Sudah ada perancangan memiliki jenama kasut sendiri?
Bagaimana pula dengan nama untuk jenama kasut anda? Artikel ini akan memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam memilih nama jenama kasut.
Selain itu, kami akan terangkan bagaimana bantuan teknologi dapat membantu anda keluar dari kepompong kebuntuan untuk mendapatkan nama yang benar-benar menarik perhatian pelanggan; melalui Penjana Nama Jenama Kasut kami.
5 Contoh Jenama Kasut Sebagai Idea & Inspirasi Awal
1. Aliph
Antara senarai semak pemuda di zaman 80-an dahulu adalah mencari kerja atau melanjutkan pelajaran, berkahwin dan… memiliki sepasang kasut Aliph.
Kasut buatan tempatan keluaran Sime Darby Footwear begitu sinonim dengan zaman rock kapak suatu ketika dahulu.
Imej rambut panjang, seluar kulit ketat, dan kasut Aliph bagaikan uniform rasmi mat rock di hujung minggu.
Jenama ini pernah bekerjasama dengan Lefthanded dan Wings di zaman kegemilangannya.
Kini kasut ini dianggap sebagai barang rare dalam kalangan pengumpul kasut di Malaysia dan Singapura.
2. Nelissa Hilman
Minat mendalam dalam rekaan kasut mendorong seorang jurutera kimia melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kasut di sebuah institut di Itali.
Kira-kira setahun selepas itu, beliau menubuhkan label jenama kasut yang menggunakan nama sendiri dan terus mengukuhkan tapak dalam industri.
Terkenal dengan kasut yang dibuat secara handmade, setiap rekaan kasut atau model dihasilkan dalam kuantiti yang kecil untuk menjaga kualti, dan semestinya akan laris dalam masa singkat apabila diiklankan.
3. Bata
Dek kerana sudah lama di pasaran tempatan dan jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, ramai beranggapan jenama ini adalah jenama tempatan meskipun sebenarnya berasal dari Republik Czech.
Rangkaian produk keluaran Bata terdiri daripada kasut tinggi, sneakers, selipar, kasut sukan, kasut untuk mendaki dan banyak lagi.
Mengambil nama sempena Tomas Bata, jenama yang telah berusia lebih seratus tahun ini sering kali menjadi pilihan kerana kualiti, rekaan serta harga yang mampu milik.
4. Adidas Kampung
Kami berikan penghormatan kasut ‘Adidas Kampung’ sebagai sisipan dalam artikel ini.
Sebenarnya, Adidas Kampung adalah panggilan untuk kasut getah berwarna hitam yang dibuat oleh beberapa syarikat tempatan ini.
Harga semasa untuk sepasang kasut pelbagai guna ini hanyalah dalam lingkungan RM6 hingga RM10.
Daripada aktiviti bermain bola, bersawah, memancing sehinggalah mendaki dan lain-lain lagi, kasut ini sememangnya tahan lasak dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Buat mereka yang tidak tahu, seorang pendaki tempatan telah memenangi Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu dengan hanya memakai Adidas Kampung ini.
5. Christian Louboutin
Dari jauh lagi kasut ini boleh dikenali dengan ciri tapak berwarna merah dan memberikan aura elegan dan kemewahan kepada si pemakai.
Seperti nama pereka dan pengasasnya, Christian Louboutin ada jenama kasut mewah yang berasal dari Perancis.
Jenama ini secara purata menjual lebih 600,000 pasang kasut di serata dunia dan menjadi pilihan golongan kenamaan dan selebriti popular.
Tips untuk Dapatkan Idea Nama Jenama Kasut yang Lebih Kreatif
- Pelbagaikan sumber rujukan
Pelajari industri kasut dengan lebih mendalam. Lihat logo, huruf, rekaan atau model kasut jenama lain sebelum fokus terhadap nama jenama.
Catatkan apa sahaja yang boleh memberi anda inspirasi dan suntikan kreativiti.
Anda tidak perlu meniru bulat-bulat, tetapi lakukan penambahbaikan untuk mendapatkan satu nama jenama kasut yang benar-benar menarik.
- Gunakan bahasa asing
Buka kamus atau thesaurus. Lihat perkataan yang ada kaitan dengan kasut, pergerakan kaki atau bidang olahraga atau apa sahaja yang relevan.
Lihat maksud perkataan tersebut dalam bahasa asing. Kadangkala perkataan dalam bahasa asing mempunyai sebutan yang menarik. Peluang untuk mendapat nama yang lebih unik lebih tinggi jika anda menggunakan bahasa asing.
Tahukah anda, jenama Asics bermula sebagai ONITSUKA Co dan diasaskan di Jepun?
