Tahukah anda, Malaysia dinobatkan sebagai pusat pelancongan kesihatan terbaik di dunia oleh International Medical Travel Journey pada tahun 2018? Ini membuktikan bahawa industri pelancongan kesihatan negara kita diiktiraf dan juga setaraf dengan kualiti fasiliti kesihatan di negara-negara maju.
Jika anda berada di laman ini, bermakna anda berminat untuk menjadikan kesihatan sebagai bisnes utama anda. Apakah bisnes kesihatan yang anda boleh usahakan di Malaysia?
- Farmasi
- Klinik kesihatan kanak-kanak
- Klinik dermatologi
- Klinik pergigian
- Pusat rehabilitasi
Sebenarnya, banyak perkara yang anda harus ambil kira semasa merancang perniagaan berlatarbelakangkan kesihatan. Antara perkara yang wajib anda ambil tahu adalah:
- Lesen untuk menubuhkan atau menyenggarakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
- Lesen untuk menubuhkan klinik pergigian swasta
- Mencari lokasi klinik
- Mencari nama bisnes klinik yang sesuai
- Mendaftar klinik/farmasi/klinik mata
20 Nama Bisnes Kesihatan
- Minda Ease
- Farmasi Harmony
- Dr. Gigi
- Dent Care
- Gigi Welfare
- Derma Dr.
- Farmasi People
- DermaGenic
- Neuro Professionals
- Optiks Vita
- Optiks Expert
- Pakar Joint
- Terapi Agents
- Rehab Concept
- Rehab Geeks
- Pediatrik Dr.
- Pediatrik Klinik
- Pharma Wellness
- Vita Care
- Sihat Prime
Bagaimana Menggunakan Penjana Nama Bisnes Kesihatan
Dengan berpandukan idea dan penjana nama bisnes kesihatan kami, anda boleh menjana nama perniagaan anda sendiri, seperti mana 20 nama bisnes kesihatan yang kami senaraikan di atas. Oleh itu, mari lihat 5 langkah mudah untuk menggunakan penjana nama bisnes kesihatan kami.
Masukkan Kata Kunci
Semasa anda berada di laman penjana nama bisnes kami, anda akan menemukan ruangan untuk menjana idea dan nama penjana bisnes kesihatan kami. Sebelum anda menekan butang ‘jana’, anda harus memasukkan sekurang-kurangnya satu kata kunci yang berkaitan dengan rawatan kesihatan yang anda tawarkan.
Pastikan anda tidak memasukkan sebarang emotikon atau simbol ke dalam ruangan jana. Ini kerana, simbol dan emotikon tidak boleh dijanakan bersama idea nama penjana bisnes kami. Pastikan juga anda menggunakan perkataan yang melebihi tiga huruf untuk dijanakan. Sebaliknya, gunalah kata kunci yang mencerminkan rawatan atau perkhidmatan yang anda tawarkan, seperti ‘farmasi’, ‘derma’ dan lain-lain lagi.
Jana Nama Bisnes
Setelah anda mendapatkan kata kunci yang sesuai dengan perniagaan anda, tekan butang jana. Anda masih dapat melihat kata kunci anda dijana bersama idea nama bisnes kami. Namun begitu, ini bukanlah langkah terakhir untuk anda mendapatkan nama perniagaan yang paling sesuai untuk bisnes kesihatan anda.
Oleh itu, sila ikuti langkah yang dihuraikan di bawah ini.
Pilih ‘Kesihatan’ Pada Bahagian Industri
Pada bahagian kiri laman penjana nama bisnes kami, anda dapat melihat bahagian industri. Di sana, anda boleh memilih semua jenis industri yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk bisnes kesihatan, anda hanya perlu menyemak butang ‘kesihatan’ yang ada disenaraikan di senarai industri tersebut.
