Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dibenarkan di Malaysia. Antaranya ialah perbadanan. Secara umumnya, perbadanan ialah gabungan lebih dari satu syarikat dan dikenali dengan hanya satu nama sahaja.
Terdapat banyak syarikat terkemuka dunia yang beroperasi sebagai syarikat perbadanan. Antaranya ialah Google, Nestle, dan banyak lagi. Jika anda memiliki syarikat dan ingin bekerjasama dengan syarikat- syarikat lain di bawah satu nama, kami ada cara terbaik untuk mendapatkan nama perniagaan yang sesuai untuk anda.
Ini kerana Penjana Nama Bisnes Perbadanan kami mempunyai keupayaan untuk menjana nama bisnes perbadanan yang terbaik. Ingin tahu bagaimana? Mari lihat 20 contoh nama bisnes Perbadanan di bawah.
20 Contoh Nama Bisnes Perbadanan
- Bersatu Consulting
- Bersatu Venture
- Bersatu Pursuit
- Bersatu Develop
- Bersatu Paramount
- Maju Vertex
- Maju Franchise
- Maju Pacific
- Maju Wired
- Maju Infinite
- Megah International
- Megah Central
- Megah Watchtower
- Megah Summit
- Megah Corp
- Berjaya Intel
- Berjaya Worldwide
- Berjaya Citadel
- Berjaya Corporation
- Berjaya Atlas
Bagaimanakah Cara Menggunakan Penjana Nama Bisnes Perbadanan?
Penjana Nama Bisnes Perbadanan kami sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu mengikuti 5 langkah mudah di bawah:
Kunjungi laman utama kami
Untuk memastikan anda berada di laman Penjana Nama Bisnes yang betul, anda perlu menekan pautan ini. Tetapi, jika anda sudah berada di laman panduan ini, bermakna anda juga telah berada di laman yang tepat untuk menjana idea nama bisnes perbadanan. Cuma, anda perlu mencari ruangan yang betul untuk menjana kata kunci.
Jika anda ke laman utama Penjana Nama Bisnes kami, anda akan dapat melihat beberapa pautan ke laman panduan untuk menjana nama idea nama bisnes selain daripada bisnes perbadanan. Anda boleh menyemak pautan tersebut bagi mendapatkan lebih banyak inspirasi atau idea berkenaan dengan cara mendapatkan nama bisnes yang unik.
Blog kami juga menyediakan pelbagai maklumat terbaru mengenai dunia perniagaan digital yang pasti dapat membantu perniagaan anda. Pada masa yang sama, pastikan anda tidak terlepas pandang ruangan yang disediakan untuk menjana idea nama bisnes di laman utama kami.
Pilih bahasa untuk digunakan
Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris ialah antara pilihan bahasa yang anda boleh gunakan untuk menjana idea nama bisnes yang unik. Tetapi, tahukah anda bahawa platform Penjana Nama Bisnes kami boleh menjana idea nama bisnes dalam 19 bahasa yang berbeza?
Ya, anda boleh menggunakan pilihan bahasa-bahasa berikut:
- Bahasa Portugis (Brazil)
- Bahasa Portugis (Portugal)
- Bahasa Rusia
- Bahasa Poland
- Bahasa Sweden
- Bahasa Thai dan banyak lagi
Jika anda berminat untuk menggunakan salah satu bahasa yang ada disediakan, anda juga boleh menyemak panduan menggunakan Penjana Nama Bisnes Perbadanan dalam bahasa pilihan anda.
Pilih kata kunci
Pemilihan kata kunci adalah langkah yang paling penting untuk anda mendapatkan nama perniagaan yang anda mahu. Kata kunci adalah sebahagian daripada nama perniagaan yang anda mahu rangkumi bersama idea nama yang akan dijana nanti.
Dengan erti kata lain, apa yang anda masukkan ke ruangan jana nanti akan terpapar bersama idea nama perniagaan anda. Sebagai contoh, mari lihat kembali 20 nama perniagaan yang sudah dijana oleh kami di atas.