Kemudian, pengasas menukar kepada Asics sempena awalan huruf “Anima Sana In Corpore Sano”, peribahasa latin yang bermaksud “Kamu perlu berharap untuk akal yang sihat di dalam badan yang cergas”.
Pastikan maksud dalam bahasa asing itu tepat untuk mengelakkan anda memilih nama yang tidak sepatutnya atau lebih teruk lagi, perkataan asing yang kurang sopan.
Ini terjadi bukan pada mereka yang baru bermula sahaja, malah syarikat gergasi juga tidak terlepas.
“Lumia” adalah model telefon pintar yang pernah dikeluarkan suatu ketika dahulu. Bagi rakyat Malaysia, Lumia hanyalah salah satu model daripada beratus-ratus model di pasaran. Namun bagi penutur bahasa Sepanyol, Lumia adalah slanga untuk pelacur.
- Pendek dan mudah
Untuk memudahkan pelanggan ingat jenama anda, nama jenama perlu pendek.
Jenama yang ideal mengandungi dua hingga maksimum empat suku kata.
Nike, New Balance, Reebok, Adidas, Umbro adalah contoh jenama terkenal yang menggunakan bilangan suku kata sebegitu.
Terdapat juga jenama yang pada mulanya mempunyai nama yang panjang, kemudian memendekkannya untuk tujuan pemasaran yang lebih baik.
‘Kentucky Fried Chicken’ kini lebih dikenali sebagai ‘KFC’ manakala T E Stockwell & J Cohen dipendekkan menjadi Tesco.
- Jangan hadkan nama
Walaupun pada mulanya anda ingin fokuskan pada satu jenis kasut, misalnya sukan, anda tidak harus hadkan nama untuk satu jenis kasut sahaja.
Katakan anda ingin namakan jenama kasut sukan anda sebagai Apollo Sports, penggunaan perkataan Sports boleh menghadkan kebolehbagaian jenama anda.
Bayangkan jika anda ingin mengembangkan perniagaan atau ingin cuba pasaran kasut kulit, nama Sports tidak sesuai digunakan. Anda terpaksa mencari nama baharu atau memperhebatkan pemasaran yang semestinya memerlukan kos tinggi.
- Nama sendiri
Penggunaan nama sendiri untuk jenama kasut bukanlah sesuatu yang baharu.
Kebanyakan jenama mewah menggunakan nama pencipta atau pengasas jenama tersebut.
Manolo Blahnik, Christian Louboutin, Stuart Weitzman dan semestinya Jimmy Choo adalah contoh-contoh yang relevan.
Anda boleh menggunakan nama anda sekiranya anda rasakan ada aura kepada pelanggan dan bersifat unik.
Seperkara lagi, nama sendiri pada jenama seakan sebuah rupa tanpa wajah. Jenama anda seperti mewakili anda.
Jika terdapat kontroversi atau perkara negatif berlaku pada peribadi anda, nama jenama anda akan terpalit sekali.
- Sebut nama dengan kuat untuk dengar ‘sebutan’ sebenarnya
Kadangkala nama di atas kertas tidak sama apabila disebut.
Maksud tidak sama di sini adalah, nama tersebut kedengaran tidak sedap, kelakar atau tidak kena apabila disebut dengan kuat.
Apabila kedengaran tidak sedap apabila disebut dengan kuat, ada kemungkinan nama tersebut tidak dapat menyentuh emosi pelanggan dan menarik minat mereka.
- Ubah sedikit ejaan
Mengapa terdapat jenama yang mengeja jenama mereka secara salah atau luar daripada kebiasaan?
Pertama, secara lumrahnya manusia lebih mudah mengingat atau menghafal perkara yang unik. Apabila anda membaca sebuah jenama yang dieja salah (dengan sengaja), anda pasti berhenti seketika, atau sekurang-kurangnya ingat jenama tersebut lebih lama.
Kedua, jenama-jenama ini dieja supaya nampak berbeza dengan pesaing lain. Reddit, Flickr, Tumblr merupakan platform media sosial yang dikenali bukan sahaja pada fungsi tetapi juga nama yang agak luar biasa.
Tetapi, pendekatan ini datang dengan satu kaveat. Pelanggan mungkin keliru untuk menyebut jika ubahan tersebut begitu melampau.
Selain itu, sebagai peringatan elok rasanya jika kita lihat apa yang berlaku pada Flickr.
Flickr mendapati rata-rata pelanggan atau pengguna internet akan menaip Flicker ketika mencari di enjin carian.
Memandangkan mereka telah menggunakan nama Flickr sejak sekian lama, mereka terpaksa membeli domain flicker.com dan hala semula (redirect) laman web tersebut ke laman web mereka flickr.com untuk mengelakkan kekeliruan.