Laraskan Tapisan Nama
Tapisan nama membenarkan anda mendapat nama bisnes yang lebih tepat lagi. Terdapat empat ciri yang anda harus guna pakai sebaiknya untuk mendapatkan idea nama bisnes yang terbaik. Ciri-ciri tersebut adalah:
- Bilangan karakter
- Bilangan perkataan
- Masukkan kata kunci sebelum atau selepas idea nama
- Berima
Bilangan karakter
Dengan menggunakan ciri ini, anda boleh menetapkan berapa banyak karakter yang anda ingin jana.
Bilangan perkataan
Anda boleh memilih untuk menjana satu atau dua perkataan sebagai nama bisnes anda. Sebagai contoh, jika anda memilih satu ayat, nama bisnes anda akan terjana seperti ini; KlinikGigi. Jika anda memilih dua ayat, nama bisnes anda akan terjana seperti ini; Klinik Gigi.
Jana Kembali Nama Bisnes
Setelah anda melaraskan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, anda boleh menekan butang ‘apply’ untuk menjana kembali nama bisnes yang lebih tepat dan unik. Pilihlah nama berpandukan idea dan penjana nama bisnes kesihatan kami. Ratusan sehingga ribuan pilihan nama boleh dijana, dan kami yakin anda akan menemukan nama perniagaan yang paling sesuai.
5 Bisnes Kesihatan Terkenal
Dalam artikel idea dan penjana nama bisnes kesihatan ini, kami akan memperkenalkan kepada anda 5 bisnes kesihatan yang terkenal di Malaysia dan juga luar negara. Melalui contoh ini, anda boleh mendapatkan ilham untuk memberikan nama yang paling sesuai untuk perniagaan yang berasaskan kesihatan.
Big Pharmacy
Big Pharmacy merupakan cawangan farmasi yang paling dipercayai di Malaysia. Farmasi ini diasaskan oleh dua individu pada tahun 2006 di bandar Damansara. Sejak tahun itu, farmasi yang yang diasaskan oleh Lee Meng Chuan dan juga Lim Sin Yin bertambah daripada hanya 1 hingga ke 13 cawangan.
Pada tahun 2018 dan 2019, Big Pharmacy bergabung dengan My Pharmacy dan RedCap Pharmacy. Hasil daripada gabungan ini, anda dapat mengunjungi mana-mana 80 cawangan Big Pharmacy yang ada di seluruh Malaysia. Selain itu juga, kesemua cawangan farmasi Big Pharmacy beroperasi dengan sah kerana berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
KPJ Healthcare
KPJ Healthcare merupakan pembekal perkhidmatan kesihatan swasta yang terbaik di Malaysia. Pada tahun 1981, KPJ beroperasi buat pertama kali sebagai hospital pakar di negeri Johor. Sejak daripada hari itu, KPJ telah mengembangkan perkhidmatan kesihatan mereka di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Bangladesh.
Hari ini, anda boleh berkunjung ke mana-mana 28 cawangan hospital pakar KPJ di seluruh tanah air untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Selain daripada menawarkan khidmat pakar kesihatan, KPJ turut menyediakan pusat penjagaan warga emas. Pusat penjagaan warga emas ini boleh didapati di Australia, Sarawak dan juga Pahang.
Jom Pharmacy
Jom Pharmacy merupakan cawangan farmasi yang berasal dari Kuching, Sarawak. Mula beroperasi pada tahun 2012, Jom Pharmacy telah memenangi banyak anugerah serta pengiktirafan. Sebagai contoh, pada tahun 2020, Jom Pharmacy telah mendapat Anugerah Usahawan dan Personaliti Industri 2020.
Buat masa sekarang, Jom Pharmacy beroperasi di 12 lokasi di bahagian Kuching hingga ke Serian. Farmasi ini juga antara farmasi kelahiran Sarawak yang paling pantas berkembang, terutamanya di bahagian timur Malaysia. Bukan hanya itu, pengunjung yang berkunjung ke farmasi mereka akan dilayan oleh ahli farmasi dan staf-staf yang profesional.