Jika anda perhatikan, kami telah menggunakan 4 kata kunci untuk menjana idea nama perniagaan Perbadanan di atas. Kata kunci tersebut adalah:
- Megah
- Berjaya
- Maju Bersatu
Anda boleh menggunakan apa sahaja ayat yang anda mahu guna sebagai kata kunci. Hanya pastikan ayat tersebut berkaitan dengan perkhidmatan yang perniagaan anda sediakan. Jangan lupa untuk menekan butang jana selepas anda memasukkan kata kunci ke ruangan yang disediakan.
Perincikan pilihan nama
Selepas anda menekan butang jana, anda akan dibawa terus ke laman hasil idea nama perniagaan yang sudah dijana. Di laman ini, anda akan dapat melihat sekurang-kurangnya 7,999 idea nama perniagaan.
Pilihan yang ada untuk anda sememangnya banyak. Oleh itu, kami ingin memudahkan anda untuk mendapatkan nama perniagaan yang paling sesuai dengan mengaktifkan beberapa ciri unik penjana nama perniagaan kami.
Untuk mengaktifkan ciri tersebut, kami ingin memperkenalkan kepada anda fungsi tapisan industri dan nama kami.
Fungsi tapisan industri
Fungsi ini bertujuan agar anda dapat menjana nama perniagaan yang lebih relevan kepada industri perkhidmatan anda. Penjana nama perniagaan kami telah menyediakan 53 industri yang anda boleh pilih. Antaranya ialah:
- Teknologi
- Automotif
- Perkhidmatan
- Comel
- Kraf
- Permainan
- Korporat
Untuk perniagaan perbadanan, anda boleh memilih industri korporat. Anda juga boleh memilih lebih daripada satu industri yang anda rasa berkaitan dengan perniagaan anda.
Pastikan anda menekan butang ‘gunakan’ atau apply bagi mengaktifkan tetapan tapisan pilihan anda. Setelah butang tersebut ditekan, pilihan idea nama bisnes yang lebih terperinci akan dijana.
Tetapan tapisan idea nama bisnes
Tetapan tapisan nama idea nama bisnes membenarkan anda untuk mendapatkan hasil idea nama bisnes yang memiliki ciri-ciri di bawah ini:
- Nama bisnes berima
- Nama bisnes terdiri daripada 5 karakter atau lebih
- Nama bisnes terdiri daripada satu atau dua perkataan
- Nama bisnes yang bermula dengan kata kunci atau diakhiri dengan kata kunci
Pilih idea nama bisnes anda
Pilihan yang dijana setelah mengaktifkan tetapan tapisan industri dan idea nama bisnes kini lebih kecil. Tetapi, idea-idea nama bisnes yang dijana juga lebih unik dan relevan. Jadi, pilihlah mana-mana idea nama bisnes yang terbaik untuk anda jadikan sebagai nama perniagaan perbadanan utama anda.
Jika anda berminat, semak ketersediaan domain bagi nama bisnes yang anda ingin gunakan di laman Penjana Nama Bisnes Perbadanan kami. Semakan adalah percuma. Tetapi, jika anda ingin mendaftar domain, anda perlu melakukan pembayaran kepada GoDaddy.
5 Tips Nama Perniagaan yang Unik
Mencari idea nama yang menarik serta mudah untuk diiktiraf oleh Suruhanjaya perniagaan Malaysia tidak mudah. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 tips di bawah.
Kenal pasti produk serta perkhidmatan anda
Cara terbaik untuk memastikan nama perniagaan anda menarik dan unik adalah dengan mengenal pasti apakah perkhidmatan yang perniagaan anda tawarkan. Dengan berpandukan ini, anda juga dapat mengenal pasti mengapa perkhidmatan perniagaan anda lebih unik dari perniagaan yang lain.