- Cipta perkataan sendiri
Satu kelebihan nama yang dicipta sendiri adalah anda mudah mendapat nama domain untuk jenama anda.
Tidak salah untuk mencipta jenama sendiri, sama ada ada kisah di sebaliknya atau nama tersebut datang dalam mimpi anda!
Antara nama yang dicipta sendiri pengasasnya adalah Pinterest, Lululemon dan Reddit.
- Tambahkan perkataan pada perkataan sedia ada
Kadangkala satu perkataan, apabila ditambahkan perkataan lain akan menjadi menarik dan menyampaikan maksud jenama kepada pelanggan.
MySpace, UpWork adalah contoh terbaik untuk cara sebegini.
Selain itu, penambahan perkataan juga boleh dilakukan jika nama yang anda pilih sudah diambil oleh pihak lain.
Ini kerana perkataan yang biasa kita gunakan dalam kehidupan seharian berkemungkinan domain telah dimiliki.
Pilih kata kunci untuk jenama kasut anda dan cuba tambahkan perkataan seperti “My” “Up” “Run”.
7 Langkah Mendapatkan Nama Jenama Kasut yang Menarik
1. Buat kajian mendalam tentang industri
Anda perlu tahu apakah jenis kasut yang anda ingin pasarkan.
Terdapat banyak jenis kasut di pasaran antaranya kasut wanita, kasut sukan, kasut kulit, kasut untuk fesyen.
Jika anda mempunyai pelan bisnes, lakukan kajian untuk dapatkan pelanggan sasaran, perkhidmatan yang ditawarkan, apakah perbezaan anda dengan pesaing.
Ketahui siapakah pelanggan sasaran anda. Apakah teknologi pemakaian atau material kasut yang anda tawarkan kepada mereka.
Dengan membuat kajian menyeluruh, anda boleh mengenal pasti beberapa kata kunci yang relevan.
2. Kata kunci
Fikirkan tentang gaya dan segala yang berkaitan dengan kasut, pemakai, trend, teknologi dan fesyen.
Untuk proses mencari kata kunci ini, anda boleh merujuk thesaurus, kamus atau artikel-artikel yang berkaitan.
Buat satu senarai perkataan yang relevan yang boleh menjadi kata kunci.
3. Analisis pesaing
Kena lpasti pesaing anda dalam industri yang sama.
Lihat setiap jenama antarabangsa dan tempatan yang ada di pasaran.
Senaraikan kelebihan dan kekurangan nama pesaing. Faktor-faktor ini boleh digunakan untuk mendapatkan nama yang unik berbanding pesaing anda..
4. Gunakan Penjana Nama Jenama Kasut
Langkah kedua sebelum ini dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan menggunakan penjana nama.
Sebagai contoh, Penjana Nama Jenama Kasut kami dapat menjana beribu-ribu nama cadangan dalam masa yang singkat.
Tambahkan nama yang sesuai ke dalam senarai anda.
Jika anda buntu mencari nama di peringkat awal, anda boleh gunakan penjana nama dan lihat senarai nama yang dijana untuk memberi inspirasi atau idea tambahan.
5. Senarai pendek
Lihat semula senarai panjang yang anda perolehi melalui penjana nama atau brainstorming.
Jika anda lakukan proses brainstorming bersama rakan-rakan, berikan mereka gambaran visual jenama kasut anda.
Sebagai contoh, anda boleh beritahu mereka, model kasut atau rekaan logo anda dan nama yang dicadangkan akan digunakan dan muat dalam logo tersebut.
Seterusnya, pilih nama yang sedap didengar dan mudah diingat dan dapat menarik perhatian pelanggan atau pengunjung.
Antara kriteria yang anda boleh gunakan untuk nama yang dipilih adalah:
- Mudah dan unik untuk membantu prospek pelanggan ingat nama anda;
- Konteks dan bahasa yang betul.
- Adakah nama tersebut kena konsep kasut anda?;
- Adakah nama tersebut kedengaran asli atau seakan terbitan nama jenama lain?
Jawapan bagi setiap soalan tersebut boleh dijadikan sebagai penyaring sama ada nama tersebut sesuai untuk disenarai pendek.
6. Dapatkan maklum balas
Senarai pendek akhir anda mungkin mengandungi dalam 4 hingga 7 nama.
Buat 3 kumpulan sasaran (responden) untuk dapatkan maklum balas:
- Pengumpul atau peminat kasut;
- Mereka yang terlibat dalam industri; dan
- Orang awam yang mungkin menjadi pelanggan tanpa apa-apa pengetahuan mendalam tentang kasut.