Walgreens
Walgreens merupakan cawangan farmasi yang terbesar di negara Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan anda, farmasi ini telah lama beroperasi. Ditubuhkan pada tahun 1901 di bandar Chicago, Illinois, pengasasnya, Charles Rudolph Walgreens menggunakan nama keluarganya sebagai nama farmasi beliau.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Forbes pada tahun 2022, terdapat 14,000 farmasi Walgreen di peringkat global. Pada tahun 2019, Walgreens telah menjana keuntungan sebanyak RM575 billion.
Columbia Asia Hospital
Hospital Columbia Asia merupakan hospital swasta yang telah lama menempah nama dalam bidang kesihatan di Malaysia. Kini, Hospital Columbia Asia boleh dikunjungi di mana-mana 13 bandar yang ada di seluruh Malaysia. Selain itu juga, terdapat 6 lagi cawangan Hospital Columbia Asia di negara-negara luar.
Untuk pengetahuan anda, Hospital Columbia Asia yang bertapak di negara ini sejak 20 tahun yang lalu telah memenangi banyak anugerah dan penghargaan. Salah satu daripadanya adalah Anugerah Kesihatan Global 2021. Ini tidak menghairankan kerana hospital ini memiliki pakar dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Kanak-kanak
- Ortopedik
- Pembedahan plastik
- Dan 26 bidang kepakaran yang lain
5 Idea Bisnes Kesihatan di Malaysia
Seterusnya, dalam artikel idea dan penjana nama bisnes kesihatan ini, mari lihat 5 idea bisnes berasaskan kesihatan yang anda boleh laksanakan.
5 idea tersebut adalah:
Farmasi
Farmasi merupakan antara perniagaan berasaskan kesihatan yang boleh diusahakan di Malaysia. Untuk mengendalikan perniagaan sebegini, anda haruslah mendaftar dan mendapatkan lesen operasi dari Lembaga Farmasi Malaysia. Selain itu, anda harus melantik seorang ahli farmasi yang sah sebagai pekerja anda.
Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, anda bertanggungjawab dalam memastikan ubat-ubatan yang dijual dan diedarkan kepada pelanggan tidak disalahgunakan. Tambahan pula, sesetengah ubatan yang terdapat di farmasi adalah ubatan terkawal. Oleh sebab itulah anda harus memastikan ahli farmasi yang terlatih sahaja boleh mengedar ubat-ubatan yang ditetapkan.
Klinik Kanak-kanak
Klinik kanak-kanak juga merupakan antara perniagaan kesihatan yang anda boleh usahakan. Sebelum itu, anda juga harus beringat bahawa mengusahakan perniagaan berasaskan kesihatan haruslah dilakukan dengan penuh etika dan bukannya sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata.Oleh sebab itulah anda perlu memiliki kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk membuka klinik kanak-kanak.
Selain itu juga, permintaan terhadap klinik kanak-kanak terutamanya daripada ibu bapa yang bekerja sangat tinggi. Ini kerana, klinik kanak-kanak kerajaan selalunya hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Manakala klinik swasta selalunya dibuka pada hujung minggu, walaupun tidak dibuka sepanjang hari.
Klinik Penjagaan Kulit
Klinik penjagaan kulit mendapat permintaan ramai terutamanya daripada mereka yang mempunyai masalah kulit. Jika anda mempunyai kelayakan sebagai pakar kulit, anda boleh menubuhkan klinik penjagaan kulit sendiri. Selain daripada memberikan khidmat nasihat, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan spa untuk penjagaan kulit.
Jika anda ingin membuka klinik penjagaan kulit, terdapat beberapa perkara yang anda harus ambil tahu. Antaranya adalah, anda haruslah seorang ahli dermatologis, ataupun, anda mempunyai rakan kongsi yang merupakan seorang dermatologis yang diiktiraf. Anda juga perlu memohon lesen operasi daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, dan lain-lain yang berkenaan.