Untuk perniagaan Perbadanan anda mungkin mahu menggunakan perkataan di bawah ini sebagai sebahagian daripada nama perniagaan anda:
- Bersatu
- Maju Jaya
- Megah
- Gemilang
- Teguh
Jika anda ingin mencari perkataan lain yang mempunyai makna lebih positif, anda boleh gunakan laman Thesaurus.com. Ataupun, anda juga boleh menggunakan nama-nama dewa dewi mitologi Yunani sebagai sebahagian daripada nama bisnes anda. Sebagai contoh:
- Zeus
- Achelous
- Apollo
- Ares dan banyak lagi
Lakukan sumbang saran
Jika perniagaan anda diteraju oleh individu-individu yang berpengalaman dalam bidang perniagaan, cuba duduk bersama mereka dan lakukan sesi sumbang saran yang produktif. Menurut Indeed, sesi sumbang sarang yang berkesan boleh dilakukan dengan cara-cara di bawah ini:
- Pastikan individu yang hadir terdiri daripada latar belakang kepakaran yang pelbagai
- Maklumkan tujuan utama sesi sumbang saran dilakukan
- Kenal pasti kekangan
- Terima sebarang cadangan atau kritikan secara terbuka
- Pastikan idea nama bisnes dihantar tanpa disertakan dengan nama pencadang
Dengan berpandukan 5 tips sesi sumbang saran ini, anda pasti dapat mengatasi sebarang kekangan yang anda hadapi sendiri selama ini dalam mencari idea nama bisnes yang terbaik. Melalui sesi ini juga, anda dapat membina semangat kerjasama dengan rakan kongsi serta pelabur anda.
Guna nama pelabur utama
Apabila memulakan perniagaan, anda mungkin memerlukan pelabur bagi membantu perniagaan anda berjalan dengan lancar. Orang yang melabur ke dalam perniagaan anda mungkin terdiri daripada ahli keluarga, ahli perniagaan yang terkenal, ataupun anda sendiri. Jadi, apa salahnya anda menggunakan nama pelabur sebagai sebahagian daripada nama bisnes anda.
Tambahan pula, cara ini akan menunjukkan penghargaan anda kepada pelabur utama perniagaan anda. Sebagai contoh:
- Ravi & Co.
- James Smith Co.
Dengan menggunakan nama anda sendiri ataupun penaung perniagaan anda, anda pasti dapat mengelakkan perniagaan anda daripada menggunakan nama perniagaan yang telah didaftar. Untuk pengetahuan, anda tidak boleh mendaftar nama perniagaan yang pernah didaftarkan di Malaysia.
Semak ketersediaan nama
Jika anda sudah mendapatkan senarai idea nama perniagaan yang anda mahu gunakan, anda harus menyemak ketersediaan nama tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda menyenaraikan 5 nama perniagaan yang anda ingin gunakan.
Sekiranya salah satu idea nama perniagaan yang anda senaraikan sudah didaftarkan, anda ada 4 lagi idea nama perniagaan yang anda boleh gunakan. Untuk menyemak ketersediaan nama perniagaan, anda boleh menyemak di laman Suruhanjaya perniagaan Malaysia.
Cara menyemak pula agak mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah:
- Layari laman SSM
- Lakukan pendaftaran sebagai pengguna dan log masuk
- Cari butang ‘Search”
- Masukkan nama perniagaan yang anda ingin gunakan
Jika nama yang anda masukkan sudah berdaftar, bermakna anda tidak boleh lagi menggunakan nama yang sama untuk perniagaan anda.
Guna Penjana Nama Bisnes kami
Jika anda benar-benar buntu dalam mencari idea nama bisnes perbadanan yang unik, gunakan Penjana Nama Bisnes Perbadanan kami. Semak kembali langkah-langkah mudah untuk menjana idea nama bisnes unik di dalam panduan ini. Kami percaya, dalam masa kurang daripada lima minit anda pasti akan mendapat pilihan idea nama perniagaan yang terbaik.