Setelah anda berjaya kumpulkan maklum balas daripada responden, lihat dengan teliti apa pandangan mereka terhadap setiap nama yang disenarai pendek.
Anda boleh asingkan maklum balas mereka kepada negatif atau positif.
Tahukah anda, proses maklum balas sebegini telah menyelamatkan General Motors berjuta dolar?
Melalui maklum balas, mereka menukar nama asal model kereta “Nova” setelah mendapat maklum balas ia bermaksud ‘jangan pergi’ dalam Bahasa Sepanyol.
7. Semak ketersediaan
- Domain
Jenama kasut anda perlu wujud dalam dua dunia; secara fizikal dan juga digital.
Pastikan nama yang anda pilih mempunyai ketersediaan domain.
Istilah cybersquatting mungkin baharu bagi anda, tetapi jangan terkejut kalau domain nama anda pilih sudah dimiliki orang lain walaupun mereka tidak menggunakannya.
Terdapat beberapa platform yang menyediakan semakan domain. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Penjana Nama Jenama Kasut kami.
Anda boleh semak ketersediaan domain untuk nama yang dijana secara serta-merta. Jadi, proses pencarian anda boleh dilakukan dengan mudah dan lebih menyeluruh.
- Media Sosial
Media sosial penting untuk aktiviti pemasaran salon rambut anda.
Semak sama ada jenama kasut yang anda pilih tidak wujud lagi di media sosial. Jika tidak ini boleh membantutkan pemasaran digital anda.
Pastikan ejaan dan bilangan aksara nama pilihan untuk jenama kasut anda mengikut aturan yang ditetapkan oleh media sosial.
- Tanda Dagang
Untuk memastikan jenama kasut anda bebas daripada sebarang risiko tindakan undang-undang daripada pihak ketiga, lakukan semakan Tanda Dagang.
Anda boleh semak maklumat tanda dagang dan carian ketersediaan di MyIPO.
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Jenama Kasut?
Sebelum ini, kami telah terangkan apa itu Penjana Nama Jenama Kasut.
Kali ini, kami akan terangkan cara menggunakannya kerana mungkin ada dalam kalangan anda yang baru terfikir cara sebegini.
Penjana nama mempunyai algoritma yang menghasilkan nama janaan yang unik dan kreatif.
1. Pilih bahasa
Penjana nama tersedia dalam lebih daripada 10 jenis bahasa.
Jika anda inginkan nama dalam Bahasa Melayu, sila pilih tetapan bahasa di bahagian atas di halaman utama.
2. Masukkan kata kunci di ruangan carian
Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda perlu mempunyai kata kunci untuk jenama kasut anda.
Kini, hanya perlu masukkan senarai kata kunci yang relevan.
Anda boleh masukkan seberapa banyak kata kunci sekaligus. Anda boleh simpan nama yang dijana yang anda rasakan sesuai untuk senarai anda.
3. Pilihan tambahan
Selain daripada kata kunci, terdapat pilihan tambahan yang boleh membantu anda mendapatkan nama yang lebih kreatif.
Anda boleh tentukan bilangan aksara, posisi kata kunci dan juga jika anda inginkan alterasi berima.
Apa yang lebih menarik tentang Penjana Nama Jenama Kasut adalah, anda boleh masukkan apa sahaja perkataan yang anda rasa relevan dan menggambarkan personaliti jenama anda.
Penjana Nama Jenama Kasut juga menawarkan pilihan tambahan sama ada anda inginkan satu atau dua perkataan atau pun posisi kata kunci diletakkan di hadapan atau di belakang.
Selain itu, anda juga boleh mengehadkan bilangan aksara untuk hasil nama yang dijanakan.
4. Semak domain serta-merta
Satu lagi kelebihan menggunakan penjana yang mungkin tidak diketahui pengguna adalah, anda boleh menyemak ketersediaan domain nama yang telah dijana.
Selepas menekan butang “Jana” atau “Generate” pada ruangan carian, beratus-ratus nama akan dipaparkan.
Jika anda klik pada nama yang dijana, akan keluar ketersediaan domain untuk nama tersebut.
Penjana Nama Jenama Kasut: 20 Idea Nama
Dengan memasukkan beberapa kata kunci dalam penjana nama, kami telah menjana beberapa idea nama untuk jenama kasut.
- Bootmatic
- Opulent Stylez
- Lacelux
- Lace Aces
- Aktif Take
- Beatscape
- Boot Ego
- Aktif Fit
- Sole Appeal
- Boot Dime
- Sole Max
- Boot Swag
- Sneaker Lust
- Boot Plan
- Lacetastic
- Kulitdeck
- Solegenix
- Solearo
- Aktifaholic
- Aktifarc