Klinik Gigi
Klinik gigi swasta merupakan pilihan utama apabila klinik gigi kerajaan tidak dapat memberikan perkhidmatan rawatan terutama sekali apabila berlakunya masalah kecemasan di luar jangkaan. Pelanggan biasanya sanggup membayar rawatan pergigian yang mahal, asalkan mereka dirawat oleh pakar gigi yang profesional.
Jika anda mempunyai kelayakan dan pengalaman yang luas sebagai pakar gigi, anda boleh menubuhkan klinik gigi anda sendiri. Sama seperti mana-mana perniagaan berasaskan kesihatan, anda haruslah menjalankan perniagaan secara beretika. Sentiasa utamakan keselamatan daripada keuntungan.
Kedai Cermin Mata
Kedai cermin mata turut merupakan perniagaan yang berasaskan kesihatan. Ini kerana, sebelum membeli cermin mata, terutamanya untuk tujuan rabun jauh atau rabun dekat, anda perlu berjumpa dengan pakar optometri terlebih dahulu.
Perniagaan kedai cermin mata merupakan perniagaan yang menguntungkan. Anda tidak hanya menjual cermin mata untuk mereka yang rabun sahaja, kerana anda boleh menjual cermin mata fesyen dan juga kanta pendekap mata. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kelayakan yang cukup untuk membuka kedai cermin mata.
3 Tips Untuk Memulakan Bisnes Kesihatan
Di dalam artikel idea dan penjana nama bisnes kesihatan ini juga, kami ingin memperkenalkan kepada anda 3 tips yang anda harus tahu sebelum memulakan perniagaan berasaskan kesihatan.
3 tips tersebut adalah:
Dapatkan lesen operasi
Seperti mana perniagaan yang lain, untuk memulakan bisnes kesihatan, anda haruslah mendaftarkan perniagaan anda dan mendapatkan lesen perniagaan yang betul. Anda harus memohon lesen operasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain daripada itu juga jika anda gagal mendaftarkan perniagaan anda, anda boleh didenda. Ini kerana, beroperasi tanpa lesen yang sah dan didaftarkan adalah kesalahan yang paling berat sekali. Lesen perubatan anda mungkin akan digantung dan anda akan didenda dalam bentuk wang ringgit, atau dipenjarakan.
Mempunyai lesen perubatan
Lesen perubatan dan lesen perniagaan adalah berbeza. Sebagai contoh, jika anda ingin membuka klinik swasta, anda atau rakan kongsi anda harus memiliki lesen perubatan yang diiktiraf oleh institut kesihatan Malaysia. Sekiranya anda ingin membuka kedai farmasi, anda juga harus mempunyai seorang penama dalam syarikat anda yang merupakan seorang ahli farmasi yang berdaftar.
Dengan erti kata lain, pastikan anda mempunyai kelayakan yang diiktiraf untuk merawat pesakit yang berkunjung ke premis perniagaan anda. Selain daripada itu juga, anda harus memastikan kakitangan di klinik anda turut mempunyai sijil yang sah, sebagai contoh, sijil kejururawatan.
Menggunakan nama bisnes yang menarik
Nama perniagaan yang menarik adalah kunci utama tarikan pengunjung ke kedai ataupun klinik anda. Nama bisnes yang menarik haruslah nama yang senang disebut dan juga mudah difahami. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan nama ‘Klinik Gigi Ali’ untuk nama klinik gigi.
Jika anda tidak dapat mencari nama yang menarik untuk perniagaan kesihatan anda, anda boleh menggunakan penjana nama bisnes kesihatan kami. Jangan lupa untuk merujuk kembali bahagian langkah mudah menggunakan penjana nama bisnes kami di atas. Kami yakin anda pasti menyukai pilihan idea nama bisnes yang dijana.