3 Bisnes Perbadanan Terkenal
Apple Inc
Apple Inc atau turut dikenali sebagai Apple merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional yang diasaskan oleh Steve Jobs pada tahun 1976. Produk pertama yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah komputer. Oleh sebab itu, pada awal penubuhannya, syarikat ini dikenali sebagai Apple Computer Company.
Kini, syarikat ini dikenali dengan nama Apple Inc. sahaja. Inc di sini ialah singkatan kepada perkataan “incorporated”. Jika dalam perniagaan, perkataan ini menunjukkan bahawa syarikat ini adalah sebuah perbadanan.
Menurut Steve Jobs, beliau memilih nama “Apple” kerana beliau merasakan nama tersebut mempunyai unsur kegembiraan dan tidak terlampau menakutkan. Beliau mendapat inspirasi nama syarikatnya semasa melakukan lawatan ke sebuah ladang epal.
Goldman Sachs Group, Inc
Goldman Sachs Group, Inc ialah sebuah bank pelaburan multinasional yang bertapak di New York. Bank ini ditubuhkan pada tahun 1869 oleh Marcus Goldman dan Samuel Sachs.
Seperti yang anda boleh lihat, nama syarikat pelaburan ini ialah gabungan antara nama keluarga pengasas syarikat ini. Kemudian, “Group” ditambah sebagai sebahagian daripada nama syarikat ini kerana ini menunjukkan bahawa mereka ialah sebuah perniagaan perbadanan.
Johnson & Johnson
Johnson & Johnson ialah sebuah perniagaan perbadanan yang diasaskan pada tahun 1886 di Amerika Syarikat. Perniagaan ini diasaskan oleh adik beradik Johnson sebagai sebuah perniagaan yang mengeluarkan produk rawatan pembedahan.
Kini, Johnson & Johnson juga turut mengembangkan perniagaan mereka dan mengambil alih beberapa buah syarikat yang pakar di dalam bidang farmasi dan juga produk kegunaan harian.
Nama perniagaan dan syarikat perbadanan ini dinamakan sempena nama keluarga ketiga- tiga pengasasnya, iaitu Johnson & Johnson.
3 Keunikan Penjana Nama Bisnes Perbadanan kami
Jika anda belum yakin lagi mengenai keupayaan Penjana Nama perniagaan kami, kami ingin memperkenalkan kepada anda mengapa penjana nama perniagaan kami ini ialah pilihan yang terbaik.
Percuma
Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan nama perniagaan idaman anda apabila menggunakan Penjana Nama Bisnes Perbadanan kami. Tidak hanya itu juga, anda boleh menjana pelbagai nama perniagaan dalam industri yang lain secara percuma.
Anda tidak perlu risau akan had masa kerana penjana nama perniagaan kami sememangnya percuma digunakan setiap masa.
4.7 bintang
Penjana nama perniagaan kami digunakan oleh 3 juta lebih pengguna di seluruh dunia. Dan 3 juta lebih pengguna kami telah berjaya mendapatkan nama perniagaan yang diidamkan oleh mereka.
Penarafan 4.7 bintang adalah diberikan kepada kami oleh pengguna yang mempercayai platform penjana kami. Oleh itu, kami berani memberi jaminan bahawa penjana nama perniagaan kami adalah penyelesaian kepada pencarian anda untuk nama perniagaan yang terbaik.
Dijamin unik
Penjana nama perniagaan kami boleh menjana nama perniagaan dan nama perniagaan yang unik kerana kami menggunakan teknologi AI yang terbaik. Teknologi AI inilah yang membantu kami untuk menjana beribu- ribu nama perniagaan yang unik.
Apabila kami menyatakan bahawa idea nama yang dijana adalah unik, ini bermakna, nama perniagaan atau nama perniagaan yang dijana tidak pernah diguna serta didaftarkan di mana-mana negara.
Oleh itu, gunalah penjana nama perniagaan kami agar anda boleh mendaftar nama dengan mudah di Suruhanjaya perniagaan Malaysia.