenali sebagai portmanteau. Anda boleh gunakan dua perkataan yang menggambarkan teknologi yang anda tawarkan dan gabungkan sebahagian perkataan.
Contoh: Garmin (gabungan nama pengasasnya, Gary Burrell dan Min. H. Kao)
- Gabungan perkataan
Sama seperti portmanteau, cuma kali ini anda tidak perlu mengambil sebahagian, tetapi keseluruhan perkataan yang digabungkan.
Contoh: Airtable, Productboard, Paywatch
Nama individu
Tidak salah menggunakan nama sendiri atau individu lain untuk kedai cenderamta anda. Jika anda rasakan nama anda unik atau menggunakan nama yang mempunyai kisah menarik disebaliknya, nama kedai sebegini akan kedengaran unik untuk menambat hati pelanggan dan juga mungkin mudah untuk mendapatkan domain.
Onomatopoeia
Dari segi bahasa, onomatopoeia bermaksud perkataaan yang dibentuk daripada bunyi.
Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris clap bermaksud tepukan dan perkataan ini berbunyi seperti orang yang sedang menepuk. Di dalam Bahasa Melayu pula, perkataan kuak, ngiau adalah contoh onomatopoeia
Bahasa Asing
Penggunaan bahasa asing sebagai nama kedai boleh menambah elemen misteri–sesuatu yang digemari oleh pelanggan–serta keunikan tersendiri.
Anda boleh senaraikan beberapa perkataan yang relevan dengan hadiah/cenderamata atau perasaan ketika menerimanya. Kemudian cuba cari maksud perkataan tersebut di dalam bahasa asing selain Bahasa Melayu dan Inggeris.
Namun, cuba pastikan nama tersebut tidak memberi makna yang negatif atau digunakan sebagai slanga yang tidak sopan.
Nokia Lumia adalah telefon Windows canggih yang pernah menjengah pasaran suatu ketika dahulu. Ketika dilancarkan, nama telefon pintar ini menjadi bahan jenaka di pasaran negara penutur bahasa Sepanyol kerana Lumia juga bermaksud slanga untuk pelacur.